Pustaka Taratsa

Baca teks (PDF): Zine Hardkoi #1

20 halaman · 20 halaman diproses dengan OCR · 17.0 detik

Versi OCR mungkin terdapat kesalahan eja, ketik, tata letak, atau hal terkait tipografi. Untuk ketepatan hasil, silakan merujuk pada dokumen asli.

Daftar isi
  1. Hardkoi issue # Zine
  2. SIDANG PERTUKANGAN HARDKOI
  3. EKAPUR KASZI
  4. 'MAJULAH PAU KAYA UNTUK PAKCIK HAJI
  5. Kitorang juga turut berterima kasih seadanya kepada:
  6. Hukum Makan Dhob Dalam Ajaran Islam
  7. Ralat:
  8. ANTI-HEROS
  9. Aturcara Hardkoi Issue # 1 :
  10. Pilihan Bersama Hardkoi:
  11. Galeri Bacaan Hardkoi:
  12. UNITY?
  13. UNITED AS ONE
  14. Skate Board
  15. Industrial Music
  16. NATHIAS PRODUCTION
  17. IMPERIAL - " EMPEROR OF THE HORDES " cassette 1996 (NTS 002)
  18. Elizabeth Arden - Sutra (demo tape)
  19. Visionville Hardcore - Various Artists
  20. Psvcho Sonigue - We Can Do It! (demo tape)
  21. Dull Entertainment Programme (D.E.P) - E.P 96
  22. Little List
  23. Friends Product
  24. X POSITIVE THING X X SAHA X
  25. HKZ: Bagi korang, apakah pengertian sebenar u/g ni?
  26. Kloned Mind
  27. Muck - Blastosit (demo tape)
  28. The Scruffy's - Rehearsal 96
  29. Smash The System - Rehearsal 97
  30. Spiral Kinetik Circus & Dead Mushrooms - Split Demo
  31. Rotting Christ - Triarchy of the Lost Lovers
  32. Tikus Magazine # 1
  33. Corpus Chaos # 2
  34. Militia Zine # 2
  35. Sandwich Skate Zine
  36. Bangers Zine # 2
  37. Attitude Zine # 2
  38. CERITA BETUL!
  39. Out Of Step # 5 (Final Issue)
  40. Resolution Apache # 1
  41. XPositive ThingX # 2
  42. Network Fanzine # 2
  43. Kaum Muda Zine # 1
  44. BODOH DAN SOMBONG
  45. FASTCARSFAN ZINE
  46. UNITY SUCKS PART II
  47. Kriteria Dhob Yang Asli
  48. Corpus Chaos 2
  49. INFERNAL VOID
  50. CERITA FALSAFAH
  51. BERBORAKPASALU/GKITA
  52. GIG REVIEW
  53. CERITA BETUL LAGI!
  54. AGATHOCLES Pure fucking Mince-core
  55. BIOGRAPHY
  56. DISORDER TRACK
  57. The BIC
  58. MUSIC
  59. ZINES

Hardkoi issue # Zine

RM2.00

-don't judge a zine by it's cover-

SIDANG PERTUKANGAN HARDKOI

TUKAN'EDIT * MIE *FAIRY TUKAN'TAIT * SYUKRI TUKAN'PENG-GRAFIK-AN * KUYI TUKAN'TOKOK TAMBAH * ATAN'S TUKAN' BUAT AIR @ TUKAN' SETTLE BIL *MANFAIZAH TUKAN'BUAT KUIH PAU * PAKCIK HAJI TUKAN'FOTOSTET * DIN *DAN TUKAN'SEMAKAN AKHIR * SETAN * HAKIM TUKAN'SIBUK *FAIZ (A.INTAN) TUKAN' BACA DAN BELI

EKAPUR KASZI

Assalamualaikum... Hai! Apa khabar? Tak disangka-sangka dah hampir 4 bulan, akhirnya release jugak Hardkoi issue # 1 ni. Walau bagaimana pun kitorang amat berterima kasih kat sesiapa yang beli eksperimen issue dulu dan juga kepada yang menghantar dia punya opinion dan kritikan. Di harap pada issue # 1 ni, korang akan berpuas hati dan sudi lagi memberikan pendapat korang tu. Bagi kitorang, zine Hardkoi ni adalah hak bersama dan korang bebas bersuara dan berfikir tentang apa yang kitorang cuba sampaikan, kalau ianya berlainan dengan korang punya pendapat, atau tak diterima langsung. Itu hak korang, yang penting, anggaplah ianya satu luahan dan pandangan kitorang yang tak seberapa ni, dan yang paling penting, Think Positive. Issue kali ni, kitorang rasa lebih baik di dalam segala segi (baik segi tiga, segi empat atau segi bulat) dari issue eksperimen dulu. Atau sememangnya lebih baik dari URTV dan Mangga. Mengenai order, tolong hantarkan wang tumai sahaja. Diulangi wang tunai sahaja, atau mengikut bahasa kampung kitorang "cash money only". Dan jangan lupa, tolong selitkan duit tu dengan selamat. Jangan letak kat luar sampul surat, etc. Penggunaan wang pos tidak begitu digalakkan sebab kitorang baru-baru ni ada krisis sikit dengan orang Pejabat Pos. Nasib baik tak perang je lagi. Korang jangan risau sebab dengan duit RM2 tu, kitorang takkan termampu nak beli kereta B.M.W. 5 series baru. Kalau betul kitorang nak 'titik' duit korang, baik kitorang letak harga Hardkoi ni RM30 - RM50 satu salinan. Akhir kata, dijamin tiada peng-Rip-Off-tan di sini. Selamat membaca dan berfikir. Wassalam.

'MAJULAH PAU KAYA UNTUK PAKCIK HAJI

P s: Baru-baru ni Luk Haas (Maximum Rock & Roll) ada talipon kitorang kat rumah Mie. Dia mintak kitorang jadi wakil editorial dari Malaysia. Tapi, kitorang terpaksa tolak tawaran tu sebab nak siapkan Hardkoi issue # 1 ni dulu. Dah bercakap dekat-dekat sejam, dia bengang sebab tak dapat nak pujuk kitorang join dia, terus dia hempas talipon tu. Lepas tu, aku pun terjaga dari tidur. Luk Haas, jangan marah! Korang juga.

-Atan's-

Selesai.......... Jadi, Hardkoi ingin mengucapkan berkoyan-koyan terima kasih kepada;

XSahaX (ex-XPositive ThingX), XNuarX (XPositive ThingX), Prop (Disorder Track), The B.I.C, Bombshell, Infernal Void, Zofrain (Unity), Farid & Pachat, Pakcik Dhob, Azim (Network), Kaum Muda Zine (Selamat Maju Jaya), Militia Zine (Selamat Hari Raya), Critical Noise (Selamat....), Bangers Zine, Paradive, Spar Generasi....(R.I.P.?), Temerloh Papan Selaju Peluncur & "Down Town Skate Park".

Kitorang juga turut berterima kasih seadanya kepada:

Azmie (I.K.M 3X), Zay (Big Guy K-1), Ady (Why), Hafiz & Ucop (I.T.M. Arau...), Nikmat (Adik Yoyo), Asyran (U.P.M), Wathiq (Abang? - TATI), Radzi (Rockstar), Koe, Duan, Setan Kecik, Riot Posers, Sara, Jentayu Cafe, Joe Kidd, Weng, Jaja & rakan taulan, Haza...?, Bobylan, Gee, Yun, Ujin (Lup U). Makcik (Miss U), Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu), Ayang (thanx for the hospitality and coffee all night), & kepada para ahli pertukangan di dalam pembinaan Hardkoi issue = 1 ini.

Dan tidak lupa juga kepada semua skaters & undergrounders dan kepada merekamereka yang telah memberikan 'feedback' baik di dalam bentuk teguran, komen, kritikan, dll. kepada kami untuk eksperimen issue dahulu.........Akhir sekali, Hardkoi Zine berterima kasih yang teramat-amat sangat dan bersangatan amatnya kepada anda.......Wassalam.

Hukum Makan Dhob Dalam Ajaran Islam

Dhob halal dimakan berdasarkan mafhum Hadith Rasulullah S.A.W:

Abdullah ibnu Abbas dan Khalid Al-Walid berserta Rasulullah S.A.W telah dihidangkan dengan dhob yang telah dipanggang. Lalu Abdullah ibnu Abbas bertanyakan Rasulullah S.A.W adakah ianya (dhob) haram dimakan. Rasulullah S.A.W menjawab "Tidak". Lalu Khalid Al-Walid berkata "Aku menarik daging dhob dan memakannya sedang Rasulullah melihatmya".

Hadith riwayat Muslim - Bab memburu dan menyembelih

Ralat:

Kulit depan Hardkoi issue # 1 ni memang sengaja kitorang kosongkan di bahagian tengah sebab nak berikan kebebasan kepada korang nak hias kulit tu mengikut citarasa korang sendiri. Tak kira lah korang nak tepek gambar korang ke, awek korang ke, band favourite korang ke. Kitorang tak marah sebab salinan yang korang pegang ni korang yang punya. Gunakan kreativiti korang. Kalau malas, biarkan kosong.

ANTI-HEROS

TEOR interviow- Social Cutrage(Philippines) Ryhma X(Finland), Zerox'zine(S'pore) Grey Days Records(Finland) S EVT NNR AN UN UNDEROROUNO, RESURRECTION AD. RECS. HEW JERSYS OLD SCHOOL HC STUFF. E-MAIL:MATPAMOGHOTMAILCOM OR 9759114AGUTMJB.UTM.MY. STUFF. TRADES ARE WELCOME.. RM(/ TO SA 5 JOHORMALSA KG. SO. PERLING, 81200, TAMPOL PAN ZINE C/OMMT FOUR SEATS FOR INVALIDES Kg.Baru,86000 Kluang,Johor,Malaysia. US$2ppd/trade t- Saha,4A Lorong 6, straightedge as fuck!!! reviews/articles and pics ckoalcopsychodeathcoretoxictrashchemicalstench "HIROMOST" Muhamad Azrd Safuan Pahang D.M.. West Msiaysia. NAPAL MED Crech Republic Radek Kopel 12-4 Skins 15- Dirty Dogs 16- Paradive

FMDRACE number one(Jun 97)

Thl CRONICALLY DONUT #6 We looking for this guy that have stole our lasue #6 master copyl Inside that lssne, there ls a lot of interviewa such aa Splatters, Disozder Track, Nerd, Paycho Duke, Groover's Lum and many morel Not just that interview, there are alao a lot of articles, scene reporta, poems, reviews, cartoons, informstion and brutal picture. The most Important things in that master copy is the interview with Mal from Out Of Step. Bo please help us to flnd out who ls this ugly man that stole onr master eop or photograph of this ngly man. photograph may be can help you to find this stupid guy. Bend your money to: o. 12 Jalan Lembah 24, Taman Desn Jaya, 11r r Johor, Malaysia.

omezená edice 1000 ks kazet a 600 ks CD

Aturcara Hardkoi Issue # 1 :

i - Sidang Pertukangan Hardkoi

ii - Sekapur Kasut

1- Unity

2- Soal Jawab Bersama XSahaX

3- Cerita Betul (Mimi Asmara)

4- Dhob - Pengenalan Ringkas

5- Soal Jawab Bersama Bombshell

6- Kriteria Dhob Yang Asli

7- Berborak Pasal Underground

8- Kota Bharu Gig Review

9- Soal Jawab Bersama Disorder Track

10- Skate Report

11- Keistimewaan Dhob

12- Soal Jawab Bersama The BIC

13- Cerita Betul Lagi

14- Cerita Falsafah

i5- Soal Jawab Bersama Infernal Void

16- Unity Sucks Part 2

17- Bodoh Dan Sombong

18- Reviews

iii - Ucapan Terima Kasih

iv - Hukum Makan Dhob Dalam Islam

Untuk urusan surat-menyurat:

Hardkoi Zine

No. 32, Taman Sri Kerinau,

28000 Temerloh,

Pahang Darul Makmur.

Kopi No:

SUARIL KHAMIS

6111/97

Pilihan Bersama Hardkoi:

1- Koffin Kanser

2- The Stoned Roses

3- Muck

4- Ramones - Brain Drain

5- NOFX

6- Bush

7- Carburator Dung

8- Rancid

9- The Business

10- Bright Side

11- Cocksparrer

13- A.C.A.B

14- Total Chaos

17- Victory Style

18- Visionville Hardcore

19- Infectious Maggots - All

20- Sil Khannaz - Gerbang Kayangan

21- Rotten Corpse - Maggot Sickness

22- Rotting Christ - All

23- Paradise Lost - Icon, Draconian Times

24- Chemlab - East Side Militia

25- Die Krupps - Rings of Steel, III

Galeri Bacaan Hardkoi:

1- Out Of Step Fanzine

2- Positive Thing Fanzine

3- Network Fanzine

4- Kaum Muda Fanzine

5- Militia Fanzine

6- The Sun - Blasting Concept

7- Sandwich Skate Zine

8- Alam Perwira Kung Fu Fanzine

9- Hardkoi Zine - Issue Eksperimen

* Carta di atas adalah tertakluk kepada perubahan pilihan bersama.

UNITY?

Unity? How do we unite? Why must we unite? When must we unite? Almost everyone involved in the scene has come across this word; Unity. But just how many really understands the meaning of unity?

Our scene has come a long way, it has been kept alive by its supporters for almost two decades yet the purpose of the scene has never been fulfilled, or has it? The scene was created by teenagers who were dissatisfied with the way the world is run and the lack of rights they have, thus the very idea of the underground was born. To rebel without the cause and to have anarchy as the way of life.

Can we really unite? The scene is divided into several groups; Hardcore. Punk. Indie. Sonic and many more. Is it what we hear makes us different from the others? Is it because what we wear separates us? If that is the reason, then the underground has already dead before we realized it. If that is what we think then there is no longer underground. just a place where kids play music and go crazy, there is no philosophy, no ideas and no hope, there is only chaos and disorder.

Does unity mean listening the voice of one? Listening to only the voice of one is dictatorship, unity in the scene is working together, cooperation not competition. The scene has gone through many things but it pulled through with the help of the people who kept it alive. There is unity when you really look. Unity in the scene is not that obvious, it is hidden behind the men and women that help keep it running. There is no unity when you choose not to unite or is there no unity when it is not shown? Must unite be shown or exposed? Is it really unity when everyone shouts it and print it in their zines? Unity is like a can of caviar, you don't have to eat the whole can to know it's good.

The scene has many newcomers, some are labeled posers and some are called trendies. but in between those people are there really those who supports underground? What differentiates them and the rest? You call yourself an underground, but you dress in the most expensive clothes and compete who has the best gear. Isn't the purpose of underground to be equal and same? When there is the matter looking the best or worse in your mind, there will never be unity, when the need to look the coolest is in your mind. there is no unity. One of the purpose of the underground is to teach kids to voice out their ideas, to free themselves from the clutches of the mainstream and to produce their own opinion. Basically it's for the kids to learn to be independent. But how can you be independent when you're dependent on expensive clothes, booze and drugs. Don't you understand there is no unity if you don't free yourselves from these material objects.

Ask yourself these questions; Am I united with the rest? Do I really understand the underground? Do I support the underground? I don't have the answers, only you can answer these questions. Unity is when everyone agrees.

UNITED AS ONE

- ZOFRAIN-

free-friendship

Skate Board

Kepada korang yang main skate atau meminati skate, boleh lah hubungi Mie di alamat Hardkoi Zine untuk 'free-friendship' dan berkongsi pengalaman.

Industrial Music

Sesiapa di antara korang ni yang minat muzik Industrial atau ada banyak stuff Industrial atau pun korang ada mengenali sesiapa yang minat muzik Industrial, sila hubungi kawan kita yang nama dan alamatnya ada tertaip kat bawah ni sebab dia nak menambahkan lagi pengetahuan mengenai muzik Industrial dan mengenali kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Syukri Suhaimi, Lot 2118, Kampung Batu 4, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang. Tel: 09-2971260 (malam sahaja) is

NATHIAS PRODUCTION

proudly presents

DARKSIDE OF THE FOREST compilation cassette vol. 1 (NTS 001) (Released on December 1995)

60 minutes of Black / Death / Doom Metal music featuring AMON HEN (Hungary), ASAFATED (Turkey). BHAOBHAN SIDHE (Holland), DESPERATE CORRUPTION (Japan), ELYSIAN FIELDS (Greece), EXTINCION CEREBRAL (Mexico), IMMURED (Germany), INTESTINE BAALISM (Japan) JOURNEY THROUGH THE DARK (Italy). NUCTEMERON (USA). SABAOTH (Paraguay). SACRILEGEOUS (Finland), SETHERIAL (Sweden) and WITCH-HUNT (USA)

RM7.00 (Malaysia) / S$5.00 (Singapore) / B$5.00 (Brunei) / US$5.00 (world)

IMPERIAL - " EMPEROR OF THE HORDES " cassette 1996 (NTS 002)

(Released on October 1996)

3 tracks of Melodic, Depressive and Atmosphenc Da'k Metal it s about 20 minutes of joumey thrcug the dark to reach the highest throne of demonic kingdom. Well-structured songwntng with melod: & aggressive guitar riffs beautiful drumming-pattems datolic & depressive screamig-vocais melanchoic & transcendental chant of the kaytoas

RM7.00 (Malaysia) / SS5.00 (Singapore)/ BS5.00 (Brunei) / US$5.00 (world)

Let the orders running to : SUFIAN MOHAMED SALLEH 1999 RUMAH JABATAN HUTAN JALAN SEREMBAN, BATU 8 71700 MANTIN N.SEMBILAN-MALAYSIA

(PLEASE DO NOT WP!TE NATHIAS PRODUCTION OR ANY KIND OF SYMBOL ON YOUR ENVELOPE )

Elizabeth Arden - Sutra (demo tape)

Ini satu lagi band yang d.i.y. habis. Tapi tak tahu lah kalau nak bercerita pasal band ni sebab setahu kitorang. Elizabeth Arden ni. yang tetapnya hanya sorang aje iaitu Zaihas dan dia ni memang berbakat dalam penulisan lagu. Dalam demo ni ada lebih kurang 10 lagu yang lebih menjurus kepada Indie+Brit Pop. Korang beli dulu demo ni, dengar dan nilailah sendiri. Hanya RM6+setem diperlukan untuk mendapatkan demo ni dari:

Zaihas Amrizad Hasfar, Ikatan, Jalan Serdang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Visionville Hardcore - Various Artists

Compilation band-band Hardcore Malaysia ni boleh didapati dalam bentuk kaset dan C.D. Kompilasi ni menampilkan band-band Hardcore yang memang dikenali seperti Disaster Funhouse, N.E.T, Projekt A.K., Chronic Mass, Another Side dan banyak lagi. Album ni memang best! Oh ya! Kitorang baru aje dapat berita yang mengatakan Another Side dah keluarkan diorang punya L.P. Sila siasat sendiri.

Psvcho Sonigue - We Can Do It! (demo tape)

Band Singapore yang kesemuanya dianggotai oleh remaja-remaja perempuan yang agak lazat ni dah pun mereleasekan diorang punya demo yang bertajuk 'We Can Do It!'. Muzik diorang ni lebih kepada Punk Rawk. Kitorang masih ingat lagi lagu diorang dulu 'I'm Gonna Crash', boleh tahan jugak tapi demo kali ni, dengarnya menampilkan lagu yang lebih berkualiti dan lirik yang lebih bermesej. Beli dan nilailah sendiri. Hulurkan RM10 kat:

Ginette, Blk 339, Woodlands Ave 1, H 03-547, Singapore. Tel : (02) 730339.

Dull Entertainment Programme (D.E.P) - E.P 96

D.E.P ni merupakan sebuah band indie dari Kuantan, Pahang. Terdapat 5 buah lagu dalam E.P. diorang ni termasuk sebuah lagu 'cover' dari The Smith. Dapatkan E.P. berharga RM5 -setem RM0.50 sahaja ni yang sememangnya best dari:

Dull Entertainment Programme, 24A, Jalan Ang Seng 4, 50470 Kuala Lumpur

tape trader

Little List

Kitorang ada dapat surat dari diorang dalam bentuk poskad. Jadi tak banyak yang dapat diorang listkan kat dalam tu, antara yang ada kat dalam list pendek dia iaitu Operation Ivy, Dischord Hardcore, Minor Threat, Face To Face dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut, hubungi:

Little List, 122, Jalan Anggerik, D.T.J., 85400 Segamat, Johor Darul Takzim.

Friends Product

Friends Product ni merupakan tape trader yang dibuat oleh kitorang sendiri. Antara stuff yang kitorang ada ialah Ramones, The 4 Skins, Iggy Pop, Madness dan banyak lagi (takkan nak taip semua, nanti tak cukup ruang). Hantarkan list korang untuk trade atau apa saja ke: Fairy, No. 39, Taman Sri Kerinau, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

X POSITIVE THING X X SAHA X

Soal jawab kita kali ni, kita bersama dengan editor sebuah zine dari Kluang, Johor, iaitu zine XPositive ThingX dan dijawab oleh XSahaX. Soal jawab ni agak panjang jugak. Jadi. mari kita baca pandangan XSahaX di atas setiap soalan yang ditujukan.

HKZ: Hai apa khabar?

PTZ: Hai! Aku kat sini okay aje. Macam biasa.

HKZ: Sejak bila join u/g dan background kau?

PTZ: Background aku agak memboringkan juga. Aku dah 21 tahun tapi masih belum ada kerja, since aku habis belajar sampai Form 5 ('92). Masa tu aku memang dah boring nak belajar 'coz asyik layan Nirvana dangan Sex Pistol. Kat sekolah kadang-kadang dah takde cerita lain, hari-hari pasal Kurt, Sid Vicious, Pilgrims. Aedes Zine dan bermacam lagi benda tak berfaedah. Masa tu aku kawan dengan Rais (SNFU Zine). Dia pun masa tu dah start into benda punk ni. So. kitaorang memang dah satu kepala. Sejak bila aku join u/g ni aku pun tak tahu. Tapi, Form 5, sedikit sebanyak aku dah tahu apa yang ada kat dalam u/g ni macam muzik dia, band, gig, flyers, posers, zine, metal, etc. Tapi masa tu aku tak serius macam sekarang. Masa tu cuma pikir pasal keset apa yang patut dibeli, baju apa yang patut dipakai, pakai rantai anjing kat leher, mohawk dan tah apa lagi. Masa tu pikir macam mana nak nampak cool. Nanti orang tengok aku "Ya Tuhan! Manusia apa ni?". Masa tu aku memang 'ass-hole' habis. tapi bila sampai kat satu tahap tu, aku dapat rasa sendiri yang aku ni 100% into the scene dan secara tak langsung benda remeh temeh ni hilang macam tu aje. Aku pun dah start pikir apa yang patut dibuat untuk the scene. Belajar dari kesilapan yang lepas ni memang best dan seronok. Banyak yang kita boleh paham tentang diri kita dan kawan-kawan.

HKZ: Bagi korang, apakah pengertian sebenar u/g ni?

PTZ: Bagi aku, pengertian punk ni luas dan setiap orang ada cara sendiri macammana nak terangkannya. Tapi. bagi aku, u/g ni bererti kita dah lari jauh dari kehidupan masyarakat. Kita dah jadi satu kelompok masyarakat yang dah ada haluan sendiri tanpa mahu didominasi dari mana-mana pihak. Kita hidup atas kaki sendiri (tak bergantung penuh pada dunia luar). Kita usaha atau buat sendiri benda-benda tertentu tanpa bergantung pada dunia korporat. Kita dah macam orang asing yang hidup dalam kawasannya sendiri. Kita juga tak mahu dibelenggu oleh anasir luar, sebab itu kita bebas bersuara, U/G = FREEDOM.

HKZ: Apakah masaalah yang sering dihadapi masa buat zine dan bila memulakan buat zine ni. Komen sikit.

PTZ: Aku dah lupa tapi masa first aku nak buat zine, aku cuma pikir yang aku dah banyak buang masa. So, lebih baik aku usahakan sesuatu yang positif untuk aku dan the scene. Dari situlah timbulnya nama XPositive ThingX. Masaalah, macam surat tak berbalas, Takde typewriter, takde duit nak beli stuff dan banyak lagi. Tapi, tu semua masaalah biasa bagi sesiapa yang first time yang nak memulakan buat fanzine.

HKZ: Sekarang ni bermacam zine baru (termasuklah zine aku ni). So, apakah yang perlu diterapkan dan perlu ada pada sesebuah zine supaya ianya lebih berkualiti dan ke arah scene yang lebih positif?

PTZ: Wow! Gila babinya soalan kau ni. Pada aku okey kalau banyak zine baru yang muncul. Tapi hopefully, ianya secara serius, bukan cuma nak ikut aje. Aku rasa banyak yang perlu diterapkan untuk hasilkan zine yang bermutu. Yang penting bagi aku, editor mesti ada idea yang cukup prihatin terhadap scene, opinion yang bernas, pengetahuan yang baik, paham dengan satu-satu benda yang ada kaitan dengan scene dan banyak lagi lah. Selagi benda ni ada dalam diri kita (editor), aku rasa tak jadi masaalah untuk hasilkan zine yang baik dari segi apa pun.

HKZ: Zine yang diminati, kalau boleh komen sekali mengapa.

PTZ: Tak banyak, macam Heartcore (Terengganu), Biodegradable Material (K.L.), Piss Of Mine (Segamat), SNFU @ I Against Natural Feeling (Segamat), Resolution Apache(Pontian), Flammable Sheet (Singapore) adalah antara zine-zine yang bagus, 'coz cara diorang menyampaikan sesuatu mesej tu tersendiri dan original, tak banyak mengarut. Bagi aku untuk menilaikan zine yang menarik bukan dari segi cover print, gambar clear, print computer, dan lain-lain. Itu semua no. 2. Yang lebih penting gunakan otak dengan secukupnya.

HKZ: Cerita sikit pasal scene, band, gig kat Kluang.

PTZ: Kat sini mana ada scene. Antara band yang ada kat sini macam Increases Noise, Bombshell. Sickness dan dua tiga band Punk Oi! Tapi, semua kurang aktif. Zine. pulak, macam 90's Choice, Chainsaw, Skin My Skin, Angel From Hell dan XPositive ThingX. Kat sini memang ada budak Punk, HC, Metal, Oi!...etc., tapi tak berapa serius sebab masih baru lagi. Tunggulah satu dua tahun. Mungkin scene kat sini akan jadi sebesar scene kat K.L., J.B., Ipoh dan New York.

HKZ: Korang ni study lagi ke dah kerja? Macam mana bagi masa untuk zine korang?

PTZ: Aku masih tak kerja. So, masa tu memang banyak lah untuk digunakan. Tapi, kalau time aku malas, aku lebih suka lepak kat town dengan kawan-kawan. Oleh kerana terlalu banyak masa, Sekarang ni aku tengah dalam proses untuk release satu lagi zine yang memang totally SxE, tunggu akan kemunculannya.

Kloned Mind

Zine ni banyak menampilkan interview bersama band-band luar (interview ni mungkin dicedok dari internet). kurang artikel dan banyak gambar orang main snow-board (snowboard?). Tapi, interview ni kira orait jugak lah sebab dapat dikongsi bersama. Hanya RM2 diperlukan untuk mendapatkan zine ni dari:

Faritz, 31 Rd SS22-34, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

tape

Muck - Blastosit (demo tape)

Ini adalah sebuah band Indie dari Ipoh. Muck ni kira baru saja mereleasekan demo tape iaitu Blastosit. Bagi kitorang, kalau peminat muzik Indie & Pop. gerenti minat kat demo ni sebab lagu diorang memang best dan original. Sound dia pun 'clear'. Terdapat 6 buah lagu semuanya. Jadi, support lah kita punya local band. Kalau korang nak beli demo RM6 ni. sila contact:

Meor, 7 Hala Taman Meru 8, Taman Meru 2B, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

The Scruffy's - Rehearsal 96

Sebuah band dari Raub, Pahang. Band ni berinfluencekan Sex Pistols, The Addicts dan kekadang ada juga keluar tunes band Oi! macam The 4 Skins dan Sham 69. Terdapat 6 buah lagu semuanya, best-best pulak tu. Kitorang dah tengok band ni main kat gig, memang terserlah lah diorang punya d.i.y. Mungkin di lain masa, The Scruffy's dapat keluarkan demo atau rehearsal yang lain pulak. Rehearsal ni berharga RM5 aje. Hubungi: The Scruffy's, No. 59, Taman Bukit Koman, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

Smash The System - Rehearsal 97

Yang ni satu lagi band dari Raub. Kira dahsyat jugak. Band ni kira band Hardcore yang pertama dari Raub. Rehearsal ni baru lagi dikeluarkan. Maaf, kitorang tak dapat nak review dengan lebih detail sebab kitorang pun belum mendapatkan lagi rehearsal ni (kitorang baru aje dapat flyer dan bio diorang). untuk maklumat selanjutnya untuk rehearsal berharga RM4 ni, hubungi:

Choy 76, No. 19B, Taman Shahbandar, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

Spiral Kinetik Circus & Dead Mushrooms - Split Demo

Split demo ni memang best dan muzik diorang lebih kepada Indie+Pop dan sedikit Grunge. Kitorang amat meminati Spiral Kinetik Circus kerana terdapat sedikit kelainan yang di bawa, dicampurkan dengan cyber sound dan sekarang ni diorang dah pun keluarkan album yang baru lagi berada di pasaran. Jadi, sila check kat kedai-kedai kaset.

Rotting Christ - Triarchy of the Lost Lovers

Triarchy of the Lost Lovers ni merupakan album terbaru keluaran band Atmospheric Dark Metal dari Greece ni. Terdapat 9 lagu + I lagu bonus yang kesemuanya best. Dapatkan segera kaset diorang dari kedai-kedai kaset terpilih dan korang nilai betapa bestnya diorang

Tikus Magazine # 1

Sebuah zine yang menggelarkan dirinya 'Tikus Magazine'. Terdapat 4 artikel dan 4 interview bersama Psychedelic Sacrosant, Wasted Bin. Hostile Disgrace dan The Scruffy's (topik utama studio sahaja). Harap-harap di issue akan datang akan lebih berkualiti dan berkembang. Dapatkan magazine yang berharga RM 2 dari:

BB 518-001, As-Sahabah Enterprise, P.O. Box 1280, Jalan Pantai Baru, 59800 K.L

Corpus Chaos # 2

Zine dari Johor Bahru ni amat menarik dan tidak memboringkan. Kitorang amat tertarik dengan sajak Anjing Hitam Berantai, Tales From Gerik, dan beberapa lagi opinion editor dia. Terdapat interview bersama Belacak, Family of Freaks, dan banyak lagi. Jadi, dapatkan zine RM2 ni yang terdapat banyak unsur-unsur humor yang dijamin memocahkan porut dari:

Danny, 25, Jalan Keembong 9, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor D.T.

Militia Zine # 2

Zine ni baru lagi releasekan issue # 2. Kali ni terdapat jugak beberapa artikel yang menarik dan 'pedas', dan kitorang rasa mungkin issue luahan editor dia setelah dilabelkan kaki Rip- Off (kira macam issue bersih nama lah). Sediakan RM2 untuk mendapatkan zine ni dari: Farid Militia, No. 3, Belakang Sek. Ren. Keb. Tanjung Lalang, 28000 Temerloh, Pahang.

Sandwich Skate Zine

Wow....100% Skate Zine. Editor dia Pa'din old-timer skaters kat Malaysia ni. Terdapat banyak artikel skate disertai dengan gambar-gambar yang menarik. Terdapat interview dengan band u/g yang join skate seperti Blind Rage, N.O.P. dan banyak lagi yang menarik seperti skate review, luahan girl's skaters. Untuk mendapatkan zine berharga RM5 ni, hubungi:

Sandwich @ Pa'din, No. 135, Jalan 14/1A, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Bangers Zine # 2

First zine dari Karak. Zine ni memuatkan 10 interview, 9 artikel dan 7 biografi band. Tapi yang menyedihkan, terdapat banyak waste lots of space dan unsur pencedokkan. Jadi, korang nilai lah sendiri. Diharap di issue akan datang, zine ni akan lebih mantap dan perbaiki segala kesilapan. Zine ni berharga RM5 dan dapatkan dari:

Man Khazab, C9 (113), Lorong 3, Taman Anggerik, 28700 Bentong, Pahang D.M.

Attitude Zine # 2

Zine ni dari Kuantan. Band-band yang diinterview adalah seperti By Side Off, Belacak, The Blades, dan Enslaved Chaos. Terdapat beberapa artikel dan ada di antaranya yang kurang dipersetujui seperti artikel 'Di Mana Silapnya' (artikel anti-SxE). Mungkin ini pendapat diorang. Jadinya, korang nilai lah sendiri. Zine berharga RM2 ni boleh didapati di: No. 2, Lorong 70, Taman LKNP, Bukit Setongkol. 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

HKZ: Opinion korang pasal scene kat Malaysia sekarang?

PTZ: U/g kat Malaysia sekarang memang sedang berkembang. Band pun dah banyak release material on D.I.Y. label dan tak ketinggalan juga major label. Dan banyak lagi band-band yang pasang angan-angan yang nak jadi "Rockstar", dulu mana ada? Ini menunjukkan scene kat Malaysia ni sedang berkembang, zine pun dah berlambak tak kira Punk. HC, Metal. Aku harap benda ni akan berterusan sampai ke abad ke-30 (kalau sampai). Dan aku harap juga takde lagi exploitation, greed dan capitalist dalam dunia u/g ni. Benda ni kita yang harus jaga bukannya orang lain.

HKZ: Komen sikit pasal SxE. Banyak pun boleh.

PTZ: No komen! SxE ke arah kehidupan lebih baik dari segi kesihatan dan kerohanian. Siapa-siapa yang nak jadi SxE, do it yourself! Siapa-siapa yang tak suka jaga diri sendiri, jangan jadi orang bodoh cakap "Kita orang Islam mana boleh SxE". Jangan buat cerita kelakar kat sini.

HKZ: Sekarang ni banyak yang berpendapat u/g ni hanya trendy mengikut peredaran masa, maka muncullah Posers, Part-time Punk, Mat Macho, Bandwagon...etc. komen mengenainya.

PTZ: Tu semua perkara normal. Cuma kita yang kena berjaga-jaga. jangan jadi mangsa pada benda-benda ni. Poser adalah tahap permulaan kepada yang mula nak jadi scenester. So, bagi mereka peluang untuk improve diri masing-masing. Part-time Punk pun memang memalukan. Buat tak tahu aje kat diaorang ni. Lama-lama, bila dah boring, diaorang akan jadi "Part-time Bohjan" pulak. Mat Macho ni memang aku tak suka, cerita pasal scene memang nampak macam real, tapi cerita aje lebih! Bukan paham sangat. Tapi, benda-benda macam ni walau bagaimana pun tak leh nak buang 'coz kita takde power nak control orang punya hidup. Kita cuma boleh kata, "Refuse!...Resist!".

HKZ: Terima kasih di atas segala jawapan korang tu. Kata akhir?

PTZ: Sama-sama, hope korang puas hati dengan jawapan aku. Sorry, kalau ada yang tersandung atau tersinggung. Kita kawan tak mau lawan.

PTZ: Thanx a lot kat Mie yang sudi interview, good luck to HKZ!!! Thanx juga kat semua yang terlibat macam XNuarX, Amir, XIbaX, XMaiX, Rashidin KLHC, Ezer KLHC, XEfiX, Fida, Lina Vegan, XNick ScullyX, XShaiful RizanX, XMellisaX, SxE Singapore, Scenester yang hantar surat, our crew Zulfakri Bentong, Safrul kat Kajang dan semua sekali who believe in drug free lifestyle, together we can reach the star!!! Stay true and see ya and bye! bye!

HKZ: Last words?

P/S: sekarang ni XSahaX sudah tidak lagi bersama XPositive ThingX. XSahaX keluar untuk menerbitkan sebuah zine baru yang 100% SxE. XEmbraceX Zine. Apa-apa saja yang berkaitan dengan XPositive ThingX, sila hubungi XNuarX.

CERITA BETUL!

Aku Dah Barai....!

Nama aku Mimy (bukan nama sebenar). Aku berminat nak sertai ruangan cerita betul ni bukanlah nak glam atau saja suka-suka menyemak kat zine mengarut ni. Tapi, aku amat berharap agar pengalaman dan penyesalan aku dapat dikongsi bersama-sama. Aku mengenali u/g ni kira-kira setahun setengah yang lepas. Masa tu, bagi aku u/g ni adalah sesuatu yang amat menarik, nampak cool terutama dressing yang aku tengok kat kekawan aku yang terlebih dulu join u/g ni. Kira kalau kat sekolah tu, tak gempak lah kalau tak Punk. Masa tu, aku memang bodoh betul (sekarang pun). Aku tak pernah nak pikir betul-betul pasal u/g ni yang sebenarnya amatlah mendalam terutama kita punya kepala hotak, bukanlah pakaian semata-mata. Masa tu, bagi aku, lagi seksi, lagi Punk, supaya nampak lebih lazat dan senang nak join bebudak u/g yang lain, tak kiralah pompuan ke jantan.

First time aku pergi gig, Wow! Best betul. Enjoy gila babi. Pemandangan rasa macam kat satu pertunjukan fesyen pulak dan kat situlah aku mula berkenalan dengan satu balak, nama dia Jiman (pun bukan nama sebenar). Orangnya peramah, smart, romantik dan yang lagi penting, kaya, sampaikan t-shirt Green Day yang dia pakai tu pun dia kata dia order kat oversea (agaknya lah). Sekarang ni baru aku tahu yang Jiman ni memang poser gila babi serta merangkap kaki boh (kira bohjan lah). Berbalik semula kat cerita aku tadi, selepas perkenalan tu, aku semakin rapat dengan Jiman ni, dan dia perkenalkan aku kat beberapa kerat lagi kekawan dia (diorang pun lebih kurang jugak, takde apa yang tahu, dressing pandailah). Masa tu asal ada gig aje aku mesti ikut dia, pogo gila-gila, sampai aku pun tak paham tarian apa yang Jiman tarikan tapi nampak lebih mirip Tarian Kuda Kepang. Masa tu, aku mula tak pikir benda lain dah, walhal P.M.R. dah dekat, lagi pun mak bapak aku bukannya ambik pedulik asal cukup makan, pakai dah lah.

Pada suatu hari, masa kat gig aku terasa kelainan pada sikap Jiman. Dia semakin berani dan melampau. Dibuatnya aku macam bini dia pulak. Diayatnya aku sampai cair dan aku pun merelakan adegan lazat tu, sampaikan Jiman ajak aku lepak kat rumah dia malam tu pun aku ikut jugak. Malam tu, Jiman hulur beberapa biji pil kat aku (pil khayal, bukan pil perancang), dia kata ni lah dunia sebenar remaja. Yang aku ni punyalah bengap, terus ambik lebih kurang 4 biji, telan dengan air Coke. Fuhh...masa tu terasa bahagianya alam fana ku ini. Dan yang Iebih menyedihkan, dalam kelalokkan aku tu, aku diboh beramairamai malam tu. Seingat aku lebih kurang 11 orang. Setan babi tujuh keturunan!!! Di saat itulah aku mula kehilangan kesucian, dalam erti kata lain, aku dah barai. Tapi apa daya ku, nak report polis malu pulak rasanya. Macammana kalau mak bapak aku dapat tahu nanti? Terutama bapak aku, pemegang black belt. Nanti tak pasal-pasal dipijak nya aku, menggelitik,mamposss!!! Kalau aku menangis keluar air mata darah sekalipun, takde guna dah. Nasi dah jadi pulut. Nasib baik aku tak buncit.

Aku amat berharap agar kekawan yang baca cerita betul aku ni, dapat mengambil teladan dan berfikirlah secara rasional. U/g membawa erti yang amai luas, berfikirlah dengan lebih positive. Jagalah harga diri kita, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.baru

peng-review-an

fanzine

Out Of Step # 5 (Final Issue)

O.O.S dah releasekan issue # 5 dan yang menyedihkan. ianya merupakan issue terakhir. Walau bagaimana pun dalam issue ni terdapat beberapa opinion dan kritikan yang membina dan menarik. Interview bersama Rage Generation, Nathias. Bombshell, Adge dan Suffer Age Zine. Jadi, sila dapatkan zine ni dengan harga RM4 dari: Ahmad Kamaluddin, # 9367, Taman Guru. 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Resolution Apache # 1

Zine ni datangnya dari Pontian, Johor. Padat dengan issue yang panas dan juga bersuara lantang. Zine ni berharga RM2 aje dan korang akan dapat sesuatu yang positif di dalamnya. Dapatkan zine ni dari:

Iskandar, 164, Lorong Merdeka, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

XPositive ThingX # 2

Salah sebuah zine yang amat kitorang minat. Diorang dah releasekan issue # 2 dan editornya sekarang ialah XNuarX. Terdapat interview bersama Lee (Biodegradable Material), XKikiX dari Germany, XTools of SocietyX dan Groovers Lum. Padat dengan artikel SxE dan antara scene yang direpotkan ialah Negeri Sembilan dan Perak. Terdapat juga beberapa gig report. Okey, dapatkan segera zine berharga RM5 ni yang sememangnya bagus dan sememangnya positive ni dari:

XNuarX, 49, Lorong 6, Kampung Baru, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim.

Network Fanzine # 2

Ha..... Nie satu lagi fanzine yang best. Issue yang terlalu padat dan dijamin tiada unsurunsur 'profit-making' dalam fanzine ni. Interview yang berlambak-lambak, artikel yang berjela-jela dan bernas, penuh dengan review dan gambar, sudah pasti bernilai untuk wang anda. Fanzine ni harganya cuma RM3 + RM0.50 setem. Belilah, dijamin anda tidak akan merasa rugi. Kalau anda tak beli, anda rugi. Dapatkan fanzine ni dari:

Mohd Azim b. Yusof, No. 14, Lorong Setiajasa 3, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Kaum Muda Zine # 1

Zine ni merupakan zine terbaru dari Temerloh. Terdapat beberapa opinion dan kritikan yang best dalam zine ni terutamanya 'Duri Dalam Daging' dan terdapat juga interview bersama 'Catharsis'. Zine ni boleh dibeli dengan harga RM1 + RM0.50 setem dari: Mohd Syukri*b. Suhaimi, Lot 2118, Kampung Batu 4, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Aku rasa diorang ni dah pun mencapai ke tahap TERLALU PERFECT' sampai takde benda lagi yang silap dengan attitude diorang. Diorang boleh sound' orang lain, tapi. orang lain tak boleh sound diorang balik sebab diorang ni dah perfect. Cuba bayangkan kalau semua bebudak u/g ni macam ni. Aku rasa kita takkan dapat perjuangkan apa yang ada dalam erti u/g kita ni dan juga apa saja yang perlu kita perjuangkan. Semua orang sayangkan scene u/g ni. Jadi, kalau kita sayangkan scene kita ni, marilah kita bersatu padu di dalam apa jua perkara yang melibatkan scene u/g di Malaysia ni.

BODOH DAN SOMBONG

Ungkapan bodoh dan sombong ni memang berbisa kalau dilabelkan kat seseorang tu. Tapi, kenapa apabila kita menerima pendapat seseorang tu, kita cepat sangat melenting tanpa berfikir ke arah yang lebih positif. Belajar dan respek kat pandangan seseorang tu. Mungkin pendapat dia dan apa yang nak dikatakan tu tak dapat diterima dan bertentangan dengan pendapat sendiri. Tapi itu adalah hak sendiri. Berfikir menggunakan kepala hotak kan ke lebih baik dari berfikir berlandaskan nafsu? Ada kalanya dengan berkongsi dan bertukar pendapat, kita dapat menghasilkan input dan output yang lebih bernas dan lebih positif. Takkan bila seseorang tu cuba berikan dia punya opinion dan kebetulan pulak terkena kat batang hidung kau, sampai nak bermusuh dan bertumbuk pulak? Janganlah jadi bodoh dan bahagia dengan kesombongan kau tu. Apa kau ingat kau sorang aje ada penumbuk dan member ni kudung? Bagi aku, kalau betul kau memandang u/g secara mendalam dan bukanlah nak cari glamer dan publisiti bangsat, tak mungkin kau akan bertindak macam tu. Mungkin apa yang aku tulis ni, berbau Racist dan sebenarnya, aku pun tak suka nak cerita benda macam ni, tapi, sebelum ni mempengaruhi kekawan yang lain, baik kita sesama membanterasnya. Ingat, zine bukanlah medan untuk kutuk-mengutuk tapi ada kalanya dengan kata-kata, sukar untuk member tu sampaikan dia punya opinion dan ketidak puas hatian. Jadi, tak salah rasanya dia sampaikan melalui tulisan asalkan niat yang positif dan membina. Wassalam.

padan muka. Bukanlah maksud aku nak memburukkan scene u g ni tapi semua ni adalah atas kebodohan aku jugak. dah lah barai. exam kantol. Bagi aku. cerita ni bukan nak merendahkan kaum pompuan (jantan pun sama jugak) dan aku rasa ramai bebudak pompuan yang join u/g ni berilmu. bukanlah main hentam aje. Kalau kat negara-negara barat tu lain lah. Tapi, kita yang kat timur ni. takkan nak ikut bulat-bulat. Sebelum aku mengundur diri, sekali lagi aku merayu, fikir dan renunglah. Biarlah kita bersama-sama menjadikan scene kita lebih positive.

Sekian, terima kasih dan terimalah kata-kata akhir dari ku, aku dah barai. Pada Jiman dan kekawannya, nanti kan pembelaan dan pembalasan ku nanti.

Yang Benar, -Mimy Asmara-

Dhob - Pengenalan Ringkas

Dhob adalah sejenis haiwan reptilia yang hidup di padang pasir. lanya banyak terdapat di negara yang mempunyai gurun padang pasir seperti di Mesir, Pakistan, Arab Saudi dan lain-lain. Gurun, Kedah takde. Haiwan ini mampu hidup tanpa air dan tidak memakan bangkai atau benda-benda yang kotor seperti sespesis dengannya.

FASTCARSFAN ZINE

how are you all undergrounders!!!. we need more stuff exs.

(punk/hardcore/grun ge/indies) for our first ever zine, so wake upand send your articles, comments, flyers, and anything about underground scene t-o:

REY/AM, no 18, lorong beluntasl, medan damansara, 50490 kuala lumpur

VORTEX FROM THE EAST zine issue number # 18 is out now! nte-view review wth a bunch of woridwide Punk HC.Thrash,Grind.Siack a*: Death Metal bands such as VIOLATION. SICKNESS, MISTIK. SUC. COR BENOTH, NECROBIOSIS, WAR, CATAFALQUE. SHINE IN DARK-- NESS. DECOMPOSING SERENITY. LARRONG. SCUMBAG ROADS. INSANIA. SCARVE. PUBLIC TOYS. MORNINGSTAR. WISH. MAD PARADE. FORCEFED. GRAVELRASH. DIO. DEW SCENTED, ZOINKS. MANDINGO, MISKATONIC UNIVERSITY, HYBRIS, BRAIN BOOZER, MORDETH, RADIOBAGHDAD. HORACE PINKER, MORTEM, FRANZ FLAK, ONE LIFE CREW, PRIDEBOWL, NEXT STEP UP. EDGEWISE, SOTTOPRESIONE. INDIGeSTI and more ! Also anticies. comments, consemns, addresses etc Bands and Records labels do send yeur promo stufls feature in our next issue * 19. All maids will be answer with suber i be a.uoer faster. Send RM5 (wang pos) or USS3 Dollars to : Abd Aziz. 18 Lane PJS 2C/11N. Medan Garden, 8th.miles. Old Klang road. 46000 Petaling Jaya. selangor, MALAYSIA.

Soal jawab kita kali ini, kita bersama band 'Bombshell' dari negeri Johor Darul Takzim. soal jawab secara tak 'live' ini telah dijawab oleh Amir. Tanpa membuang masa lagi, Hardkoi dengan bangganya mempersembahkan siaran rakaman soal jawab bersama Bombshell.

HKZ : Macam biasa, cerita sikit latar belakang Bombshell dan line-up.

B.S : Bombshell ditubuhkan oleh aku pada pertengahan tahun 1996. Pada mulanya line-up Bombshell ialah Amir (1st guitar, vox), Chia (2nd guitar), Suren (vox), Kaha (drums) dan Jalal (bass). Band ni cuma band project. So, kalau salah seorang line-up Iama ni takde masa nak teruskan Bombshell, jadi sesiapa pun boleh ganti...janji boleh main.

HKZ : Influences dan lirik korang tentang apa?

B.S : Pasal Influence band ni.... aku pun tak tahu. Sebab kitorang semua berlainan citarasa ..... Straight from Punk/ Hard Core/ Noise Core....even Metal. So, aku pun tak tahu apa influence Bombshell. Lirik biasa aje.... true will always win....

HKZ: Korang kerja atau masih study? Dan bagaimana korang bagikan masa kat band ni?

B.S : Untuk line-up lama, semua dah bekerja, cuma Jalal aje masih study. Terus terang aku katakan, band ni bukan band serious... So, tak jadi masaalah bagi kitorang. Nak jamming ke tak nak, tu semua perkara kedua. Tapi, tak bermakna yang kitorang ni pro'....Semua masih belajar

HKZ : Macammana dengan demo ke, e.p etc., atau pun perkembangan terbaru Bombshell?

B.S : Kitorang takde demo tapi rehearsal/demo to ada le. Buat masa ni, Bombshell takde latest news yang nak diceritakan.... sorry.

HKZ : Sekarang kecoh pasal isu klon. Komen banyak?

B.S : Isu klon...? Sorry le pasal aku tak ambik tahu langsung pasal binatang ni... no comment.

UNITY SUCKS PART II

Hah....! Kita berjumpa lagi dalam ruangan unite! Kalau dulu aku ada buat artikel ni (dalam eksperimen issue). So, kali ni aku akan buatnya sekali lagi supaya kita akan terus berunite sesama kita (boleh ke hah?). Dan aku harap korang tak boring dengan artikel ni...(tak payahlah baca kalau korang rasa amat boring..ed). So, mari kita renungkan bersama-sama. Unite.... Apa itu unite? Istilah unite menurut kamus dwibahasa keluaran DBP membawa maksud :- 1) menyatukan, mempersatukan; 2) bekerjasama, bersatu, bersepakat. Sebenarnya, aku rasa tak perlu aku bersusah-susah mencari definisi unite ni sebab aku rasa semua orang dah tahu makna sebenar perkataan unite ni tanpa perlu ada orang lain yang gatal-gatal tolong terjemahkan perkataan tu. Tapi, kalau tak tahu juga. tak payahlah jadi orang. Belajar-belajarlah jadi peti sejuk ke, mesin basuh ke, periuk letrik pun okey dah!

Unite ni sebenarnya bukanlah sekadar bahan untuk kita laungkan masa kat gig ke zinezine ke (macam hardkoi ni), tapi kita haruslah buktikan yang kita ni sebenar-benarnya dah betul-betul bersatu dalam apa jua keadaan, nak pulak dalam scene kat Malaysia ni yang besar, tak besar, kecik, tak kecik, tapi kecik juga lah. Ada tak kita nampak bebudak Hard Core join sekali dengan bebudak Indie atau bebudak Metal join sekali dengan bebudak Punk kat mana-mana tempat (bagi aku jarang atau tak pernah nampak...ed). So, di mana letaknya unite kita, kalau semua nak layan kepala sendiri. Untuk apa kita cuma perkembangkan scene setempat kita aje. Aku rasa lebih baik kalau kita perkembangkan ertikata unite ni dengan support sesiapa yang buat demo, hantar artikel kat zine-zine (macam aku ni, yang kurang stuff...ed), saling bantu-membantu satu sama lain, etc... tak kira lah sama ada member tu datang dari bandar ke, ceruk mana sekali pun. Kalau kita dalam kesusahan, tak kira lah apa jua masaalahnya, yang penting mesti saling tolongmenolong. Kita buat ni pun, bukan untuk orang lain, untuk scene kita juga. Jangan lah kita nak tunjakkan sifat sombong, riya' dan takabur kita tu. Benda-benda macam ni hanya akan menyebabkan kita tak berkembang.

'Kata-kata hikmat' mengenai unite ni pun dah berlambak-lambak bebudak kita laungkan seperti 'unite and fight', 'we must unite', 'united as one', dan bermacam-macam lagi. Semua tu kita kena paham betul-betul dan buktikan bersama-sama maksud yang terkandung di sebalik kata-kata tu. Apa lah yang kita dapat kalau benda-benda tu kita cuma laungkan (mungkin lebih tepat, lolongkan) kat gig-gig, tulis (yang sebetulnya, conteng) kat dalam zine-zine, tapi kita sendiri tidak mempraktikkan benda-benda tu. Yang aku nampak sekarang ni, perkara yang menjadi keutamaan di dalam scene kita sekarang ialah 'kerja bodoh' boikot-memboikot yang semakin berleluasa. Perlukah kita boikot-memboikot sesama sendiri? Benda ni pun tak membawa kita maju ke hadapan sebab bebudak bangang aje yang suka sangat nak buat benda-benda palat macam ni. Nanti 'orang luar' kata bebudak u/g ni cakap aje lebih. Balik-balik nak bercakar sesama sendiri juga. Serupa juga macam bebudak sial yang terlalu cenderung dalam arena suck-mengesuck orang lain ni. Yalah kan, itu pun sebab bebudak yang kena suck ni tak 'PERFECT' macam diorang.

HKZ: Kata-kata terakhir untuk HKZ dan pembaca-pembaca kitaorang. I.V: Assalamualaikum.

Begitulah serba sedikit soal jawab bersama Infernal Void. Kepada Infernal Void teruskan perjuangan korang. Jangan cuba toleh ke belakang. Kepada sesiapa yang nak contact Infernal Void, alamatkan surat, poskad, telegram, etc. korang kepada:

Poe

c/o Inferal Void, No: 6, Bangunan P.K.N.P, 36800 Kampung Gajah. Perak Darul Ridzwan.

Blessed de Thy ... Stay Brutci ... Theu Poses shal be suffer ... 24 hout bu noppenes in eaty FEB. 92 witn ine nome MMCRTA. DEAD. The former Ero-s: LNCU3US. SEPULTURA and ete Taui Pc elderbloecs:ether) took on vox in APR: .n

department. We play to more BRutA ans make a : o! noise. Before NFER:A. we had wses many kind sort ot noe setr

Os ANCENT SPIRIT, INGO.E vENOMt ona tame touch of Dark Armsis-efe

BERAYALVBRATOR, DAR CATASTRCPE VORTAL VISION . hard to find a fuckin good name. n APR.: 93. Poo Gee come alang to join our surrey. n HOV, 93. MSRSin (PROFANE CREALON; 'Ve us the bana neme coled Ne:a And the uNE-UP is Cnaostlc Tajui Rex BESTA

SCREMS). POO (LEAD GUTAR. N. (GUTAR:, PoO Gee INFERNAL KEY) MASTER (BASS) Gnd Pa'Are (BLAZNO DRUM) NFERNA VOID piay: "ataty death meto: in the eaty

intenced BY RONS CHRST Now, nav o re oase our debut ses "THE R:SE FFE", just nove lou: trat. w't dotn me' e. - R OF

HKZ : Aku dengar scene Johor sekarang ni cukup berkembang. Cerita sikit?

B.S : Boleh tahan le... Tapi aku rasa scene kat "Johor" aje, tempat lain macam biasa aje. Kalau kau tengok scene kat Johor (J.B). sekarang ni berbeza dari 2,3 tahun lepas. Bands/zines diorang semua power-power (power?).

1- SxE 2- Racist at gig 3- Political 4- Posi-Core

HKZ : Pandangan Bombshell tentang perkara berikut:

B.S : 1- SxE is a way of life. So, terpulang bagi kita nak menilaikannya. Choose it or leave it. Anyway, more power to Straight Edgers!! Stay what you are!

2- Macammana maksud kau racist at gig ni? Macammana pun terpulang pada pandangan masing-masing. Boleh dikatakan semua yang ada kat gig tu dah besar panjang. So. kalau diorang rasa diorang pergi gig saja nak tunjukkan diorang tu Punk, Hard Core, Metal or whatever... or untuk stage dive, fight or even pogo as hell.... Fuck em!!! Not my own business... Masing-masing ada opinion dia sendiri!!

3- Political... Fuck off!! I care nothing about it... leave it and hate it!!!

4- Posi-Core.... It's up to them positive or not... Yang penting, honest. I don't care less with what they were doing. But support tetap support.

HKZ : Pandangan korang, mengapakah sesebuah masyarakat menentang Authority?

B.S : Aku pun kurang pasti.... tapi aku rasa sebab diorang rasa diorang tertindas. Authority Sucks!

HKZ : Ramai berpendapat music Hard Core hanya Trendy, Mat Macho, Posers dan Bandwagon muncul dengan pelbagai keadaan. Komen sikit?

B.S : Mungkin jugak.... sebab bukan semua orang kat dalam dunia ni yang suka makan biskut. Tapi aku rasa, ni semua tak lama, bila diorang dah penat diorang berenti le. Lagi pun, yang banyak cakap HC ni trendy aku rasa dari diorang jugak (bebudak HC) sebab diorang nak jadi 'God Father'. So, diorang cakap le bebudak tu trendy, poser sedangkan diorang sendiri into HC scene! Kalau boleh, biar bebudak semua respect diorang! Tapi ni bukan pada music HC aje, semua music pun sama. Nothing is real! Fight is not the best way to exist!!!

HKZ : Vision Bombshell?

B.S : Nak buat demo..... best tak best belakang kira!

HKZ : Last words?

B.S : Thanks a lot to Hardware.... oops.... Hardkoi pasal nak jugak interview Bombshell. Thanx to semua editor zines yang bersusah payah menaip semata nak kutuk/ puji Bombshell kat review section diorang - without comments/ critics kita akan jadi bodoh sombong selamanya!!! Always thanx to XMaiX O.O.S (woi kenapa stop O.O.S?). Romeo with Static Control Zine (Philipines). Boi with Bet Loogs Fanzine (Philipines). Pat West Change Zine (U.S). Fadhil Low Budget Records. Fida 90's Choice & Choice Distro. Jakob Join Kao Fanzine (Denmark). Rasyidin with

K.L.H.C. XSahaX/XNuarX with XPositive ThingX and tons and tons of great people out there. Thanx for your support... Thanx again and more power to Hardkoi Fanzine. Bye.......

Begitulah tadi sedikit sebanyak soal jawab bersama Bombshell. Diharap agar korang dapat mermberikan sokongan korang kepada Bombshell. Kepada sesiapa yang hendak tahu lebih lanjut lagi mengenai Bombshell, boleh lah hubungi diorang melalui:

He's we eloctric quila CAERIESESSY settings ov 80s, 1v0 "n'soctalie 1 with ex J R we're FAIRYTALes.we JusT Have 2 RELEASeD OUR DEBUT DEMO eNTITLeD "LoOK AT THAT NONSENSe....?" IMAGINE THAT OUR SOUNDS JUST ACCIDENTAL OF BPATLES MIX TAD. EXACTLY' NO RIP-OFF!! 2SAPRL.1397: FOUR CATCHY SONGS FOR YOU!!RECORDING ISOK.! cal - th waiting SURe

Amir,

No. 5A, Lorong 1,

Kampung Paya Kluang Baru,

86000 Kluang,

Johor Darul Takzim.

Kriteria Dhob Yang Asli

1- Kepalanya menyerupai kepala kura-kura atau penyu.

2- Ekornya berduri menyerupai buaya.

3- Lidahnya menyerupai lidah manusia iaitu tidak bercabang.

4- Kulitnya boleh berubah warna daripada warna hitam kepada warna kuning pasir.

5- Mempunyai lima jari di setiap anggota kakinya

Corpus Chaos 2

Interviews with M/Punk/Metal bands such as PAMILI OF PRRAKS (usa), 59 TDES TE PAIN (BWe), BELACAX (mal) RUST SAKARAZ (b'ne1), NEULA (a -tralia)& BLANKs 77 (usa). Arsebole articles, Satan's Cheerleaders (out n paste), CDs/demoe/sines review biOB: RSTALLIATION (USa), TUOMIOPAÍ -VAN LAPSET (fin), CEREMONIUN (USa) & TE ELOODY VICE (austra), photos, flyers and otber oraps!! Written in Malay & 3nglish. Pricet RM 2.50 ppd (mal) or US$ 2.50 ppd (world). Cash not recommended! Send MO (made payable to Mohd Apandi bin Hashim) to:

Nobd Apandi Hashim, 25 Jln Keembong 9, Tmn Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johore, Malaysia.

Updergrounders, bande, zinestors, labels, presidents.... send your re -porte, opinions, condemns, biographies, stuff, shit or whatever!!!!!

TATPAR WE'RE HARD INTO POST-GRUNGE-THERE ARE

SO JUST GRAB IT FOR ONLY RMG/= FROM: Tucson

MOHD FAIRUZ SAIRULLAH, 1II DR- LATIFF HOSTeL, JLN.SEMARAK, tol PERSIARANGURNEY, 3 tt 54100 K·L-,MALAYS1A. A

ZAMLEE SABANA, self, oR nryo KOLeJ ke-4, to tn UNIVERSITI HALAYA, peo It's 59100 K-1:,MALAYSIAng

INFERNAL VOID

Kali ni kita bersoal jawab dengan sebuah band dari Perak. Band ni adalah sebuah band Death Metal. Soal jawab ringkas ni dijawab oleh Tajul (abang kepada Poe). Band ni dikenali sebagai Infernal Void. Infernal Void juga telah mengeluarkan sebuah demo dan di dalam perancangan untuk mengeluarkan demo kedua.

HKZ: Macam biasa, kitaorang nak tahu serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Infernal Void.

I.V: Pada tahun 1992, Infernal Void ni ditubuhkan oleh Poe dan Pa'are. More detail tengok bio.

HKZ: Line-up dan jenis muzik yang korang main?

I.V: Poe-Guitars, Tajul-Vocals, Pa'are-Drums, Poo'cs-Bass dan Nuar-2nd Guitars. Jenis muzik, Death Metal dan campuran elemen yang lain sedikit.

HKZ: Macam mana perkembangan, vision. Dah ada demo ke?

I.V: Setakat ni Infernal Void sedang buat persiapan untuk 2nd demo, sambutan first demo amat membanggakan. Infernal Void akan bikin 2nd demo more power than 1st demo. Oh ya! Our band's t-shirt boleh didapati dengan harga RM25 including kos penghantaran.

HKZ: Influence dan lirik mengenai apa?

I.V: Influence more to old sound like Sepultura, Sodom, Slayer dan bermacam lagi. Lirik kitaorang hentam aje mengikut apa yang terlintas di kepala hotak kitaorang ni. Tapi, no Satanism lyrics here.

HKZ: Pernah main kat gig? Kalau kitaorang jemput gig kat Temerloh, Korang sudi tak main kat sini?

I.V: Ada dua tiga kali je. Kat Ipoh, kat Kuala Kangsar. Kalau dah jemput, apa salahnya. Melawat member kat sana.

HKZ: Apa yang korang faham dengan istilah u/ground dan apakah pandangan koràng pasal u/g kat Malaysia ni?

LV: U/g adalah sesuatu yang tidak over expose. Segala pergerakan adalah sulit. Hak cipta terpelihara. U/g kat Malaysia sekarang ni, boleh dikatakan amat membanggakan.

HKZ: Nasihat korang kat pompuan yang nak join u/g.

I.V: Buatlah apa yang patut. Pikirkan masak-masak sebab pompuan ni jiwa dia halus. seni dan lain-lain.

Eh! Alamak! Dah pukul 10:15 dah. Ni karang aje kena marah ngan akak aku ni pasal balik lambat. Aku janji ngan dia nak keluar kejap aje tengahari ni tadi. Okeylah, aku chow dulu. Nanti kalau ada rezeki, kita jumpa lagi."

Lepas mamat tu dah balik, baru kitaorang perasan yang mamat tu tadi, tak introduce pun diri dia kat kitaorang, Ye lah! Dah sedap-sedap berborak, sampai kan tak teringat langsung nak tanya nama dia. Sebenarnya, cerita di atas adalah dalam bentuk sembang-sembang. Kitorang tanya, dia jawab. Kitorang tanya, dia jawab. Tapi, kerana nak menjimatkan mukasurat dicampur dengan perasaan malas nak menaip, kitorang buang soalan-soalan tu. Pada mamat ni, kalau ada terbaca artikel ni, tolong contact kitaorang balik.

CERITA FALSAFAH

1) Seorang lelaki bodoh telah disuruh oleh majikannya membawa kendi menemui seorang ilmuan bijaksana untuk meminta anggur. Dalam perjalanan, dia telah menghantukkan kendi kaca itu ke sebijik batu besar. Akibatnya, kendi itu pecah. Namun, si bodoh membawa pemegang kendi itu menemui sang bijaksana.

"Tuan saya menyuruh serahkan kendi ni kepada tuan untuk meminta anggur tapi ianya dicuri batu di perjalanan," kata si bodoh.

Oleh kerana jawapan si bodoh itu tak masuk akal maka sang bijaksana ingin mengetahui cerita selanjutnya.

"Jika kendi itu dicuri batu, kenapa pemegangnya kau bawa kepadaku?" soal sang bijaksana.

Lalu berkata si bodoh dengan selambanya, " Aku tak sebodoh yang orang sangkakan, pemegang kendi ni aku bawa untuk buktikan kebenaran ceritaku".

2) Seorang ahli bahasa telah terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Setelah lama menjerit meminta tolong, lalu seorang lelaki di situ. "Ada apa?", tanya lelaki itu.

"Saya seorang ahli bahasa telah terjatuh ke dalam perigi ini", kata ahli bahasa.

"Tunggu di situ, nanti aku pergi cari tangga bersama tali", kata lelaki itu.

• "Tunggu dulu!", kata ahli bahasa. "Tatabahasa yang kamu gunakan itu salah dan tidak sesuai!".

"Oh! Kalau hal itu lebih penting daripada aku mengeluarkan kamu dari perigi ni, tinggal sajalah kat dalam tu sampai aku benar-benar boleh berbahasa dengan betul!" kata lelaki itu sambil meninggalkan tempat itu.

BERBORAKPASALU/GKITA

Pada aku, u/g kat Malaysia sekarang ni dah menampakkan perkembangan yang begitu meluas, tak kiralah dari segi zine, band, gig, news letter dah banyak yang muncul (termasuk aku punya - ed.). Kalau gig tu kita boleh jumpa dalam satu bulan tu lebih kurang dua kali. kecuali bulan puasa (dari penyelidikan aku lah!). Apa yang aku nak story sikit kat dalam ni ialah tentang band yang main lagu cover. Aku ni bukanlahrold-timer sangat, baru aje melibatkan diri dalam u/g ni. Mengapa situasi macam ni masih lagi ada kat mana-mana gig. Maksud aku perlukah kita bawak lagu orang untuk disampaikan kat kawan-kawan kita yang datang dari jauh tu, semata-mata untuk dengar lagu cover yang dah biasa sangat kita dengar. Kalau setakat satu dua lagu tu takpelah, tapi kalau dari mula diaorang main sampai lah ke habis, tak putus dengan lagu orang, di mana korang punya D.I.Y. Kalau setakat lagu orang tu, kita boleh dengar kat rumah aje, tak payahlah bersusah-susah nak pergi gig. Okey. katakanlah kita ni band baru, nak main kat gig. Kemudian kita bawak lagu cover setakat dua tiga apalah sangat. Sekurang-kurangnya tak lah boring sangat. Itu pendapat aku kat band-band baru. Kalau kat band yang dah lama tu tak perlulah aku terangkan. Benda-benda macam ni yang membuatkan kita masih di takuk lama. Sebab kita-kita yang kat luar ni banyak yang lebih pandai main lagu cover. Cuba kita hasilkan sendiri lagu-lagu yang lebih berkualiti. Dari situ kita dapat meluahkan apa saja yang kita rasa tak patut berlaku. sedap ke tak sedap itu kita punya lagu, hasil kita. Itu semua belakang cerita. Dan akan membuka mata pada setiap pendengarnya. Itulah tujuan kita terjun ke dalam u/g nie, melepaskan apa yang tersurat kat dada kita. Tak semestinya kita harus bersyarah untuk berikan pendapat, tetapi melalui muzik juga memainkan peranan. Kalau setakat KRU main lagu P. Ramlee tu lainlah sebab spesis diaorang nak 'buat duit', konon-konon nak tributelah tu. (Tribute apa ke bendanya tu!!!). So, bagi aku, kalau nak buat band tu sediakanlah lagu korang sendiri. Okaylah, kita stop pasal lagu cover ni.

Kita berborak pasal pompuan yang join u/g pulak. Sekarang ni kita boleh lihat dah ramai pompuan melibatkan diri dalam u/g. Mungkin di antara diaorang ni benar-benar 'straightforward to the scene', maksud aku bukanlah menjadikan u/g ni macam satu trend atau sebagai tempat nak glamour. U/g bukanlah tempat untuk semua tu. Kita ambil contoh kat gig lah katakan..... Kalau nak berpakaian tu biar lah beradab sikit, jangan nak dedah sana, dedah sini. Macam kita ni dah takde nafsu pulak dibuatnya. Nanti kalau dah 'naik' siapa yang susah? Kat mana nak kita 'sorongkan'. So, berfikirlah secara waras sebelum bertindak. Dan satu lagi, kalau kat gig tu. janganlah jadikan ianya sebagai satu tempat bercanda macam kat tepi pantai, 'berlazat-lazat' sesuka hati kita. Aku rasa aku ni dah jauh terpesong dan dah jauh melalut. Tak kesahlah tu, yang penting apa yang aku taip ni bukan sekadar ruangan bacaan macam kat perpustakaan. Kat sesiapa yang tak senang dengan artikel aku ni, tak payah baca (tapi nampak gayanya korang dah pun 'ter'baca artikel aku ni), itu pun kalau korang rasa dah betul sangat lah! Dan aku pohonkan sedunia kemaafan atas segala carut-marut-karut aku tu. Tiada siapa yang mampu mengubah scene kita ke arah yang lebih positif. kecuali kita, kau, aku dan dia. ADIOS!!!

GIG REVIEW

K.B. BELONGS TO ME

Gig review kali ni, kita 'mereview' satu gig yang telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 13/3/1997 sekitar jam 3:00 - 7:00 petang. Ianya telah dianjurkan oleh Prop (Disorder Track) dan bertempat di KADA Resort, Kota Bharu. Dan review ni disediakan oleh Prop sendiri.

Gig ni dibuat di tempat yang terbuka tapi terkawal dari segi kemasukan penonton. Budakbudak yang datang hari tu kebanyakannya duduk dan berapa kerat aje yang pogo. Itu pun ada 3,4 lagu yang ada orang pogo. Lainnya cuma duduk dan layan dengar. Mungkin cuaca panas di waktu petang, semuanya duduk di atas pentas mengelilingi band. Pentas tu memang besar dan boleh penuh dengan 200 penonton. Budak-budak yang datang tu, lebih kurang 150.

Pembukaan gig telah dirasmikan oleh "Johnny Backer"... Punk Rawk band. Diaorang ni budak-budak tunggu result S.P.M. Influence diaorang, Ramones. Diaorang memang bagus sebab selain lagu Ramones, diaorang ada main lagu sendiri...our own Ramones. Setakat ni belum ada apa-apa release dari band ni. Lagi pun, ini pertama kali band ni buat persembahan. Hope to hear more from them soon.

Sebuah kumpulan Punk Rock/Oi! kemudian naik ke pentas menggantikan kumpulan "Disgrace" (ITM Hard Core band) yang menarik diri last minute. Kumpulan ni takde nama lagi, tapi aku suka tengok Bob (vocalist) nyanyi lagu 'Brostal Breakout' (Sham 69). Band ni dah ada lagu sendiri. Aku betul-betul enjoy tengok Bob tu menyanyi. Band ni mungkin akan merakamkan demo, tunggulah sebulan, dua lagi.

Kumpulan "Pale 16" (Grunge band) naik ke atas pentas dan diaorang ni influence Pearl Jam. So, our own Pearl Jam. Penonton dari tadi cuma duduk dan layan je muzik yang dimainkan. Tak silap aku, band ni pun ada main lagu sendiri. Menurut diaorang, diaorang akan release rehearsal tak lama lagi. Jadi, tunggu aje lah.

"Daffodils" pulak memulakan persembahan dengan lagu mereka sendiri. Diaorang ni betul-betul power, terutama lead guitar yang main style Blues, Rock & Roll, etc. Muzik yang betul-betul menghiburkan untuk didengar. Time ni ada lah 5,6 budak berpogo, itu pun untuk 2 lagu. Lepas tu, semua duduk semula. Ada sikit kesilapan teknikal (guitar tak berbunyi)....tu biasalah. Band ni ada demo tapi aku tak paham kenapa diaorang tak promote keluar Kelantan. Last song diaorang main lagu "World's a Vampire"....Smashing Pumpkins.

Kumpulan kelima "Sultan Garden Street" untuk jamming session. Diaorang ni belum ada lagu sendiri, jadi diaorang main lagu dari Silverchair, Foo Fighters & Red Hot Chilli Peppers ("My Friend"). Mungkin band ni masih baru dan ada sikit kekurangan dalam persembahan mereka...teruskan usaha korang

Band keenam "Disorder Track" memainkan lagu mereka sendiri yang berkonsepkan Punk Rock yang di tambah-tambah pulak dengan Old-School Punk.....juga sebuah lagu.......

Baca, jangan tak baca. Bila dah lama-lama. aku start cenderung ke arah yang positif sikit. Aku start membaca sambil berfikir secara mendalam. Membaca dan berfikir. Baca dan fikir. Last-last, aku dapat rasa yang scene u/g kat Malaysia sekarang ni banyak sangat kelemahannya. Korang boleh nampak tak? Masaalah unite pun terpaksa berajar, tulis dan terang dalam zine, buat lagu nyanyi atas stage. Tapi aku tengok semacam jugak. Ni karang. balik-balik budak Oi! nak bertumbuk dengan budak Mohawk. Pas tu, macam-macam lagi benda dibuat modal nak berbalah. Contoh paling nyata lah, aku rasa isu paling 'top sekarang ni SxE lah. Macam aku, aku bukan SxE sebab korang pun tadi dah nampak aku merokok. "Eh! Siapa apa api, lighter aku dah jatuh lah kat dalam tadi". Aku respek kat diorang ni sebab diorang boleh kontrol diri diorang. Aku pun sebenarnya nak berenti merokok ni, tak daya sakit dada asyik batuk aje. Bukan sebab aku nak jadi SxE. Tapi, korang tengok lah, budak-budak yang hentam SxE ni balik, asyik guna isu agama aje. Tak salah kalau nak gunakan agama, tapi tengok lah diri sendiri dulu. Ni karang cakap agama menyuruh kita menyembah tuhan yang satu, SxE tidak, tapi tak pernah lagi aku nampak ada orang bentang sejadah, sembahyang time gig, termasuk lah aku. Kecuali ada sorang aje yang aku pernah nampak, dia ni mesti hilang kejap time gig, pergi sembahyang. Aku tak nak bagi tau siapa, tapi korang cuba perhati baik-baik, korang mesti tau siapa. Masa duk kat kampung itu hari, aku ada form satu band. Main Punk sebab budak-budak lain nak. Lastlast aku terpaksa tendang aku sendiri keluar sebab tiap-tiap kali main, aku mesti main sound gitar Metal. Nak main Punk, bunyi Metal. Budak-budak tu pun ada 'sound' aku. Tapi, bila aku sendiri pun tak puas hati ngan sound yang aku main, aku pun tarik diri lah. Sekarang ni, aku lepak rumah akak aku tak jauh dari sini. Aku ada lah bercampur dengan budak-budak sini. Yang jenis ni lagi aku tak paham. Ada sekali tu aku lepak ngan diorang, layan borakborak pasal mainstream, rip-off, support, etc. Pas tu, ada member sorang lagi baru sampai. Dia cakap dia baru balik beli kaset baru sampai kat kedai, stok ada banyak lagi. Kitorang tanya lah best tak album tu, dia pun hulur walkman dia. Jadi, kitorang dengar lah sorang sikit. Alih-alih, ada sorang tu nak pinjam kaset tu, nak dubbing katanya. Pas tu, dia minta zine yang aku baru angkat, nak photostat. Eh! Ni yang aku tak paham ni. Tadi bukan main lagi cakap pasal rip-off lah, support lah, tau-tau kaset tu dia nak dubbing, padahal yang member ni tadi dah bagitau, stok kat kedai tu banyak lagi. Zine tu pulak, dia nak photostat sendiri aje, kesian lah kat editor yang letih-letih buat zine tu. Jangan main ikut sedap kauorang aje. Itu jam gak aku 'smash kaw-kaw' punya. Pas tu pulak ada sekali tu, ada sorang lagi yang kononnya 'true HC follower', kutuk-kutuk budak Mohawk pasal aksesori diorang. Dia kata, diorang ni gaya aje lebih, apa pun takde. Tak sempat aku nak 'sound' dia, member kamcing dia sendiri daħ 'sound' dia balik. Member dia cakap apa, "Alah! Engkau kutuk-kutuk orang, yang engkau tu, 'slave to the fashion', apa kurangnya". Aku rasa, aku dah makin tak paham lah dengan perangai budak-budak u/g ni sekarang. Semua benda nak kena ajar, semua benda nak kena tunjuk. Aku ingat lah, lagi baik kalau kita bukak satu sekolah ajar pasal u/g. 'Sekolah Menengah Kebangsaan Underground', mintak lah old-timer-old-timer macam Aru, Oz, Joe Kidd, etc., jadi cikgu. Satu lagi, budak-budak anti-SxE yang kononnya pandai sangat agama ni tadi, suruh bukak satu sekolah agama. 'Madrasah Al-Undergroundiah'. Kendian, nanti korang tau apa yang jadi? Ha! Scene u/g Malaysia akan jadi scene yang paling baik dan paling 'perfect', mengalahkan scene tempat-tempat lain. New York tak New York, esok pun, tabik kat kita.

CERITA BETUL LAGI!

Itu hari, masa kitaorang dah release eksperimen issue, kitaorang ada pergi ke satu gig tu (nama tempat dirahsiakan). Sebelum gig, kitaorang ada promote zine kitaorang ni. Lepas tu, gig start. Okey lah. Habis aje gig tu, kitaorang promote lagi, manalah tau kalau ada yang sampai lambat tadi. Tengah-tengah kitaorang promote tu, ada lah sorang mamat tu datang lepak kat kitaorang. Kitaorang pun layan borak lah dengan dia pasal macam-macam benda dalam u/g ni. Last-last entah macam mana entah, salah sorang dari kitaorang ni pergi gatalgatal mulut tanya pasal mamat tu punya background dalam u/g sebab masa kitaorang berborak tu, dia punya pendapat memang boleh diterima pakai. Jadi, kitaorang ingatkan dia ni mesti dah lama dalam u/g. Mula-mula, dia tak nak cerita. Tapi, bila kitaorang dah cerita masing-masing punya background, barulah dia nak cerita. Kitaorang dah tak berapa ingat dah cerita yang tepatnya macam mana, tapi, sikit lebih kurang, macam ni lah:-

"Aku ni, nak kira lama, tak lama, nak kira baru, tak baru, tapi kalau setakat 5 tahun aku rasa aku ni baru lagi berjinak-jinak ngan u/g ni, walau pun 3-4 tahun sebelum tu, aku rajin dah tengok member-member aku kat Kedah nu yang layan Bulldozer, Mandator, macammacam lagi. Pas tu, aku pindah ke Terengganu. Ikut bapak aku, itu jam dia jadi cikgu lagi. Masa kat sana lah aku baru start belajar pasal u/g ni. Masa lepak ngan diorang lah, aku rasa yang aku ni yang paling bodoh sekali sebab bila diorang berborak pasal u/g, band-band yang agak lama macam band-band Punk, Death, Grind, etc., yang lama-lama, aku terpaksa senyap aje sebab aku tak tahu apa-apa. Kalau setakat Metallica ke, Nirvana ke, aku retilah sikit-sikit. Itu pun sikit-sikit. Ada sekali tu diorang tanya pasal apa aku senyap aje, aku bagitau lah yang aku ni buta langsung pasal u/g ni. Start itu jam lah diorang pun start introduce kat aku pasal u/g ni. Dari muzik dia, band-band, gig, macam-macam lagi. Aku mula-mula sekali pergi gig, masa ngan diorang lah. Masa tu ada gig kat Picadilly dan bandband yang main masa tu pun banyak dah yang R.I.P. macam D.P.S.A., Stoned Crowes, Pilgrims dan Minority (katanya dah 're-born'). Tapi aku respek kat diorang ni pasal boleh dikatakan hampir semua benda pakat paham-paham sendiri aje. Maksud aku, kebanyakkan diaorang ni cenderung ke arah muzik yang berlainan. Ada yang jenis layan Punk aje, Thrash, Death, Grind, Black, etc., tapi diorang ni boleh lepak sekali. Takde pun nak gaduhgaduh. Bab lain pun macam tu jugak. Tak payah nak tunggu kapla. Aku lepak ngan diorang lebih kurang 3-4 tahun, pas tu aku balik kampung, duduk ngan atuk aku. Bila aku dah duduk kampung, aku start kenal budak-budak u/g kat area kampung aku tu. Tak ramai tapi cukup lah kalau nak buat 2 team bolasepak siap ngan simpanan. Kebanyakkan diorang ni budak-budak Punk dan HC, tapi aku layan jugak biar pun orang kata tak berapa nak pergi sebab aku, influence aku metal. Pernah sekali ada sorang tu bengang ngan aku sebab aku cakap aku ni bukan budak HC. Tapi, lagi baik aku layan diorang dari takde kawan langsung, ye tak? Masa dok kampung ni lah yang aku start menggila babi. Korang pikir lah, pantang ada duit mesti nak pergi gig, mesti nak beli kaset. Memang biasa sangat lah kalau pergi gig, balik aje kampung, tinggal 20 sen, 30 sen. Tapi aku pedulik apa, aku pakai duit aku sendiri, bukannya aku curi duit tu. Lepas tu, aku tengok zine-zine berlambak release.

"Di Tepi Pantai" (lagu 60-an) yang direnovate jadi lagu "Punk version" & last song pulak. "Dead Cities" menutup tirai persembahan diaorang.

Last band, "Throat" Oi! band...Skinhead Rules...pulak membuat persembahan. Band ni dah R.I.P. lepas gig tu. Aku pun tak tahu kenapa. Masa ni jam lebih kurang pukul 6:30 petang dan masa ni ada budak-budak skin yang berpogo dan body slam. Fuh!!! Oi! Rules! Aku pun turut sama berpogo sebab lagu yang dimainkan sedap-sedap. Tapi semuanya lagu cover. Penutup pulak diaorang main lagu K.B. Belongs To Me (England Belongs To Me).

Diharapkan lebih banyak gig akan diadakan di sini dan aku harap scene sini akan betulbetul "unite". Aku rasa tu je lah. Tapi kitaorang sebagai penganjur, bersyukur gig tu berjalan dengan baik tanpa kekacauan oleh Polis, macammana yang kitaorang dulu dah kena...Banyak rintangan sebelum gig ni berhasil. Dan masa gig berjalan ada jugak gangguan dari samseng (entah dari mana) tapi dapat disettlekan...Terima kasih kepada semua band dan penonton yang memberikan kerjasama.

HeLLO tHeRe!!ChEcK ThIs oUt NoW....

"MuKuS fAnZiNe"2Nd IssUE iS oUt NoW FeAtuRiNG: MaLiCiOuS HaTE,ShAdOw DaNcErS,EnFoRCER,WaRDOG, HERITIC aNGElS,PaRAdIVE,AcId RaIn,GrAyCODE, MaStIc ScUm,sEx-SeX-sEx,DeSPrAtE cOrRuPTiOn, DnA,KiNdEr GaRtEn..EtC...ALsO ReViEwS oF zInE, DeMoS,ArTiCleS,PoEmS,StOrY eTc...OvEr 40 PaGes, CoPy oN b5 SiZe,SeNd RM 5(m'Sia)Or US 4(WorLd) To;

MuKuS FaNzInE,

1102290 NaZrU1 AzUaD aHmAd B-CoY 17 RMR PaRaChUtE, 76200 TeReNdAk cAmP, MaLaCCa.WeSt mAlAySiA.

SeNd WeLL hIDdEn CaSh OnLy! nO rIp OfFs!! T-ShIrT oNlY rM 30(PpD)2 SiDeD..

KAUMMYDAZINE

KAUMMUDA ZINE IS JUST

REALEASE!!!!!

FOR THE COPY SEND TO:

MOHDSYUKRIBIN SUHAIMI C/O LOTZ1S,BT4 JLNMARAN

TEMERLOH PAHANG

$1+50 cent stamp

AGATHOCLES Pure fucking Mince-core

"Thanks for your hostility new D 1996 Available for 15 US DOLLAR or 500 Belgian Francs (pp)

Also available:

G *Black clouds. Ge 15 US DOLLAR TTAR "Razor sharp daggers *The LP'm: 1989-1991* D 10 US

prices are pOstpaid !!! ORDER AT: 8.2400 M0L.

BIOGRAPHY

We were originally a band without name at the end of '95 in USM Penang. At that time we used to jam indie and punk rock music.

As time goes by we realized that we were really interested in punk rock. When we moved to USM Kelantan we started to create our own music based on raging punk style. So we tried to compose our own songs.

The band's name propped up in our minds when the ITM students offered us to join their mini gig which was entittled "CHAOS K.B*. So our current line ups are Prop(vocal and giutar), Ham(bass) and Rocky(drum). We released our own rehearsal tape at the end of '96 which was entittled Disorder Track "Rehearsal in August '96" in a limited edition. We'd like to call our music "Punk-Core" due to some comments from our friends.

Our plans forg7 are to release our first demo in the middle of this year and play as much gig as we can.

For those who want to know/order our stuff, do write to us first:

Disorder Tracs, c/o Prop, DM 2/205, Desasiswa Murni, USM, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

After April '97 please write to this address: Disorder Track, c/o Prop, No. 12,alan Lembah 24, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bharu, Johor.

HKZ: Last words?

BIC: Thanks to Mie (Hardkoi Zine) kerana sudi interview the BIC

HKZ: Kata-kata akhir?

BIC: If the kids are united, they will never devided. Thanks to Choy HC 76. The Scruffy, TSB u/g Boys, R&B Crew dan kepada semua hamba Allah yang mengenali the BIC.

Demikianlah kesudahannya soal jawab bersama The BIC. Semoga The BIC akan terus maju sekaligus menjadi penggerak scene u/g di Raub di samping rakan-rakan untuk masamasa sekarang dan akan datang. Kepada sesiapa yang ingin mengenali The BIC dengan lebih dekat lagi, The BIC boleh dihubungi melalui:

A'ar, 19, Taman Syahbandar, Jalan Cheroh, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

dull entertainment programme the presents euroman 会 5 manic-depressive tunes *8-track analog recording professional doplication *independent-release! DEP 001 The European Manhood zine #01 Is S5 MALAYS postal der/money order/ avallable right now for $3 (ppd Europe) or even $4 (ppd Worid). wang pos ony...please n.se mo/po/wang About 40 pogas and 60g of pos payable to SHAHIR B.MOHD FAIDZ inferviews (Los-Crudos, Swing Kids, Undona, Ferguson, Polaris). (write this name onmo/po) Also articles about Guatemala, ghosts and some tasty vegetarian please includé a 50-cent stamp Maxicon recipes. Featuring also some cheesy articles that we wrote DULL ENTERTAINMENT PROGRAMME just to fill the blaink pages. 24-A, JALAN ANG SENG 4 BIMBO Order thru: 50470 BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR c/o Cathy Bennett, 9 allée des MALAYSIA algues, 59760 Grande Synthe. FRANCE. Write for wholesale and trodes. Summmer 197. eSeche

HKZ: Listkan 5 band yang diminati. Kalau boleh cerita sekali mengapa minat sangat?

BIC: Kitorang punya band pujaan:

1- The Bollocks - Real Punk Malaya. Good attitude.

2- The Scruffy - Raub' 80's Brit' Punk Rock. Mempunyai kesungguhan yang nyata. Go on Scruffy. Full support from us.

3- 4 Skins - Siga Saga! Siga Saga! Oi! Oi! Oi! Bagus dalam pembikinan lagu.

4- Carburator Dung - Old timer dalam scene u/g Malaysia. Powerful Punk Rock.

5- The BIC - Sempoi beb! Boleh lah tahan.

HKZ: Pendapat korang mengenai perkara di bawah:

1- Social 2- Drug 3- Vandalisme 4- Profit 5- Siti Nurhaliza

BIC: 1- Social - Pada pendapat aku social kat Malaysia ni masih boleh dibendung. Kalau attitude betul, betul lah hidup seseorang tu.

2- Drug - Dadah sebenarnya digunakan dalam perubatan tapi disalah gunakan. Jadilah sampah masyarakat (bangkai bernyawa).

3- Vandalisme - Perbuatan yang merosakkan harta benda. Syukurlah sikit apa yang orang berikan kat kita. Dah ada, rosakkan pulak. Apa lah!!!

4- Profit - Lebih kurang sama dengan Capitalist. Kot kalau sama tak payahlah nak kayakan orang macam ni. Nak mementingkan kekayaan aje.

5- Siti Nurhaliza - Menaikkan nama Negeri Pahang. Suara dah lah sedap, lawa pulak tu. One of my idola.

HKZ: Pernah main kat gig? Bila?

BIC: Untuk pengetahuan korang semua, the BIC pernah main kat gig di Kuantan pada 23 Mac 1997. Pengalaman pertama.

HKZ: Nazi dan pengaruhnya?

BIC: Perkauman. Buat apa nak jadi Nazi. Benda tu tak memberi faedah langsung. Come on man dan segelintir kaum tu, jadilah seorang yang bertimbang rasa. Smash Racism.

HKZ: Maksud sebenar "united" bagi korang?

BIC: Kalau dalam kamus, bersatu. Hendak pulak dalam small scene. Kalau kita semua devide, hancurlah empayar u/g.

HKZ: Apa plan akan datang?

BIC: Insyaallah, the BIC akan merakamkan satu lagi rehearsal/demo pada penghujung tahun 1997 atau awal 1998.

HKZ: SxE?

BIC: Bagus jugak. Kalau tak merokok dan sebagainya, baik untuk kesihatan dan kehidupan.

DISORDER TRACK

Soal jawab kita kali ni, kita bersama dengan Disorder Track pulak. Soal jawab ni telah dijawab oleh Prop.

HKZ : Line-up, bila dan macam mana korang dapat nama band ni?

D.T : Refer biography.

HKZ : Sejak bila join u/g ni, untuk apa dan mengapa tak pilih Rap ke, Balada ke, Pop Rock ke, ....etc?

D.T : Sejak bila join u/g refer bio. Untuk apa... untuk kitorang, untuk mewujudkan rangkaian friendship... macam kau dan aku. Melalui benda ni dah kira member, betul tak? Dalam erti kata lain "Unity". Aku tak kisah kau Skinhead, Mohawk, Hard Core. ...etc. sebab kita semua sama sebumbung sebendera. Lagi satu pulak aku nak luahkan mesej melalui lagu dan berkongsi kebebasan dalam bersuara dan apa saja dalam u g scene ni. Yang last, tujuan aku main benda ni bukan lah untuk RM...RM.. Aku tak main Rap, Balada sebab aku takde niat masuk Muzik-Muzik.

HKZ : Pada aku isu klon tu amat lah kejam. Korang pulak?

D.T : Bagi aku pulak, kejam dan tak berperikemanusiaan. Ianya betul-betul melampau dan melanggar erti kemanusiaan. Manusia yang dijadikan melalui proses yang sudah terang tidak melalui proses sebenarnya. Manusia ke tu...?

HKZ : Berapa kali main kat gig, paling best dan masaalah yang sering dihadapi semasa nak mulakan gigs?

D.T : 3 kali. 1) Chaos K.B..... Okt '96 (Kota Bharu). 2) Solution Is Nothing... Feb 97 (Scandals Kuantan). 3) K.B Belongs To Me Gig... Mac '97 (Kota Bharu). Semuanya sama aje. Masaalah bagi aku, semua tu sama aje dan semua band pernah mengalami masaalah teknikal etc.. Maksud aku, masaalah besar takdelah.

HKZ : Siapa yang buat lirik, mengenai apa?

D.T : Kebanyakannya, aku yang buat. Tentang apa yang kitorang, dan aku rasa semua orang (mungkin kau sekali) tak puas hati dan juga melabelkan diri diorang, musuh kitorang. Musuh scene kita. Kisah manusia hipokrit (yang kitorang kenal). Isu-isu semasa pun kitorang ambik jugak.

HKZ : Opinion korang pasal perkara kat bawah;

1- Social. 2- Drug. 3- Vandalisme. 4- Zine mengarut aku ni. 5- Siti Norhaliza.

D.T : 1- Social - Ada social dari segi pakaian, percakapan, pergaulan dan lain-lain. Semua tu berbeza.

2- Drug - Don't give a try.

3- Vandalisme - Suck!!!

4- Zine mengarut kau - Keep up and good work.

5- Siti Norhaliza - Boleh masuk video klip kitorang. (tepi pantai)

HKZ : Untuk nampak Punk, apa yang mesti ada kat seseorang tu?

D.T : Yang penting dalaman, bukan luaran....Maksud aku hati kita, buka.....independent, d.i.y., attitude, movement,...etc., but, be positive, don't racist...!

HKZ : Pengertian sebenar "Posi-Core" bagi korang?

D.T : Positive attitude...Aku sokong dan setuju dengan Posi-Core. Kita tak boleh labelkan orang tu tak positive atau positive dan kita pun tak boleh nak labelkan kita ni positive ke, apa ke, sebab positive tu dari hati kita sendiri. Mungkin sejauh mana positivenya diri kita, kita boleh tahu. Kita nak fikir benda ni, jangan fikir kita ni positive ke tak? Tapi fikirkan sejauh mana positivenya kita.

HKZ : Akhir kata dari kau?

D.T : Terima kasih, Mie dan Hardkoi Boys. Teruskan usaha korang. Juga kepada Shahril (By Side Off), Cat Zone dan semua yang terlibat masa gig kat Kelantan hari tu.

HKZ : Last words?

D.T : Tunggu lagu baru kitorang, mungkin E.P., Kaset, etc. Wassalam.

Demikianlah kesudahan soal jawab bersama Disorder Track. Kepada Disorder Track, kitorang mendoakan kejayaan korang. Diharapkan agar ada berita-berita baik dari korang di masa-masa akan datang. Kepada sesiapa yang nak contact Disorder Track, alamatkan surat, poskad, telegram, etc., korang kepada:

Disorder Track, c/o Prop, No. 12, Jalan Lembah 24, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru. Johor Darul Takzim.

CT CF STEP #5 D-I-Y ZINE out now! This is the LAST issue of OOS get it while you can. Interviews with RAGE GENERATION, SUFFER EGE, BOMBSHELL, ADGE & NATHIAS. Also there are lots of music/zine eviews, gig. reviews, news, ads, rants, columns, letters, poems CKS. I mean it. (Others USD3ppd)

mad Kamaluddin (Mai), 367 Taman Guru, 450 Seremban, DK, Malaysia.

The BIC

Ruangan ni sebenarnya macam interview jugak tapi sengaja diubah oleh HKZ. kali ni HKZ akan bersoal jawab dengan sebuah band dari Raub, Pahang. Band ini dinamakan sebagai the BIC. Ikuti soal jawab HKZ bersama mereka.

HKZ : Macam biasa, line-up band dan bila ditubuhkan?

BIC : Assalamualaikum dan salam harmoni kepada semua pembaca. Well, the BIC telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1996 oleh aku dan kitorang telah mereleasekan satu rehearsal now. The BIC totally are Soneq (bassist), Izwan (drummer), A'ar (vocal) dan Ajan (Guitar).

HKZ: Cerita sikit pasal demo/rehearsal. Buat kat mana dan bila?

BIC: Kitorang telah merakamkan rehearsal ni pada penghujung tahun 1996 dan telah dibuat di R&B Studio, Raub, Pahang.

HKZ: Lirik korang mengenai apa? Siapa yang buat?

BIC: Soalan yang menarik. Lirik the BIC sedikit sebanyak menceritakan tentang peperangan, ketidak puashatian dan tidak persefahaman...etc...that's all.

HKZ: Pendapat korang zine ni sebenarnya bagus tak? Apa gunanya? Komen sikit.

BIC: Zine ni sebenarnya banyak kebaikan kerana zine ni menyampaikan maklumat, perkenalkan sesebuah band dan yang penting, memberikan kebaikan, pengetahuan yang berguna. Kepada semua editor, teruskan usaha.

HKZ: Sekarang ni sibuk pasal klon. Bagi HKZ klon ni zalim. Korang pulak macam mana?

BIC: Aku sependapat dengan kau. Klon memang banyak keburukan. Bersyukurlah de-ngan apa yang telah diberikan oleh Allah. (Macam mana kalau kat dunia ni ada 10 Bill Clinton?)

HKZ: Tujuan korang join u/g ni untuk apa? Apa pulak tujuan the BIC buat band, nak glamer, make money, girlfriend...etc?

BIC: Kitorang join u/g ni sebab ianya memuaskan hati kitorang. Kitorang buat band bukan sebab nak glamer dan sebagainya. Tapi kitorang nak melaungkan isi hati yang selama ni terperap. Kalau boleh. apa yang kitorang laungkan adalah kekuatan u/g....Yeah!!

HKZ: Apa makna the BIC? Di mana korang dapat? Cerita lah sikit.

BIC: The BIC bermaksud debik (tumbuk). Sebenarnya Ajan yang bagi. Aku tak tahu pulak mana dia dapat. The BIC dipilih sebab senang nak sebut.

You SQ e 0 Bummed AD/O utw Record Stores?

MUSIC

Here's what's avallable:

NAKED AGGRESSION "Self Titied" CD (Broken Rekids) 14 tracks: ist (They Can't Cet Me Down) and znd (Keep Your Eyes Open) 7's plus 4 live songs. --Political and angry punk with female vocals. Cool shit! S$I5/RM30 (postage paid)

RHYTHMN COLLISION "Clobberer!" CD (Dr. Strange Records) 12 tracks: --Really tight aggressive pop punk. Skaters will dig this! S$19/RM38 (postage paid)

SKANKIN' PICKLE "The Green Album" CD (Dr. Strange Records) --a bunch of demo & cover songs on cd. Looney and catchy ska punk. S$19/RM38 (postage paid)

VOODOO GLOW SKULLS "Who Is, This Is?" CD (Dr. Strange Records) 16 tracks: --their debut album before 'Firme". Great ska punk/core. S$19/RM38 (postage paid)

V/A "FAT MUSIC FOR FAT PEOPLE" CD (Fat Wreck Chords) 14 tracks/izbands: V/A "HEIDE SEZ... LOOKOUT!" CD BRAESNS lstwos shoulò write for fair wholcsalce or to snclose [- 2 rc.e rer repiy. Do rx, OnNAANA ISsN we hate Seno pus ß. Eince most seno blank SAKARAZ, FUNERALITY, DROPDEAD, KARAKATUARV.F.LE, HUTAMAH M.A.D, PENSSSSNAI 43 Disings a comptete promo package. Tradco are MIMGSI imbraced* Promo / demo #4 96 Md 2H929 11 1 1 1 1 1 L U 4 11

PROPAGANDHI, LAG WAGON, STRUNG OUT, GUNS 'N' WANKERS, NO USE FOR A NAME, BRACKET, TILT, FACE TO FACE, GOOD RIDDANCE, 88 FINGERS LOUIE, RANCID, NOFX. --The first volume of FAT music, this contains an unreleased track from PROPACANDHI. S$H/RM22 (postage paid)

(Lookout Records) 26 tracks/20 bands: THE SMUGGLERS, THE QUEERS, GO SAILOR, SWEET BABY, THE CRUMBS, AVAIL, COUCH, PANSY DIVISION, THE POTATOMEN, CUB, SQUIRTGUN, FIFTEEN, THE PHANTOM SURFERS, THE MR. T EXPERIENCE. CITIZEN FISH, THE HI- FIVES, WYNONA RIDERS, BRENT'S TV, THE GROOVIE GHOULIES, FURIOUS GEORGE. --get to hear lots of Lookout bands on one cd. Need ! say more? S$i6/RM3z (postage paid)

V/A "HOPELESSLY DEVOTED TO YOU" CD (Hopeless Records) 15 tracks/gbands: GUTTERMOUTH, 88 FINGERS LOUIE, DIGGER, FALLING SICKNESS, FUNERAL ORATION, NOBODYS, WHITE KAPS. BOLLWEEVILS, SCHLONG. --A sampler featuring the entire crew at Hopeless Rec Contains some unreleased tracks from some of these bands. S$u/RMz2 (postage paid)

V/A "SURVIVAL OF THE FATTEST" CD (Fat Wreck Chords) 17 tracks/14bands: HI-STANDARD, NO USE FOR A NAME, SNUFF, PROPAGANDHI. AG WAGON, DIESIL BOY, GOOD RIDDANCI. PU, WI. STRUNG OUT, NOFX, FRENZAL RHOMB, BRACKET, ME FIRST

and THE GIMME GIMMES. -Second volume from FAT WRECK and the latest. Contains unreleased tracks from some of these bands. SS13/RM26 (postage paid)

ZINES

ADGE 2 (PLAIN SUNSET, KEN SANDERSON, Mailordering. Cops, Reviews and more) 36pgs.

ADGE 3 (LESS THAN JAKE, Personal writings. Skateboarding, Reviews and more) 28pgs. -- Each issue of ADGE is S$1 + a socents stamp / RM3 / Others US$2.

Short Stories and more) Newsprint punk zine from Denmark /48 pgs.

JOIN KAO 2 "Jan '97" (ENVY, STALINGRAD, BONESCRATCH. Columns, Short Stories and more) 48 pgs. -- Each issue of JK is S$3.5o / RM7 / Others US$3.

Send well-concealed cash only! All prices listed are postage pald. elsewhere write for rates. All orders go out immediatelyl Include your fax number/email address (If you have) so I can contact you quickly if I ran out of the stuff you want. Get onto our malling list if you want frequent updates! Don't forget to write down your address too!

POSITIVE THING num. 3 is out on June '97! If you want the zine just send RM2+50g stamp,nc m. o/p.cl!!Bands,fanzines,labeis, distros send your stuff for trade.Thank you.

This is the first attempt from Malaysian Mincecore band. Influenced by Mince/Crust/Grind & old Swedish HC...in the vein of Mincecore Grind godz AGATHOCLES & Boston anarchistic Crustcore DISRUPT,this demo entitled 'War Against War' contain 7 studio trax plus 4 chaos live bonus trar.It comes with raw sound and full of anger songs the way it meant to be!We're untalented as fuck & not making any profit from this domo. RM5(M'sia) or USD) (W 6 Tmn Permata,14000 Bkt Mertajam,Penang, West Malaysia.

Temerloh Skate Report

Assalamualaikum.

Ahh...Hah....Bertemu lagi kita dalam ruangan skate report part 2. Apa khabar korang semua especially skaters-skaters tersayang (...fullamak! Macam surat cinta...). Kali ni tak banyak yang nak aku reportkan mengenai Temerloh ni (skate). Tapi ada lah 2,3 perkara yang perlu aku sampaikan kat korang sekelian. Sebelum tu, macam biasa lah, aku nak mintak maaf kat sesiapa yang mungkin akan termakan tahi...Ehh...Ehh silap, termakan hati (susah lah, ejaan sama). Maklum lah, aku ni cuma manusia biasa, yang tak boleh lari dari kesilapan, kalau ianya terlalu over lah...(Fuhh! Semput nafas aku...)

Baru-baru ni, kitorang telah dikejutkan dengan satu berita di mana segala keperluan atau lebih tepat lagi, 'Property of Temerloh Skaters' telah lesap. Setelah siasatan dijalankan, kitorang mendapati, stuff-stuff tu telah pun dibuang oleh Majlis Perbandaran Temerloh (M.P.T). Diorang ni macam takde hati perut (dan takde otak). Konon-kononnya nak bersihkan kawasan yang dipenuhi 'garbage'. Apa ni? Diorang ingat benda tu semua diorang y'ang bagi peruntukan, senang aje nak buang. Yang herannya, sampah-sampah masyarakat yang masih berkeliaran kat sini diorang tak ambik pedulik. Sepatutnya, benda-benda macam tu lah yang lebih penting untuk menjadi atau digelar sebuah "Perbandaran". Sebenarnya, Temerloh ni baru lagi diisytiharkan sebagai Perbandaran. So, atas dasar itu lah. diorang ni baru nak ambik berat pasal keadaan sekeliling. Tapi, perkara macam ni tak boleh nak salahkan satu pihak aje. Mungkin kitorang pun patut disalahkan, atas sebab menyimpan segala stuff tu dalam keadaan tak tersusun. Tapi, apa salahnya bagi tahu kitorang dulu sebelum buat kerja-kerja pembersihan tu. So, kitorang pun senang lah sikit nak ambik mana-mana yang patut dulu. Ni tak, habis licin, macam cermin (cheh! macam pantun pulak), berkilat, liau, tanpa meninggalkan kotoran degil.

Stuff-stuff seperti Fun-Box, Rail Slide, Launch Ramp, Mini Launch Ramp, Low Box...etc. (tu tak termasuk 11" Half-Pipe yang coming soon 14 1/2 tahun lagi) ni sebenarnya, atas usaha kitorang sendiri kat sini, bukan mintak tolong dari mana-mana pihak (D.l.Y beb!). Kalau nak mintak pun, bukan dapat apa-apa. Kalau setakat janji-janji muluk y'ang keluar dari kepala lutut diorang, dapat lah. Tapi, sebelum ni, ada jugak pihak-pihak persendirian yang nak tolong buatkan kitorang satu kelab, kira macam rakan muda lah, tapi disebabkan pihak-pihak tersebut pun lain macam ajc, kitorang pun tak berani nak terima. Mana lah tahu mungkin diorang ni nak mempermainkan kitorang atau sekadar nak "kapur" duit kitorang atau buat duit, baik tak payah.

Sebenarnya, aku respek kat kids kat sini sebab diorang ni tak mudah putus asa. Walau pun segala-galanya dah lesap tapi diorang ni masih terus bergiat 'menyekate' (Carry on boys!!! ...Temerloh Skate Rules!!!) Hah!...Kat sini aku ada satu pesanan kat sesiapa yang datang dari luar Temerloh, kalau tersinggah atau tersesat jalan sampai ke Temerloh, joinlah sekali. Kitorang dijamin tak makan orang punya sebab pau kaya pakcik Haji lagi sedap. koleksizine.blogspot.com Selain dari tu, dapat jugak kitorang curi korang punya 'trick' (Heh!!Heh!!Heh!!....apa ni nak curi siap bagi tahu, macam Ali Baba & 40 penyamun). Maklumlah, kitorang kat sini masih baru dalam dunia skate boarding.

Oh ya! Itu hari kitorang ada turun J.B. pasal terdengar ada contest. So. kitorang ingat nak masuk. tapi disebabkan masih mentah. kitorang dengan berat hatinya terpaksa membatalkan rancangan mengarut tu. Mungkin di lain contest nanti kitorang akan cuba (bukan untuk menang. tapi sekadar nak cari pengalaman. Kalau menang. apa lah salahnya Kecik tapak tangan. Stadium Wembley kami tadahkan.Hee...Hee..). Hah... Bagi aku, kalau contest tu disiarkan kat t.v. macam cub prix tu, barulah pihak-pihak kat atas tu bukak mata. bahawa skate ni satu sukan yang juga dimainkan oleh orang biasa, bukannya yang datang dari Planet Marikh, etc. Banyak perkara-perkara yang positif yang dapat kita lihat. Masa contest tu, ada yang datang dari Penang. Selangor, Kedah. Singapore, Finland dan banyak lagi negara-negara lain termasuk Republik Temerloh dan Kuantan.

Kat sini walaupun dari komuniti yang kecil dan tak lah sebagus mana, ada jugak. Tapi, kami amat berbangga dengan adanya.

Hah! Baru aku ingat. Kat sini aku ada satu cerita atau berita yang perlu aku samipaikan Sebelum tu, korang dah beli "Militia Zine" (pun dari Temerloh)? Kalau korang tak beli lagi, order cepat sikit. Kat dalam Militia Zine tu ada satu skate report. Nak dijadikan cerita, pendapat dalam tu tak dapat diterima oleh sesetengah pihak, diulangi, sesetengah pihak. Mungkin atas sebab keegoan seseorang tu. Apa ni? Takkan korang nak ikut sedap kepala korang aje? Fikirkanlah apa yang tersembunyi dalam artikel tu. Bagi aku, ianya sebagai teguran. Takkan dengan teguran macam tu pun korang dah nak melenting, nak tunjuk kuat, nak belasah sorang-sorang? Relaxlah boy! Jangan nak anger tak tentu pasal. Respeklah sikit opinion orang lain, sekurang-kurangnya dapat jugak ambik panduan atas apa yang tersirat (dan terselirat) kat dalam artikel tu. Terpulanglah kat pihak-pihak yang masih tak dapat menerima kenyataan. Apa yang korang nak lakukan, buatlah (Aku lagi suka kalau korang nak besarkan perkara tu). Lakukanlah dengan menggunakan akal atau kepala hotak masingmasing (positif, maka positiflah ia, negatif, maka negatiflah ia).

Okeylah, takat ini aje yang dapat aku siarkan kat korang sekelian. Bertemu lagi kita dalam ruangan yang sama, zine yang sama (Hardkoi lah tu) pada issue akan datang. Beginilah kehidupan skaters-skaters kat sini memperjuangkan hak mereka sebagai seorang skaters. Terima kasih aku ucapkan kat semua yang sanggup membaca report ni. Kepada yang masih anger tu....marah lagi ka, kawan? Kita kawan-kawan tak mau lawan. Akupun sebenarnya tak suka nak gaduh-gaduh. So, hanya itu lah yang dapat aku reportkan buat kali ini.

Kami juga ingin menujukan lagu ini buat "Ayam" yang telah terpatah tangan ketika bermain skate kat sini itu hari, dengan ucapan "Bila nak sihat betul?". Wassalam..

Keistimewaan Dhob:

1- Usia - Dhob mempunyai usia yang panjang. Sesetengah pengkaji sains Arab berpendapat ia mampu hidup selama 700 tahun atau lebih dari itu.

2- Daya tahan - Dhob yang telah disembelih mengambil masa 1 atau 2 hari untuk mati.

3- Jantina - Dhob boleh bertukar jantina 6 bulan sekali, 6 bulan jantan dan 6 bulan betina.