MANGGIS
ISU#1:08/08
"I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; pet strange, I am ungrateful to these teachers."- Kahlil Gibran, "Sand and foam"
+++I/V:KERENANEKO +++ GIGREPORT:DIN PAIMAN +++ KOLUMNIS: XTIMMYX & DIN ROOTS
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih banyak-banyak diatas kesudian korang meluangkan masa untuk membaca zine ini. Terlebih dahulu aku merakamkan bebanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi contribute something dan support aku. Kalau korang beli, terima kasih banyak sebab support zine aku dan korang juga merupakan penyumbang kepada revolusi-revolusi yang diciptakan oleh punk. Revolution not evolution! Mengapa revolusi bukannya evolusi? Evolusi lebih kepada berubah bentuk secara luaran manakala revolusi mengubah sesuatu keadaan. Kita sebagai punk sentiasa provoke dan berkonflik untuk merubah cara hidup yang lebih baik dan mengimpikan sistem hidup yang lebih baik. Maka revolusi lebih sinonim dengan punk bukan evolusi. Kalau korang mengevolusikan diri sebagai contoh dengan memakai baju-baju punk yang gore sekali pun, belum tentu ia mampu mencetuskan sebarang perubahan kepada kehidupan tetapi jika kita bertindak berbasiskan sesebuah idea, itu yang akan merevolusikan sebuah perjalanan kehidupan manusia. Aku tak meletakkan sebarang kepastian untuk korang masuk syurga/neraka kalau baca zine aku ni sebab aku bukan buat bahan bacaan untuk kehidupan selepas kematian, itu pun kalau korang masih lagi mempercayai kehidupan selepas mati la..hehe. Kepada Karenaneko, terima kasih atas kesudian korang meluangkan masa untuk menjawab sesi interview. Puas juga berfikir nak interview band main musik jenis apa, last-last aku rasa band yang memain musik grind adalah yang terbaik untuk aku interview bagi isu yang pertama. Memikirkan musik grind semakin 'dipinggirkan' dalam erti kata lain kurang mendapat sambutan di kalangan anak-anak punk di masa sekarang, aku rasa aku patut interview lebih banyak band-band grind untuk mengembalikan keghairahan grind kembali. Bukannya aku menidakkan band-band yang bermain musik lain tapi aku lebih mengutamakannya. Aku bukan grindtepu, ok! Jujurnya, memang aku lebih suka kepada musik fastcore, tetapi aku tak pernah melekangkan telinga dengan grind. OK, berbalik kepada cerita zine, jika diamati betulbetul pola kewujudan zine punk di masa sekarang, kelompok zine lokal boleh dikatakan tidak selincah dulu kelibatnya. Malahan semakin menuju tegak ke arah kepupusan! Antara tujuan utama aku menjadikan zine ini sesuatu yang realiti adalah untuk memeriahkan kewujudannya kembali. Tak guna aku nak bising cakap zine lokal itu hampir pupus sambil duduk sahaja kalau aku sendiri tiada effort untuk membaiki keadaan. Antara tu-
Terima kasih kerana membaca sehingga ke tahap ini. Pengakhiran untuk satu pemulaan yang baru. Mungkin korang dah dapat overview macamana zine aku kan. Aku tak tahu sama ada aku mampu memuaskan nafsu membaca korang atau tidak tetapi aku mencuba apa yang aku mampu dan inginkan sahaja.Tak mustahil sekiranya isu yang berikutnya akan berubah selera bergantung kepada cara penulisan aku yang seterusnya. Aku pun tak tahu flow yang akan datang bagaimana. Mungkin aku tak mampu buatkan korang berpuas hati mengenai isu kali ini, aku amat mengharapkan sebarang komen, feedback atau pendapat bagi melakukan penambahan-baikan. Lebih enak untuk mendapat kritikan secara jujur dari kamu daripada keluar dari mulut di belakang aku yang merupakan backstabber. Aku sukakan konflik. Tiada apa yang nak aku tegaskan disini cuma mengharapkan sesuatu revolusi yang baru. Mengevolusikan hc/punk kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Sekiranya kalian berminat untuk berkontribusikan sesuatu untuk isu yang berikutnya, cukup senang bagi aku untuk menerimanya sekiranya tidak bertentangan dengan idea dan konsep hc/punk itu. Tidak radikal bagi aku untuk memasukkan artikel/kolumn tersebut ke dalam recycle bin dan mendeletekannya bagi mengelakkan kontroversi yang tidak logik. Kepada punk gaya post, aku memang mengalu-alukan surat kamu tetapi mesej aku terlebih dahulu ya untuk alamat. Aku ni kejap kat Kedah, kejap kat Johor, tak menentu. Semoga bertemu di edisi berikutnya dan diharapkan kesibukan serta jiwa malas tidak menyelubungi diri aku kembali. Sehingga berjumpa lagi yaa!!!
RACHWAN
[email protected] www.myspace.com/rachwan 017-4682280/013-7018632
Rakaman ribuan terima kasih kepada keluarga, teman-teman serumah (terutamanya Bro, Nas, Rom, Tekan dan Apan; pc+laptop+printer korang amat membantu aku), Dindang, xTimmyx, Kerenaneko, FMD, Azizi, Kerk, Makcik Yunie, Pa'an+Monster Sakura, pom-pom girl Rynn, Shinchan, Addy Zaidy, Anip, Wak Kang, teman-teman scene, rakan sekelas, Dr. Faiz, awek kedai fotostat, Ammir (thanks bagi pinjam papan LK, boleh la aku cut and paste!) dan terutamanya kamu yang mendapatkan dan membaca zine tak seberapa ini.
tahu lah, zaman dah berubah, teknologi dah canggih, fuck! Nipis tapi padat. Editor masih lagi menekankan konsep DIY dan beberapa penekanan diberikan antaranya fungsi sesebuah zine, ruang komunikasi dan menceritakan ketidakpuasan hatinya dengan pendekar message board punk. Kolumn editor pula mengisarkan etika berpolitik dari zaman lampau kepada moden. Memang makbal gila kepala aku sewaktu baca kolumn ni, dah lama tak baca benda yang berat, memang sanggap gila nak masuk dalam otak, aku rasa empat kali baca baru masuk. Memang topic ini menjadi tumpuan aku dan aku juga dah bagi feedback pendapat aku kat dia bagi artikel ini. Sesi interview pula melibatkan sebuah band dari US iaitu Fascist Insect yang memainkan musick grind. Di dalam interview ini diceritakan secara ringkas aktiviti hc/punk di sana untuk dikongsikan bersama. Sesi review agak banyak, hampir kepada separuh zine.
Khairul Azizi, Myspace: www.myspace.com/azizi_sengal Blog: http://khairulazizi.blogspot.com
juan lain adalah menjadikan impian aku memiliki zine sendiri dari awal aku mengenali apa itu zine akan menjadi kenyataan. Dulu aku merasakan nak buat zine ni macam susah jer tapi bila aku dah mula contribute dekat zine kawan-kawan, aku mula berfikir, mungkin aku mampu untuk melakukannya juga. Dari bentuk penulisan, grafik sehinggakan layout aku lakukan sendiri cuma bahagian kontribusi saja yang aku invite rakan-rakan untuk menolong. Saja tak nak susahkan orang lain dan lebih kepada mencuba sesuatu yang baru, so aku akan lebih berdikari. Bagi aku mengajak kawan-kawan untuk contribute something melalui cara baik atau pun maki hamun itu sekadar mahukan apa yang bergelumang di dalam minda mereka dikongsi bersama. Yang dah ada zine sendiri atau dah biasa tulis artikel kat mana-mana zine tak menjadi masalah sangat nak invite, cuma yang baru nak menulis tu agak sukar. Biasalah, alasan paling kerap "aku tak reti menulis" tu yang rajin terima. Takpe aku tak paksa pun, tapi aku rasa menulis artikel dalam zine lebih senang dari buat karangan untuk peperiksaan. Markah, gred atau pen merah nak tanda pangkah (bukan pangkah tangan..hehe) dalam kertas memang takde, cuma feedback jer aku rasa yang akan dapat (tu pun kalau ada yang nak kasik la), kalau exam dah kantoi kena maki atau marah tu macam kira wajib la. Thanks kepada xTimmyx dan Din yang sudi menyumbangkan artikel untuk aku. Korang memang banyak membantu aku terutamanya Din yang mengarang gila punya banyak untuk isu kali ni, next time siapa-siapa yang nak kasik apa-apa kat aku memang aku harapkan sangat-sangat yer. Bagi sesi review, kali ni aku hanya mampu reviewkan beberapa zine sahaja, tiada pun bunyia-bunyian. Next isu la yer. Oh ya, aku rasa rancangan untuk buat zine ni dah lama sangat hinggakan dah nak berkulat dalam hotak dah cuma banyak hal yang remeh temeh perlu diberi lebih perhatian terutamanya studi yang telah membantutkan niat aku menulis. Semester lepas memang cam syial jer, busy memanjang dengan projek yang aku mula buat daripada awal semester sampai la nak habis semester dan menambahkan kelaknatannya, projek tu tak operate macam dijangkakan. Fuck arr microprocessor dengan microcontroller. Memang aku sumpah seranah siapa yang cipta software tu! Mengenai konsep yang aku pilih bagi zine ini adalah personal/punk dan aku juga tidak mengconsumekan idea-idea hc/punk semata-mata di dalam setiap artikel, mungkin juga diselitkan beberapa penulisan yang bebas dari idea-idea hc/punk itu tetapi aku akan memastikan unsur-unsur racist, fasict, sexiest, homophobic dan bebarapa lagi yang bertentangan dengan idea-idea hc/punk dihindarkan sama sekali. Hampir tiap-tiap hari aku fikir nak taruk nama apa untuk zine ni, dari yang nampak punk gila kepada yang langsung tak boleh belah macam yang aku dah pilih ni. Ingat nak guna nama dalam bahasa inggeris tetapi memandangkan penulisan aku dalam bahasa melayu, aku rasa taruk nama melayu jer lah. Racist ker taruk nama zine dalam bahasa melayu? Aku rasa tak. Habis nak taruk bahasa apa? Kang aku taruk nama dalam bahasa uganda nak kena cari maksud pulak, rajin lak aku nak cari kamus bahasa uganda tu. So dah sepak terajang setiap pilihan yang ada, aku pun decide la nama Manggis. Amacam, punk habis tak?hahaha. Ok aku briefing sikit kenapa aku pilih nama ni bukannya nama-nama lain yang berlegar dalam kepala hotak aku. Mungkinkah aku sengaja mengkontrakan majalah Mangga? Mungkin la, sebab aku bukan bercerita mengenai gosip mana-mana artis Malaysia atau pun taruk gambar separa bogel artis-artis baru dekat swimming pool yang dedahkan lorong-lorong gunung...huhu. Kalau begitu kenapa manggis, kenapa bukan mempelam, mengkudu atau pisang? Aku yakin dan pasti bahawa manggis memang jujur serta putih isinya so aku samakan manggis ini dengan hc/punk. Kita suka berpakaian gelap terutamanya hitam sebab hitam nampak kemas sama seperti keadaan luaran sebiji manggis. Itu secara luaran tetapi dalaman amat berbeza sekali. Isinya putih dan dalam konteks idea-idea hc/ punk aku memandang idea-idea hc/punk itu sesuatu yang baik tetapi aku tak juga katakan punk ini bersih! Masih logik kalau aku katakan punk itu jahat dan ada sedikit kotor, kalau bersih/suci aku rasa punk tu takde apa la sangat, mungkin waktu tu punk dah tak tahu nak menentang sesuatu yang dirasakan akan mengongkong diri sendiri atau secara global. Jadi sekarang korang faham kan kenapa aku pilih manggis. Itu baru bukti dalaman manggis itu lebih baik dari luaran sama seperti hc/punk dan belum aku tegaskan kejujuran sebiji manggis lagi. Jika korang ada manggis kat tangan sekarang atau cuba belek kulit depan zine ini, tengok bahagian bawahnya. Ada bentuk ala-ala kipas sikit dan kira bilangan bilahnya. Jika lima, ianya bermaksud lima biji isinya kat dalam so ianya akan sama dari apa yang digambarkan. Kalau enam bilah isinya enam. Hukum alam kut. Entahlah, bila berfikir tentang kejadian alam, aku tak pernah pun meragui ada yang menciptanya. Mungkin ada yang cakap tidak, lantak la, faha-
REVOLTLUTION #2 - RM3
Memang selepas baca isu pertama, aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Tanggapan aku meleset apabila beberapa perkara telah mencetuskan kerimasan aku untuk continue baca zine ni. Baru selak sehelai muka surat, artikel mengenai anjing itu adalah haram membuatkan aku melenting. Isu samak bukan masalah di sini! Kamu telah melalui kawasan mereka dan haiwan juga akan protect kawasan mereka apabila diceroboh. Sama la dengan kita. Satu lagi yang menjadi tanda tanya adalah mengenai Isu Semasa Pilihanrayaku; bagaimanakah Gerakan Demokratik Oren yang memenangi 99 kerusi manakala pemerintah meraih 43 kerusi menjadikan hasilnya 222 kerusi? Ke mana 80 kerusi lagi? Adakah dimenangi oleh parti Bear Brigade? Antara yang kurang diambil perhatian oleh editor mengenai isu kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Wajarkah kamu menyelar mereka sebagai perlaku jenayah walhal jenayah itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira aspek maskulin, feminin, bangsa, negara, kaya, miskin atau apa-apa sahaja. Kalau takde orang asing pun kat Malaysia ni still ada masalah jenayah. Antara lain kenapa menyatakan kemesraan masyarakat Melayu dan Malaysia? Kenapa tidak Malaysia saja. Adakah semua orang Melayu itu mesra sangat? Entah la, tepuk dahi sendiri la. Dalam ini juga disertakan beberapa joke dan survey. Dijawab oleh 3 orang dan ada kontra dengan pemikiran aku. Sesi interview juga disertakan antaranya bersama Nizang (Nervous Recs), Ayep (Indiependent Recs) dan Deadscore. Antara lain adalah scene report daripada Filipina melalui Emmanuel Jasmin. Apa-apa pun aku harap editornya akan menulis lagi tetapi perlu lebih aware. Jangan timbulkan konflik yang tidak sepatutnya. Alamat seperti isu pertama.
BEBAL #3 - RM1 by hand/RM2ppd
Aku ingat waktu aku pos surat kat Azizi ari tu mungkin dia ada rasa bengang kut, aku lupa lak taruk duit..hehe. Sori la Azizi, gua tak sengaja. Sial betul, kan dah lambat sikit aku baca Bebal. Lama gak aku tak jumpa dia, syukurlah berkesempatan dapat gak jumpa dia waktu touring Magrudergrind di KL, so dapatlah borak-borak. Murah jer zine ni, kalau tak beli tak
Megi, Myspace: www.myspace.com/megisup E-mail: [email protected]
ROOTS #7 - RM10
Layout cukup cantik! Memang menghairahkan untuk dibaca isinya. Amat sesuai untuk memancing anak-anak hc/punk yang jenis pilih bulu nak kan sesuatu yang nampak kemas. Kalau tak beli tak tahulah tapi bagi yang kaki zine, aku yakin dan pasti mereka akan beli, cantik ke tidak itu aspek lain, tapi isi dan nilai sesebuah zine yang diutamakan. Hairan gak kan, nak beli zine pun memilih walhal beli baju, cd, Ip atau apa-apa lagi tak menjadi masalah pun apatah lagi sanggup spend benda-benda tadi dengan borosnya. Lagi la beli rokok dan arak. Mampos kamu lah, aku heran apa. Mungkin Din dah geram kut orang bising pasal Roots#6 yang fontnya kecik dan spacing takde.,hehe. Aku rasa berbaloi spend duit untuk zine ni, pro printed beb, rasanya guna teknik coral. Kalau isu sebelum ni dah macam diari Din yang merapik/meroyan banyak gila, kali ni dia kurangkan dan lebih aman. Temanya masih santai+personal hc/punk. Antara yang join venture kat dalam ni adalah Zeezam, Dude, Fazri dan Azizi Kabot. Band yang terlibat bagi sesi temuramah adalah YAD, Hellexist dan Anti Protokol. Jawapan dari mereka ini boleh dikatakan santai. Sebenarnya zine ini didatangkan dalam bentuk pakej sewaktu launcing iaitu RM15 untuk Roots#7+kaset Hellexist limited edition yang dimuatkan 7 track demo. Zine ini dilancarkan sewaktu gig Increase Noise at Penang yang dianjurkan oleh Addy. Din ada jugak bising takut penjualan tak meriah disebabkan harga tapi bagi aku memang munasabah harganya. Malas la aku nak ulas pasal sifat kedekut nak beli zine, faham-faham sendiri jer la. Ni alamat konteksnya.
Azzaruddin Bin Paiman No 22, Jalan Impian Ria 14, Taman Impian Jaya, 81400 Senai, Johor. E-mail: [email protected]
man masing-masing. So aku harap kita jadi punk manggis, jangan jadi hipokrit, jika punk, lakukan seperti punk. Sebagai contoh, punk yakin kepada diy, so takkan campur dengan sistem capitalist untuk kembangkan idea diy. Kita perlu jujur dengan diri dan tak perlu menyekat kebebasan berfikir, bersuara, bertindak mahu pun apa saja yang dirasakan akan mengawal tindak-tanduk harian. So kat dalam hati cakap diy, gerakanlah konsep diy. Kalau dah bosan dengan punk, undur diri jer, buatlah apa yang korang rasa sesuai untuk diri sendiri. Dalam punk mana ada tuhan nak hukum korang, so korang bebas nak melakukan apa saja tapi berhati-hati, mungkin ada beberapa response yang mungkin boleh sakitkan hati. So jelas kan kenapa aku pilih manggis bukan buah lain. Dari segi penulisan, aku rasa lebih kepada personal, aku juga tak lah menfokuskan totally punk semata-mata, aku bantai jer tulis apa yang aku nak. Siapasiapa yang tak kenal aku sangat bolehlah berkenalan kat dalam ni sebab aku memang banyak ceritakan pasal diri aku dan sekeliling. Apa-apa pun, aku lebih suka kepada sesuatu yang santai. Aku suka benda yang buatkan aku rileks-rileks jer. Aku bukannya reti sangat pun nak tulis benda yang sinikal atau penulisan yang boleh buatkan anak-anak punk tersentak cam Nobeat dan Azizi, apatah lagi yang boleh mencetuskan kontroversi macam Timmy sampai bergaduh dengan hero punk, tapi punk ada hero ker? Entahlah hero-hero yang camne pun aku tak tahu, menyerang secara peribadi di dalam message board punk sambil menyembunyikan identiti diri tu'aku rasa cukup untuk mengatakan 'fuck you'. Apa yang aku mampu buat adalah penulisan biasa-biasa sahaja sekadar berkongsi pendapat atau apa-apa sahaja terlintas di kepala yang aku rasa patut untuk dikongsikan bersama. Kalau nak dikatakan aku banyak taruk benda -benda yang melalut kat dalam ni, aku rasa memang betul pun. Boleh tahan la banyak aku merapik. Aku rasa cam best jer bila dapat mengarut, ditambah pula kalau korang terus baca sampai habis, memang korang buatkan aku rasa terharu...haha. Lantaklah. So aku mohon maaf kalau zine aku ni tak mampu berikan apa yang korang nak kan. Korang punya kemahuan lain, aku pula lain, memang la susah untuk aku puaskan hati korang. Kalau korang baca benda alah ni sampai abis memang kemahuan aku tercapai. Aku suka sangat tengok orang yang suka membaca. Tawaduk habis. Kalau tak suka tak pe la, aku tak paksa. Ok la, korang chill la yer, aku harap korang suka. Tak suka kita bawa bincang yaa.
Artikel : Bebaskan Unsur Negatif di dalam Bola Sepak
Aku memang suka sukan, terutamanya bola sepak. Tak jadi masalah langsung untuk aku lepak kat mapley sorang-sorang layan bola. Tapi aku kesal dan memang kesah bila ada orang yang berfikiran racist, religist dan pelbagai lagi yang tak sepatutnya dalam sukan. Hari tu aku pergi layan final Champions League kat mapley dengan kawan-kawan lama, kira cam reunion juga la. Final kali ni antara dua pasukan utama EPL, MU vs Chelsea, macam berebut piala FA pun ada. Aku pergi sebagai penonton yang berkecuali, aku tak sokong antara dua pasukan tu. Dah la game tu tak best sangat, lebih kepada nasib, so takde la enjoy sangat tapi yang menambahkan game tu jadi langsung tak best bila orang yang di sekeliling aku ramai cam kimak. Memang racist gila. Pemain-pemain yang berkulit gelap dikutuk, manakala jurulatih Chelsea yang berketurunan Yahudi kena angkat fuck lepas game habis. Korang faham-faham jer lah, fans mana yang buat hal tu. Aku tak maksudkan semua fans MU tu racist, tapi banyak yang aku jumpa datangnya dari peminat pasukan tersebut dan waktu aku kat mapley tu memang terserlah sangat. Mungkin ada yang tak setuju apa yang aku katakan terutamanya fans MU tapi aku merujuk kepada kenalan disekeliling aku, kalau disekeliling kamu tu ok, ok la. Sebab tu juga aku tak berapa suka sangat dengan fans MU, nasib baik Timmy tu fans MU yang ok, walaupun dia tu fans lalang..haha. Kadang-kadang aku perli dia, kadangkadang dia perli aku pula bila team aku kalah, just joking between us. Timmy memang emo kalau team dia kalah. Hairan juga kan, bila kita kutuk pasal team favourite orang lain mesti bengang sampai kelu lidah walhal kutukan tu biasa jer. Orang kutuk kita gemuk, pendek, cacat, keding, boyot sekali pun kita takde kesah. Tapi kutukan antara kami berdua cuma performance jer, bukannya racist ke apa-apa lagi yang tak patut. Patut la baru-baru ni ramai pemain daripada beberapa liga di dunia terutamanya liga Inggeris dan Sepanyol telah menubuhkan badan yang menentang sifat perkauman dikalangan peminat. Antara pemain yang terlibat adalah Thuram, Hoyte, Eto'o dan ramai lagi. Aku ingatkan racism dalam bola sepak
dan boleh dikatakan semua jawapan ada rasionalnya. Oh ya, isu kali ini terdapat juga part review dimana isu sebelum ini tiada. Cuma zine sahaja yang direview tanpa ada ulasan audio. Sebarang maklumat dan berminat untuk mendapatkan isu ini, konteks si editor ya.
xTimmyx CACAT,
E-mail: [email protected]
REVOLTLUTION #1 - RM2 ppd
Waktu zine ni sampai kat tangan aku, benda pertama yang aku lakukan adalah menyemak tajuk-tajuk artikel di dalamnya. Nampak political. Tapi aku terpaksa ubah sikit peribahasa dari Russia dari 'don't judge book by its cover' kepada 'don't judge the article by its title'. Aku rasa mungkin sesi review untuk zine ni buatkan aku pening sikit nak ulas. Minta maaf, aku rasa editornya perlu lebih teliti untuk mencari bahan dan melakukan research secara mendalam terlebih dahulu sebelum nak keluarkan artikel atau statement. Terlampau am dan terlalu membedal. Nak tulis perkara politikal bukan boleh main sebat jer, kena pastikan adakah benar atau tidak. Tak salah kalau aku cakapkan artikel di dalamnya banyak kosong. Mungkin isu pertama so aku tak berapa nak kisah sangat. Mungkin next isu perlukan lebih banyak kemas kini dan pentelitian lebih mendalam. Jangan tulis hal politikal yang terlampau am, umumnya semua orang tahu apatah lagi kita yang mengkonsumikan idea hc/punk itu sendiri sering kali berperang idea mengenai isu politik, jika terlampau am aku rasa ianya memang terlampau kosong sangat. Jujurnya mood pembacaan aku agak merudum bila aku terbaca zine ini. Empat sesi interview yang dijalankan melibatkan tiga band iaitu Arheum Revert (Puchong), Langgar Lari (Bahau) dan She's Exotic manakala individu adalah saudara Firdaus dari Green Peace Record. Aku tak tahu sama ada Arheum Revert ini dari komuniti hc/punk atau tidak, kalau ya, aku rasa mereka ini hanya memainkan musick hardcore sematamata dan bukannya mengadaptasi idea hc/punk. Soalan ringkas daripada editor mengenai maksud DIY di dalam kehidupan mereka, membuatkan aku tepuk dahi. Jawapan mereka DIY itu do it yourself kut..;). Entahlah. Soalan kepada Langgar Lari mengenai scene u/g kat Malaysia aku rasa lebih sesuai ditanya kepada band indie, nasib baik la LxL bijak menjawab. So kalau anda berminat, konteks saja editor nya.
Sesi review kali ni memang tak banyak sangat yang dapat aku lakukan. Bukan apa, banyak yang tak masuk dalam aku punya simpanan. Nak beli banyak duit tak berapa ada, yer lah penganggur+pelajar macam aku susah nak dapat duit. Kalau duit poket study aku yang disimpan tu boleh la beli beberapa stuff jer. Sem lepas aku kena guna banyak duit sebab buat projek, so spending untuk stuff punk tu sikit jer la. Aku pun berharap agar korang yang nak aku reviewkan apa-apa stuff sila postkan kat aku. Kalau tak nak kasik free, recommend la kat aku, insyallah nanti aku postkan duit. Sama ada cepat atau lambat bergantung pada ekonomi aku waktu tu, kalau awal sem memang berdesup aku postkan duit. Segala review yang aku lakukan adalah pada pandangan aku sendiri tidak terdorong oleh nama individu, persahabatan atau apa saja yang akan buatkan aku biased. So segala bentuk pujian, cadangan, kritikan dan teguran adalah ikhlas dan sekiranya anda tidak suka janganlah kecewa atau dalam erti kata lain dah tak nak aktif dalam komuniti lagi. Teruskan kerja anda semua dan aku akan teruskan kerja aku. Sori la yer isu kali ini tak disertakan review daripada bunyi-bunyian cuma zine sahaja.
XSTAND POINT OF MINDX #14 -RM3 ppd
Antara zine paling aktif kat Malaysia. Sejak xTimmyx comeback dari quit scene disebabkan putus cinta sampailah bercinta dengan xYuniex, dia terus bergerak dengan laju nya..haha. Kalau nak belajar maki hamun, boleh check berapa banyak word baru dalam zine ni. Konsep personal hc/punk dan santai adalah teras utama zine ini. Ramai juga rakan-rakan yang terlibat di dalam pembikinan zine ini antaranya Zeezam, Paan, Nizang, xPaisx, xJepx, Rashid, Rachwan, Ery, Justkneeta, xJimmyx, Khairul Azizi, Wak Kang, Yašer, xZaipax, xAlmiex dan Zika. Yang aku pasti ramai kontributor ini mendapat banyak ugutan bunuh untuk menulis artikel oleh editor. Sesi interview dijalankan menggunakan medium myspace ke atas Monster Sakura. Mamat ni memang gila thrash, so dari koleksi xSPOMx yang aku ada memang banyak menginterview band thrash. Lantak la, zine dia, aku tak kesah. Kalau isu 13 berlakunya kontroversi sehinggakan si editor nyaris dipukul oleh hero punk, kali ini sesi kontroversi masih diteruskan antara Zeezam dan Justkneeta mengenai isu homophobic. Macam biasa, sesi survey cukup menarik untuk dikongsikan bersama. Tiada jawapan yang tipikal
kerap berlaku di Eropah sahaja, rupanya kat Malaysia pun dah teruk. Tak hairan la tema EURO 2008 baru-baru ni adalah RESPECT, NO TO RACISM. Bagus sekali pendekatan yang dibawa oleh UEFA kali ni. Team yang banyak pemain berkulit gelap kat Eropah ni kebanyakannya daripada Perancis dan dikalangan pasukan ini terdiri ramai pemain yang beraksi bersama Arsenal dan Chelsea. Apa yang aku nampak pasukan Arsenal dan Chelsea agak seimbang bilangan pemain berkulit cerah dan gelap. Aku masih ingat lagi mengenai ugutan Samuel Eto'o untuk keluar dari Barcelona apabila dia diejek beruk oleh peminat pasukan itu sendiri. Kejam betul. Ini baru racist dalam bola sepak, belum lagi yang berkaitan dengan agama yang lagi teruk keadaannya. Belum pun sempat orang Malaysia sibuk memboikot Belanda mengenai short movie Fitna yang dikatakan menghina Islam, dua pasukan utama daripada negara tersebut iaitu Ajax Amsterdam dan PSV Eindhoven telah menyatakan keinginan untuk melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia dan dikatakan ianya bakal dibatalkan. Aku memang penyokong pasukan Belanda sejak dari zaman Dennis Bergkamp lagi, so aku langsung tak ambil pusing untuk tidak menyokong Belanda untuk EURO atau pun WORLD CUP apabila timbul hal ni. Ada kawan aku yang sebelum ni menyokong Belanda, akhirnya boikot Belanda disebabkan movie ni. Bagi aku ini adalah bola sepak, apa aku nak ambil kisah hal tu. Siap bertekak dengan seorang awek pasal ni lagi, tapi aku tak tahu lah dia accept ke tak apa yang aku katakan, lantaklah. Aku rasa dorang ni dah macam ulama sirkus, bercakap lantang pasal agama terutamanya bila berlaku hal-hal sebegini tapi pada masa yang sama sebelum ni tak pernah pun aplikasikan apa yang agama suruh. Memang isu agama sesuatu yang sensitif, tapi aku rasa menyokong pasukan bola sepak Belanda langsung tak menjadi masalah. Bagi aku kejam la kalau boikot macam tu, bukannya pemain Belanda yang buat movie tu. Lagi pun aku sukakan corak permainan Belanda yang kreatif, apatah lagi band dari sana seperti Marat dan Betercore memang best. Sebelum ni juga Chelsea yang berkeinginan ke Malaysia ditentang disebabkan ada pemain dan jurulatih Yahudi tetapi ditarik balik. So dorang mungkin akan datang bulan Julai nanti rasanya. Yang lagi best apabila pasukan Liverpool juga direject untuk datang ke Malaysia beberapa tahun lepas disebabkan mendapat penjenamaan daripada Carlsberg's dan tertera cop nya di baju padahal kat Shah Alam tu tersergam indah kilang Carlsberg's. Lagi teruk bila Malaysia main Piala Tiger, langsung tidak pula dipertikaikan. Tiger tu air mineral ke? Oh lupa pula yang Malaysia ni sebuah negara Islam... Malaysia ni negara berprofit so bila dapat profit dorang memang tak ambil pusing pun hal-hal macam tu. Macam la berjudi game bola sepak oleh bookie-bookie dan apabila diketahui aktiviti mereka, secara melulu mereka diserbu tapi pada masa yang sama syarikat sport toto dan magnum tu ok jer beroperasi. Judi juga kan, tapi hakikatnya kerajaan tak dapat apa-apa untung dari bookie, so kena la serbu. Ni kut Islam Hadhari, bila dapat pulangan semuanya halal... Entahlah, aku pun dah malas nak cakap mengenai semua sistem di Malaysia, kalau boleh aku tukarkan sekarang, memang aku buat. Aku bukannya nak cakap yang aku ni betul ke hapa, tapi aku cuma nak bagitau overview aku mengenai halhal ini, ikut korang juga la, nak terima ke tak. Adios, viva la Espana Y Arsenal!
penting, zinè tetap zine. Sumber informasi penting bagi komuniti hc/punk. Kemajuan sesebuah scene hc/punk dapat dilihat terutamanya dalam penghasilan zine sebab disinilah idea-idea hc/punk akan mengerakkan komuniti dan scene itu sendiri. Ada gak orang cakap, baca zine tu satu yang punk rock... Baca blog barulah up-to-date dan moden...FUCk!!! Kelebihan zine tu lebih baik dari blog yang sedia ada sekarang! Kenapa? Bagi aku zine adalah mobile, murah, mudah dibaca, boleh dibaca lagi kalau terlupa atau bosan, jimat penggunaan elektrik dan abis baca boleh passing kat orang lain so secara tidak langsung ramai yang akan mendapatkan informasi bukan pemiliknya sahaja. Lagi satu, tak payah nak spend masa lama-lama mengadap pc untuk membaca dan bayar kos internet yang mahal. Mengikut kajian, penggunaan mata dalam tempoh lebih dari 4 jam pada monitor dalam sehari boleh mengakibatkan kerosakkan mata pada tahap kritikal. Tu pun kalau kajian tu betul dan kalau aku salah minta betulkan. Kalaulah aku seorang penjual zine, ada orang nak curi, amiklah, janji baca. Sekurangkurangnya masih ada pencuri yang suka membaca...hehe. Kat sini aku nak buat cadangan sedikit. Aku nak cadangankan kepada penulis-penulis blog yang sedia ada sekarang ni, better korang copy artikel dalam blog korang and then paste ke dalam microsoft word, edit apa yang patut kemudiannya print pastu fotostat dan jual pada kadar yang sepatutnya. So korang akan ada zine dengan blog serentak. Amacam ada berani? Buat macam Goblog atau Jongkang-Jongket, tak bukukan pro printed pun takde hal. Aku sebenarnya tak mahu lagi melihat penulis-penulis zine sedia ada pupus dan lenyap begitu saja. Aku pun tak mahu kita dieksploitasikan oleh teknologi itu sendiri sebaliknya kita lah yang akan mengeksploitasi kegunaannya. Teknologi pada dasarnya dicipta untuk memajukan manusia dan bukannya merosakkan manusia. Komuniti hc/punk itu sendiri adalah terdiri daripada golongan manusia, so jangan biarkan ianya dirosakkan. Apa yang lebih menyedihkan lagi ramai pelapis hc/punk sekarang lebih meminati musik. Bagi pendapat aku, musik itu hanyalah cebisan sahaja di dalam hc/punk dan sebagai salah satu medium dalam menyampaikan mesej hc/punk. Jangan biarkan diri anda menjadi seorang individu hc/punk yang kosong, so sama jer lah korang dengan atuk aku yang tak layan hc/punk. Dengar musik sahaja tidak mencukupi. Idea perlu ada. Idea hc/punk itu perlu digerakkan. Mungkin disebabkan itulah ada individu/band hc/punk berfikiran racism, homophobic, fasicm mahupun sexiest. Yang nak jadi hero atau tuhan punk tu jangan cakaplah. Kesal, pelik, kelakor dan sedih bila difikirkan. So fikirlah yang mana terbaik dan bagus bagi anda.
Isu yang aku hendak bincangkan untuk kali ini rasanya amat penting dan sebarang pendapat daripada korang mengenainya amat aku harapkan. Sekarang zaman teknologi semàkin canggih, so komuniti hc/punk juga perlu mengikuti peredaran zaman sedia maju sekarang. Yerlah,dalam hidup kita sentiasa move forward, susah nak move backward. Penggunaan internet terutamanya di dalam komunikasi sememangnya penting tanpa mengira siapa anda tetapi apabila difikirkan semula, ia seakan-akan hampir mengeksploitasi komuniti hc/punk itu sendiri. Mana tak nyer, komunikasi menjadi lebih cepat dan mudah, so attractive people pada penggunaannya agak menggalakkan. Aku akui yang aku agak addict menggunakannya terutamanya dalam myspace, e-mail mahupun ym. Bukan aku nakkan korang boikot penggunaannya, tetapi janganlah sampai terlalu leka dengan aplikasi mudahnya yang agak user friendly. Sebagai contoh, penggunaan blog yang agak melampau pada masa sekarang secara tidak langsung hampir melumpuhkan pergerakkan zine yang semakin hari semakin merudum. Pada pendapat aku, kebanyakan penulis-penulis zine dahulu yang tumbang berkemungkinan besar juga daripada penggunaan teknologi yang melampau. Yang nak baca pun boleh kira, so minat mereka nak menulis pun semakin pudar disebabkan penerimaan komuniti yang agak pasif. Sebab tu lah banyak dari mereka tumbang. Aku sebenarnya tergerak untuk membincangkan isu ini setelah terbaca BEBAL #1 dan ROOTS #6. Senang cakap, aku nak membangkitkan isu ni setelah terbaca kolumnis daripada kedua-dua penulis zine ni (Khairul Azizi dengan Din Akar). Aku tidak pernah merasai pengalaman menerima flyers fotostat mahupun surat chenta kebelakangan ni daripada komuniti hc/punk dan bila membaca kolumnis dari Din Akar, aku teringin nak merasainya. Alangkah bestnya pada waktu tu. Kesian pulak aku kepadanya. Aku masih lagi berkesempatan membaca beberapa zine-zine lama dimana teknik cut and paste, tulis guna tangan dan penggunaan typewriter yang agak senget serta tunggang langgang. Walaupun ia nampak agak punk rock tapi bagi aku ia menampakkan kesungguhan penulisnya terhadap komuniti dan scene hc/punk!!!. Sekarang tak pernah lak aku jumpa zine sebegitu rupa abis masam pun cut and paste jer. Siapalah yang nak menulis, padahal pc dh ada. Tak kisahlah dalam bentuk apa pun sama ada handwriting mahupun taip guna pc, yg
Kolumn Editor: Budaya Timur Harus Mati
Suka bangat aku lagu fastcore Budaya Timur Harus Mati daripada kugiran Anjing Tanah. Kalau diamati betul-betul, aku rasa budaya ketimuran itu membuatkan kita takut untuk buatkan sesuatu yang kita suka. Kadangkadang tu ianya mampu menyekat kebebasan seseorang melakukan sesuatu dan tidak mustahil kita takut untuk menerima kutukan dari rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Malahan aku merasakan budaya timur ini ke arah sexiest. Sebagai contoh, budaya ketimuran selalunya membuatkan kita beranggapan wanita sepatutnya ke dapur manakala lelaki di tempat kerja. Sekiranya lelaki tersebut melakukan aktiviti kewanitaan seperti memasak, mengemas rumah, tanam pokok bunga mahupun mengubah bunga sudah pasti lelaki itu dipandang semacam dan tak hairan kalau ditertawa oleh teman-teman. Aku akui yang aku memang rajin memasak dan mengemas rumah terutamanya kat rumah sewa tapi tengok kepada mood la. Ada yang memerli seperti; "anak dara siapa ni, rajinnya", walhal aktiviti seperti itu tak sepatutnya diasingkan untuk dilakukan oleh wanita sahaja. Mungkin juga environment keluarga aku membuatkan aku memang tak merasa segan nak buat kerja-kerja yang diklasifikasikan kerja wanita. Dalam family aku sendiri, mak aku jer wanita, yang lain lelaki dan ditambah kondisi kesihatan mak aku yang tidak berapa sihat sejak kemalangan dulu, tak hairanlah kerja-kerja seperti memasak atau mengemas kat rumah banyak dilakukan oleh ayah dan kami adik-beradik. Aku ni punk yang jenis tak suka duduk dalam kawasan bersepah sangat, rimas jer rasa. Antara yang selalu diujarkan oleh orang melayu seperti; "setinggi-tinggi pendidikan wanita itu, akhirnya balik ke dapur juga" memang aku langsung tidak setuju. Dimanakah konsep keserataan (equality) bagi semua manusia? Tak menjadi masalah wanita bekerja sekiranya kerja yang dilakukan tidak berat. Lagi pun ramai wanita sudah bekerja di pejabat, dalam bilik siap ada air-cond lagi, malah lebih selesa. Kalau sebagai buruh kasar, aku rasa tak patut la, itu dah kira penindasan bagi wanita. Memandangkan wanita sekarang sudah ramai mendapat taraf pendidikan lebih tinggi daripada lelaki, aku rasa tidak menjadi masalah wanita bekerja dan setidaknya dapat membantu ahli keluarga terutamanya yang sudah berkeluarga. Tak jadi masalah jika dapat membahagikan masa dengan bijak antara kerja dan keluarga.
Konflik : Wajarkah Zine Berbentuk Emosi di dalam Scene HC/Punk? Dijawab oleh : Din Paiman
Masuk hari ni dah enam hari aku tidak bekerja. Aku jadi malas dan sedikit tertekan dengan situasi dan perjalanan hidup aku sejak seminggu dua ni. Aku tak ada semangat untuk bekerja dan langsung tak ada semangat untuk meneruskan hidup. Aku amik cuti tahun dan bersambung dengan cuti sakit sekaligus. Aku dah tak kira apa nak jadi jadi la. Aku nak rehatrehatkan minda dan badan dengan bersantai-santai di rumah. Aku dah jadi macam dulu. Aku dah jadi aku beberapa bulan yang lepas. Aku nak tune balik kehidupan aku. Aku nak cuba tenangkan fikiran dan set balik benda-benda yang dah lari jauh dari aku. Aku nak lupakan peristiwa silam yang selalu menghantui diri dan perasaan aku. Aku nak betulkan balik kehidupan aku yang tonggang langgang sekarang ni. Macam-macam benda yang aku kena buat untuk diri aku, untuk "hidupkan" balik diri aku. Aku nak kembalikan zaman kegemilangan aku seperti suatu masa dulu. Aku nak kembali ketawa, kembali gembira dan kembali menyakat kawankawan. Sekarang ni aku rasa macam orang dah mati jer. Orang yang dah tak ada keyakinan untuk teruskan hidup. Tak ada masa depan dan tak ada harapan. Hidup tanpa semangat umpama kulit kerang yang terbenam di dasar laut. Tapi mak aku pulak suruh aku pergi berubat dan jalani rawatan kimoterapi. Dia seboleh-boleh nak tengok aku kembali ceria macam dulu. Tapi aku tak nak. Aku takut dan aku juga degil. Jadi aku luangkan masa yang ada ni untuk menjawab beberapa soalan dan pertanyaan dari saudara Rachwan ni dengan sedikit rasa tertekan. (ed: haha..sori la beb)
Memang tak dinafikan suatu masa dulu kita boleh tengok berlambaklambak zine wujud dan terjual dalam komuniti tempatan kita. Komuniti punk hardcore kita. Kadang-kadang aku tengok zine menjadi punca atau tempat untuk seseorang tu "masuk" ke dalam komuniti punk hardcore ni. Menjadi batu loncatan untuk mereka dikenali dan diberi perhatian. Ramai kenalan yang aku kenal hingga ke hari ini adalah berpunca dari zine aku sendiri. Mereka membuat zine dan begitu juga dengan aku. Perkenalan dan persahabatan menjadi lebih mudah dengan medium ini. Sebab pada aku mungkin dengan membuat zine, untuk menjalinkan hubungan dan
Aku cuma meluahkan apa yang aku nampak, aku rasa berdasarkan pengetahuan dan pegangan aku. Kalau kau rasa tak puas hati boleh kontek aku. Ok jumpa lagi, ada masa kita pergi dating yer. Jaga diri dan senyum selalu. Muaaaah!
P/s. Masa ni dia pergi Cameron Highland. Trip tempat kerja. Dia ada bagi tau aku masa aku kat hospital hari tu. Tapi aku tak sure samada dia jadi pergi atau tak. Dia kat Cameron dan aku pulak kat Penang. Dia gembira dengan buah strawberry dan aku pulak gembira sebab dapat pakai topi koboi.
Terima kasih : Addy Zaidy selaku pihak penganjur yang telah melayan kerenah kawan-kawan dari JB dengan baik sekali. Rynn, Kak Long dan Sam Myspace, Zafran, Tom, Abe, Seed, Pat, Mad Yus, Yaser, Pak Sheikh, Arip, Chileng, Wak gemuk, Kerk, Timmi Cacat, Yunie Cacat, Epul, Syapik, Erin OLM, Jimbo, Wak, Along Jambang, Aizat, Ad seluar seksi, geng-geng hardcore Penang, band-band yang terlibat dan semua geng-geng mabuk terutamanya zon JB, penarik beca, pemandu feri dan teksi, budak gemuk macam mamak yang suara lantang kat tempat gig yang asyik nak marah orang jer dan akhir sekali untuk kau Farah sebab sudi baca laporan gila aku ni! ( Jumaat 23 May 2008)
endah jer. Aku tau dia memang tak suka pada aku lagi. Dalam mimpi pun tak suka, realiti pun tetap masih sama. Selalunya macam tulah. (ed: aku nya mimpi selalu kontra dengan realiti, damn!) Memang jarang sekali mimpi dia suka pada aku. Yang paling buat aku down masa tu ialah bila termimpi teman lelaki dia pulak. Ada kat rumah dia dengan berpakaian lengkap berbaju melayu seperti orang yang nak menikah. Kebetulan masa tu ada kenduri kat rumah dia. Jadi kenduri apa sebenarnya ni? Sedangkan dia tak ada kat rumah tu? Aduh... Sebab kerana terlalu takut, aku pun tersedar dari tidur. Jimbo tanya kenapa aku macam ada benda yang tak kena jer? Aku cakap dengan dia aku mimpikan bekas tunang aku la. Terus mood aku tak ceria dalam bas. Aku tau yang mimpi aku ni sekadar mainan syaitan jer. Tak lebih dari tu. Syaitan memang suka tengok aku hidup dalam keadaan tak tentu hala dan bersedih. Syaitan memang jahat, kejam dan tak berhati perut. Dia cuma menghasut aku. Tapi tak apalah, kesimpulan yang pandaipandai aku buat ialah, aku tau dia sedang bahagia di luar sana. Semoga dia menemui kebahagian yang sebenar dan berkekalan. Tulah serba sedikit mimpi buruk aku Farah. Kau pernah mimpi bekas tunang kau? Kekasih lama kau? Duduk sebelah aku ni awek. Dari semalam aku duk perhatikan dia. Tapi tak ada sebarang niat pun untuk bertegur sapa. Semalam nampak macam sombong jer. Tapi tiba-tiba pagi ni dia tegur aku pulak. Alamak! Sebab dia dah memulakan satu perbualan, maka aku pun melayan untuk memulakan pérbualan yang seterusnya. Jimbo pun turut menyampuk sekali. Orang Kedah dan belajar kat UTM Skudai. (ed: orang Kedah memang baik-baik beb..hehe) Berbual biasa-biasa jer. Tak ada serius sangat pun sebab mood aku masih terganggu dengan mimpi ngeri tadi. Tapi sebelum dia turun kat Jalan Skudai tu, sempat aku memberanikan diri mintak no telefon bimbit dia. Tak sangka pulak aku dia bagi. Yey! Pertama kali dalam hidup aku mintak no telefon perempuan secara langsung. Kira satu revolusi jugak ni. Tapi tak adalah excited sangat. Biasa-biasa jer. Tapi sampai sekarang aku masih segan nak mintak no telefon bimbit kau. Aku pun tak tau kenapa. Takut tak dapat dan takut kau pun tak nak layan aku. Kawan-kawan pun cakap macam tu jugak. Tak kisah la Farah, aku pun dah kepenatan ni. Sampai rumah nanti, banyak lagi kerja-kerja tertangguh yang perlu aku siapkan. Aku nak kemas bilik aku yang berselerak macam tongkang pecah tu. Setakat ni jer lah laporan aku untuk kau. Kalau ada benda yang tak sedap kau baca dan tak sependapat dengan kau, aku mintak maaf banyak-banyak.
meluaskan rangkaian persahabatan tu akan jadi lebih mudah. Masa dulu semua orang dahaga dan gilakan zine. Masing-masing kalau boleh nak buat dan hasilkan zine sendiri. Hatta isteri Zam Janggut tu dulu pun pernah buat zine dan kalau tak silap aku jejak tiga issu jugak la. Itu dulu, sekarang aku tak tau apa perkembangan dia. Kualiti dan isi kandungan tak penting sangat masa tu. Yang penting dapat buat zine dan ada zine sendiri. Asalkan bila ada orang tanya, "siapa dia tu? Ohhh día tu editor zine Musibat. Jom kita tegur dia". Lebih kurang macam tu la. Masa dulu buat zine bentuk macam mana pun tetap akan ada pembeli tetap akan ada orang yang ingin amik tau. Tetap akan laku terjual disetiap acara gig. Orang tak pilih sangat nak beli zine masa tu. Semua benda pun bedal beli. Sebab zaman tu material-material berbentuk musick dan baju-bajuan ni tak banyak. Zaman tu masih ramai lagi kaki kumpul material dalam scene terutamanya zine dan kaset. Sekarang ni nak tengok zine terjual kat acara gig pun dah susah. Gig besar dengan band besar macam mana pun yang main, crowd ramai, tiket terjual beratus ringgit pun tapi zine aku boleh tengok tak sampai lima jenis pun. Masa dan situasi memang dah banyak berubah. Orang zaman sekarang dah tak berapa minat nak amik tau dan apatah lagi nak baca zine dan menggumpul benda-benda macam ni lagi. Pandang pun tak. Endy yang tolong jual zine aku pun dia letak zine aku tu kat tempat paling bawah sekali. Kat atas kerusi jer duduk zine aku tu. Tak setanding tempat dia dengan cd dan baju. Sampai macam tu sekali perbezaan dan martabat zine sekarang ni. Orang-orang sekarang ni lebih suka beli baju, cd, benda-benda musick atau benda-benda yang ada bersangkut paut dengan clothing dan fesyen. Orang nak beli benda-benda yang dari jauh dah boleh nampak yang seseorang tu hardcore. Orang lebih pentingkan penampilan dan fesyen dalam hardcore. Ramai sangat blind conformist sekarang ni. Itu dari apa yang aku nampak dan kajian yang aku buat selama berbulan-bulan sebagai seorang penjual dan pembuat zine tak bertauliah. Aku pergi gig-gig "besar" untuk tengok senario ni. Ternyata memang benar. Benda-benda ni terjadi dari pemerhatían aku mungkin berpunca juga dari perkembangan teknologi maklumat ( it ). Dalam internet kita boleh dapat macam-macam maklumat, informasi, gambar, lagu dan sebagainya dengan bayaran yang tidak membebankan. Nak layari dan muat turun pelbagai maklumat dan lagu kat rumah pun boleh. Lebih mudah dan cepat. Mereka memperolehi maklumat terkini melalui internet. Jadi zine yang dulunya sebagai bahan penyebaran maklumat dan informasi sudah agak jauh ketinggalan sebab agak rumit untuk mendapatkannya. Ada yang terpaksa menulis surat dua tiga kali untuk membelinya. Dua tiga kali berusaha baru berjaya kerana sistem pos di Malaysia sekarang ni tidak berapa selamat. Hantar cash duit kena curi, hantar wang pos pun kena curi jugak. Ada yang memang dah malas nak tulis surat dan pos-pos surat ni. Punk gaya pos sekarang ni dah tak ramai. Lagenda pos mengepos barang dah tak musim. Dan yang terkini melalui banking duit di akaun-akaun Maybank. Paling senang, mudah dan cepat. Tapi aku sebenarnya lebih suka dengan cara berutus surat. Ada unsur sentimental dan mencuit perasaan ketika menerima surat yang banyak. Semacam satu semangat untuk terus ada dan aktif dalam komuniti punk hardcore ni. Dulu dalam satu hari aku pernah dapat surat sebanyak berbelas pucuk. Sampai naik lenguh tangan aku nak balas. Sekarang ni nak dapat surat sehari sehelai pun dah susah. Sekurang-kurangnya bagi diri aku la. Masa berganti masa, bulan berganti hari jumlah mereka yang menghasilkan zine pun dah semakin berkurangan. Ramai kawan-kawan aku kat luar sana yang dulu aktif dengan dunia penulisan sekarang ni dah berhenti buat zine. Ada yang beri lebih tumpuan pada musick, macam buat band. Berapa kerat sangat sekarang ni kawan-kawan yang sezaman dengan aku masih lagi meneruskan tradisi membuat zine. Punca dan masalah sebenar susah nak cakap. Setiap manusia ada rintangan dan dugaan hidup yang tersendiri yang perlu dihadapi. Masing-masing punya tanggungjawab. Mungkin ada yang dah tak minat untuk menulis, mungkin kerana faktor masa yang terlalu ketat, tanggungjawab terhadap keluarga harus didahulukan, kerja dan sebagainya. Dan tidak kurang juga ada yang sudah beralih arah pada dunia Blog. Ini yang paling ramai dan yang paling boleh membunuh dunia zine. Dengan blog juga informasi dan ekspressi diri sebagai seorang yang dulunya editor zine dapat di sampaikan dengan mudah dan pantas. Hari-hari pun boleh update blog. Kalau zine nak maintain update rilis tiga bulan sekali pun payah. Kalau blog bila diupdate setiap hari, informasi yang kita dapat tentulah segar tak seperti zine. Dua tiga bulan punya penulisan baru dapat rilis dalam satu-satu issue. Jumlah pembaca yang diperolehi juga lebih memberangsangkan berbanding menghasilkan zine. Itu kenyataannya. Tapi ini semua sebahagian daripada sebab musabab jer. Aku memang tak ada masalah dengan kaki blog ni. Sebab aku pun suka baca blog jugak. Pokok pangkalnya tetap bergantung pada minat dan kecenderunggan seseorang itu juga. Kalau dah minat, tak kira teknologi apa pun yang datang dia tetap stick pada satu benda. Aku
Aku nak oder tiga, tapi Jimbo sekali lagi kata takut tak sempat nanti. Menyirap betul aku dengan dia ni. Macam tak biasa jer buat kerja last minit. Geram jer aku. Tapi burger dia memang menyelerakan. Sungguh! Kau kena cuba Farah burger ni. Sementara menunggu feri datang aku dengan Jimbo sudah bedal burger ni. Tak boleh tahan katanya. Tak nak bagi burger ni sejuk, terus kita orang bedal. Huh! Memang sedap sangat dan aku rasa memang tak cukup satu pun. Aku nak lagi lima! Punyalah leceh nak ke seberang ni. Bersesak-sesak beratur, berpusu-pusu menuju feri. Dari yang muda, yang tua, yang berpasangan sampailah yang kurang hajar semuanya ada. Takut sangat terlepas feri. Tak faham aku dengan perangai manusia ni. Selamat sampai kat seberang aku dengan Jimbo terus mendapatkan bas. Belum ada lagi pun. Tapi nak confirmkan jer dulu naik bas apa dan nombor pendaftaran bas. Senang nanti. Aku ambil satu sudut di persimpangan jalan untuk beristirehat dan letakkan beg sambil menunggu ketibaan bas. Tak berapa lama lepas tu bas pun sampai. Tak ada benda lain dalam kepala otak aku. Nak bukak air cond kuat-kuat dan terus lelapkan mata walaupun bas masih belum bergerak lagi. Nak keringkan peluh yang membasahi badan ni.
Tak sedar jam berapa bas ni sampai Yong Peng. Aku dengan Jimbo tak turun pun. Cuma tersedar sekejap jer. Selebihnya aku sambung tido semula. Sedar -sedar dah pun masuk daerah Johor Bahru. Emosi aku terganggu sekejap. Bukan sekejap, tapi aku rasa terus membuatkan aku tak boleh nak sambung tido. Aku pun heran, dalam keadaan badan aku yang kotor dan berbau ni pun dia masih boleh hadir dalam mimpi aku. Tido dalam bas pun masih boleh mimpi dia. Heran aku. Tapi dia sikit pun tak pernah mimpi aku. Aku rasa ini sungguh tidak adil. Bukan aku tak suka mimpi bekas tunang aku tu Farah, tapi bila aku mimpi dia, nanti emosi aku terganggu. Boleh buat aku down for the whole day. Tu yang aku tak nak. Aku pun tak tau sampai bila aku nak macam ni. Kau pun tentu bosan dengan sikap aku yang macam ni. Kali ni aku mimpi dia pakai baju biru. Baju biru ni nampak seksi sebab menampakkan bahagian belakang badan dia. Dia memang bukan dari jenis orang yang pakai pakaian yang menjolok mata. Maklum la bertudung. Tapi dalam mimpi ni dia sungguh berlainan sekali. Nampak vogue. Pakai hi heel dan beg tangan berjenama. Aku jadi heran. Aku cuba kejar dia yang sedang menuju ke perhentian bas. Aku tak pasti untuk apa dia ke perhentian bas. Sedangkan mimpi ni beri petunjuk yang masa tu rumah dia ada kenduri kesyukuran. Aku cuba tegur dan berbaik dengan dia. Tapi dia buat tak dengan awek. Tapi mintak tolong kat Rynn jugak. Dia orang letak barang lepas tu dia orang enjoy kat dalam. Tinggal Rynn ni terkontang kanting handle barang dia orang. Apalah salahnya kalau yang datang dengan awek tu, mintak tolong awek dia orang jualkan. Bukan susah pun. Ni aku tengok awek dia orang kat dalam bukan buat apa pun. Kalau layan mosh ker, stage diving ker, amik gambar ker, main gitar ker, tak kisah la jugak. Setakat masuk dalam lepas tu berkepit dengan teman lelaki dia apa barang. Tak faham betul aku dengan perangai hardcore yang tak moralis ni lah. Suka buat kepala orang lain pening. Bila Rynn dah pening, aku pun jadi pening bila barang-barang aku ada yang short. Tu yang buat aku marah dan tak suka. Aku tak salahkan dia orang jugak. Aku cuma terfikir dan teringat, alangkah bagusnya kalau dia masih ada bersama aku sampai saat ni. Dia memang dah masak dengan selok belok benda-benda ni semua. Kalau handle barang banyak-banyak pun dia tak kisah. Sebab aku memang dah train dia dari dulu lagi. Dari tolong pegang duit gig, jaga tiket mašuk gig, kira duit, buat balancing dan yang sewaktu dengannya. Sebelum aku lincah meninggalkan tempat kejadian, sempat jugak lah aku bergambar posing dengan budak-budak yang ada dekat depan. Ni semua Jimbo punya idea nak gerak awal. Kelam kabut aku dibuatnya. Dia datang berlenggang bolehlah. Aku nak kena kemas barang lagi. Penat beb. Bas jalan pukul 11.30, tapi pukul 9.30 kita orang dah nak gerak. Rasa macam awal jer. Tapi bagus jugak sebab tak lah rushing sangat. Bukan apa, takut feri tak ada jer nanti. (ed: info-feri last pukul 12.00 malam) Kalau setakat naik bas kat Komtar aku tak kisah lagi. Tak ramai orang yang aku sempat salam masa aku nak balik tu. Mana yang ada jer. Aku sempat jumpa Zafran, Sam dan beberapa teman yang ada kat depan ni. Masa aku nak balik ni, giliran band yang terakhir main iaitu Format Masa Depan. Tension jer aku. Mintak maaf Yaser, Pak Sheikh dan kawan-kawan sebab tak dapat nak tengok lu orang beraksi. Tak puas jugak aku berbual dan bermesra dengan Sam. Tak apa Sam, lain kali Insyallah kita boleh jumpa lagi. Ada masa datang la JB pulak. Nanti saya kenalkan awak dengan Farah yer. Sedih jer rasa nak tinggalkan Penang dan kawan-kawan yang lain. Tapi apa nak buat, pendirian kena tegas, lagi pun aku masih ada banyak tanggungjawab yang perlu aku bereskan kat JB sana. Sebelum terus menuju feri sempat aku dengan Jimbo beli burger. Memang perut aku sangat lapar ketika ini. Burger dia harga RM3. Tapi memang besar! Kalah Burger King. Roti dia pun besar tak ingat. Mayonis, sos black pepper memang banjir. Stok tak kedekut punya. Sayur pun begitu jugak.
pun tak tau sampai bila aku masih mampu menghasilkan zine. Aku akan buat selagi aku terdaya. Ada jugak kawan-kawan yang suruh aku beralih dan mencuba pada blog, bukan aku tak minat, tapi buat masa sekarang ni aku belum ada kemudahan yang lengkap untuk menjadi seorang bloggers. Mungkin suatu hari nanti bila rumah aku dah ada internet aku akan terjebak jugak. Tapi hakikatnya aku lebih suka sesuatu yang boleh dipegang disimpan dan dibawa kemana-mana. Aku suka pada suatu benda yang nyata. Bila buat zine aku boleh pegang, aku boleh simpan dan aku boleh susun dengan teratur di tempat yang telah disediakan. Aku memang seorang collector sejak dari dulu lagi. Bilik aku penuh dengan buku, bahan bacaan, kaset dan semestinya zine. Setiap benda yang aku beli, yang aku dapat akan aku catitkan tarikh dan dari mana aku memperolehinya. Sebab aku percaya benda-benda ni nanti akan menjadi sejarah paling penting dalam hidup aku. Akan menjadi memori indah buat diri aku. Zaman aku muda, zaman aku tua dan zaman aku yang terkini. Mungkin boleh dikongsi bersama anak cucu. Mungkin. Sebab tu hidup aku sampai sekarang ni pun masih lagi dibayangi oleh memori silam.
Kalau dulu kebanyakkan orang yang buat dan hasilkan zine akan cerita dan menulis benda yang berat-berat. Ada musim-musim yang tertentu. Ada yang menulis lebih kepada pergolakkan politik dalam Malaysia. Menghentam isu-isu seperti ISA, menghentam dasar pemerintah kita dan yang berkaitan dengannya. Bila deman musim krasti semua orang buat zine nak cerita pasal perang, penindasan, pembunuhan, masalah pencemaran alam, politik dan sebagainya. Pokoknya menulis bendabenda yang merangkumi sosial dan politik semasa. Memang bagus. Ada juga sesetengah zine yang menulis mengenai isu-isu macam pangkah tangan, masalah perkauman, homopobik dan yang sewaktu dengannya. Mereka gemar menulis sesuatu yang berat dan provokasi tetapi sangat takut bila zine mereka di rampas oleh pihak berkuasa. Itu satu yang sangat pasti. Setakat ni zine aku yang tak ada unsur provokasi yang berat tu pun dah ada dua naskah pada pihak KDN. Aku terima dengan hati terbuka. Masa dulu tak banyak sangat zine yang menulis benda-benda emosi dan berbentuk peribadi. Kalau ada pun jumlahnya tak banyak. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin mereka merasa malu untuk menulis sesuatu yang berbentuk emosi. Mungkin mereka takut kalau ada kawan-kawan punk hardcore yang akan cakap, "punk bukan macam ni, punk kena radikal dan politikal". Lebih kurang macam tu la ayat dia. Dulu masa Roots isu pertama pun aku tak tulis benda yang bersifat peribadi. Aku sanggup perah otak siang dan malam untuk menghasilkan penulisan yang sama seperti kebanyakkan zine pada masa tu untuk menarik hati pembaca dan untuk menunjukkan yang zine aku juga concern pada masalah politik dunia. Nak menunjukkan yang zine aku pun radikal dan politikal. Aku terpaksa menulis dalam keadaan stress dan keterpaksaan. Menulis kerana untuk memenuhi kehendak pembaca dan komuniti punk itu sendiri. Penulisan aku jadi tak ikhlas. Bila aku masuk isu kedua, aku mula terfikir, kenapa aku nak menyusahkan diri sendiri memerah otak siang dan malam untuk menjadi seperti mereka. Kenapa aku perlu menulis sesuatu yang berat sedangkan aku tidak mampu. Kenapa aku harus memenuhi kehendak pembaca dan komuniti. Aku kena jadi diri aku yang sendiri. Aku kena buat sesuatu yang lain dari yang lain. Sejak dari tu aku dah tak peduli lagi dengan konsep bagi sesebuah zine yang kononnya nak sampaikan maklumat, informasi dan berkongsi idea-idea dalam punk hardcore. Kalau nak kongsi dan cari maklumat pasal perkembangan hardcore punk, boleh cari zine dan sumber yang lain. Lagi pun sekarang ni maklumat apa yang kita nak cari dan dapat dalam hardcore punk? Maklumat pasal musick? Maklumat pasal baju dan design terkini? Gossip? Aku mula menulis sesuatu yang berkenaan dengan perjalanan hidup aku, persekitaran aku, kawan-kawan aku dan mungkin sedikit kaitan dengan politik untuk menyeimbangkan balik isi kandungan dalam zine aku. Baik ianya catatan gembira, sedih, pengalaman bersama kawankawan, cerita-cerita mengarut dan sebagainya. Aku akan tulis apa sahaja yang terlintas dalam tempurung kepala aku. Tak ada batasan atau halangan. Sebab pada aku perjalanan hidup seseorang tu pun boleh dijadikan teladan dan masih ada unsur kesedaran kalau kita betul-betul mengkaji dan menghayati. Punk itu juga sebahagian daripada kehidupan. Dan kehidupan adalah pelbagai. Kehidupan tidak selalunya gembira. Kehidupan tidak selalunya sedih. Begitu juga dengan punk. Tidak semua punk itu sentiasa gembira. Tidak semua punk itu sedih. Punk juga manusia biasa. Itu hakikatnya. Ryuji Asada sendiri pun ada masalah dalam menjalin hubungan bersama teman wanitanya. Punk tidak hanya tertumpu kepada dunia politik, masalah pencemaran, peperangan dan sebagainya. Punk jugak pada aku kadang-kadang harus membawa dan menengahkan masalah-masalah atau konflik dalam diri sendiri. Masalah
sebagainya. Tapi aku rasa band ni akan jadi lebih mantap dan agresif bila ada vokalis tetap. Setakat ni cuma Pat yang menyanyi juga selaku pemain gitar utama. Jadi nak buat aksi lebih tu macam terbatas sikit la. Seed pulak stok main gitar terkangkang. Memang stail. Gitar pun stok tajam-tajam. Cuma pemain bass si Kamal jer yang masih segan-segan. Crowd memang tak berapa ramai sangat masa ni. Tak tau lah kenapa. Mungkin ramai yang dah habis tenaga tadi sebab layan Makhlok Perosak kot. Tapi dari apa yang aku tengok, pengikut-pengikut d-beat atau krasti kat Penang ni memang macam tak meriah sangat. Tak sama meriah dengan pengikut hardcore laju -laju. Tapi tak kisah la. Nak layan dansa dengan rentak musick d-beat ni memang agak susah. Tapi kalau yang tau nak layan dia tak susah mana pun. Tak ganas dan bahaya. Cuma dengan pegerakkan lengan dan kepala jer. Cukup. Tak ada moshing, 2 steps, floor punch, burger, wall of death dan sebagainya. Cuma sesekali ada jugak yang buat aksi stage diving. Aku lah tu. Saja nak lepas gian. Tapi set dia orang terganggu sebab tak dapat main dengan kualiti bunyi yang dia orang inginkan. So kena amik masa untuk tune gitar semula. Sebab terlalu lama sangat tunggu aku dengan Jimbo pun terus gerak angkat kaki. Antara punca kenapa aku tak dapat tengok Format Masa Depan. Tapi aku puas hati sebab dapat banyak shoot terbaik untuk mereka (Defeat).
Memang tak semua band aku dapat tengok Farah. Badan akan penat lepas menggila babi kat dalam tadi. Aku lepak luar amik udara dan tengoktengok sekali penjualan barang-barang aku macam mana. Alhamdulilah berjalan lancar dan ada jugak la orang yang sudi beli Roots isu 7 aku tu. Risau jugak aku kalau tak ada orang yang nak beli. Aku bukan risau sebab tak ada orang nak baca atau tak laku. Aku risau bila zine aku tu tak jalan, maknanya balik JB pun beg aku berat jugak. Tu yang aku risau sebenarnya. Dah lah balik gig penat-penat, kena pulak bawak beg yang berat macam tong gas. Aku rasa kalau aku dukung kau, mesti lagi ringan. Yang budakbudak ni pun satu, dia orang bawak barang banyak-banyak, terus pass pada Rynn mintak tolong jual. Dah lah Rynn tu sorang-sorang handle barang-barang ni. Mana nak jaga barang aku, mana nak jaga barang Samad, mana nak jaga barang Kasim, mana nak jaga barang Addy, mana nak jaga barang Abdol. Kesian aku tengok si Rynn ni. Mujur Kak Long pun ada turut membantu. Aku tengok pening jugak kepala si Rynn ni. Padahal budak-budak lain yang mintak tolong dia ni datang berpasangan. Datang tau Farah, nilah band Bob OLM. Dia pada posisi vokal. Badan dia gemuk sikit dari Kerk. Main musick hardcore laju-laju. Tapi hardcore laju dia sangat ganas. Tak menentu hala. Kelam kabut dan havoc gila. Aku dengar pun boleh sakit kepala. Buat masa ni dia orang tak ada rilis apa-apa lagi. Rilisan terakhir dia orang kalau tak silap aku tahun 2002 kot. Entahlah dah lama sangat. Masa ni masing-masing main bukak baju dek termakan hasutan dari orang yang dah tak berapa waras sebab terjebak dengan pengaruh alkohol. Bukak baju! Dia orang pun bukak. Nak kata panas tempat ni sejuk. Heran aku. Bukan dia orang jer, tapi aku rasa majoriti yang ada kat depan tu semua bukak baju. Aku masih lagi teguh pendirian, dengan tak nak bukak baju walaupun posisi aku masa tu cuma berapa sentimeter jer dengan dia orang. Bukan aku tak nak bukak baju Farah, tapi segan la. Badan aku ni dah la tak berapa sasa macam badan Bidan atau Nobeat tu. Lagi pun bukan ada revolusi dengan belenging ni. Setakat nak happy-happy jerkan. Lagi satu, tattoo kat badan aku ni ada corak swastika. Takut nanti aku kena tegur pulak dengan kawan-kawan. Walaupun band ni dah lama tak main gig, tapi dia punya crowd aku tengok bukan main histeria lagi. Aku rasa paling gila untuk hari ni kot. Buktinya dengan pemain drum dia sekali Epol Cendol turut membuat aksi burger. Gila la melayu! Crowd masa ni memang dah tak boleh nak dijangka. Macam-macam aksi ada. Semuanya tak statik dan strategik macam tarian 2 step. Semua main bedal mengikut naluri sendiri. Yang Aizat pulak aku tengok main gitar dah macam orang kena sawan. Nak main gitar stail hardcore lompat, tapi selalu lari tune. Pelik aku tengok dengan adik kesayangan Isma ni. Dah macam orang cacat pun ada jugak. Yang Kerk dengan Bob, lari dan lompat sana sini. Aku rasa memang banyak energi yang dia orang keluarkan untuk set ni. Berpeluh dan berlendir habis badan. Sampaikan aku pun tak dapat banyak shoot untuk aksi mereka. Susah. Sempit dan gila!
DEFEAT. D-beat crust punk tengkorak pakai baju melayu dengan bersongkok dari KL. Masuk ni dah dua kali aku dapat tengok set live dari mereka ni Farah. Last masa kat KL hari tu. Kan kau ada pergi kan? Tapi kita tak bertegur sapa pun. Band ni pada aku musik dia orang memang mantap. Tapi memang dari kat KL lagi aku dah teruja dengan cara permainan Mad Yus yang serius. Dia punya stroke memang boleh dengar sebiji-sebiji. Bit pun banyak bertukar jugak. Aku tau tak mudah nak main musick yang macam ni. Kejap nak ketuk symbal, kejap nak tukar stroke snare, paddle dan
dan konflik dalam diri tu lebih telus dan sukar kalau nak dibandingkan dengan masalah dan isu global. Setiap orang ada masalah dan ada dugaan dalam hidup mereka. Sekarang ni aku menulis kerana aku hendak menulis. Bila aku menulis aku dapat kurangkan stress aku. Aku menulis dan buat zine bukan semata untuk bagi orang beli dan baca, tapi merupakan medium untuk aku menghilangkan tekanan dan meluahkan segala apa yang terpendam dan bersarang dalam hati aku mengikut mood dan perjalanan hidup aku. Aku nak mengadu pada kawan-kawan, aku tak ada kawan yang betul-betul sudi dengar masalah lapuk aku ni. Lagipun kebanyakkan kawan-kawan aku yang punk tak sudi nak dengar ceritacerita sedih aku. Kalau cerita gembira dan membuahkan hasil untuk mereka, baru mereka nak dengar. Kalau aku sedang gembira, aku akan bercerita satu benda yang gembira, dan bila aku bersedih aku akan menulis suatu cerita yang sedih. Hidup ada pasang surutnya. Punk hardcore pun begitu juga. Politik dan sosial pun begitu juga. Tak ada benda yang statik dalam dunia ni. Semuanya sukar diduga. Aku rasa lega sangat bila aku dapat menulis walaupun tanpa pembaca. Aku tulis sendiri, aku baca sendiri. Pada aku zine aku dah macam diari kehidupan aku. Sebenarnya aku juga ada misi aku sendiri kenapa aku buat zine. Ada benda yang aku kejar dan ada benda yang aku nak rampas balik! Mungkin cara aku ni agak pelik. Tapi aku tau ada sesetengah orang yang aku "highlight" dalam kamus hidup aku memang ada membaca apa yang aku tulis ni. Semoga dia memahami segala isi hati aku melalui zine ni. Aku harap penulisan aku dimasa-masa akan datang akan jadi lebih garang, lebih tegas dan tak nak sedih-sedih lagi. Dah berapa isu aku buat zine dan aku menulis sesuatu yang betul-betul down. Aku sendiri pun naik penat.
Aku memang tak ada masalah dengan penulisan atau artikel-artikel yang menyentuh kalbu. Semua orang berhak menghasilkan sesuatu yang baik, sesuatu yang mereka mahu mengikut kehendak mereka sendiri. Menulis dan membuat zine pun sama seperti mempunyai band. Mereka berekspressi melalui musick dan lirik. Tapi bagi penulis zine macam aku ni aku berekspressi melalui penulisan. Aku tak ada bakat untuk bermain musick. Sebab tu aku buat zine. Lagi pun kita ada pelbagai pembaca dalam komuniti ni. Ada yang suka baca benda-benda yang berat. Ada yang suka baca benda-benda santai dan kelakar. Masing-masing. Setiap ciri penulisan ada pembacanya yang tersendiri. Tak perlu risau. Joe Kidd mungkin tak suka baca zine aku yang terlalu bersifat peribadi ni, tapi kau dengan Zeezam mungkin suka. Jadi aku masih punya pembaca yang tersendiri. Joe Kidd suka baca zine atau penulisan yang lebih berat dan politik. Mereka yang menghasilkan zine yang berkonsep politikal dan berat tetap ada pembacanya yang tersendiri. Bagi diri aku sendiri, aku tak pilih sangat zine dan penulisan macam mana yang aku kena dan harus baca. Tak ada garis panduan. Aku akan baca apa sahaja yang ada didepan mata. Selalu sangat baca benda yang beremosi dan jiwa-jiwa pun bosan jugak. Selalu sangat baca benda-benda yang berat pun otak boleh jadi jem. Aku cuba seimbangkan apa yang ada disekeliling aku. Seimbangkan apa yang akan masuk dalam kepala hotak aku. Masuk sini boleh layan, masuk sana pun boleh layan. Senang. Aku tetap hormat dan salute mereka-mereka yang boleh menulis sesuatu yang berat dan politik. Pada aku nak tulis sesuatu yang berat dan politik bukan satu kerja mudah. Kena banyak belajar, mengkaji dan sebagainya baru boleh menulis. Menulis benda-benda fakta ni tak boleh sebarang-sebarang. Kena ada garis panduan dan rujukan. Tak boleh main bedal ikut sedap hati. Nanti ada benda yang salah dan lari dari fakta. Benda-benda nilah yang melemahkan aku. Sebab aku ni bukan tergolong dalam orang-orang yang berintelek tinggi. Belajar pun setakat sampai tingkatan lima jer. Bukan macam Dia, belajar sampai universiti. Aku ni semut merah dan dia pulak merak kayangan. Terlalu jauh perbezaan kami. Tapi aku pasrah. Aku tak nak jadikan perbezaan tu semua sebagai pembunuh kepada minat aku untuk menulis. Tulis jerlah apa pun kau nak tulis. Ikut sedap hati. Belasah jer. Orang nak baca, ker tak nak baca ker, tu lantak dia orang.
Kalau mula-mula nak menapak buat zine, aku rasa memang agak payah. Nak tarik pembaca dengan sesuatu yang baru memang susah. Lagi la dalam keadaan sekarang ni dimana dah tak ramai orang yang minat nak beli dan baca zine. Percayalah, belum tentu kawan-kawan rapat kau sendiri akan beli dan baca apa yang kau buat. Mereka lebih selesa pinjam. Kalau bendabenda musick dan fesyen baju, laju jer mereka beli. Tak merunggut pun. Itu hakikat punk zaman sekarang. Kau kena terima tu. Kalau kau betul-betul minat, kena teruskan jugak walau tak ada orang nak beli. Sekarang ni buat zine jangan la terlalu mengharap pada kuantiti jualan. Nak jual 200 copy sekarang ni pun dah susah. Kalau dulu setakat 100 copy dalam satu acara
nyanyī. Dengan lengan dia yang penuh dengan spike tajam. Memang samalah macam mamat metal. Rambut panjang. Nasib baik ada jaket patches untuk cover balik ke tidak metalan band ni. Hahaha.
WEOT SKAM. Kalau tak silap aku kali terakhir aku tengok band ni masa tahun 2002 kot. Masa tu Rambo ada perform kat KL. Kalau tak silap masa tu gig kat Ampang. Masa tu jugak aku ingat aku pergi gig tu tanpa tunang di sisi. Ramai jugak yang tanya masa tu, mana tunang kau? Aku memang langsung tak cam dengan vokalis dia Zul. Sebab masa tu Zul nyanyi tutup muka. Sampailah sekarang ni baru aku tau yang dia tu Zul. Memang kelakar. Dari segi musick memang main hardcore laju ni Farah. Hardcore yang sarat dengan kemarahan. Banyak benda yang mereka cuba sampaikan. Setiap lagu ada menyimpan mesej yang berguna. Setiap mesej punya agenda yang tersendiri. Crowd masa ni memang dah gila. Memang ramai supporter band ni. Maklum sajalah band tuan rumah. Dia orang punya perform pun hebat dengan pelbagai aksi. Lompat sana sini, menghunus kepala bass kat kepala aku, stage diving dan sebagainya. Manakala aku pulak duduk pada satu sudut perhatikan gelagat mereka sambil merakamkan gambar terbaik. Sebenarnya aku memang agak rimas bila ada jer orang-orang yang tak berkenaan masuk campur dalam set mereka. Yang tak vokal nak mandai-mandai jadi penyanyi latar. Mintakmintak ada spare mikrofon kat atas stage tu. Ramai jugak aku tengok yang macam gila glamour. Hahaha. Heran aku. Kalau nak sangat nyanyi buat band sendiri la. Hehehe. Kacau jer kawan-kawan nak perform. Aku tengok Zul pun macam tak senang jer dengan suasana ni. Tapi sebab kawan punya pasal, biarkan jerlah. Kalau tak silap aku dia orang ada bawak satu lagu hantu zaman aku muda-muda dulu. Kalau tak silap la. Dari Twisted Sister - "We're gonna make it" yang telah di hardcorekan. Tapi tune tak banyak lari pun. Masih tetap dengan sentuhan rock dan heavy metal. Lagu ni kalau tak silap aku band hardcore Holdstrong pun ada bawak jugak. Lagu ni memang berhantu dan menaikkan semangat. Lirik dia best! Sampaikan aku pun turut terjebakuntuk singalong. Dah lama aku tak sing-a-long dan terjumpa pulak ada band tempatan yang cover lagu ni. Naik gila aku di buatnya. Sampai serak-serak suara aku. Teringat àku kenangan lama masa lagu ni menjadi kegilaan ramai dulu. Aduhhh...
MAKHLOK PEROSAK. Band ni dulu dah mati. Seperti salah satu lirik mereka "hardcore telah mati". Tapi ni tiba-tiba ada balik pulak. Tapi aku rasa bagus jugak lah. Dari tak ada buat apa tu, ngeband balik lagi bagus. Kalau kau nak
Champloo tu. Dia orang jer yang tau. Mungkin bahasa utara agaknya. Aku memang puas hati dengan live set dia orang ni. Semangat sikit nak shoot gambar. Ramai jugak yang datang gig ni bawak kamera besar-besar. Aku jer yang masih setia dengan V3. Nasip la. Sound sistem tempat ni memang gempak gila. Marshall la katakan: Memang puas hati la. Tu yang band main masing-masing penuh semangat. Banyak adegan sing-a-long dan rampas merampas mikrofon semasa mereka beraksi. Band kalau dah ada rilis material bila main gig memang la sangat happening. Ramai dah tau lirik dan mesej yang cuba mereka sampaikan berbanding band yang main gig tanpa sebarang rilisan.
HELLEXIST. Ni pun sama jugak band kawan-kawan. Aku tak nak cerita banyak sangat pasal band ni. Tapi bila aku balik rumah, aku tengok gambar band ni la yang paling banyak sekali aku shoot. Aku pun tak tau kenapa. Bukan sebab Jimbo, tapi sebab Arip kot. Hahaha. Satu-satunya band yang main total metal crust dalam gig ni. Majoriti yang main gig ni hardcore laju. Tapi sekarang orang dah tak pandang sangat pada musick. Musick apa pun yang main kat atas stage ni, yang penting kawan, tetap support jugak. Baik yang hardcore, yang crusties, yang emo, semua saling burger memburger. Tapi aku rasa benda ni berlaku sebab semangat kawan jugak. Kalau tak saling mengenali aku rasa belum tentu dia orang ni nak sama-sama layan. Memang seronok. Dengan Jimbo, Jimbo sekali turut memburger. Dah la badan besar macam badak. Kesian aku tengok siapa yang duduk bawah sekali tu. Sure penyek. Bagus yang kat bawah sekali letak budak hardcore Pekida atau hardcore rasis. Tak pun letak siapa sahaja yang tak pandai nak hormat pegangan orang lain. Biar sesak nafas dan penyek. Sesekali pun aku join jugak. Nak lepas gian. Dah lama tak burger dan tak kena burger. Ad tarik aku untuk jadi mangsa burger, tapi aku paut amp Marshall tu kuat-kuat supaya dia tak dapat tarik aku. Hahaha. Sudahnya amp yang besar tu pun hampir nak jatuh hempap aku. Tak dapat aku bayangkan kalau aku kena burger. Tentu boleh demam balik nanti. Kalau dah demam siapa yang nak tolong? Kau nak tolong aku Farah? Belum tentu kau nak kan? Banyak jugak suara-suara yang menyuruh Hellexist main lagi sebab rasa macam tak puas tengok dia orang perform. Tak paham betul aku dengan dia orang ni. Jimbo pun aku tengok dah naik semput. Mau taknya berapa banyak lagu dia nyanyi. Dah macam band black metal pun yer jugak aku tengok stail Jimbo
gig memang tak ada masalah langsung. Nak menangani masalah ni, kita kena hasilkan sesuatu yang lebih berkualiti. Kalau buat zine, kena buat cantik-cantik. Kita buat betul-betul. Kena letak gambar yang best-best dan sebagainya. Ada orang dia tak beli zine sebab isi kandungan, tapi dia beli sebab kecantikkan serta kualiti suatu zine tu. Lepas tu baru datang minat nak baca sampai habis. Selalunya macam tu lah. Bila tengok dari luar zine comot, tak tersusun, fotostet tak jelas, nak beli pun jadi samar-samar. Itu hakikat yang kita kena terima. Manusia memang suka menilai sesuatu dari luaran. Pandai-pandai la berkreativiti dalam menghasilkan zine. Idea dan kelebihan bergantung pada diri masing-masing. Aku harap sangat lepas ni scene zine tempatan akan meriah macam dulu semula. Aku rasa aku pun dah meleret jauh ni. Mintak maaf kalau apa yang aku coretkan ni lari dari topik asal dan ada pulak yang menyinggung mana-mana pihak. Aku susah sepuluh jari mintak ampun dan maaf. Semoga kita bertemu lagi nanti. Jaga diri dan senyum selalu. ( Selasa 01 Julai 2008 - 19 hari lagi untuk pergi! Damn!)
Band : Kerenaneko
Medium : Myspace
Tarikh Interview : Pertengahan Jun 2008
Sesi interview kali ni aku lakukan dengan menggunakan medium myspace dan mungkin untuk isu yang seterusnya juga aku rasa akan menggunakan cara ni juga. Yer memang aku gunakan benda teknologi tapi aku tak kan matikan apa yang tak patut. Bukan apa, senang la sikit. Aku dah taip soalan untuk mereka then dorang jawab soalan pun dengan menaip, so aku cuma perlu edit sikit-sikit jer. Kalau dah tulis nak kena menaip balik, leceh la senang cakap...hehe. Untuk isu kali ni aku telah memilih Kerenaneko iaitu band mince grind dari Semenanjung, line up dorang ni bersepah; Melaka, Kelantan dan Klang. So aku tak spesifikkan dorang dari mana. Jawapan yang aku terima cuma dari Kecik, so aku rasa cukup la untuk dia wakilkan semua line up dia yer. Ke semua jawapan berdasarkan pandangan mereka, serta soalan-soalan aku ni pun bukannya ada jawapan yang sebetulnya, base kepada pendapat interviewer dan secara visualnya boleh diterima pakai. Sebarang andaian korang yang nampak kontra dengan mereka, bolehlah konteks aku atau mereka untuk perkongsian bersama dan juga untuk penerangan lebih lanjut. Bagi aku bila interview kawan yang kita kenal dan dapat jawapan yang santai aku rasa lagi best la. Lagi pun zine aku ni lebih bertemakan santai, so rileks-rileks sudah. So pembaca sekalian chill yaa sesi interview ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga tak jumpa korang. Korang sehat? Terima kasih atas kesudian korang memenuhi kehendak aku untuk interview korang. Sila perkenalkan diri anda semua, status sekarang, aktiviti terkini dan apa-apa saja untuk dikongsikan bersama.
Terima kasih Rachu. Rasanya dalam 3 tahun lebih juga selepas gig di JB kan? (ed: a'ah, waktu tu rilis party split YAD dengan I ACCUSE!) Biasalah. Masing-masing ada urusan sendiri. Aku sihat sekarang. Ada bisul je kat pinggul (ed: nak aku picit ker?). Tapi dalam seminggu lepas aku ada demam sikit. Dah lama tak demam, rasa seksa pula. Erm, ok. Nama aku Ahmad
tolong jualkan tu. Aku perhatikan ada jugak sorang dua yang buat aksi kurang hajar. Janji tak kena aku sudah la. Kalau kena memang aku kenakan balik. Awas kamu! Hahaha. Timmi Cacat ni bila Yunie Cacat ada di samping dia, dia punya semangat lain macam sikit. Bukan aku sorang jer yang perasan, tapi Jimbo pun macam tu jugak. Aku faham Timmi. Dulu aku pun pernah ada awek jugak. Bila awek sentiasa ada di. sisi semangat kita memang membuak-buak. Buat apa pun semangat. Baik hati Yunie ni sanggup temankan Timmi sampai ke Penang. Aku jer yang tak ada pendamping lagi. Huhuhu. Tapi aku masih lagi muskil apa sebenarnya maksud statement "lets murtad!". Ada aku dengar dari celah-celahan himpitan manusia masa YAD main tadi. Saja nak cari gaduh ker apa? Cakap benda yang tak pandai nak menghormati pegangan orang lain. Bodoh.
SAMURAI CHAMPLOO. Ni pertama kali aku tengok persembahan langsung dari mereka Farah. Aku pun memang tak berapa kenal dengan barisan pemain band ni. Yang pasti ni merupakan band tuan rumah. Maklum sajalah aku ni dah lama tak ikut perkembangan komunití tempatan ni sejak berhijrah ke New Zealand tahun lepas. Ni baru balik, baru dapat tahu sikitsikit pasal perkembangan band-band tempatan. Lagi pun aku ni agak pemalu nak berbual dengan mereka. Maklum la aku ni bukan ada band pun. Tapi aku tau dia orang ni memang friendly. Aku sempat jugak bermesra dengan vokalis dia yang muka macam mamak tu. Kalau tak silap aku dia kerja sebagai customer servis untuk kompeni komputer gergasi DELL. Sure power bahasa inggeris dia ni. Line up lain tak sempat nak beramah mesra. Tapi live set band ni memang menakjubkan la. Memang susah sekarang ni nak cari band hardcore laju, thrash, old skool yang main duk diam macam batang kayu. Masing-masing dah mula amik kisah pasal showmanship. Vokalis lompat, gitaris lompat masing-masing ada gaya yang tersendiri. Begitu jugak halnya dengan crowd. Ada yang stage diving, ada yang pogo, ada yang mosh dan tak lupa jugak ada yang kerjanya nak tarik seluar orang jer. Aku pun tak faham apa masalah budak-budak di bawah pengaruh alkohol ni. Masing-masing dengan tabiat dan peri laku sendiri. Aku maintain shoot gambar terbaik untuk dijadikan koleksi. Macam biasa jugak, setiap lagu pasti ada huraiannya. Setiap lagu perlu ada mesej yang ingin di sampaikan sebelum masing-masing berhibur. Gig ni tak ada hardcore warna warni. Yang datang kebanyakkannya hardcore berpatches, berjaket stud dan yang tak berbaju pun ada jugak. Jangan tanya aku apa maksud yang tak dapat tengok sebab kesuntukan masa. Aku memang terkilan sangat sebab tak dapat tengok Format Masa Depan. Aku ada interview dia orang untuk next isu zine aku. Cadangnya nak shoot gambo untuk interview dia orang, tapi tak ada rezeki, nak buat macam mana. Jimbo punya pasal la ni... (ed: bila gig nak start ni Din, aku dah letih mengedit ni..hehe)
YAD. Penat la nak cerita banyak-banyak pasal band ni. Dah muak aku tengok set live dia orang. Maklum sajalah band kawan-kawan. Tapi aku tetap sokong jugak dengan memberikan persembahan sudut gambar yang terbaik untuk mereka. Timmi Cacat yang suruh. Dia kata aku memang selalu dapat shoot yang terbaik untuk YAD. Sebab tu dia percaya kat aku. Macam biasa mereka ni memang agresif bila berada di atas stage. Terutamanya dari Timmi Cacat dan juga Ad. Timmi Cacat yang paling banyak berinteraksi dengan peminat-peminat dia. Setiap lagu pasti ada hujah dan huraian dari dia. Maknanya tak adalah buta-buta band ni menyanyi dan berhibur. Ada mesej yang cuba mereka sampaikan. Ada revolusi yang ingin mereka buktikan. Orang nak terima atau tidak, tu belakang cerita. Tak macam kebanyakkan gig MYHC yang pernah aku pergi. Bedal musick dari mula sampai habis. Kalau cakap pun benda yang tak mendatangkan faedah. Hahaha. Mesti kawan-kawan MYHC aku marah bila aku cakap macam ni. Nasip la! Berapa ramai sangat sekarang ni budakbudak yang baca zine. Tak sah sebuah band hardcore tu kalau tak ada aksi lompat. Tapi aku tension sebab tak dapat shoot satu pun aksi lompat dari Timmi Cacat dan Ad. Susah betul la pakai V3 ni. Lambat. Dah setting macam mana pun masih tak boleh pergi jugak. Menyesal aku tak bawak Yashica aku. Kalau tak dah tentu banyak gambar aksi lompat dari mereka yang aku dapat. Walaupun band pertama yang beraksi tapi aku tengok crowd kat depan tu dah histeria. Aku memang malas nak masuk campur. Aku nak beri penuh perhatian pada kerja-kerja shooting aku ni sambil tengok gelagat orang. Aksi burger memburger memang ada. Budak-budak ni berjaya melebarluaskan aksi burger ni sampai ke Penang. Tahniah. Tapi aku tengok memang tak ada satu pun aksi 2 steps. (ed: Penang bebas dari 2 steps..hehe) Bagus jugak. Ye tak yer jugak ek, ni bukan gig MYHC. Aku lupa la Farah. Aku tak tau berapa banyak lagu yang dia orang main. Aku bukan 24 jam duduk atas stage tu. Sesekali kena keluar jugak amik udara, sedut udara jumpa kawan-kawan dan update barang-barang yang Rynn
Izani bin Mohd Safian. Mempunyai status pelajar dan sedang bergiat menguruskan badan. Sekarang musim jimat makan. Tapi jangan salah faham, aku nak kurangkan berat badan bukan sebab nak jadi budak screamo mcm Shahir! Hahaha. Rachu, temuramah ni aku jawab biasabiasa boleh? (ed: ok) Asyik orang salah faham jer ngan aku. Aku ni bukannya 24 jam serius.
Korang telah memilih nama Kerenaneko dan bunyinya seperti datang daripada negara Jepun. Apa yang simboliknya di sebalik nama tersebut, macam comel jer? Ceritakan mengenai wujudnya Kerenaneko. Bagaimana dengan rilisan-rilisan yang telah dilakukan sebelum ini dan akan datang serta sambutan daripada komuniti hc/punk terutamanya feedback mereka.
Alahai, pandaila kau. Kau dah tahu kan Kerenaneko memang nama Jepun? Hehe. Sebenarnya masa aku buat keputusan letak nama Kerenaneko ni, aku jahil berbahasa jepun dan sombong pula. Aku tak bertanya pun malahan terus meraikan nama ni dengan makan besar. Akhirnya, selepas aku celik sikit dan berkawan, terjumpalah aku dengan seorang rakan dari Jepun yang membetulkan ejaan nama band ni. Kerenaneko kepada kireina-nikko. Macam tula. Maksudnya seekor kucing yang comel. Aku suka tengok kucing yang comel. Yang tak comel suka gak. Tapi, yang tak comel selalu nakal, curik ikan goreng. Tapi, dua-dua baik sebenarnya. Saja gurau. Oh, Kerenañeko ni asalnya band 3 orang. Dulu band ni nak bergerak secara kecil-kecil je. Sebab masing-masing belajar dan sibuk. Aku tak pernah fikir nak record dan hasilkan apa-apa material pada awalnya. Aku memang berniat nak serius main muzik grind sejak dari dulu, tapi hakikatnya, aku memang tak jumpa lagi kawan-kawan yang suka grind dan ada kebolehan main instrument terutamanya sebagai pemain drum. Susah aku cari. Sebenarnya, nak ikutkan, bukannya susah nak cari, tapi tengoklah sekeliling aku macam mana. Lain kalau aku memang lepak kat KL, Sunway, tempat budak-budak jahat, mesti aku jumpa punye kaki grind. Ini tak, duduk terperap kat Melaka, pastu paling terbuka minda pun, masa aku sekolah kat negeri orang. Tu yang jumpa Satar. Dia sangat minat grind. Passion katanya. Memang dia suka pun, cuma dia tak pandai main drum. So harapan nak buat band grind dengan Satar aku pendam je. Dulu aku main satu band grind sekejap. Nama dia Fixative. Tak kekal pun. Pastu tukar nama kepada Kutabare. Pun sama. Akhirnya bila dah masuk alam universiti, aku jumpa sorang drummer main indie/grunge ntah apa aku tak tahu. Aku racun la supaya dia minat grind, akhirnya racun tu memakan diri. Hehe. Tak kekal juga. Dapatlah keluarkan 2 material. 1 cd 3 way split dengan SMG+Parkinson dan 1 demo tape. Habis. Lepas tu baru aku hasut Yus drummer power violence join main drum. Dia bekas SMG. So, setakat nak dentum grind, bolehlah. Cuma belum try main technogrind lagi. Boleh ke Yus? Haha. So line up kami aku, Satar dan Yus. Mainlah kami bertiga musik grind. Tapi sebenarnya tak grind pun, mince jer banyak. Mentangmentang la nak split ngan Archagathus band mince, terus bantai mince kental. Kau dah beli ke cd tu? Belilah. Aku ada jual. Aku tengah saket sikit bulan ni. Kalau kau beli, bolehlah aku cover duit postage. Huhu. Tu jer lah rilisan utama kot. Yang lain banyak kompilasi. Nanti check myspace. Aku malas nak taip. Setakat ini, feedback orang yang dah dengar lagu-lagu Kerenaneko ni dari dulu sampai la sekarang, macam ok. Ada yang komen band ni patut main grind punk macam dulu la, ada yang suruh aku pulak main drum la, ada yang suruh Shahir rilis digipack la, entahlah. Masingmasingkan. Yang penting, terima kasih kepada sesiapa yang hubungi kami secara terus dan bersahabat. Ada yang jadi musuh. Entah pasal apa ntah tak puas hati sangat. Nak jadi Tuhan kot.
Mesti korang ada influence kan. Band apa yang telah mempengaruhi korang semua? Adakah setiap masa korang layan musik hc/punk jer, ada tak korang layan-layan lagu daripada band/individu dari mainstream, kenapa, best tak, ada nak promote?
Aku suka grind dari sekolah rendah darjah enam. Tapi disebabkan aku lahir lambat, so tak bolehlah nak celen otai grind yang wujud di Malaysia kan? Haha. Aku kelakarlah tengok gelagat otai grind. Macamlah dia yang cipta muzik grind tu dulu. Dialah orang pertama suka grind dalam dunia. Orang lain yang dengar grind dipandang jijik lagi keji dan tak true. Hehe. Aku suka grindcore belah Asia dan Europe. Aku suka je. Bukannya aku benci pulak yang lain-lain. Band kesukaan aku dari dulu sampailah sekarang ialah Denak dan Warsore. Kotor tak? True tak? Haha. ( ed: kotor la syial) Satar dengan Yus aku tak tahu pulak. Tapi rasanya Yus suka Say-
barang-barang aku tu sendiri. Tapi kau tau la Farah, aku ni kalau pergi gig mesti tak lepas dengan kamera. Memang aku nak amik gambar banyakbanyak untuk gig kali ni. Aku jadi excited sangat sebab banyak band yang aku masih belum ada koleksi gambar dia orang. Nasib baik la Rynn dengan Kak Long ni faham. Terima kasih sekali lagi untuk mereka berdua. Venue tempat ni memang superb! Aku rasa antara yang terbaik sepanjang aku pergi mana-mana gig. Tempat dia memang sejuk. Berhawa dingin dan di tambah lagi dengan sejumlah kipas industri yang besar di setiap sudut stage. Stage pulak tinggi paras lutut. Aku rasa dah cukup baik la tu untuk buat aksi terjun tiruk dan sebagainya. Keluasan aku rasa boleh mencukupi untuk sekitar 500 pengunjung. Lantai yang dialas dengan menggunakan permaidani nipis dan bersih. Tidak di benarkan merokok sama sekali di dalam tempat ni. Kalau nak merokok kat luar tak apa. Kalau siapa-siapa yang terasa penat sangat tu lepas berdansa dan sebagainya boleh terus baring kat lantai dan lelapkan mata. Memang selesa. Yang buat maksiat kat belakang tu pun aku rasa ada jugak bila lampu di padamkan semasa band bermula. Jimbo pun aku tengok sempat tidur sekejap sementara menunggu acara bermula. Dia ni memang kuat tido. Pantang ada peluang. Macammacam gelagat orang aku tengok. Ada yang perangai macam sial, ada yang senyap, ada yang over expose, ada yang mabuk, ada yang dah mabuk terus perangai jadi kurang hajar sampai aku rasa macam nak ludah jer muka dia. Tapi disebabkan aku ni masih lagi hardcore moralis yang berjambang maka aku pendamkan jer hasrat hati aku tu. Kalau aku ni dikalangan yang tidak bermoral memang aku ludah jer. Nasip la! Tapi secara keseluruhannya aku memang dah tak berapa kisah sangat bila berhadapan dengan orang-orang yang mabuk ni. Lagi pun ramai masa ni yang mabuk datangnya dari kawankawan aku jugak. So aku dah masak dengan perangai dia orang bila kepala dah sedap. Memang jenis tak ganggu orang dan pandai jaga diri. Sampaikan Ad YAD tu pun dah terjebak minum jugak. Tapi aku tak tau lah dia sampai tahap mabuk ker tak. Senangnya manusia tu berubah. Lantak dia orang la. Jangan sampai minum racun pulak sudah la. Aku rasa sesekali kau kena luangkan masa untuk datang gig kat sini pulak Farah. Kalau kau tak kisah lain kali boleh kita pergi bersama. Aku dah tak larat sebenarnya ni Farah nak cerita panjang-panjang kat kau. Mata aku pun dah terlalu ngantuk ni. Kena pulak esok nak kerja. Aku rasa elok kalau aku terus cerita serba sedikit kat kau potensi band yang beraksi dan yang aku sempat layan pada harí tu. Aku memang tak larat nak layan semua band yang main masa tu. Dan ada jugak
Wisma Oh Kongsi. Sikit punya jauh. Lagi kalau dengan beg besar ni. Sudahnya aku mintak tolong Pat bawakkan beg besar aku ni. Dia datang bawak kereta, so aku rasa apa salahnya tumpang sekejap. Nak tak nak kami semua kena jalan kaki beramai-ramai menuju tempat kejadian dengan matahari terik di atas kepala. Naik melengas kelengkang ni. Tapi nak buat macam mana. Seronok jugak dapat singgah kedai-kedai yang eksotik. Jalan ramai-ramai memang kadang-kadang tak rasa pun kepenatannya. Masih banyak lagi kedai old skool sepanjang perjalanan menuju ke tempat kejadian. Sampai-sampai tengok orang dah agak ramai jugak la. Aku macam segan-segan sebab yerlah datang dari jauh dan tak berapa kenal dengan mereka-mereka semua. Masa ni jugaklah aku dapat kenal dengan Poonam aka Kak Long dan Sam Myspace. Memang sekarang ni aku banyak kenal kawan-kawan baru dari Myspace jer. Macam kelakar pulak. Tak susah sekarang ni nak cari kawan. Aku pun tak berapa ramai kawan, kalau orang lain tu kawan dia boleh cecah 2000 lebih. Aku rasa kawan-kawan kau Farah pun jejak 2000 lebih jugak kan? Tu yang sampai komen aku pun kau tak sempat nak balas. Tak apa aku faham. Biasanya memang macam tu lah. Kawan-kawan yang baru aku kenal ni okey. Kepala rock macam kau dan aku jugak. Tapi aku tengok kawan-kawan aku pulak yang lebih dengan kawankawan baru aku ni. Tom, Zafran, Along Jambang, Epul dan beberapa yang lain pulak yang datang menyendeng dan meleset-leset. Hahaha. Aku tak kisah, aku kalau dapat kenal dengan kawan baru memang aku kenalkan dengan kawan-kawan. Tak ada hal punya. Aku tak kisah kalau sudahnya aku sendiri yang kesunyian balik. Aku dari dulu memang macam tu. Apa hal pun terima kasih buat Kak Long dan Rynn sebab tolong jualkan barang-barang aku pada hari ni. Kalau tak ada dia orang ni memang kelam kabut la aku. Siapa saja lah yang nak tolong aku jual barang-barang sekarang ni. Kalau dulu bekas tunang aku yang selalu tolong jualkan. Barang-barang Broken Noise pun dia yang tolong jualkan kalau kat gig. Kalau Kak Lin ada dengan Kak Lin sekali tolong. Bekas tunang aku ni memang bagus kalau bab matematik dan pegang duit. Aku percaya kat dia. Selama mana dia tolong aku, mesti tak ada duit yang short. Dan biasanya mesti barang yang dia tolong jual tu laku. Aku pun tak tau apa ayat yang dia pakai. Mungkin sebab muka dia manis kot. Entah la Farah. Aku ni asyik la teringat cerita lama jer. Sampai bila la aku nak terus macam ni. Selama mana aku asyik teringat kat dia, selama tu jugak la hidup aku akan kucar kacir agaknya. Aku memang sangat-sangat merindui kenangan tu semua. Aku rindu dia. Kalau masa boleh di pulas balik alangkah baiknya. Bukan aku tak boleh jaga dan jual
yadina. Dia suruh aku main macam gitaris Sayyadina. Tengoklah dulu. Alehaleh jadi macam SMG pulak, baru padan muka. Aku ni suka band tu dari segi attitude kot. Yang rabak-rabak main tapi kaki pukul, pekida, mafia 3 line, orang kuat islam, aku susah sikit nak layan. Malas. Nanti tak pasalpasal aku kena pukul. Eh, aku minat band Radiohead dari dulu. Kan aku ada hasut kau beli T-shirt Radiohead kan? Haha. (ed: kantoi) Aku suka band Radiohead sebab band ni kreatif dan cuba cipta muzik sendiri. Suara dia pun sedap. Ada soul la orang cakap. Kepada sesiapa yang belum dengar Radiohead dan grindcore kental, cubalah dengar Radiohead jap. Download je kalau tak nak bazir duit beli cd. Aku suka lagu Idioteque. (ed: aku pulak suka layan lagu 2+2=5)
Sebelum ini korang telah melakukan split dengan sebuah band daripada Manitoba iaitu Archagathus. Aku langsung tak tahu kat mana Manitoba tu tapi aku yakin dan pasti ia memang jauh dari Malaysia. Ini sebagai salah satu bukti jalinan hc/punk sesama kita, sungguh unik tak kira dekat mana pun kita berada. Apakah medium yang telah digunakan oleh korang untuk contact mereka? Pada pendapat korang, adakah sistem teknologi canggih seperti sms dan internet yang hampir menguburkan tradisi-tradisi kebiasaan hc/punk 'dahulu kala' seperti menulis surat, newsletter dan zine atau pun sifat malas komuniti sebenarnya?
Sebenarnya terpulang kepada individu yang berkenaan. Sebagai contoh, kalau memang aku jenis malas nak tulis surat, pastu tak berapa bijak berkata-kata aku mesti pilih jalan mudah melalui internet untuk kontek atau explore band-band lain. Memang mudah. Dapat tengok gambar, dengar lagu, cepat plak tu hantar apa-apa mesej dan yang paling penting jimat kos. Tapi, bagi aku la, benda macam ni kurang sikit dari segi nilai. Nilai yang kau cakap tu. Apa benda tu, tradisi? Macam tulah. Sebab dulu, aku memang seronok hubungi orang cara menulis. Tak kiralah siapa pun. Baik individu, penulis zine, main band, ada distro ke. Mana-mana. Memang nilai kita dapat surat dengan terima email berbeza. Aku suka kontek budakbudak JB dulu terutama Jimbo, Din, Azali, Azam, Kojak, pastu orang Perak kot, Khairul Zamzuari, Ibrahim, orang Kelantan, Hafiz dan ramai lagi. Aku ada buat zine dulu-dulu. Ramai juga kenalan. Tapi tulah, orang tak kenal pun muka aku macam mana. Tahu nama Kecik je dan pastu nama zine aku
Finally Free. Itu pun dah ingat-ingat lupa. Tapi kalau internet, hah kau, tersembul muka aku, pastu hari-hari plak tu update. Siap boleh berbualbual balas mesej kat testimonial. Kelakar pun ada aku fikir-fikirkan. Tapi itulah. Kalau kau pandai gunakan peluang yang ada sebaiknya, ok je. Gunakan je myspace untuk kontek band-band atau distro. Lepas tu barulah hantar surat untuk tujuan persahabatan atau pun beli stuff. Biasalah. Duit memang sakit sikit. Aku dah naik miskin ni. Takpe, yang penting, punk point kena jaga. Hehe.
Dari awal aku mengenali korang semua sampaikan ke hari ini, jiwa korang dah tepu dengan musik berbasiskan grind. Kira grind tepulah. Kenapa korang memilih nak main grind lagi walhal fenomena grind kat scene Malaysia tak semeriah dulu lagi?
Grind tepu hanya boleh dinobatkan pada Azizi je. Sebab dia pagi petang siang malam grind. Aku jadi takut tengok muka dia. Tapi sekarang dengardengar muka dia dah bersih sikit, pastu ketiak dia pun dah kurang masam. Aku tak tahulah. Dulu memang masam dan grind. Ni Wak pun setuju. Dia ym ngan aku. Pasal musim ke tak musim, aku susah nak cakap. Sebab aku tak ikuti scene Malaysia. Poser tak aku? Kantoila siak. Punk point!!!
Setelah korang into dalam scene hc/punk, apakah yang anda dapat daripadanya? Bagaimanakah korang serapkan semua idea-idea hc/punk itu dalam kehidupan? Apakah reaksi-reaksi daripada ahli keluarga, awek dan kawan-kawan yang bukan daripada komuniti hc/punk terhadap korang?
Punk ni bagi aku kepercayaan. Kepercayaan ni biasanya akan jadi ikutan dan cara hidup. Bila sesuatu kepercayaan tu jadi kuat dan ramai pengikut, ia boleh berkembang menjadi Agama. Kau agama apa? Kau tahu tak pasal agama kau dan matlamat kau hidup? Kau hidup untuk apa eh? Macam tulah lebih kurang. Tapi masalahnya zaman sekarang manusia dah semakin bijak. Pandai bahagi-bahagikan antara kepercayaan, adat resam, tradisi macam kau cakap dan cara hidup. Ada yang menganut agama Islam, lepas tu mengaku jadi punk 24 jam. Tulah timbulnya Punk Islam. Budak-budak ni jaga baik, Talib nak pukul.
Yang lain semua dah bangun awal sebab dapat tidur dengan nyenyak. Terutamanya Jimbo dengan Arip. Tapi aku yang masih lagi terkebil-kebil. Mereka semua dah bersiap-siap untuk pergi bersarapan. Tinggal aku seorang diri di dalam bilik. Tak apa, aku kena kemas dulu apa yang patut lepas tu baru menyusul. Ringkas jer. Pakai boxer dengan t-shirt yang sepupu aku belikan masa dia bulan madu kat Korea. Tak payah mandi pun. Cuci muka jer. Jauh jugak budak-budak ni sarapan. Dekat sepuluh minit perjalanan jugak la. Aku tengok dah ramai orang pun. Aku pesan nasi kuning. Dia macam nasi minyak, tapi lain sikit. Lauk dia tak berapa meriah pun. Kari daging dengan telur goreng jer. Selera aku masa ni tak berapa baik. So aku makan sekali jer. Tak perlu tambah nasi atau sebagainya. Cuaca panas pun mungkin menjadi salah satu faktor nafsu makan aku berkurangan. Yang lain aku tengok bedal sakan. Ramai jugak aku perasan yang perhatikan gelagat kami. Memang kecoh. Macam orang kampung turun bandar. Mana tak nya, ada di antara kami kami yang berpakaian agak menjolok mata, Nasip la! Aku tak boleh nak lepak lama sangat, sebab jam pun dah menunjukkan ke angka 12.00 sedangkan barang masih banyak lagi yang tak berkemas. Hari ini adalah merupakan hari terakhir aku berada di dalam bilik Blue Diamond. Hari ni jugak aku kena gerak balik JB. Tapi lepas gig la. Balik JB pukul 11.30 malam. Addy dah tolong belikan tiket sejak dari hari Khamis lagi. Terima kasih buat Addy. Aku ingat aku sorang jer yang nak gerak balik bilik, sekali semua pun balik. Baguslah. Banyak barang yang perlu di kemas ni. Tak larat rasanya aku nak pikul beg ni lagi. Beratnya bukan kepalang. Tu pun nasib baik dah ada kawan-kawan yang kurangkan sikit beban beg aku ni dengan membeli Roots. Kalau tak tentu lagi berat. Sambil berborak sambil mengemas. Kawan-kawan bilik lain pun datang bilik kami untuk melepak. Abe sampai tak jadi pergi kerja. Mana taknya kalau pukul 5.00 pagi baru nak tido. Lantak dia la. Rynn pun dah call, katanya nak pergi saing. Sedangkan aku masih tak siap apa lagi pun. Nak tulis diari, kemas baju, mandi lagi. Nak pergi gig rushing, nak balik gig pun rushing jugak. Teruk betul la. Rynn dah bising-bising sebab dia dah sampai Kasim Mustafa, sebab aku dah janji dengan dia nak pick up dia kat situ. Tapi aku masih tak siap lagi. Sudahnya aku mintak tolong Addy pick up dia pakai motosikal. Aku memang tak sempat dan tak larat kalau kalau nak jalan kaki. Masa dia sampai bilik aku baru jer lepas mandi. Tapi tak kisah la yang penting semuanya pun dah selamat. Sebelum kami semua gerak ke tempat kejadian, macam biasa la berfoto kenangan di dalam bilik. Tak larat memang kalau ikutkan nak jalan kaki dari Blue Diamond ni menuju ker dari senaman. Tu yang cikgu aku pernah kata masa kat sekolah dulu. Sebelum beredar sempat aku bergambar dengan apek ni. Walaupun dah penat mengayuh, tapi raut wajah apek ni tetap memberikan senyuman gembira ketika lensa kamera merakamkan gambarnya. Terima kasih apek. Semoga hidup kamu ceria dan tidak dibebani dengan masalah seperti mana saya. Ingatkan bila dah sampai bilik boleh terus cepat-cepat mandi dan bersantai, sekali berkunci pulak. Kena pulak kunci pada Aizat. Aku tak tau dia pergi mana. Satu jam setengah jugak lah aku menunggu dia. Masa ni kawankawan yang lain pun ramai yang dah sampai. Erin, Syapik, budak-budak KL pun dah ada. Dia orang ngebuk ( mabuk ) kat depan tu. Aku memang dah penat tak larat nak minum. Sementara tunggu Aizat balik dengan perasaan marah, aku pun luangkan masa untuk belajar dengan Jimbo teknik mode manual untuk V3 ni. Macam-macam aksi pelik yang kami cuba. Aku belajar penggunaan cahaya, shutter speed, iso dan sebagainya. Naik pening kepala aku. Kalau pakai kamera SLR manual aku tu memang tak ada masalah. Aku tau. Ni sebab digital, tu yang aku jadi pening. Individu yang terlibat masa ni, aku, Jimbo, Epul, Arip, Eddy dan Syapik. Tunggu punya tunggu akhirnya Aizat pun sampai. Berbakul maki hamun jugak la dia terima dari kami semua. Padan muka dia. Tulah siapa suruh merayap jauh-jauh. Lepas tu yang buat aku bertambah menyirap bila topi hitam aku yang ada button Food Not Bomb warna hijau dia tertinggal. Aku tak pasti dia tertinggal kat mana. Sama ada rumah kawan dia atau di tempat-tempat awam. Aku ugut dia, kalau tak jumpa topi aku tu balik, siap dia! Tapi dia janji akan dapatkan balik topi tu walau apa pun yang terjadi. Aku rasa masa ni dah penat. Tak ada aktiviti lagi yang mampu aku buat masa ni selain dari mandi, keluar cari makan sekejap dan terus masuk bilik. Tak boleh tidur sebab cuaca terlalu panas. Zafran tengah-tengah malam buta datang bilik untuk beli Roots isu 7. Tak sabar katanya. Masa ni bilik memang aku dah kunci dan langsir tingkap pun aku dah turunkan. Aku dengan Jimbo tak nak sebarang gangguan daripada orang yang tidak berkenaan. Banyak kali jugak aku dengar orang panggil nama Arip. Tapi dia dah tidur mati. Memang jangan harap la dia nak bangun. Memang payah betul malam ni nak lelapkan mata. Puas aku guling kiri dan kanan. Jimbo pun macam tu jugak. Aku tak sedar jam berapa Jimbo dapat tido. Yang aku dengar cuma dengkuran crust dia jer. Begitu jugaklah halnya dengan aku. Tapi aku rasa tune tido aku datang bila jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Masa tu Abe dengan Zafran masuk bilik aku. Dia orang tido bilik aku. Lepas tu aku tak ingat apa dah...
Selain terlibat dengan Kerenaneko, ada tak projek-projek lain yang korang lakukan untuk komuniti hc/punk macam zine, band, aksi langsung atau apa saja? Aktiviti-aktiviti yang acap kali korang lakukan bagi mengisi masa lapang selain daripada mengenai hc/punk?
Aku suka main muzik dengan kawan-kawan rapat teman bicara. Tu sebab kadang-kadang aku terlepas buat band 2,3. Takut gak tak boleh kasik komitmen. Sekarang aku dah keluar banyak band. Tinggallah Kerenaneko dan Osmantikos. Aku dah tak pandai tulis artikel la Rachu, nanti jadi fakta medik plak. Tu pasal aku susah sikit nak buat zine. Setakat jawab temuramah je lah. Tapi ini pertama kali aku jawab bersahaja. Mungkin sebab aku sakit kot pasal bisul sial ni. (ed: ko tak cuba operate sendiri?) Kalau sesiapa rasa tak puas hati dengan jawapan-jawapan aku, bolehlah baca temuramah aku yang lain, yang serius. Eh, pasal direct action ni susah sikit. Aku suka tengok orang protest. Ntah pasal apa ntah. Macam ada aura cool. Tapi yang betul-betul beremosi masa protest tu memang ada. Aku suka orang berani luahkan apa yang dia rasa betul. Sebab at least dia luahkan dan berani. Dalam dunia ni susah sikit nak cakap apa yang betul atau salah. Subjektif. Aktiviti lain, aku suka dengar lagu dan lepak jamming. So kalau aku balik Melaka tu, kalau tak lepak ngan Shahir dan Azizi kira bukan aku la tu. Punk point beb. Lepak sampai lebam cakap pasal hardcore/screamo!
Hampir setiap hari cerita mengenai situasi di beberapa negara-negara Asia Barat semakin hari semakin mengusarkan dan aktiviti-aktiviti radikal seperti mengebom diri sendiri bagi menentang Israel/US di kawasan tersebut telah mengorbankan ramai nyawa termasuklah kanak-kanak dan wanita dan tak mustahil ianya berlaku mungkin disebabkan sikap menentang penindasan. Wajarkah tindakan serupa ini diambil?
Aku tak pernah rasa macam mana keadaan sebenar perang. Tapi, aku selalu terfikir, macam manalah perasaan takut, sedih, hampa, gelap, benci yang teramat sangat sebab aku percaya hampir semua mangsa perang rasa macam tu. Mungkin cara mengebom diri sendiri atau bunuh diri adalah pilihan terakhir dia. Kita tak tahu macam mana perasaan dia yang tak de harapan, tempat bergantung, mungkin takde kehidupan lagi. So, dengan rasa kebencian teramat sangat, dia pun letopkanlah diri supaya semuasemua mampos. Tak kira jahat ke yang baik ke, yang peramah semua ada. Tapi ada pulak yang atas sebab agama, atau tuntutan agama dia yang suci, dia mesti bunuh si musuh yang berlainan agamanya tak kiralah apa jua cara. Macam tu kurang bijok sikit. Bukan sikit, banyak!
Kenapa anak-anak komuniti hc/punk tak suka kepada mass media? Apa yang tak kena dengan mereka semua dengan kita? Beberapa band yang melebelkan band hc/punk tetapi bermain gig/show yang telah disponsor oleh pihak mass media di ibu kota, komen anda.
Aduh. Mass Media macam tajuk lagu yang sesuai untuk grind je. (ed: haha) Hurm, aku tak berapa faham kau tanya ni Rachu. Ramai ke budak-budak ni benci mass media? Aku nengok ramai je kat gig metal kental core pekida rock Islam? Hehe. Ok, bagi aku la, bergantung kepada band terbabit. Yang nak main show dorang kan? Yang nak deal duit, gila duit, hamba duit, hamba populariti band juga. So, biarlah dorang tentukan hala tuju nafsu serakah dorang. Aku suka benda free. Tapi biarlah ianya munasabah dan tak lari dengan etika punk point. Contohnya, aku suka persahabatan percuma. Kalau kena bayar, baik aku duduk sorang layan Nasum. Tapi kalau ada syarikat Rachwan yang jual kereta proton nak taja Kerenaneko punya show, pastu songlap duit lebih, tipu aku, siaplah. Aku balas balik! Hehe. (ed: jangan ko kata jual kereta, aku bawa kereta pun tak tahu!)
Apakah cita-cita korang sewaktu kecil dahulu? Adakah korang sedang menuju ke arahnya, menyimpang jauh ataupun ianya sudah menjadi pekerjaan tetap anda sekarang? Pada pendapat korang, pentingkah di dalam komuniti hc/punk untuk mempunyai golongan professional seperti doktor dan jurutera. Adakah ia dapat membantu komuniti hc/punk atau rakyat Malaysia amnya?
Dulu masa sekolah aku terpengaruh dengan cakap nenek saudara aku. Dia dah meninggal. Dia pesan aku suruh jadi doktor. Sekarang ni aku macam nak ke arah tu. Tapi, kebanyakkan masa, aku jadi doktor cinta je. Hehe. Ntahlah Rachu, apa pendapat kau? Bagi aku, kepandaian manusia berbezabeza. Ada yang celik IT, celik matematik, celik seni binaan, celik seni
pun perut masih lapar lagi. Aku tau kau memang kenal rapat dengan Abe ni kan. Dulu kalau ada gig kat Countach aku perasan kau selalu datang dengan dia. Aku tak pasti apa hubungan kau dengan dia. Mungkin sekadar kawan atau lebih. Aku malas nak fikir yang bukan-bukan. Nanti buat mood aku jadi tak tentu hala. Masa ni aku pun tak tau dah berapa banyak gambar aku shoot. Banyak jugak la. Bukan selalu jumpa kawan-kawan dan berkunjung ke Penang ni. Lepas maghrib kami pun bergerak ke Komtar semula. Zafran dengan Seed nak balik dah. Zafran tido rumah Seed. Rynn pun kena balik USM jugak. Dia tumpang tido rumah kawan dia. Aku dengan Jimbo pulak balik bilik la. Mula-mula tu cadang nak jalan kaki jer. Tapi baru jalan kaki tak sampai sepuluh minit dah penat. Kebetulan lalu pulak beca depan kami. Tahan, naik beca sudah. Aku memang dari hari pertama lagi dah ngidam nak naik beca. Aku macam tak yakin jer dengan apek ni. Larat ke dia nak bawak kami berdua? Badan Jimbo dengan aku ni lebih kurang sama besar jer. Sebab tak muat duduk kat atas, jadi Jimbo kena duduk kat bawah tempat letak kaki. Hahaha. Kesian tengok apek ni kena bawak kami berdua. Kalau terus sampai Blue Diamond dia cuma charge RM6. Aku rasa macam murah jer. Last-last aku suruh dia bawak kami berdua pusing-pusing. Apek tu setuju. Dia kenakan RM15 untuk satu pusingan selama setengah jam. Pertama kali dalam hidup aku naik beca. Perlahan apek ni kayuh. Dapat la tengok permandangan di waktu malam. Memang tak ada siapa yang berani bunyi hon bila berhadapan dengan pengayuh beca yang perlahan di jalan raya. Dia orang faham. Tapi aku pulak yang jadi risau. Risau kalau-kalau kami kena sebab dengan bas atau kenderaan besar lain. Sebab jarak aku dengan bas kalau masa kat lampu isyarat memang tak sampai satu depa pun. Aku kadang-kdang berangan dan terfikir jugak Farah. Kan best kalau yang naik beca dengan aku ni sekarang tunang aku. Aku teringan nak rasa suasana romantik macam ni dengan dia. Nak melancung dengan dia. Bergembira dengan dia. Berkongsi pengalaman dengan dia. Dan aku harap jugak dalam kamera aku ní penuh gambar aku dengan dia. Tapi tu semua tak akan pernah jadi kenyataan. Kau sudi tak kalau aku ajak kau bersiar-siar naik beca seperti mana aku dengan Jimbo sekarang ni? Tapi aku rasa kau pun akan menolak permintaan aku ni. Tapi tak pe lah aku faham. Badan aku dah terlalu letih ni Farah. Rasa melekit dan melengas pun ada jugak ni. Rimas. Kalau dapat mandi sedap ni. Tak sabar rasanya nak sampai bilik. Aku pun tak tau masa ni kau tengah buat apa. Apek ni dah kayun beca selama 30 tahun. Inilah beca pertama dia dan masih bertahan sampai sekarang. 30 tahun mengayuh! Sure badan apek ni sehat. Mengayuh juga sebahagian
Nasib baik la aku tak bawak banyak barang. Agak berlengang jugak la aku masa ni. Cuma kamera jer yang masih tergantung di leher. Tiba di lokasi, kedai tutup! Rasa menyirap sampai nak minum air sirap! Dah la berjalan kaki jauh, sekali sampai kedai tutup pulak. Kalau kau tak menyirap ker Farah? Sudahnya kami berlima makan dan minum kat Old Town Café bersebelahan dengan Starbugs. Masa ni Addy dah tak ikut kami. Dia nak pergi jemput Erin. Nilah pertama kali aku lepak kat Old Town Café. Aku tak makan pun. Minum jer. Perut masih kenyang lagi. Yang lain semua melantak macam orang gila. Aku santai-santai tengok orang lalu lalang. Amoi-amoi yang lalu depan aku ni kebanyakkannya cantik dan seksi-seksi. Tapi aku rasa kau lagi cantik dari dia orang Farah. Sambil makan sambil borak. Susah nak dapat masa santai macam ni dengan teman-teman dari jauh. Walaupun aku dah kenal lama dengan Zafran dan Seed tapi memang jarang dapat berbual mesra macam waktu ni. Kalau jumpa kat KL memang tak macam ni. Masingmasing buat hal sendiri. Tapi bila jumpa kat luar dari KL dan JB, kami semua menjadi rapat. Masing-masing berada di tempat orang. Tiada tempat untuk mengadu. Jimbo pulak masih sibuk dengan WiFi dia. Mentang-mentang percuma dan telefon bimbit dia pun ada support WiFi, kat sini pun dia bedal update Myspace. Hampeh. Dah puas berborak dan makan, kami pun bergerak untuk menuju ke sebuah kedai akuarium. Ni rancangan aku pulak bila aku terperasan kedai ni masa menuju ke sini tadi. Aku bukan apa Farah, aku ni memang jenis yang suka pada haiwan. Terutamanya haiwan yang eksotik dan susah kita nak jumpa dalam kehidupan seharian kita. Aku teringin sangat nak tengok tarantula. Dan kedai yang aku pergi ni kebetulan memang ada jual tarantula. Tapi mahal nak mati. RM400 untuk saiz sebesar tapak tangan. Kalau kat JB besar duit 50 sen dah jejak RM250. Ikan-ikan besar, burung, ular, kala jengking, tikus hamster, tupai, ketam, anjing, kucing pun ada dijual di kedai ni. Tapi aku tak beli apa-apa pun. Sekadar cuci mata tengok keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Walaupun ada yang kecil, tapi mampu menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius. Jimbo memang tak berapa gemar dengan rancangan aku masuk kedai macam ni. Dia awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Zafran dengan aku memang layan dengan benda-benda macam ni. Dia suka ikan pelaga. Aku tak berapa suka. Dah penat tengok haiwan, kami semua kembali mengeteh di sebuah gerai berhadapan dengan tokong tidak jauh dari kedai akuarium tadi. Masa ni Abe Kelantan pun ada. Jimbo dah terlebih dahulu lepak kat sini dengan dia. Aku cuma pekena teh o ais jer sambil rehat hilangkan penat. Tak makan
綺麗な猫
lukisan, celik muzik, celik perubatan, macam-macam. Kalau dalam komuniti punk gabungkan semua pastu buat satu kebajikan, memang dah betul dah. Kata tak suka kapitaliskan? Ha, sekarang buktikanlah. Baru punk point naik gila babi pastu masuk syurga!
Baru-baru ni kecoh dengan harga minyak dunia naik melambung dan disebabkan itu juga harga pasaran petrol/diesel telah dinaikkan harganya oleh pihak kerajaan dan jumlah subsidi yang diperuntukkan telah dikurangkan. Apakah kesan pro dan kontra yang dapat korang lihat daripada fenomena ini?
Aku tak pakai kenderaan yang memerlukan minyak. Aku naik basikal je. Tapi mak ayah aku, kawan-kawan semua panas. Mengadu macam-macam. Minyak dah naik macam babi la, apa la. Pada hal babi tak pakai minyak pun. Tapi terus-terusan dikecam sampai pupus agaknya. Aduhai. Macam nilah. Pendapat aku kan, kita ni negara pengeluar minyak mahal. Nilai minyak kita lagi tinggi jika dibandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain. Tapi untuk kita gunakan sampai lebam, memang sayang. Takut habis pulak sebab orang Malaysia ni boros. Jadinya, kita jual la minyak kita keluar. Maknanya, kita sepatutnya dah ada backup duit yang banyak untuk support budget nak beli pulak minyak murah kat negara lain. Tapi, yang aku pelik, kenapalah Malaysia still miskin minyak. Nak cakap kerajaan bebal, tak semua bebal. Mesti ada yang celik ekonomi. Tapi masalah ada pada sikap. Ego, nak menang, tak nak mengaku kesilapan diri, bodoh sombong, tamak, bahalol, semua ada. Siap satu pakej lengkap. Itu sebab banyaklah agenda yang dikeluarkan semata-mata untuk tutup kelemahan diri. Nak tarik subsidi untuk kemajuan rakyat? Rakyat mana tu? Nak tengok sikit!
Rasanya aku pun dah takde lagi soalan nak tanya kat korang. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang agak serius, sorry la soalan tak berapa santai sangat. Aku tengah serius time buat soalan ni...hehe. Korang ada sebarang pesanan untuk aku atau mereka diluar sana? Oh yaa, sertakan sekali alamat konteks, no telefon pun boleh. Aku harap dapat jumpa korang la secepat mungkin, rindu syial. Sekian terima kasih.
Alamak, dah penghabisan baru aku baca yang kau tengah serius. Aduhai. Macam mana ni? Takkan aku nak padam balik. Sori rachu. Aku ni biasanya serius je menjawab soalan atau tulis artikel. Harap-haraplah Satar atau Yus tolong jawab sekali dengan serius. (ed: takde hal la, aku risau korang take serius sangat jer) Oh, aku rindu gak. Tapi jangan rindu sanat, nanti jadi tak ikhlas. Hehe. Good luck bro. Jadilah insan yang punk..
memang strategik dengan pusat bandar. So dengan berjalan kaki banyak jugak tempat-tempat penting yang boleh kami lalui. Aku singgah di sebuah kedai menjual kain dan keperluan harian. Aku beli topi koboi yang kau nampak aku pakai hari tu. Tak mahal mana pun, RM20, aku mintak kurang dapat RM15 jer. Aku memang dah lama cari topi koboi yang macam ni. Tak sangka pulak boleh jumpa kat Penang ni. Topi yang aku pakai aku bagi Epul pinjam. Malas nak pegang barang banyak-banyak. Epul, Aizat dan Arip amik keputusan untuk ke seberang. Mereka semua nak temankan Arip jumpa pak cik dia yang perpangkat koperal polis. Aku dengan Jimbo serta Addy malas nak ikut. So kami pun meneruskan perjalanan hingga ke Komtar. Aku janji dengan Rynn nak jumpa dia kat sini. Tiba-tiba Zafran aka Kertip Turku Jerangsang menghubungi aku. Dia pun dah ada kat Penang ni bersama Seed. Nak ajak jalan sama sekali. Aku tak ada masalah. Jalan ramai-ramai lagi meriah. Tapi aku rasa kalau kau ada Farah, tentu keadaan akan jadi lebih seronok. Selang beberapa minit kemudian Rynn pun sampai. Pertama kali aku bertemu dengan dia. Orangnya boleh tahan cantik, berkulit sawo matang, tinggi lampai, bertudung, berbaju lengan panjang agak ketat dan berselipar. Macam baru balik dari kuliah sambil memegang fail. Tak banyak cakap, tapi sekali dah bercakap suaranya terlalu halus dan volumenya memang rendah. Susah jugak aku nak tangkap buah butiran yang keluar dari mulut dia. Pertemuan pertama untuk beberapa jam pertama memang agak hambar. Masing-masing mungkin malu agaknya. Zafran dengan Seed dah tak tahan lapar, dia orang ajak pergi makan kat Line Clear. Aku tak pernah pergi tempat ni. Dia orang kata dari Komtar ni nak pergi Line Clear dekat jer. Jadi aku dengan Jimbo pun tak membantah. Sambil berjalan sambil berbual. Dengan cuaca yang agak terik, buatkan aku cepat haus. Perut masih lagi kenyang dengan nasi kandar dan juga cendol tadi. Masih banyak lagi penarik beca boleh ditemui sekitar Penang ni. Masih lagi menjadi sumber pendapatan bagi segelintir penduduk di sini. Ada yang mewah dan ada juga sebaliknya. Majoriti pengayuh beca kat sini dikalangan orang tua. Kadang-kadang aku kesian tengok dia orang ni. Yer lah dah tuatua tapi masih lagi mengayuh beca untuk sesuap nasi. Padahal dalam usia yang begini mereka sepatutnya duduk berehat di rumah sambil di temani dan di jaga oleh cucu atau anak-anak. Tapi tulah, lain pulak situasinya. Memang kehidupan kita ni berbeza-beza. Ada yang senang dan ada juga yang susah. Seed kata dekat, tapi dah dekat setengah jam perjalanan masih jugak tak sampai-sampai. Kelengkang aku dah basah ni. Otak dia dekat.
berdenyut-denyut. Aku dah tak perdulikan lagi dengan deringan telefon bimbit dan pesanan ringkas yang masuk bertubi-tubi. Aku perlukan rehat yang panjang, aku perlukan tidur yang cukup dan ketenangan jiwa yang secukupnya. Bila aku sedar sayup-sayup kedengaran imam membaca khutbah jumaat. Baru aku ingat yang hari ni adalah merupakan hari jumaat. Sebagai seorang musafir, aku jamakkan jer. Senang. Lagi pun masa ni badan aku memang dah tak larat. Aizat, Arip, Epul balik bilik dengan sebungkus nasi kandar berlaukkan kari ayam. Aku melantak macam orang gila. Sejurus lepas tu Addy dengan Jimbo pulak sampai dengan sepapan panadol. Aku telan empat biji untuk meredakan demam dan sakit kepala. Agak setengah jam lepas tu baru kondisi dan tenaga aku kembali seperti sediakala. Alhamdulillah. Let's rock and roll! Rugi datang jauh-jauh tapi duduk bilik jer. Rynn Myspace pun ada menghubungi aku untuk bertemu. Kalau jadi ni lah pertemuan pertama aku dengan dia. Aku bukan apa Farah, saja nak mengembirakan hati sendiri. Dah lama sangat rasanya aku tak berjalan dengan perempuan. Kebetulan Rynn ni pun kawan dengan budak-budak ni dan selalu jugak pergi gig, jadi apa salahnya aku bertemu dengan dia. Tak ada apa-apa istimewa antara kami. Kalau ada pun mungkin aku bertepuk sebelah tangan jer. Siapa la yang suka dengan aku ni Farah. Muka berjambang. Tapi tu semua aku tak kisah. Yang penting aku masih ada semangat nak teruskan zine ni. Kami semua keluar dari bilik untuk bersiar-siar. Jimbo buat planning untuk pekena cendol. Addy yang bawak kami ke tempat cendol yang dikatakan power ni. Tak berapa jauh pun dari bilik penginapan kami. Sekitar sepuluh minit dengan berjalan kaki jer. Diusahakan oleh peniaga Cina. Kat penang ni memang berlambak warung-warung makan tepi jalan. Kedai-kedai kecil atau kiosk orang menjual makanan. Nampak macam murah, tapi kadangkadang ada jugak harganya yang macam tak masuk akal. Kami semua pekena cendol. Pada aku masih biasa jer. Aku pun tak tau apa istimewanya cendol ni sampai orang berbaris panjang untuk menikmatinya. Aku bukan kaki cendol macam Jimbo. So aku tak berapa pandai nak bezakan mana satu cendol sedap dan mana satu cendol tak sedap. Aku ni bab makan memang tak berapa pandai. Selagi boleh makan aku makan. Habis jugak aku hirup cendol ni. Jimbo pulak kata tak sedap. Dia bab makan memang cerewet. Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan. Bandar Penang ni tak besar mana pun. Kena pulak lokasi bilik kami
Artikel : Mengatasi Masalah Kenaikan Harga Beras Daripada : xTimmyx Youthtrust
Ok. Terima kasih kepada Rachu sebab invite aku untuk jadi kolumnis untuk projek bahan bacaan dia. Sebenarnya masa aku menulis untuk sekarang ini, aku masih tak tahu apa yang ingin aku sampaikan. Aku menulis mengikut pergerakan jari-jemari aku dekat keyboard. Sambil ditemani dengan lagu You're Beautiful nyanyian James Blunt. Seorang askar yang menggantungkan senjatanya dan boot askarnya dan menukarkan kariernya menjadi seorang penyanyi yang superstar. Baru-baru ini aku kena batuk tanpa kahak. Dia tak tangkap dengan dada, tapi dia start tarik dari tekak, salah tune tidur aku boleh batuk macam orang gila. Dekat 2-3 hari aku tahan batuk tue tanpa memakan sebarang ubat kecuali makan gula-gula strepsil perasa madu sebab aku ingat aku mengalami kegatalan tekak tapi bila asal tidur jer jadi batuk sampai macam nak pecah dada, maka aku insentif pergi farmasi. Alhamdullilah ianya berkurangan kecuali setiap kali makan ubat aku berada di dalam keadaan high lepas tue tidur! Aku nak bagi penyakit ini hilang betul-betul baru aku stop makan ubat! Macammacam tohmahan aku dapat semenjak aku buat zine nie balik, start dari isu 11 sampai isu 14. aku akan ulas balik benda tue semua dalam zine aku sendiri. Sebabnya aku tak nak zine kau jadi kontroversi bila orang baca nanti. Sebab takut ada pembaca-pembaca bodoh yang ingat kau pulak tulis pasal benda nie sebab dalam isu 11, nizang tulis pasal sxe untuk zine aku, tapi ada mamat mangkuk tandas ingat aku yang tulis benda tue walaupun kat situ aku dah terang-terang tulis artikel by nizang. Sekarang ini isu beras jadi tumpuan rakyat Malaysia. Beras dah naik harga sebab kononnya sumber beras dah kurang. Kurang apa jadah? Bila harga naik baru beras berlambak-lambak ada balik. Aku rasa Thailand yang menjadi sumber besar pengimport beras dekat Malaysia macam tak ada kena kemarau (kalau ada bagi tahu aku, aku tak pernah check out). Ini aku rasa semua propaganda kerajaan. Tak boleh kaut keuntungan dari minyak dia carik alternatif benda lain nak buat untung. Yang rugi sapa? Rakyat lah. Padan muka semua yang mengundi kerajaan BN. Ini dia ker benefit yang korang dapat? Dan padan muka aku dan kita semua jugak terpaksa menghadapi kenaikan harga sejak krisis beras melanda. Beras dulu aku beli yang harga RM23 sekarang dah jejak jadi RM33- RM38. Gila apa! Tapi nak buat macam mana kita kena konsume beras sebab semua budak rumah aku kuat makan nasi, makan roti dorang kata tak kenyang. Sejak harga beras naik, harga nasi dekat restoran osman pun dah naik. Gila babi, dulu harga nasi RM1, sekarang nasi kosong dah jadi RM1.50, kalau 10 kali makan aku dah rugi berapa? 100 kali makan? 1000 kali makan? Kirakan untuk aku Rachu! (ed:10=RM15, 100=RM150, 1000=RM1500, tahi ko berapa pulak harganya?) Sejak hari tue aku melakukan reaksi dekat restoran osman. Aku kembali mempraktikan apa yang dulu aku belajar masa dekat Politeknik. Aku belajar memasak. Sejak aku tak makan "raw meat" dekat 6-7 bulan nie, aku memasak dengan gaya simple. Ala tak susah mana pun aku memasak. Setakat aku masak sayur campur, sup sayur, tomyam sayur, telur goreng dan benda-benda yang simple. Tak susah sebenarnya nak memasak nie, yang penting ada cili, bawang putih, bawang merah dan garam. Nak lagi sedap letak sikit sos tiram. Asas memasak semua sama jer. Yang penting kau pandai-pandailah bikin kasi makanan tue nampak sedap. Ala, kalau tak sedap pun kau jugak yang makan sorang-sorang. Mula-mula tak sedap memang lah standard. Tapi nanti dah lama-lama kau tau dekat mana silap dan kau adjust sana sikit, sini sikit, everything akan jadi perfect! Practices Makes Perfect! Dari sudut ekonomi aku rasa sejak aku memasak, aku dah berjaya kurangkan perbelanjaan harian aku untuk makanan. Aku berbelanja dalam RM15- RM20 dan aku boleh guna untuk makan 2 kali sehari selama seminggu. Berbanding kalau aku makan dekat luar. Satu hari aku akan habiskan RM6 (tak termasuk air) untuk 2 kali makan. (lauk nasi sayur memang murah). Kalau seminggu dah aku habiskan RM42 (ed: Tau lak ko kira, syial!). Dekat situ aku dah jimat RM22 seminggu. Apa yang aku nak cakapkan, kita boleh berjimat dengan memasak dan sesungguhnya memasak sendiri itu adalah satu salah aspek mempraktikkan Dly dalam kehidupan. Aku dah berjaya mengurangkan penggantungan kepada orang lain. Dan aku harap isu beras tak akan naik lagi. Kalau naik jugak aku nak bertukar sumber makanan kepada ubi kentang pulak lepas nie! Kalau agak-agak sesak aku tanam sendiri. Dah lah Rachu, aku harap pembaca dapat sikit iktibar daripada cerita merapik aku. Perut aku dah lapar, aku nak pergi supermarket untuk shopping barang dapur. Lagi satu, jangan praktikkan menu resipi yang Din tulis dekat isu #6 Roots. Kawan aku dah cuba resipi Din, sekarang dia terlantar dekat hospital sebab doktor suspek dia kena taun! Mak bapak budak tue tengah jumpa lawyer nak saman Din! Jangan lakukan resipi Din di rumah! (baca dalam nada macam iklan wrestling!) Bye-bye fuckhead!
Aku tak pasti. Kurang minat dengan obor-obor. Tapi kalau umang-umang atau tarantula memang aku obsess. Bila feri meluncur laju, angin yang terhasil akibat pertembungan udara ni menghasilkan satu suasana yang segar, nyaman dan menyejukkan. Menghilangkan peluh yang bertakung di badan. Sampai seberang, aku membonceng motosikal dengan Addy dan yang selebihnya menaiki teksi. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi badan aku memang dah tak larat ni. Begitu jugak dengan yang lainnya. Naik teksi pun tak adalah mahal sangat. Sorang RM2 jer. Jumlah keseluruhan RM8 la. Masing-masing dengan beg besar, takkan nak jalan kaki. Setengah jam jugak lah kalau jalan kaki. Kami menuju ke lokasi seperti yang telah dimaklumkan oleh Addy iaitu Blue Diamond. Addy dah pun booking bilik untuk kami semua. Satu bilik empat orang. Tempat ni memang cool. Reka bentuk bangunan dan hiasan dalaman dia yang agak klasik. Aku rasa bangunan ni tentu banyak menyimpan sejarah. Sejarah masa lampau siapa sahaja yang pernah menjejaki tempat ini. Dengan jumpah sewa yang tidak terlalu mahal, aku rasa tempat ni memang berbaloi bagi pelancong kelas bawahan seperti kami. Dapat tempat tido, bilik mandi dan tempat simpan barang untuk sementara waktu pun jadilah. Aku terpandangkan bilik yang pernah sama-sama aku dengan dia menginap dulu. Bilik yang berhadapan dengan meja panjang dan di sebelah kirinya terdapat tokong besar. Tokey tempat ni memang cool jugak. Walaupun berbangsa Cina, tapi bahasa melayu dia memang fasih. Senang nak berinteraksi. Tak banyak kerenah dan masalah. Kami berempat telah ditempatkan di bilik bernombor 68. Terdapat dua buah katii besar di dalam bilik ini. Tidak berhawa dingin, sebuah bilik mandi merangkap jamban dan sebuah kipas angin. Terdapat sebuah almari untuk kami menyimpan barang dan sebagainya. Sepanjang pagi aku sampai bilik ni tak ada apa yang bermain di fikiran melainkan imbasan kenangan silam yang berlegar-legar dalam tempurung kepala aku. Lepas kemas-kemas barang kami semua bersantai menghilangkan penat. Ada yang melelapkan mata dan ada jugak yang tak sabar nak baca zine. Aku pulak sibuk menulis diari. Rutin aku setiap pagi. Tapi aku rasa kondisi badan aku lama kelamaan agak menurun. Tenaga aku semakin berkurangan. Aku rasa macam nak demam la pulak. Jimbo dah keluar ikut Addy. Aku tak tau dia ke mana. Arip, Aizat, Epul lepas bangun tido terus keluar cari makan. Dia orang ada jugak ajak aku tapi aku tak larat. Jadi aku kirim jer makanan dengan dia orang. Kepala aku makin berat. Ubat pulak tak ada. Sudahnya aku melelapkan mata dalam keadaan kepala aku naik feri. Pertama kali dalam hidup aku naik feri! Bukan main jakun lagi aku masa ni. Dengan beg besar yang sama berat dengan tong gas aku galas ke sana sini. Memang terasa perit bahu aku ni. Berat sangat. Berat dengan zine baru aku yang tebal, baju Roots dan beberapa barangan peribadi yang lainnya. Aku rasa kau pun tak larat nak angkat beg ni. Aku pinjam beg besar ni dari Jimbo. Kalau kau nak tau, beg ni pun ada banyak kenangan jugak. Dulu kalau selalu aku naik KL mesti aku bawak beg ni. Tak kira ke mana pun aku pergi. Pergi Mid Valley pun galas beg ni jugak. Masa tu bekas tunang aku tu lah yang selalu temankan aku. Dan kalau aku dah penat bawak, dia pulak yang akan tolong bawak. Kalau dia yang tolong bawak, aku cuma pegang tangkai / tali beg ni jer yang berada dekat dengan pinggang dia. Konon-konon kalau dari jauh nampak macam pegang tangan la. Tapi sebenarnya aku cuma pegang tali beg tu jer. Masa tu memang aku tak ada lesen lagi nak pegang tangan dia. Masih malumalu. Sehinggalah lama kelamaan aku dapat jugak pegang tangan dia. Mula-mulanya cara paksa jugak, dia menolak lembut. Tapi bila aku dah berdegil, tolak pegang balik, tolak pegang balik, lama-lama dia pun tewas jugak. aku gengam erat-erat, aku pegang kejap-kejap seolah aku tak akan biarkan dia terlepas dari gengaman aku. Aku sayang sangat dia masa tu. Tindak balas yang aku terima pun begitu jugak. Aku tau dia pun sayang aku dengan sepenuh hati. Aku dapat rasa dari cara dia mengengam setiap jari jemari aku. Kemas dan ketat. Kalau kau nak tau, beg ni hampir sama tinggi dengan ketinggian dia. Silap-silap dia pun boleh masuk dalam beg ni. Kalau untuk saiz kau yang kecil molek tu, aku rasa tentu lagi muat. Beg besar ni banyak membantu aku untuk sampai pada status kemuncak pegang tangan dia yang lembut dan berjari panjang tu. Bukan main gembira lagi aku masa tu. Pertama kali dalam hidup aku pegang tangan perempuan yang aku sayang. Tapi tu semua kenangan manis yang boleh buat otak aku jadi sesak dan tidak bernafas. Aku cuba bunuh semua kenangan tu, tapi sampai sekarang pun masih tak berdaya lagi. Aku harap kau dapat tolong aku untuk membunuh semua kenangan-kenangan aku ni. Masa kat atas feri ni sekali lagi aku nampak kren besar. Tapi lokasi nya agak jauh. Pandangan mata pun agak samar-samar. Aku rasa tu lah port Pulau Pinang yang sebenarnya. Sebab ada banyak kren dan ada dua buah kapal besar. Sempat jugak lah merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan terindah. Budak-budak yang lain sibuk nak tengok obor-obor besar. Jimbo cakap dari dalam feri ni kita boleh nampak obor-obor besar.
"WEARENOTHARDCOREBUTWECARE""WE KREASES NOTSE ARENOTHARDCO AT PULAU PINANG YOUNGAND DANGEROUS JB ROCKING THRASHPUNK SAMURAI CHAMDN THRASH HC HA AR WEOTSKAM HELLEXIST FAST OLDSCHOOL HC PUNK KAPAK DEFEAT CRUST HC UT WE CARE" "WE ARE NOT HARDCORE CHAOTIC HC lepan PEROSAK mato HENTAMCORE DATE-17 MEI 2008 AT-400PM ENTRY FEE-RM10 VENUE-WISMA OH KONGSIPENANG LODATED AT WELD QUAY AND SDO VETRES FROV PENANG JETTY LOST? KERETA PANCIT? KENA PAW? CALL SAVSENG MUAR E
INCREASE NOISE (bukan band Kluang tu!) AT PULAU PINANG
Tarikh : 17 Mei 2008
Lokasi : Wisma Oh Kongsi, Penang
Tiket : RM10
Band :
Hellexist, Makhlok Perosak, Alchemy Of Sickness, Format Masa Depan, Defeat, Samurai Champloo, Weot Skam, YAD ( special guest) + Roots #7 launch party
Daripada : Din ROOTS
Kau tak tau Farah betapa aku rushing macam nak pengsan semata-mata nak pergi gig kat Penang ni. Dari dua hari sebelum aku nak gerak ke Penang lagi aku dah buat macam-macam benda. Macam-macam persiapan. Kejar pergi kilang printing, tunggu Jimbo siapkan lirik sampai berjäm-jam, pergi kedai jahit kat Kampung Melayu, potong kain dan sebagainya. Penat sangat tau. Sampaikan waktu rehat dan makan serta tidur aku terganggu. Semua ni terjadi bila semua kerja nak buat last minute. Aku tertekan dan Jimbo pun tertekan jugak. Penat Farah. Aku rasa kalau aku ada seorang pembantu mungkin semua kerja ni akan jadi ringan. Dulu masa bekas tunang aku ada, kadang-kadang dia la yang tolong buat benda-benda ni. Tapi sekarang ni bila dia tak ada, macam ni la kehidupan aku. Serba sendiri tongang langgang. (ed: ko dah tonggang ke sekarang ni?..hikhik) Kau tak kesian ker? Sampaikan malam sebelum bas nak gerak pun aku masih rushing lagi. Lagi satu jam bas nak gerak aku sempat lagi balik rumah Jimbo kat Tiram tu sorang-sorang. Aku balik rumah dia sebab kaset Hellexist tu boleh tertinggal pulak. Kalau dah tertinggal, kat Penang nanti aku nak jual apa? Jual sleeve dia jer? Dengan jalan Tebrau jem macam nak mati, dengan tak solat isyak lagi, aku rushing. Nasib baik tuhan menyebelahi dan mungkin merahmati tindak tanduk dan perancangan aku untuk pergi Penang tu. Alhamdulillah, sampai jugak aku dengan selamat ke perhentian bas Larkin. Sempat lagi bagi sepuluh keping Roots isu 7 ni pada Endy. Mintak tolong dia jual kat gig KL yang Plaque Of Hapiness ada main tu. Boleh la tolong-tolong sambil test market kat sana. Bas gerak jam 11.30. Yang naik bas dengan aku tiga orang jer. Aku, Jimbo dengan Arip Depress. Yang lain-lain naik bas lain walaupun waktu perjalanan yang sama. Aku pun tak tau macam mana perancangan budak-budak ni semua. Padahal semua
sebagainya kalau berhadapan dengan kaki rogol dan mereka ada peluang yang cerah pasti akan terkena jugak. Itu maksud aku kat sini. Gay, lesbian tak jahat. Dia manusia biasa macam aku dengan kau tapi nafsu serakah yang ada dalam diri seseorang tu yang jahat dan perlu dikawal dengan sebaik mungkin. Tu yang penting. Aku harap sangat kau dapat jaga diri kau Farah. Jangan sampai ada yang amik kesempatan terhadap kau. Nafsu serakah ni dia tak kira siapa. Kawan pun kadang-kadang dia bedal jugak. Tapi aku tau kau seorang yang pandai menjaga diri dan berdikari. Aku tak tau apa perasaan Arip dan Jimbo masa kena raba tu. Tapi dia orang kata rimas dan tak sedap langsung. Kenapa tak sedap? Sebab nafsu Arip dan Jimbo tak sama dengan India tu. Arip yang paling teruk sekali kena raba sampai dia langsung tak boleh tidur sepanjang perjalanan tu. Mana taknya dia duduk paling hampir dengan India tu. Arip memang tak boleh buat apa. Dia cuba mengelak seboleh yang mungkin. Bila dia elak India tu tarik balik tangan dia. Bila Arip terlelap balik, tau-tau tangan besar India tu dah berada di celah kelengkang Arip. Macam tulah situasinya sehingga sampai ke destinasi. Puas jugak India tu melayan nafsu serakah dia, mungkin sampai terpancut air mani kot. Arip jugak yang trauma dan tertekan dengan situasi tu. Cuma mungkin Arip tak berani nak menjerit mintak tolong kot. Masalah gangguan seksual ni memang boleh buat seorang tu jadi trauma dan sentiasa berada dalam keadaan delusi. Begitulah yang berlaku terhadap Arip. Tu sebab lelaki yang raba dia? Cuba kalau perempuan? Aku rasa tentu Arip pun melayan. Abis kalau kes macam ni kira macam mana? Aku pun konfius jugak ni. Tapi aku rasa benda yang paling tepat dalam menangani masalah ini ialah berpunca dari gangguan seksual. Itu lebih tepat. Gay ke lesbian ke, bukan masalah sebenar. Kalau nak tau pasal benda-benda macam ni boleh tanya Zeezam atau individu yang selayaknya. Mintak maaf kalau ada statement aku ni yang buat orang tak puas hati. Kalau ada yang salah tu tolong betulkan.
Aktiviti selanjutnya ialah menunggu ketibaan Addy Zaidy. Aku memang tak tau selok belok jalan kat Penang ni. Silap hari bulan kalau main redah boleh sesat sampai ke Golok. (ed : pandai lah ko) Tak lama lepas tu Addy pun sampai. Dia baru balik kerja ni. Tentu dia penat. Tapi biasa la, penganjur memang kena kerja keras dan berkorban tenaga dan sebagainya. Bersusah payah dia datang seberang ni sebab nak amik kami. Padahal dia cuma naik motosikal jer. Nak pergi seberang ni memang kena kegemaran kau Farah? Kalau ada rezeki lebih boleh aku belanja kau makan. Masa bersarapan ni jugaklah baru aku tau kenapa masa dalam bas Jimbo beria mintak tukar tempat duduk. Rupanya India berbadan besar yang duduk sebaris dengan kami tu adalah seorang gay yang tidak menghormati orang lain. Dia telah meraba Jimbo dan juga Arip sekali gus! Nasib baik aku duduk jauh dengan dia. Sepanjang perjalanan masa dalam bas memang kami tak mengesyaki apa-apa pada permulaannya. Mungkin hanya Jimbo yang merasainya terlebih dahulu. Sebab masa dalam bas aku tengok Arip memang ada berbual mesra dan rancak dengan mamat India tu. Kadangkadang aku mencelah jugak perbualan mereka. Oleh kerana jarak aku dengan mamat India tu agak jauh terpisah, jadi nak berbual pun macam susah. So aku biar Arip jer lah yang berbual dengan dia dan aku pulak layan mata dan emosi sendiri. Bila dah turun bas ni baru dapat tahu. Teruk la India ni. Ni dah kes serangan seksual ni. Silap orang la India ni. Kami bertiga bukan mempunyai kecenderungan yang sama seperti India tu. Kami bertiga tidak berminat seks sesama lelaki. Tak sedap dan tak puas. Tetapi ini bukan bermakna kami menentang gay atau sebagainya. Situasi ni sama jer kalau seorang tu lelaki dan meraba seorang wanita di dalam bas. Kalau buat report polis, lelaki tu boleh di jatuhi hukuman. Begitu jugaklah dengan kes kami ni. Maknanya Arip dah hilang teruna! Jimbo memang dah terangterang la. Walaupun Arip telah di raba secara paksa, tapi masa turun bas, sedikit pun kami tidak menunjukkan rasa marah atau isyarat lucah pada India tu. Sebaliknya masih tersenyum sambil dalam hati berkata "pergi la cari orang yang lebih sesuai". Kalau ada yang sengal dan otak sempit mesti ada jer yang kata kami ni homopobik. Hahaha. Bodoh dia orang ni Farah. Kes-kes macam ni la yang banyak buat aku terfikir dengan masalah seksualiti sebenarnya. Maksud masalah kat sini bukan satu statement yang perlu kita cari jalan penyelesaian dan bukan juga satu punca keruntuhan moral atau sebagainya. Masalah kat sini ialah bila kita tidak tahu kecenderungan seseorang tu dari raut wajah dan pertemuan pertama. Macam mana kita nak tau seorang tu gay, macam mana kita nak tau seorang tu lesbian selagi kita tidak mengenali hati budi dia tau seperti kes yang terjadi semasa didalam bas tadi. Perasaan hormat tu tetap ada. Tapi apa gunanya kalau gay atau lesbian itu sendiri yang tidak menghormati orang lain? Pada aku masalah ni semua datang dari akibat nafsu kuda yang tak dapat dibendung. Macam juga kes rogol, liwat dan sebagainya. Tak kira mangsa. Baik kau seorang punk, anarkis, atheist, vegan, vegge, atau
boleh naik satu bas jer. Lantak la. Aku nak cari ketenangan nanti masa dalam bas. Kau tau tak Farah bila kali terakhir aku jejakkan kaki ke Penang? Dah lama dah... kalau tak silap aku kali terakhir masa tahun 2002 kot. Masa tu Parkinson dengan band Timmi Cacat ( aku lupa band apa ), A Rose, Banzai ada main kat Actors Studio. Masa tu zaman bahagia lagi. Aku datang dengan bekas tunang aku. Aku naik KL dulu semata-mata nak saing dengan dia. Aku ingat lagi yang masa tu dia baru jer habis final exam. Dia sama umur dengan kau la. Sekarang dia dah berjaya dalam hidup, tapi dia jugak dah lupakan aku. Kau tak kesian kat aku ker? Aku memang exited gila nak pergi Penang ni. Aku nak tengok tempat-tempat yang pernah aku pergi dulu. Tempat-tempat kenangan walaupun masuk kali ni baru dua kali aku jejakkan kaki ke Penang ni. Masa dalam bas aku sempat jugak lah lipat sleeve Hellexist sambil di Bantu oleh Arip. Jimbo malas sebab dia dah penat sehari suntuk perah otak untuk buat lirik. Tempat duduk kami di belakang sekali. Aku di tengah-tengah antara mereka berdua. Kami naik bas dua tingakt. Pertama kali dalam hidup aku naik bas dua tingkat. Memang selesa sebab kami di tingkat bawah. Tak banyak tempat duduk. Sebelah Jimbo duduk seorang mamat India yang berbadan besar. Aku rasa ni kalau dia burger Arip sure boleh buat Arip sesak nafas. Selesai kerja melipat sleeve, aku memang nak layan kepala sambil borak-borak jugak dengan Jimbo, Arip. Berbual kosong jer. Selebihnya melawak tak tentu pasal. Tapi aku heran, tak sampai pun setengah jam bas bergerak, Jimbo dah mintak tukar tempat duduk. Aku duduk berhampiran dengan cermin tingkap, sebelah aku Jimbo dan sebelah mamat India tu tadi Arip. Jimbo kata dia tak selesa sebab badan India tu besar sangat sampai terhempap dia. Aku pun tak kisah la. Aku memang suka duduk sebelah tingkap, sebab kalau bas tu terbalik dan masuk gaung, aku dulu la yang samada tercampak keluar atau terhempap dengan bas. Jimbo bila dah tukar tempat ni dia jadi lebih selesa, bila dah selesa dia bantai tido sampai berdengkur. Teruk betul la. Tinggal la aku dengan Arip jer yang masih tak tido lagi. Berborak kote siap bersms lagi walau duduk selang dengan Jimbo. Nak berbual emo empat mata memang segan, so kalau berbual emo dengan bersms tak la segan sangat. Hahaha. Aku tak tau masa ni kau tengah buat apa Farah. Tapi aku tau kau mesti tengah chill dengan kawankawan kau yang lain. Aku pun tak tau kenapa sejak-sejak ni aku asyik ingat kat kau jer walaupun sampai aku buat artikel ni kita tak pernah bertegur siapa. Aku ni pemalu orangnya, dan aku rasa kau pun begitu jugak. Arip ajak aku tido pulak. Aku cuma terjaga bila bas berhenti kat Yong Peng kalau tak silap aku. Arip temankan aku turun untuk bersolat dan makan. Memang aku tak sempat makan lagi dari siang tadi sebab rushing nak siapkan kerja zine dan yang lain-lain. Aku makan nasi campur jer. Tak banyak lauk. Ayam goreng seketul dengan lauk ikan bilis masak kicap. Aku minum air kotak guava. Semua sekali harga dia tak mahal, RM8.50 jer. Macam sial tak? Rasa macam nak lempar jer pinggan ni kat muka cashier dia. Tapi sebab dah kelaparan di tahap kritikal so aku kena makan jugak. Tak ada pilihan. Arip pulak minum jer. Jimbo masih lagi bantai tido berdengkur kat atas bas. Dia memang cepat dan kuat tido. Aku pun tak tau apasal. Baru dua tiga kali sedut Semporna hijau bas dah nak gerak. Alahai cepatnya. Walaupun masih panjang, aku buang jer rokok tu. Biarlah. Kalau anjing kat sebelah tu nak tentu dia akan sambung hisap nanti. Masa dalam bas aku amik masa yang agak lama jugaklah untuk lelapkan mata. Masa ni jiwa aku rasa macam tertekan. Aku rasa macam sedih. Aku asyik terkenang kisah lama semasa aku berada kat Penang dengan bekas tunang aku dulu. Kenangan tu datang satu demi satu menerjah ruang fikiran aku. Bermula dari naik bas kat KL dengan dia, sampai dalam bas sampailah bila dah ada kat Penang. Di tambah lagi bila Addy sms mengatakan yang hotel tempat aku tido kat Blue Diamond! Aduhhh... tempat ni memang paling banyak kenangan. Dulu aku dengan bekas tunang aku menginap kat rumah tumpangan ni la. Kau jangan salah sangka. Bukan aku berdua jer dalam bilik tu. Tapi ada orang lain lagi. Dan aku masih ingat yang aku sanggup tido atas lantai dan biar dia tidur dengan nyenyak kat atas katil bertilam empuk tu. Semata-mata menghormati dan menjaga sebuah perhubungan yang masih belum sah. Dan aku ingat jugak yang masa tu dia baru-baru belajar nak sayang aku dengan sepenuh hati dia. Aku rasa masa tu jugaklah kemuncak cinta aku terhadap dia dan begitu jugaklah sebaliknya. Kenangan-kenangan ni la yang banyak membunuh aku. Buat kepala aku sakit siang dan malam. Bila Addy kata kami akan menginap di tempat kenangan tu, lagi la buat aku stress. Aduhhh... tak ada tempat lain ker Addy? Lepas agak lama mengalami delusi, akhirnya aku berjaya melelapkan mata. Itu pun setelah diberi kata perangsang oleh Arip. Dia janji nak carikan aku calon bila sampai Penang nanti. Aku tak tau la kalau kau pernah alami apa yang aku alami sepanjang kau hidup dan bernafas kat muka bumi ni. Tapi dari apa yang aku tengok, kau ni seorang yang happy go
lucky. Tenang jer perwatakan kau. Cuma kau ni aku tengok seorang yang fesyenable. Maksud aku bukan trendy. Tapi aksesori kau tu banyak dan nampak meriah. Kadang aku suka, dan kadang aku jadi takut. Tak tau takut kenapa. Penampilan kau memang garang. Entahlah, ni semua anggapan aku jer dengan apa yang aku nampak. Tapi kita memang masih belum kenal hati budi masing-masing lagi. Aku pun tak tau bila aku ada keberanian untuk bertegur sapa dengan kau seperti mana aku tengok kawan-kawan lain mesra berbual dan bergurau senda dengan kau...
Sedar dari tidur dah pun masuk daerah Penang. Tapi aku tak tau kat sebelah mana. Memang aku tak tau apa-apa pun pasal Penang dan daerahdaerahnya. Teruk betul aku ni Farah. Geografi aku memang teruk masa sekolah dulu. Aku kurang minat dengan benda-benda ni walaupun sepatutnya aku kena ambil tahu sebab aku salah seorang penduduk Malaysia. Hahaha. Jimbo yang beria kejut aku tadi. Mentang-mentang lah dia dah tidur puas tadi. Boleh la dia bangun dengan mata yang segar. Aku dengan Arip memang kurang tido. Aku tak tau apa masala Arip. Bas turun kat Sungai Nibong kalau tak silap aku. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya ke Penang buat kali ke dua. Aku tak taulah kau pernah sampai sini ke belum. Kalau ada masa lain kali Insyallah aku cuba ajak kau pulak. Destinasi pertama yang kami cari ialah tempat untuk bersarapan. Mata aku masa ni melilau melihat permandangan yang memang tak ada kat JB. Aku tengok ada kren besar, ada lapangan kontena. Dalam hati aku tertanya, "ni ker port Pulau Pinang?" "tak kan kat tengah bandar kot?" entah la. Aku jadi berminat dengan benda-benda ni semua sebab aku pun salah seorang yang berkerja kat port. So rasa ingin tahu tu tetap datang jugak. Kami bersarapan di deretan warung berhadapan dengan stesen keretapi dan juga kren besar tadi. Kebetulan Epul Cendol dan Aizat pun ada. Mereka terlebih dahulu sampai sebelum kami. Masing-masing taik mata masih lagi melekat. Memang tak sempat pun nak gosok mata dan cuci muka. Aku cuma makan roti canai jer. Aduh, apasal roti canai dia macam ni? Keras. Sambal tak ada, kari pun tak sedap. Tak kena dengan tekak aku. Tapi sebagai mensyukuri nikmat Tuhan dan terfikirkan yang masih ramai lagi manusia kat Afrika tu tak makan, aku habiskan juga menu di hadapan mata. Aku ni Farah, bab makan memang tak pernah cerewet. Kalau tak sedap pun aku makan sampai habis. Kalau sedap lagi la aku makan sampai dua tiga kali tambah. Aku kuat makan. Tak tau pulak kau. Apa ek makanan