Pustaka Taratsa

Baca teks (PDF): Zine Cerekawala #2

34 halaman · 34 halaman diproses dengan OCR · 9.6 detik

Versi OCR mungkin terdapat kesalahan eja, ketik, tata letak, atau hal terkait tipografi. Untuk ketepatan hasil, silakan merujuk pada dokumen asli.

Daftar isi
  1. CEREKAWALA ZINE SAI-FAI.COM ISU 02
  2. Konvensyen Sai Fai Pertama Malaysia
  3. FS Tidak Sesusah Itu
  4. Assalamualaikum Pn. Siti Hajar,
  5. Puaka Dunwich
  6. Bersambung ...
  7. Wira Kota Siantan (bahagian terakhir)
  8. Zarah Ilusi (bahagian 2 daripada 5)
  9. Ryan dan Vills masing-masing pakar dalam sains kimia aktif.
  10. Lizofik's Monster (bahagian 1 daripada 3)
  11. Advencer Realiti Maya (bahagian 1 daripada 2)
  12. Episod 1: Bermulanya Kembara Ratna
  13. Secicir Tentang Raiha Bahaudin
  14. Sumbangan Karya/Pandangan
  15. Sai-Fai.com:

CEREKAWALA ZINE SAI-FAI.COM ISU 02

FS TIDAK SESUSAH ITU

CERITA BERSIRI: KEMBARA RATNA

KONVENSYEN SAI-FAI PERTAMA

CERPEN SAI-FAI:

ADVENCER REALITI MAYA

LIZOFIK'S MONSTER

KAMI Pereka, Pelukis ZineCerekawala @ Pentadibir Laman MENCARI sai-fai.com secara semangat sukarela. HUBUNGI: [email protected] (dibuka untuk rundingan upah)

ETOS EDITOR

Konvensyen Sai Fai Pertama Malaysia

PERTAMA sekali, penghargaan setinggi-tingginya buat kalian yang telah bersusah-payah datang dan berhimpun untuk Forum Mini dan Konvensyen Sai Fai yang diadakan pada 19 April 2009 yang lepas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Ianya sendiri satu sejarah buat detik kesusasteraan Malaysia.

Sesungguhnya konvensyen dan forum yang "amat" kecil dari segi skop dan agenda itu tidak akan berjalan dengan lancar dan baik jika tidak adanya sokongan serta kehadiran saudara saudari sekalian yang telah sama-sama bertepuk tangan, mengaju soalan -soalan cepu emas, dan sama-sama bergambar dan meraikan pemotongan kek penulis terkemuka fantasi wanita, Kak Nisah Haron. Secara klise tetapi ikhlas: tanpa anda, siapalah kami.

Sesungguhnyakemunculanpelbagairetorikdanperbincangan yang hangat pada forum mini hari itu (contohnya, berkenaan PPSMI yang sudahpun dimansuhkan oleh Kerajaan, genre spekulasi dituduh tidak membawa nilai atau falsafah yang agung, kekeliruan fiksyen sains dan fantasi sains, kekurangan bahan bacaan fiksyen sains dan fantasi bahasa Melayu yang baik, penyalinan identiti barat dalam hasil kerja fiksyen sains dan fantasi tempatan mutakhir, kekurangan penulis wanita dalam fiksyen sains dan fantasi, kelesuan populariti fiksyen sains) telah dapat membuka mata khalayak bahawa sekurang-kurangnya, isu dan perkara berkenaan fiksyen sains dan fiksyen spekulasi yang berlingkar dalam zine ini bukanlah satu genre mainan tetapi telah sedia ada dalam melestarikan satu nilai yang tersendiri terhadap tempo nadi kesusasteraan Malaysia.

Harapan saya tinggi, seperti penghasilan edisi kedua ini, agar zine ini, serta komuniti yang baru hendak bermula ini dapat mengumpulkan lebih ramai pembaca fiksyen sains dan fantasi, mengorak langkah centauri alfa yang tidak tercapai dahulunya.

FS Tidak Sesusah Itu

oleh FADLI AL-AKITI

KEAJAIBAN berlaku pada detik yang tidak disangka-sangka. Saya selalu bertanya pada diri saya jika fiksyen sains (FS) benar-benar dikenali oleh ahli cerdik pandai sastera di universiti tempatan atau ianya masih satu genre tempelan buat mereka. Untuk makluman pembaca, bahan kajian secara akademik (ataupun secara sembero -no) tentang fiksyen sains, apatah lagi tentang fiksyen sains tempatan boleh dikira dengan jari. Malah umum mengenali fiksyen sains sebagai bahan bacaan remaja, seperti yang dilaporkan oleh Dr. Othman Puteh, Rubaidin Siwar dan Abdul Ahmad. Pada masa sekarang, dengan bantuan majalah sastera berprestij Malaysia, Dewan Sastera serta majalah "penulis cilik", Tunas Cipta, beberapa rakan penulis telah cuba meletakkan fiksyen sains pada tempat yang betul. Penulisan rencana dan blog seperti putera sai-fai Malaysia, Ahmad Patria Abdullah, penulis tersohor Nisah Haron, SM Zakir, penulis muda Nazri M Annuar, Zulkifli Khair, Amir Husaini, Firdaus Ariff serta saya sendiri telah cuba merekayasakan fiksyen sains pada tempat yang betul seperti yang ditelaah oleh pengkaji barat.

Pada beberapa bulan lepas, saya telah menghantar "cerpen" saya kepada editor Tunas Cipta oleh sebab desakan editornya untuk satu sumbangan tulisan daripada saya (saya katakan saya tidak sempat hendak menulis sebuah rencana). Cerpen ini telah dikomentar oleh penyelidik dna pensyarah sastera, Pn. Siti Hajar pada edisi Tunas Cipta berikutnya. Beliau tidak menyukai cerpen saya yang "entah apa-apa" itu. Saya tidak endah tentang itu, tetapi saya agak takjub dengan pandangan beliau bahawa karya fiksyen sains mesti "menyampaikan perenggan naratif yang bersalut dengan hal-hal dan istilah saintifik, prosa teknikal dan penuh istilah fizik/geologi/biologi/kimia yang hidup untuk 'menghidupkan' cerita yang berlatarkan sains". Ya, pengkaji itu betul dalam satu sisi. Tetapi adakah fiksyen sains berhenti di situ sahaja?

Saya telah mengirim sebuah e-mel kepada beliau, menjelaskan beberapa perkara tentang tujuan saya menulis cerpen itu dan kenapa saya wujudkan cerita sebegitu. Beliautidak membalas sampaisekarang. Olehsebabitu,sayasediakan surat "tak berbalas" saya di sini untuk paparan dan penghayatan:-

Assalamualaikum Pn. Siti Hajar,

Terdahulunya, izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian puan mengulas cerpen Nukilan Dari Marikh saya yang saya titipkan buat Bonda di majalah Tunas Cipta pada awal tahun ini. Kesudian puan memberi beberapa pandangan bernas amat saya hargai dan saya teladani.

Izinkan saya perjelaskan beberapa perkara untuk makluman puan, walaupun puan mungkin mempunyai "reservations" tertentu berkenaan cerpen berikut:

1. Pertama sekali, jika puan hendak tahu, cerpen yang disiarkan itu bukanlah cerpen per se tetapi merupakan segmen novel saya yang tidak sempat saya siapkan (oleh sebab latar jiwa, tempat dan manusianya yang terlalu luas) yang berkenaan dengan permasalahan bidang bioteknologi dan pengklonan (dalam babak akhir "cerpen" itu, daging yang dihantar ke Marikh merupakan daging klon manusia yang tidak berjaya, di mana dalam babak berikutnya, beberapa spesies haiwan yang dicantum-cantumkan gen mereka memakan daging tersebut). Saya melalui jalan buntu untuk meneruskan ceritanya berikutan (saya sedar) tema-tema yang dipilih buat novel tersebut agak tidak sesuai dengan nilai dan moral masyarakat timur malah banyak menggambarkan adegan-adegan yang kejam. Malah, isu klon (walaupun sudah diperkenalkan oleh Rahmat Haroun Md. Hashim dalam novel Manuklon) agak sensitif terhadap Aqidah Islam.

2. Oleh sebab itu, projek ini "terbengkalai". Sewaktu Bonda menelefon saya menginginkan sebuah cerpen, saya terpaksa menolak kerana saya langsung tidak ada cerpen fiksyen sains waktu itu yang boleh disiarkan. Saya juga sedang berkhidmat di Kelantan pada waktu itu maka tugas saya tidak memberi ruang masa untuk saya menulis sebuah cerpen fiksyen sains dalam masa yang pendek. Bonda memujuk, lalu saya sampaikan dua "cerpen" daripada segmen "bab" novel tersebut buat Bonda. Maka saya terkejut bila sebuah daripada cerpen itu tersiar (Alhamdulillah!), oleh sebab, seperti yang puan sendiri maklum, ia kelihatan "tergantung", "lewah" atau "tidak cukup serba-serbi."

3. Bukanlah niat saya kiranya hendak menyusahkan puan membaca lalu menganalisa cerpen saya. Maka ingin saya mohon maaf jika cerpen itu agak menyusahkan puan dalam menilai lalu mengulasnya.

4. Ingin saya maklumkan beberapa perkara. Hal gambaran Marikh semacam Bumi (kecuali geologinya yang berbentuk tanah batu merah, sejuk, berdebuyangsengajatidakdimasukkandalamnovel,memang,satukesalahan sayatidakmenggambarkandenganlebihterperinci)itumemangdisengajakan danamatbaikbilapuandapatmelihatpersamaannya,lebih-lebihlagiberkenaan "analogi budaya" serta penempatan (yang sudah mula tertampak majmuk dan kosmopolitan, bukan seperti dalam koloni filem Aliens atau novel Mars oleh Ben Bova) Marikh yang menyerupai Bumi. Seperti yang puan maklum, memang ideal Marikh adalah "cerminan" kepada Bumi, mengambil falsafah "manusia menyalin perkara yang mereka tahu". Hal geologi hidupan Marikh (yang tidak ada apa-apa) dibiarkan minimal.

5. Saya kurang menyukai mengambil gambaran-gambaran terperinci secara saintifik. Walaupun cadangan puan itu saya setuju, tetapi ingin kiranya saya maklumkan, dalam penulisan fiksyen sains, terdapat dua jenis mazhab, soft science (sains lembut) dan hard science (sains tulen). Keinginan puan dalam menginginkan saya melontarkan naratif-naratif dengan kata kunci saintifik merupakan idealisme penulis fiskyen sains berat, tulen atau "hard science fiction". Di dalam "hard science fiction" pula, ada sebuah subgenre yang bernama literal SF, di mana penulis menggunapakai setiap nama saintifik untuk dipuitiskan dalam naratif. Saya amat tidak menggemari penggayaan ini. Saya lebih cenderung kepada penggayaan penulis seperti Micheal Crichton, Kevin J. Anderson dan Frank Herbert yang tidak mengada-adakan sangat fakta dan kata kunci sains dalam karya mereka tetapi lebih menjerumus ke arah falsafah sains (kenapa danapayangmenyebabkan,danapatindakanmanusiadalamsituasiitu)dalam latar yang "sebenar" terhadap manusia. Genre mereka lebih terarah kepada Soft SF yang mengikuti bapa moden FS, Ray Bradbury (Isaac Asimov, J Hubbard, JW Campbell serta Arthur C Clarke merupakan pelopor Hard SF). Saya tidak mahu mencipta Marikh yang saintifik tetapi Marikh yang "hidup dan sengsara" seperti Bumi "sekarang", sepertimana yang dibuat oleh Herbert terhadap planet Arrakis, Geidi Prime atau Harkonnen (beliau menggunapakai latar Empayar British dan sejarah imperialisme Eropah). Puan boleh rujuk siri kitar semula Battlestar Galactica yang meminimakan hal-hal teknik sains tetapi mengutamakan cerita dan falsafah di sebaliknya.

6.CerpenZitroskyangturutdisiarkandalamTunasCiptaadalahcontohsebuah cerpen yang menggunapakai hal Hard SF tetapi terjerat menjadi Soft SF.

7. Saya agak tersentuh dan gembira melihat puan dapat mencerna hal "Malaysia" berkenaan kedatangan koloni di Marikh, walaupun saya tidak terniat sebegitu (ideal koloni lebih luas, seperti juga peperangan, memaparkan ianya naluri dalam kitaran manusia turun-temurun untuk berpindahrandah, berkembang dan berperang). Sebenarnya novel ini terpecah dalam pelbagai watak dan konflik. Saya paparkan dalam "perancangan" novel ini, Bumi yang sangat aman, teratur, sistematik dan kesemua kerja seharihariannya mengikut satu sistem teknologi, malah setiap sudut Bumi wujud mata perakam (ya, seperti filem Minority Report, yang apabila keluar filem itu, saya terus berhenti menulis novel ini), berlawanan dengan keadaan Marikh yang bergolak tidak tentu hala dan tanpa kawalan. Idea saya ialah, walaupun Marikh bergolak, di situlah tersimpannya setiap korupsi dan rahsia orang bumi (seperti mana daging yang dihantar dari bumi oleh sebab kegagalan eksperimen manusia membuat klon manusia) di mana seorang protagonis akan "membongkarnya". Marikh juga mempamerkan "the nature of ancient men: primal, beastly in nature, competing and killing each other to survive" kepada "squeky clean/systematic" Bumi.

Di Bumi pula, sebuah keluarga tidak sedar bahawa anak mereka telah dicolek dan dijadikan bahan eksperimen klon oleh sebuah syarikat gergasi (yang juga menyediakan bekalan senjata buat penduduk Marikh).

Persoalan kenapa dan mengapa inilah yang perlu dirungkaikan oleh ibu bapa anak ini. Tema FS yang dinamakan dalam novel (atau cerpen) sebegini ialah Distopia (perlawanan kepada Utopia). Ini yang sebenarnya yang ingin saya sampaikan.

8. Mohon maaf, panjang pula ceritanya. Tetapi saya masih berterima kasih kepada puan kerana telah banyak memberikan panduan. Kalau boleh, mahu saja saya tanya satu-satu supaya saya dapat memperbaiki diri.

Sekali lagi, maaf jika mengambil masa atau tersilap kata. Diharap saya dapat berhubung dengan puan lagi buat masa hadapan berkenaan sastera dan novel Malaysia.

MFA

Puaka Dunwich

oleh HP LOVECRAFT

terjemahan oleh FADLI AL-AKITI

APABILA mendekati kawasan perbukitan gunung itu, seseorang akan terasa curiga terhadap cerunnya lebih daripada puncak berbatunya. Sisi cerun bukit itu berbalam-balam dalam suram menyebabkan seseorang hanya sanggup menjauhkan diri daripadanya, tetapi hanya menyedari tidak ada jalan keluar buatnya untuk pergi dari tempat itu. Nundisebuahjambatan,seseorangakanterlihatsebuahperkampungan kecil yang terperap di antara sungai serta cerun vertikal Gunung Melingkar, menyedari akan bumbung gambrel rumah-rumahnya yang pudar dan bocor, lalu mendapati kampung kecil itu sudah wujud lebih awal daripada kampung jiran yang kita maklumkan sebelum ini.

Memang tidak menenangkan kita, dalam pandangan yang lebih dekat, melihat rumah-rumah yang ditinggal -kan itu sedang menunggu kehancurannya, malah hanya gerja -nya yang rosak menandakan desa itu pernah bergerak sebagai satu kawasan perdagangan tepi pantai.

Seseorang akan merasa seram untuk melalui jambatan kampung itu, walaupun dia tidak

... kita tidak dapat menahan daripada terbau hapak yang mengancam, tercipta berabad lamanya.

dapat mencari jalan untuk menghindarinya. Apabila sudah menyeberangnya, kita tidak dapat menahan daripada terbau hapak yang mengancam, tercipta berabad-abad lamanya. Kita akan merasa lega apabila keluar dari perkampungan hantu itu sambil bergerak melalui sebuah lorong sempit yang mengelilingi kaki bukit lalu menjerumus diri kita ke pucak Aylesbury. Dengan itu, kita menyedari kita sudah melalui Dunwich.

Pendatang luar selalunya jarang melawat ke Dunwich, lebih-lebih lagi semenjak suatu musim yang menakutkan telah berlaku, kesemua petunjuk arah jalan ke situ telah ditanggal.

Pemandangannya, jika dihakimi oleh sesiapa, memaparkan satu keindahan yang luar biasa, tetapi ia masih tidak mengundang mana-mana artis atau pelancong musim panas untuk bersinggah ke tanahnya.

Dua abad lalu, bila cakap-cakap tentang anak keturunan ahli sihir,penyembahan syaitan,dankewujudanlembaga-lembagapelik di hutan bukan omong-omong untuk ditertawakan, ianya satu kebiasaan untuk memaling dari berurusan dengan Dunwich. Pada zaman rasional sekarang, semenjak puaka di Dunwich yang berlaku pada tahun 1928 telah didiamkan oleh mereka yang tinggal di situ dan mempunyai kebajikan di situ-orang ramai membenci tempat itu tanpa mengetahui kenapa. Kemungkinan oleh sebab satu perkaramereka yang pernah tinggal dan lahir di situ telah cuba melupainya atau pergi jauh dari tempat itu buat selama-lamanya, satu perkara biasa yang berlaku di perkampungan lama di New England pada masa itu. Keturunan mereka dikatakan datang dari tiga keluarga besar dari Salem pada 1692. Yang tertinggal dikatakan berubah menjadi mundur baik dalam kehidupan seharian mereka, ataupun moral mereka. Kepintaran mereka hilang, saling berkahwin antara sesaudara yang kadang-kala juga berlakunya sumbang mahram. Sehinggakan hanya nama keluarga merekalah yang tinggal sebagai bukti keaiban mereka dengan tempat itu. Sebilangan keturunan Whatleys dan Bishops masih menghantar anak-anak lelaki mereka ke Harvard dan Miskatonic, tetapi anak-anak itu tidak pernah pulang lagi ke kampung selepas itu.

Bersambung ...

Dua abad lalu, bila bercakap-cakap tentang anak keturunan ahli sihir, penyembahan syaitan, dan kewujudan lembaga-lembaga pelik di hutan bukan omong-omong untuk ditertawakan ...

Wira Kota Siantan (bahagian terakhir)

oleh ZULKIFLI KHAIR

LEBIHKURANG 15 minit kemudian, tiupan angin semakin kencang. Kencang dan kencang.Akukaget.Tidak musthilpihak Exoraakanlancarkan "serangan cuaca"ke arah Siatan. Benar. Menerusi sistem radar, Sarjan Hasan maklumkan mengenai kewujudan sejumlah antena kirakira 10kilometerdarisempadan.Akusegerateringatkanprojeksenjata elktromagnet HAARP oleh Amerika Syarikat dan Scalar oleh Rusia.

"Laporan menunjukkan bahawa mereka mampu lakukannya. Taufan sebagai contoh mampu dijana dengan mengubah perbezaan tekanan di atmosfera menerusi tindakan gelombang elektromegnet bertenagatinggi. Kemusnahan sebuahpulau diCaribbean adalah bukti kejayaan mereka pada tahun 2011. 30 ribu penduduk pulau tersebut mati. Mereka tidak sempat dipindahkan. Semuanya berlaku dengan pantas. Nasib mereka sungguh malang disebabkan menjadi bahan eksperimen gila!" Demikian kata guruku dalam makmal sebelum kami jalankan eksperimen mudah tentang gelombang elektromagnet. Ibu juga pernah bercerita akan hal ini cuma tanpa fakta angka.

Akibatnya, kami buntu. Tiada sasaran untuk ditembak. Takkan hendak menembak angin? Jarak 10 kilometer terlalu jauh untuk pelancar roket apa lagi senapang dan pistol Beretta. Logiknya, serangan udara adalah kaedah serangan tunggal paling efektif. Namun, pasukan tentera udara tidak boleh diharapkan lagi. Semuanya sudah berpaling tadah termasuk Datuk Kota Siantan merangkap Panglima Tentera Udara. Ternyata, Datuk Kotalah yang paling khianat – bapa kepada sekalian pengkhianat. Sebelumnya, dia berucap penuh retorik tapi kini dia menjilat dengan penuh lahap akan air ludahnya sendiri yang turut mengandungi lendir kahak hijau. Kami tiada pilihan melainkan lari melalui terowong bawah tanah menuju ke kawasan pergunungan berhampiran wilayah barat Kota Siantan.

2027, di kawasan pergunungan berjulat 2,500 hingga 4,700 meter dari aras laut. Aku kini sudahpun berusia 25 tahun. Sarjan Hasan menjadi pegawai yang paling tua di kalangan kami. Beliau adalah bapa kami, tuan guru dan panglima tentera. Jumlah kekuatan kami sekarang berjumlah 152 orang. Kami tempuhi segala pancaroba bersama. Biarpun kawasan pergunungan pernah dibedil oleh 50 buah jet pejuang selama tujuh hari tujuh malam pada saban tahun, kami masih bernyawa, dan lebih penting, takkan semudah itu untuk mengaku kalah!

Sesekali kami menyusup masuk ke kota Siantan. Kami lancarkan serangan gerila. Kami letupkan beberapa kawasan strategik pihak musuh dan aku sendiri tidak lepaskan peluang mendapatkan ibu dan membawanya bersamaku tinggal di kawasan pergunungan.

Kini, senjata elektromagnet pihak Exora terus diasak ke ionosfera dan atmosfera sekitar agar diwujudkan kemarau panjang. Sudah lebih dua tahun tidak hujan. Bekalan air daripada sumber mata air gunung masih ada tapi jelas terjejas akibat perubahan cuaca yang semakin panas. Masalah lain yang timbul ialah kebakaran hutan. Sehingga kini, sudah lebih seratus ekar hutan terbakar dan dibakar malah ada di antara anggota kami yang melecur terbakar.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian anda semua," ucap Sarjan Hasan. Ruang matanya bertambah cekung berbanding 10 tahun lalu. Pun begitu, matanya tetap bersinar sebagaimana jiwanya yang bersinarlagimemberiinspirasibuatkami."Penyucianjiwaterlalumustahak, seiring dengan kemahiran menggunakan senjata dan mengatur strategi. Inilah formula yang sering diremeh-temehkan. Formula kuno kononnya. Formula ini bagaimanapun bukan formula sembarangan. Formula yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri."

Aku mendengar dengan tekun sambil erat memegang senjata bersama peluru yang sebahagian besarnya dikitar semula. Kami berbaris dalam saf lurus menghadap air terjun kecil dan dikelilingi oleh dinding batu semulajadi.

"13 tahun Nabi dan para sahabat ditindas di Mekah sehingga memaksa mereka berhijrah ke Madinah. Bagaimanapun pada 10 tahun kemudian, mereka kembali membuka Mekah. Mereka ampunkan mana-mana penduduk Mekah yang pernah menyiksa mereka sebelum -nya. Adakah kalian bersedia untuk kembali ke kota Siantan?"

"Sudah!"

"Pasti?"

"Pasti!"

Laungan kami bergema berkali-kali apabila dikepung sebegitu oleh tembok-tembok batu gunung. Bulu romaku sertamerta naik manakala mataku sudahpun mula bergenang.

"Hanya dengan formula penyucian jiwa melayakkan kita mendapat bantuan Allah. Bukankah ini juga formula yang diamalkan oleh Salahuddin al-Ayyubi sewaktu beliaucubamendapatkansemulakotaal-Quds?

Salahuddin membaca al-Quran, empat hingga lima juzuk al-Quran sehari biarpun sewaktu di medan perang. Salahuddin turut mengampunkan mereka yang sanggup berada di bawah pemerintahan Islam selepas berjaya menguasai al-Quds dan al-Aqsa. Pengikut Salahuddin semuanya amat kuat bermunajat dan menghampirkan diri dengan Allah. Mereka layak mendapat kemenangan bersama bantuan Allah menerusi pelbagai jenis makhluk Allah termasuk malaikat dan menafikan persediaan militari seadanya."

Aku perlahan-lahan menggerakkan bahu yang membawa beg sandang belakang yang mengandungi mesin khas. Mesin khas ini boleh merambatkan gelombang khas yang berfrekuensi serupa dengan frekuensi jati bagi bahan xylencia yang terkandung dalam semua peralatan elektronik milik Exora, sekali gus menghasilkan resonans (xylencia mampu menjadikan peralatan elektronik kebal dengan EMP [electromagnetic pulse]). Resonans bukan sekadar merosakkan peralatan tersebut bahkan dapat membunuh penggunanya!

Sarjan Hasan menyambung bicara, "Nah, apakah yang hendak dirisaukan? Bukankah ionosfrea, atmosfera, angin, matahari, awan, hujan, api dan tanah itu makhluk Allah? Allah mencipta mereka dan berkuasa penuh ke atas mereka. Seorang muslim sepatutnya lebih malu dengan ionosfrea dan atmosfera yang jauh lebih muslim berbanding dirinya. Penguasaan Exora hanyalah sementara lantaran penguasan mutlak adalah milik Allah. Hari ini mereka boleh memaksa hujan tidak turun. Tidak mustahil besok hujan akan 'makan tuan', membunuh mereka dengan banjir besar. Hari ini mereka boleh memaksa angin menyerang kita. Tidak mustahil esok angin yang sama akan 'makan tuan', memelantingkan mereka dengan ribut taufan!"

Selepas jam 1 pagi, kami pun berlepas menuruni gunung menuju ke kota Siantan demi mengambil kembali kota Siantan.

Kami mahu kembalikan maruah bangsa dan agama bersama pertolong-an yang Maha Perkasa. Bisikku kepada ibu, "Anak ibu akan kembali sebagai wira. Jika tidak, anak ibu tetap bergelar wira bersemangat waja."

Zulkifli Khair ialah seorang penulis muda fiksyen sains yang sedang aktif menghasilkan cerpen dan novel pelbagai genre. Blog peribadi beliau: http://ideamenulis.wordpress.com/

Zarah Ilusi (bahagian 2 daripada 5)

oleh SITI NOR SANTI BT MOHD SAFAWI

YANG terzahir jelas hanyalah ayat "Sistem gagal menerima sebarang maklumat" pada skrin besar makmal pangkalan data khas Gagak Hitam di daratan. Puluhan mata yang menyaksikan bungkam.

"Kitaterputuslaluan maklumat!"Dr. Habib menjerit menggegarkan puluhan warga Gagak Hitam lain yang masih membatu kaget. Sedetik tersentak barulah keadaan menjadi hiruk pikuk.

"Macam mana boleh terputus?!"

"Tak sepatutnya ia berlaku!"

"Mustahil terjadi! Sistem kita cukup canggih!" Hanya beberapa perkataan seperti ini yang jelas didengari Profesor Quexz yang selebihnya tidak mampu ditapis lagi oleh telinganya. Bising.

ProfesorQuexz mengetapkanbibirnya.Jemarinya membengkok ke dalam tapak tangan. Tergumpal kemas. Ada getar. Ada gegar. Ada aura. Panas gumpalan itu. Tiada kata yang sudi terluah. Buntu. Seakan mencabar maruahnya.

"Aku tak percaya!"

KIRAAN masa enam bulan bukanlah satu jangka masa yang singkat. Apatah lagi disertai dengan penantian dan pengharapan dalam ketidakpastian. Kesamaran yang nyata. Kalau ditanam jagung tentu sudah berbuah. Kalau dibela ayam tentu sudah bertelur. Kalau dibela kucing mungkin sudah beranak. Namun pada Gagak Hitam masih belum mendapat apa-apa petanda.

Mungkinkah misi itu sudah menempah kecewa di sana?

Ryan dan Vills masing-masing pakar dalam sains kimia aktif.

Atau mungkin sudah meragut nyawa? Tidak ada sesiapa pun yang memiliki jawapan untuk itu. Tidak ada yang berani membuat spekulasi. Masing-masing nekad menanti. Menanti dan terus menanti. Ada yang hampir tewas menyerah kalah.

Ada yang masih was-was. Ada yang semakin cemas. Ada yang sudah ditumbuhi gelisah dalam benih pasrah yang parah.

"Mesyuarat, eksperimen, mesyuarat, eksperimen! Macam dah tak ada kerja lain ke kat dunia ni? Aku dah bosan! Satu habuk pun tak berhasil! Dah la radioaktif tu bahaya! Profesor Quexz dah gila!" Gertak Ryan. Hatinya cukup memberontak.

Memang tiap-tiap hari mereka telah bertungkus lumus menghasilkan alat untuk mengesan nadi dengan menggunakan sinar radioaktif di makmal eksperimen radiasi ilham Profesor Quexz. Tujuannya untuk mengesan kesemua anggota Gagak Hitam yang hingga kini masih belum ada khabar berita. Di antara yang bekerja keras adalah Ryan dan Vills sendiri termasuklah dengan bantuan beberapa anggota Gagak Hitam yang lain. Ryan dan Vills masingmasing pakar dalam sains kimia aktif. Setiap hari mereka akan dipantau oleh Kepala Gagak Hitam iaitu Profesor Quexz bagi menjamin mutu kerja.

Vills memamah laju roti beralas daging berselang keju. Panjang tengkuknya menelan cebisan gigitan yang sedikit besar. Halkumnya tertolak dan menonjol ke depan. Sebesar anak batu kerikil di kaki bukit. Segera tangannya mencapai segelas air suam yang sudah bertukar menjadi molekul-molekul kecil dalam gelas yang diperbuat daripada titanium lalu dituangkan ke dalam mulut yang majoriti gigi barisan hadapan dikoloni oleh gigi kapak

Vills hanya memerhatikan sahaja telatah sahabatnya. Tanpa sebaris kata dia merenung tajam ke dalam anak mata insan yang semakin mahu mengalah itu. Rautnya tidak menayangkan kemesraan. Wajahnya serius. Dua pasang kornea mata bertembung. Satu aliran interaksi bahasa hati tercetus. Ada virus geram menular dan merebak dalam bebuluh darah Vills. Kalau tidak difikirkan orang sekeliling, rasanya dah lama bonjolan baru muncul di dahi Ryan.

"Kau dah lupa janji kita?" Vills cuba mengembalikan Ryan ke alam nyata.

"Kau dah tak mahu mencuba? Kau dah mengaku tewas?Atau kau dah jadi bodoh?!" Nada yang sengaja ditinggikan. Soalan Vills menjadikan Ryan terdiam. Soalan yang menjanjikan kelukaan. Ryan tersedar. Rupanya dia telah mengguris hati dan perasaan Vills. Bungkam.Kelu.SesungguhnyaRyantidakpernahmelupakanjanjinyapada abang angkatnya. Cuma kadangkala jiwanya tertekan menyebabkan janjinya hampir padam. Mujur ada Vills yang masih cekal.

Vills kini sudah berdiri dengan menghunus pandangan yang sangat garang tepat kepada Ryan. Tajam.

"Aku tahu kau dah lupakan Abang Gman. Kau tak nak berusaha selamatkan Abang Gman lagi. Kalau itu yang kau inginkan Ryan, aku tak boleh paksa kau dan aku tak nak paksa kau. Aku tak akan paksa kau!" Tiba-tiba kemarahan Vills tidak mampu dibendung lagi. Tanpa menoleh dia menapak laju. Puluhan mata yang sama-sama menikmati makanan tengah hari di kafe Gagak Hitam itu terpukau ke arah mereka. Tidak ada sesiapa yang berani mendekati mereka. Ryan masih terkejut.

Sirenamaranmesyuarattergempartiba-tibabergema.Masingmasing segera menyarungkan jaket rasmi Gagak Hitam sebagai pakaian seragam mereka. Berbondong-bondong makhluk berjaket hitam berlogokan seekor gagak hitam yang sedang menebarkan kedua-dua belah kepaknya dalam bulatan berwarna putih bergegas ke dewan mesyuarat bersama pertanyaan di kepala masing-masing. Ada sesuatu yang penting akan disampaikan. Mungkin! Atau mereka bakal menerima arahan terbaru daripada pihak atasan. Mungkin juga.

Ryan masih melabuhkan punggungnya pada kerusi empuk di makmal pangkalan data awam itu sambil memerhatikan skrin besar di hadapannya dengan pandangan yang hambar. Kata-kata Vills sewaktu makan tengah hari tadi masih lagi terngiang-ngiang. Katakata Vills yang berbisa ada benarnya dan dia tidak menyalahkan Vills seratus peratus. Salahnya juga kerana hampir berputus asa.

Bersambung ...

Hantar IKLAN anda.

Sila Hubungi:

[email protected]

Lizofik's Monster (bahagian 1 daripada 3)

oleh RICHARD HUANG

PANGADI stretched his mighty muscles as he rose from fitful slumber. With his energies fully restored he would resume the great hunt. His ambition had taken him a long way from home. He was now in a part of the planet totally uncharted by his clansmen. Yet the task did not daunt him. His pledge to the clan stood and fulfill it he must. He had no doubts whatsoever that he would succeed. Such was his confidence

He surveyed the scene before him. The feeble sun had cast everything in an eerie light. To his eyes everything appeared odd and not a little grotesque. Nothing was like home. The trees were stunted, the leaves a sickly green, the grass thorny and unwelcoming, the entire landscape wrongly proportioned and disorienting. Even the creatures seemed blighted by disease or inbreeding. He found the region generally repulsive and would not stay any longer than he had to.

As the great hunter bent to pick up his heavy lance, he heard what sounded like a female voice. It appeared to be coming from the very stream he had drank from the previous night. With nary a sound, he moved stealthily through the dense undergrowth toward the source of the noise.

Pangadi crouched at the edge of the stream and slowly parted the tall grass before him. His eyes widened with amazement as he saw a young maiden washing herself in the waters. Her features were a little different from those of his clanswomen but she was undoubtedly beautiful. Of all the ugly things he had seen in that abominable place she was the one and only that pleased his eye.

The hunter watched the beauty dry herself and put on what looked to him like sack cloths. He was about to approach the fair maiden when he noticed a movement in the corner of his eye.

To his horror, an enormous beast emerged from the forest and sat itself next to the lady. It was round and had the thick black hide of an olifant. It glared at the maiden with angry blood-shot eyes and bared razor-sharp teeth. She merely stood submissively with her head lowered as if waiting for a command.

The monster growled something to which the lady responded by nodding. Pangadi watched entranced but without comprehension as more instructions were issued in a tongue unknown to him. Eventually the beast lumbered back into the trees. The lady sat down as in despair. After a moment she picked up an old sack and began to fill it with drift wood.

Pangadi checked to see that the monster had really gone before stepping out into the open. The lady, upon seeing the tall hunter, dropped her sack in alarm and attempted to flee.

"All is well, fair lady!" Pangadi spoke in a soft tone. "I mean no harm".

He placed his lance upon the pebbles and sat himself down on a large log.

"I merely wish to talk."

The lady halted her steps and watched Pangadi warily. Pangadi attempted a smile. "Do you understand my language?" he enquired.

The lady nodded sheepishly and replied, "Some."

"My name is Pangadi. I am a hunter from the north. I come seeking Mako meat which is rare and priceless in my region."

Bersambung ...

Advencer Realiti Maya (bahagian 1 daripada 2)

oleh NAIMISA YUSOF

"SELAMAT DATANG ke Arena Realiti Maya! Impian anda menjadi realiti." Terdengar ucapan aluan daripada penyambut tetamu Pusat Pelancongan Teknologi Maya. Amar dan rakan-rakannya berpusupusu masuk. Keadaan bingit. Pengunjung bersesak-sesak menunggu giliran.SetiappengunjungdikenakancajRM30.00.ArenaRealitiMaya adalah sebahagian slogan di sebalik teras teknologi taman liburan itu.

Pusat teknologi dibangunkan menggunakan aplikasi realiti maya. Realiti maya mengubah dimensi audio visual sehingga menyihirkan minda pengamatnya, seolah-olah bayangan itu benarbenar wujud. Tidak keterlaluan, teknologi ini umpama seorang yang terlalu taksub dengan halusinasi. Bezanya cuma realiti maya masih terkawal sifatnya. Beberapa segmen pengembaraan advancer disediakan pihak penganjur. Antaranya pengembaraan ke angkasa, pengendalian jet di medan tempur, penjelajahan di dasar laut. Setiap pondok advancer (adventure booth) menyediakan skrin sesentuh, topi khas dengan simulasi realiti maya, kerusi dan joy stick. Setiap adventure booth dikhaskan kepada seorang pengunjung dan ditutup apabila pengembaraan hendak dimulakan.

"Aku takut!" Jelas Amar. Inilah pengalaman pertamanya mengunjungi pusat rekreasi interaktif.

Zaid menenangkannya, "Apa halnya? Konsepnya seperti rumah hantu, tetapi pendekatannya lebih sofistikated."

Rumah hantu memerlukan pengunjungnya berjalan mengikut lorong-lorong yang disediakan, sambil itu karakter hantu, kesan bunyi dan latar tempat diwujudkan. Pusat teknologi tersebut hanya menggunakan simulasi komputer, pengunjung duduk pegun sambil mengawal pengembaraan menggunakan joy stick. Topi khas hanya menambah kesan khas audio visual, di samping mengalihkan penglihatan kepada persekitaran sebenar.

"Jangan risau. Tiada kejutan seperti di rumah hantu," sokong Aiman pula. Amar masih takut-takut. "Aiman, engkau masuk dulu. Aku lepas 'ni." Aiman tidak berlengah lagi. Lalu dia masuk ke dalam pondok advencer dan menikmati pengembaraannya. Amar dan Zaid menunggu di luar.

"Rumah hantu adalah bentuk tradisional. Grafiknya kaku, pergerakan patung-patung hantu dibuat oleh manusia. Selain rumah hantu, kita beralih ke arah konsep realiti maya moden. Pusat Sains Negara memperkenalkan misi penjelajahan ke angkasa. Pengunjung duduk di dalam dewan, kemudian persembahan dimulakan dengan membawa pelawat menghayati persekitaran di angkasa," Zaid berceloteh panjang.

Keadaan sungguh meriah. Kanak-kanak terutamanya sangat teruja. Seorang kanak-kanak menangis mahu 'mengembara' semula. Ibunya memujuk dengan pelbagai helah. Maklum sahaja, peluang yang diberi hanya sekali. "Kita datang lain kali, ya?" Wanita itu mengurut dadanya kelegaan bila anaknya berhenti menangis.

Sepuluh minit kemudian Aiman keluar. "Wah, hebat! Tidak sia-siatigapuluhringgit'tu."Aimanbaharusahaja'turun'dariangkasa.

Amar tidak sabar-sabar lagi setelah melihat kepuasan terpancar di wajah Aiman. Apatah lagi sebentar tadi dia melihat reaksi kanak-kanak yang lebih muda daripadanya. Dirinya tercabar.

"Aku masuk dulu," Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Zaid.

Topi khas tertera perkataan VR Hat disarungkan ke kepalanya. Kemudian dia membuat pilihan advancer. Jari telunjuknya pantas menekan butang pilihan, 'Unexpected War'. Dia mendapati dirinya berada di dalam dewan. Selain dirinya, terdapat seratus juruterbang serta pegawai tentera. "Welcome to the Unexpected War Zone. We're fighting in the backward world." Taklimat 'perang' disampaikan dalam nada pejuang, penuh semangat dan harapan untuk menang. Tatkala ucapan pegawai turus tentera selesai, dia bangun dan melangkah megah ke pesawat tempur. Bentuknya seperti pari helang. Zon pelepasan pesawat hinggar. Hangar itu bergegar dek lantunan gema bunyi pesawat berlepas. Setiap kali tindakan dibuat, dia akan mendengar diskriptifnya seperti konsep penjelasan dalam permainan komputer. Kawalan pesawat hanyalah menggunakan joy stick. Terasa dirinya sedang menduduki ujian simulasi calon juruterbang. Trafik udara bersimpang siur dengan ratusan pesawat tempur dan peluru berpandu. Dia kemudian meluncurkan pesawatnya pada ketinggian tertinggi. Setiap peluru ditangkis dengan sinar laser.

"Boom!" Pesawatnya bergegar. Peluru berpandu kalis radar menghentam dari arah belakang. Dia kini dalam bahaya. Asap mula berkepul-kepul dengan sinaran api yang marak. Dia menanggalkan tali pinggang keselamatan dan menekan butang emergency eject di bawah tempat duduknya. Dia melantun keluar. Anehnya, tidak ada pertempuran di sekitarnya justeru dia selamat mendarat di kawasan gurun kontang. Dia menanggalkan payung terjun dan menggagau pinggang, pistol berisi peluru tersisip kemas. Lantas dicabutnya sambil berjalan penuh waspada. Air gurun mengombakkan pasir. Puing-puing kecil menerbangkan debu. Pandangannya berkabut. Sekonyong-konyong muncul lembaga besar! Bayang besarnya menutup seluruh pencahayaan, dia kini dalam kesamaran. Gelap dari arah hadapannya. "Siapa kamu?"

Lembaga itu berhenti, "Aku Australopithecus."

"Oh? Engkaulah dongengan pendokong Darwinisme itu?" Dia kaget. Suaranya bergetar. Seluruh badannya menggigil.

Lembaga itu masih kaku sambil memerhatikannya, "Usah

Setahunya, dakwa penyokong Darwin, Australopithecus hidup lima hingga enam juta tahun lampau. Otaknya dikatakan 35 peratus saiz otak manusia moden. Dan lebih aneh lagi, Australopithecus adalah makhluk perantara dalam evolusi beruk yang menjadi manusia.

gusar. Aku tidak akan membahayakanmu."

Dia menurunkan pistol yang diacu kepada Australopithecus.

"Apa mahumu?"

Australopithecus mundar-mandir kemudian berhenti sejenak, "Begini. Aku mahu menyatakan kebenaran."

"Kebenaran?" kekagetannya sudah surut. Jaminan Australopithecus yang tidak memudaratkan membuatkannya berani. Dia kini lebih santai.

Bersambung ...

oleh RAIHA BAHAUDIN

Episod 1: Bermulanya Kembara Ratna

16 Mei 3104 Berhampiran atmosfera Jupiter

DADA Raja Johan Syah sesak. Korneanya menangkap imej letusan demi letusan besar yang menggegarkan pesawat seperti tidak berpenghujung di luar Jambatan KAD Bayan. Visual skematik pada holoskrin di hadapannya menunjukkan peratusan bahan api yang merundum pantas hingga 23.87%. Sistem perisai tidak berfungsi lagi. Bunyi bising amaran pesawat seakan tidak terdengar. Anak kapalnya bergelimpangan. Tidak pernah dia digempur oleh armada sehebat ini. Benar-benar dia rasa tertipu. Memang benar sekali telahan Jeneralnya; peperangan ini perangkap semata-mata!

Tidak jauh daripada medan tersebut, kira-kira 5 km, sebuah pesawat kelas battleship bersaiz 780 meter dengan muatan 38 anak kapal menanti tenang. Belumpun pesawat itu menunjuk belang, imejnya saja sudah cukup menggerunkan. Tingkap pada jambatan pesawat kelihatan seperti mata garang merenung tajam. Berekabentuk industrial sepenuhnya, dengan kemasan titanium kasar bercalar balar seakan seorang panglima yang hidup hanya untuk perang. Geroda Battleship masih tidak berganjak. Bagaimanapun, di kiri kanan pesawat, seakan tidak sabar Turret Heavy Laser, Rotary Autocannon dan Shipkiller Torpedoes dihalakan ke medan pertempuran; sedia menyerang.

Di dalam jambatan Geroda, seorang lelaki berdiri berbadan sasa seolah atlet bina badan terlebih dos steroid dan bersut utilitarian hitammerah. Dengan mata kecil tirus dan berambut panjang lurus, dia memerhati tajam keadaan di luar yang semakin menggasak. Beberapa pesawat juang yang dilepaskan Geroda tadi semakin hebat menyerang Bayan tanpa henti. Dia senyum kecil. Tidak dihiraukannya kru yang sibuk menganalisis data serangan mereka.

Tak apa yang perlu dirisaukan. Mereka tak bersiap sedia. Sayang sekali. Tak berpeluang langsung menggunakan pesawat-robot berteknologi trans warp eksperimental mereka. Kini ia akan jadi milik kami. Dia akan pastikan Koloni Nu Gene tak akan lupa dengan Panglima Hitam.

Senyumnya makin lebar.

"Kenapa tak gunakan saja trans warp? Apa gunanya kita ada pesawat sehebat ini kalau tak boleh guna, hah?" Pekik Johan Syah. Radang benar melihatkan krunya yang seperti tidak berbuat apa.

"Kita tak boleh nak agih tenaga yang tinggal sedikit ni pada sistem enjin! Lagipun, Tuan pun tahu; pesawat ni kan eksperimental! Masih tak stabil!" bersungguh Rais, anak kapalnya memberi alasan.

Rasa mahu dibuatnya ketika ini. Bantuan armada ke atas serangan yang disangkakan kecil menjadi perang paling kalut yang dilaluinya. Apatah lagi pesawat-robot dengan pecutan trans warp eksperimentalnya ini adalah teknologi rahsia saintis Nu Gene. Jatuh ke tangan musuh bukan satu pilihan.

"Apa yang kita nak buat, tuan?"

Johan menghela nafas, cuba menenangkan hatinya yang berdebar kencang.

"Ada sesuatu lagi tentang Bayan yang kamu tak tahu..."

Johan Syah merenung Rais seperti renungnya orang yang tiada harapan. Jeda seketika. Fikirannya menerawang seolah mahu kembali ke koloni. Menghela nafas panjang bila imej di dalam kepalanya terhenti pada seorang gadis berwajah eksotik bersuit merah. Kemudian menarik satu kompartmen rahsia yang jika dilihat pada luarnya seperti tiada apa. Satu punat hijau, bertulis, 'KECEMASAN SAHAJA'. Johan Syah berhenti seketika. Kemudian menekan butang hijau. Ya, hijau. Warna keramat Nu Gene.

"Pulanglah!"

Renungan Panglima Hitam jadi tajam. Berdirinya tadi tenang-tenang saja, mula mengalih tapak. Ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu pada KAD Bayan. Data visual skematik analisis pada Bayan yang tadinya malas seperti diterjah satu tenaga. Panglima Hitam memandang ke luar jambatan Geroda. Bayan yang sedang digasak dengan turret bertubi-tubi oleh pesawat juang musuh bergegar hebat seperti mahu meletup. Satu garisan melintang bercahaya terang kelihatan pada KAD Bayan. Sejak menyerang hendap, inilah kali pertama Panglima Hitam diserang debar kencang.

Apa dah jadi? Mustahil Bayan serapuh ini? Sia-sia saja dia berebut teknologi ni dari Johan Syah celaka!

Kemudian, letusan cahaya seterang bintang Supernova muncul menyebabkan mata Panglima Hitam seakan buta seketika. Antara nampak dan tidak, KAD Bayan terbelah dua, berpisah dan bahagian bawah Bayan meluncur laju dengan pengumpulan tenaga untuk pecutan trans warp. Sekelip mata, separuh Bayan lenyap dalam pandangan. Semua terjeda.

Di penghujung sistem solar, (bukan di orbit Pluto kerana anda sendiri tahu Pluto bukan planet terakhir dalam sistem solar) beberapa separuh sfera kehijauan lut cahaya berdiameter sekurang-kurangnya 5 km setiap satu seakan tergantung di tengah angkasa. Dengan bingkai gaya seni bina campuran Islam Timur Tengah dan Gothik, dari satu sudut kelihatan seolah bola hikmat kaca bergaya vintaj milik wanita tilik gipsi. Kubah-kubah ini dipegang pula dengan jambatan dihubungkan dengan kubah paling besar di tengah. Menerobos ke dalamnya mengasyikkan sekali.

Koloni Nu Gene. Stesen angkasa dan planet buatan sememangnya keistimewaan Nu Gene. Merekalah koloni perintis teknologi angkasa. Kerana sejarah mereka mengajar mereka supaya tidak bergantung pada planet untuk hidup. Planet buatan yang dibina atas konsep utopia mengujakan sesiapa saja yang pernah melihatnya.Bingkai pemegang kubah yang halus beronamental bukan hiasan semata tetapi juga memaksimakan kutipan tenaga solar. Dan siapa sangka, di bawah kubah-kubah kaca, bandarbandar ultra moden bersenibina Neo Timur Tengah-Gothik berselang seli dengan taman dan kebun hijau bertingkat-tingkat dalam bandar.

Bagaimanapun, di kubah utama tengah bandar pada hari itu, suasana tidak seindah biasa. Ratna Kemala dan Inang Dara berkejar bersama pengiring ke Jabatan Logistik, Kor Tentera apabila menerima khabar luar biasa itu. Kor angkasa yang sedikit berbeza gayanya berbanding bangunan lain di bandar ini, kelihatan sibuk. Beberapa kereta hibrid tentera keluar masuk sejak tadi ke perkarangan bangunan bergaya industrial-utilitarian berkemasan kaca dan keluli tahan karat ini.

Ratna Kemala masih mengah ketika Jeneral Musa menunggu resah.

"Puteri! Kita ...."

"Ratna! Ratna saja, Jeneral."

Inang Dara menyiku dan berbisik, "Puteri ... Protokal di depan pegawai!"

Ratna tidak membalas. "Masalah apa, Jeneral Musa?"

"Menara kawalan terima isyarat dari pesawat abang puteri, dengan arahan

SAR ..." Kemudian diam. Ratna menanti dengan renungan tajam. Debarnya makin laju.

"Dan?"

"Separuh saja dari komponen pesawat Bayan yang pulang. Tiada sesiapa di dalamnya ..."

Jeneral Musa merenung Ratna. Galau hatinya melihat gadis 16 tahun ini. Kehilangan ibubapa lapan tahun lepas satu tragedi. Abangnya yang terpaksa menjadi ketua koloni pada usia 17 tahun walaupun satu usia matang bagi Nu Gene tetap beban besar yang harus digalas. Tidak untuk satu lagi tragedi.

Ratna tunduk diam. Berlagak tenang. Ada air mata yang bertakung. Ratna. Ratna. Koloni mengenalnya sebagai gadis yang terpaksa menjadi matang. Tiada tanda dia seorang puteri jika berpapasan di jalanan. Bertubuh kurus, kulit hazel dan sentiasa bersuit merah hati simbol kecekalannya, berbut tinggi lelaki dengan rambut merah-coklat berpotongan ala Anna Wintour paras bahu. Yang membuatkan fizikalnya begitu istimewa cuma mata hijau kecil dan tulang pipi tinggi.

"Boleh saya lihat pesawat?" Air mata Ratna bergenang.

Tiada yang istimewa di hangar pesawat Kor Tentera, Nu Gene. Beberapa pekerja teknikal yang baru sampai dengan kenderaan hibrid Kor Tentera sedang memunggah alat ganti pesawat. Mata Ratna memerhati tajam luaran KAD Bayan. Dengan panjang 380 meter, Bayan yang berekabentuk organik; gaya tersendiri pada semua pesawat Nu Gene dengan sedikit ornamen dan butiran pada sayap sememangnya bukan pesawat perang.

Cuma dengan kelengkapan beberapa senjata seperti I x Class 5 Heavy Laser dan 2 x Class 3 Shippkiller Torpedoes serta sedikit tambahan 2 x Class 5 Rotary Autocannon, Bayan seperti pesawat renjer angkasa berbekal sedikit senjata pesawat perang. Tapi Bayan masih istimewa. Ratna tahu itu. Abangnya, Johan Syah menyebutnya berkali-kali. Koloni mana lagi yang mempunyai teknologi pesawat-robot trans warp? Ya. Cuma Nu Gene. Dan Ratna juga mengerti kerana sebab itu juga dia kehilangan satusatunya saudara yang masih ada.

Ratna lihat sesetengah bahagian badan pesawat yang kemek dan penuh kesan terbakar akibat tembakan.

Apa saja yang dilalui abang Johan Syah? Di mana dia? Apa yang berlaku pada abang dan skuadnya?

"OS pada pesawat Bayan alami kerosakan teruk. Cuma sistem trans warp beroperasi dengan baik. Kita tak dapat jejak koordinat abang puteri."

Ratna menung. Pesawat-robot. Kenapa pesawat-robot? Apa kaitan robot dengan pesawat ini pula?

Cuma Inang Dara mengangguk-angguk melayan Jeneral Musa.

"Kita cuma terima arahan untuk misi SAR. Di mana, kita masih tak tahu. Saintis dan jurutera Nu Gene sudah menghantar pegawai teknikal kita yang terbaik, Pak Megat dan Bongsu untuk membaik pulih secepat mungkin enjin dan OS pesawat."

Ratna masih menerawang jauh. Raja Johan Syah. Ratna seperti masih dapat melihat mata abangnya. Ibarat filem seluloid yang berputar. Air mata Ratna merembes lagi. Ironinya, sejak ibubapanya pergi, Johan Syah tidak pernah lagi melindungi Ratna. Ratna ditukarkan ke sekolah tentera awam kelas pertengahan koloni. Tidak pernah lagi melayan Ratna seperti budak perempuan. Malah hanya melihat apabila pada satu hari dia dipukul sekumpulan budak-budak lelaki. Ya. Ratna pernah membenci abangnya, Johan Syah.

Dia masih ingat lagi pertengkaran mereka beberapa tahun lepas.

"Kenapa abang berubah? Abang lupa Ratna satu-satunya saudara abang yang masih ada?" Ratna memekik. Radang sungguh dia melihat perubahan sikap Johan Syah.

Abangnya kelihatan tua beberapa tahun daripada umur sebenar. Beberapa urat rambut putih terjuntai di hadapan yang kelihatan seperti diwarna cuma menambahkan kegilaan gadis koloni padanya. Ya. Bagaimana jauh pun Johan Syah berubah, dia masih lelaki segak bujang paling berkelayakan di koloni ini.

Pandangan dalam Johan Syah bertukar mendung. Dia memegang kedua bahu Ratna.

"Ratna, abang cuma mahu pastikan. Jika sesuatu berlaku pada abang, Ratna boleh ketuai koloni."

Johan Syah mendakap rapat Ratna dan mengucup dahinya.

"Abang masih di sini, Ratna. Tak pernah berubah."

Jeneral Musa dan Inang Dara masih berlegar sekitar Bayan. Kelihatan Jeneral Musa masih menerangkan sesuatu pada Inang Dara. Ratna berlari mendapatkan Jeneral Musa.

"Jeneral, bawa saya berjumpa Menteri Pertahanan!"

Ratna merengus. Dengan sengaja dia menghempas kuat pintu kaca bilik Menteri Pertahanan. Sia-sia saja rundingan ini. Apa lagi dayanya mahu menyertai skuad misi SAR mencari Raja Johan Syah yang hilang entah ke mana. Ratna henti sebentar. Fikirannya ligat mencari akal.

Ya. Inang Dara. Inang Dara akan menolongnya.Hanya dia saja.

Di dalam bilik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Adding tunduk menggeleng kepala. Rumit benar berurusan dengan Ratna. Puteri seorang ini tidak mahu berkrompomi. Apa gilanya dia mahu melayan permintaan menghantar skuad bantuan diketuai gadis kadet 16 tahun tanpa pengalaman ke tangan musuh? Itu belum lagi mengira dia sebagai pewaris akhir bangsawan Nu Gene yang tinggal sedangkan nasib abangnya tidak diketahui lagi?

Datuk Seri Adding menghela nafas panjang kembali tenang. Dia meneruskan kerja-kerjanya dan menganggap rundingan tadi selesai.

Dia silap besar. Ternyata dia tidak kenal siapa Ratna Kemala.

Ratna Kemala memandu tenang selamba kenderaan hibrid kepunyaan Kor Tentera. Inang Dara yang dipaksanya memakai pakaian tentera kelihatan keliru dengan apa yang berlaku. Ratna mengerling ke arah Inang Dara. Perempuan berumur 28 tahun di sebelahnya lebih layak dipanggil 'puteri' berbanding dirinya. Dengan rambut lebat beralun perang muda; sifat fizikal yang jarang dilihat pada koloni Nu Gene dan berkulit cerah mulus kelihatan glamor sekali. Selain daripada hari ini, sering saja dia mengenakan gaun cashmere berwarna fushia cerah membalut tubuh mongelnya.

Bagaimana wanita seperti Dara boleh menjadi inangnya, dia sendiri tidak mengerti. Dia diambil oleh Raja Johan Syah beberapa tahun dulu untuk menjaga keperluan Ratna. Mungkin juga Johan Syah cuma mahu memastikan sifat kelelakian Ratna boleh dikawal jika sentiasa ditemani Inang Dara. Walaupun dia pasti itu tidak akan berlaku, dia senang sekali dengan Inang Dara. Tidak pernah menyoal atau mempertikai. Sentiasa saja dia menggembirakan Ratna. Rupa luarannya walaupun kelihatan seperti bimbo jelita yang kosong, Inang Dara adalah penyorak Ratna yang sangat setia. Dia kira, kerana itulah dia mengheret Inang Dara pada hari ini. Bukan untuk menyelesaikan masalah; tetapi untuk mengurangkan galau hatinya.

"Inang Dara tahu tak kita nak ke mana?"

Inang Dara terus sengih ceria, "Tak pernah lagi kalau ikut Ratna, kita jadi bosan. Tak kisahlah nak pergi ke mana pun. Kita ikut je! "

Ratna senyum lebar. Memang dia tidak mengharap jawapan yang lain.

Bersambung ...

Secicir Tentang Raiha Bahaudin

Raiha binti Bahaudin, dilahirkan pada 16 April 1977 dan pernah bersekolah di Sek. Ren. Keb. Jalan Datuk Palembang dan SMK(A) Sharifah Rodziah. Penerima Diploma Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia ini pernah bekerja sebagai pembantu arkitek di beberapa buah firma sebelum membuat keputusan untuk untuk melibatkan diri ke dalam bidang produksi dan penerbitan animasi serta majalah TV di Firecrackers (M) Sdn. Bhd. Beliau kini menjadi penulis skrip beberapa animasi seperti Rajawali serta majalah TV seperti Anjung Seri. Kini beliau sedang mengusahakan penulisan dan penerbitan rancangan Deko Budget dan Cergas, Sihat, Bergaya! Siri Inderaputra dan Nakhoda Muda adalah usaha Firecrackers untuk menghidupkan kembali sastera klasik yang semakin dilupakan dalam bentuk baru. Bercita-cita untuk menjadi penerbit dokumentari berkualiti, beliau juga adalah peminat setia anime seperti Macross Frontier, Apple Seed dan Karas.

Menurut Raiha, kosmologi cerita bersiri ini merupakan adaptasi daripada sastera klasik Melayu, Hikayat Nakhoda Muda dalam bumbu fantasi dan perasa sai-fai. Beliau hadiahkan cerita bersiri ini untuk tatapan generasi baru yang tidak pernah mendengar kehebatan pengembaraan, pencarian dan cinta seorang saudara bernama Ratna Kemala.

Sumbangan Karya/Pandangan

Karya fiksyen, bukan fiksyen tanpa format apa-apa pun (janji tersemat dalam idealisme fiksyen sains, fantasi, seram dan lain-lain genre fiksyen spekulasi) mohon dihantar kepada [email protected] untuk disiarkan dalam CEREKAWALA edisi seterusnya. Kami ada hak untuk menolak manamana karya yang tidak sesuai. Tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku jika penaakulan mantik diamalkan terhadap niat pembaca yang memilih zine ini. Kami juga mengalu-alukan pandangan saudara-saudari yang bernas untuk evolusi zine ini.

Sai-Fai.com:

Nazri M Annuar Serunai Faqir Fadli al-Akiti Firdaus Arif Jonos Mat Jan

Penyumbang Cerekawala02: Fadli al-Akiti ([email protected]) Zulkifli Khair ([email protected]) Siti Nor Santi bt Mohd Safawi ([email protected]) Raiha Bahaudin ([email protected]) Richard Huang ([email protected]) Naimisa Yusof ([email protected])

ftrecfacker

mempersembahkan ...

Siri Animasi 3D Sai-Fai Yang Pertama di Malaysia Sebuah terbitan Firecrackers Studios