Pustaka Taratsa

Baca teks (PDF): Zine Buku Jalanan

22 halaman · 22 halaman diproses dengan OCR · 18.3 detik

Versi OCR mungkin terdapat kesalahan eja, ketik, tata letak, atau hal terkait tipografi. Untuk ketepatan hasil, silakan merujuk pada dokumen asli.

Daftar isi
  1. Pustaka
  2. KATAMULA
  3. Ayam Merdeka
  4. CATATAN:
  5. Penggerak-Penggerak Buku Jalanan TITI
  6. Kesimpulan
  7. Pembacaan Haram
  8. Boleh Memudaratkan Ketenteraman Awam
  9. Dasar Galakan Membaca
  10. SUATU KRITIKAN TERHADAP PEMBEBASAN BUDAYA MEMBACA. MOHAMAD EDY IRWAN AB RAHMAN
  11. Pengenalan
  12. Tamadun lahir dari pembacaan.
  13. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...
  14. Kord Lagu & Lirik
  15. Sudut Berahi
  16. Adat Berjuang
  17. Penutup
  18. Catatan Peristiwa Penting: Buku Jalanan Kota Bharu Oleh: The Dhani
  19. (30 November 2012)
  20. (27 Januari 2012)
  21. (3 Mac 2013)
  22. (8 Mac 2013)
  23. (7 Mac 2013)
  24. Sambungan catatan.
  25. Ini Bukan 'Klise'!
  26. Pendahuluan
  27. Ingat Sejarah
  28. Kisah Bagaimana Addan Diangkat Ke Langit
  29. Wawancara: Raja Ahmad Aminullah

Catatan.

Pustaka

Dalam perang zaman,

Pustakalah ranah indah paling damai,paling selamat

Melindung buku takkan ia kalah

Sampai dunia kiamat,

sampai dunia lumat.

Nur Adilla Abd Rahim

(Pustakawan Buku Jalanan Amerika Syarikat)

KATAMULA

Selisih usia tiga tahun, jika anak-anak sudah keletah derianya ~ mulut berbutir bicara,telinga menangkap dengar, mata mengerti segala, kulit berbalar rasa, hidung waspada suasana dan yang fikrah,ranum dituai rangsang.

Merendah diri kami bersyukur,keluarga besar Buku Jalanan merai yang tiga usianya Buku Jalanan dan derianya.

Deria dan usianya Buku Jalanan ini pada apa? Derianya rangsang pada lembar wacananya tonggak B.A.C.A (Books . Arts . Culture Activism ) yang mengisi ruang membumi mulanya di seri Taman Tasik Shah Alam hinggakan bercambah mengufuk.dari timur ke barat, utara ke selatan.

Terzahir dalam catatan ini sekelumit dari usia teman-teman yang setia pada idea bagaimana Buku Jalanan ini hadir dengan cita ruang awam melaksana ruang wacana.

Tercatit dari bait kata-kata teman-teman sekalian hanya secebis dari titis peluh'menggembleng tanggungjawab ilmu.

Yang terakam adalah sebuah memoir bahawa ada tidak ada jalan lain untuk mengupaya warga kecuali melintas antara jambatan antara keduanya ilmu dan praksis.

Agar dalam setiap selak lembar himpunan rencam catatan teman-teman keluarga besar Buku Jalanan dalam makalah kerdil kan mengobor jiwa-jiwa.besar'tiap-tiap sumbu diri.

Mengundur diri pada kata mula ini biar bergema dalam tiap-tiap diri kita yang sekelumit kita berkongsian, rantaian kebaikan kan'bertaut.

Dirgahayu selamanya.

Sekian,

Editorial Buku'Jalanan,

Fathi Faruq. Zikri Rahman Santi Ezyan. Acino Seth.

"PEMBAKARAN DAN PENGHARAMAN BUKU, ADALAH SALAH SATU RITUAL PEMBODOHAN

Lamunan aku tersentak bila pintu reban dibuka, badanku yang kebetulan paling dekat dengan pintu dicengkam erat. Aku sendiri tiada niat untuk melepaskan diri. Jangan risau, aku terlalu gemuk untuk berlari. Seorang lelaki memegang kaki dan seorang lagi menjerut leher aku mencari urat merih. Sejuk pisau menyentuh leher. "Akhirnya". Terasa sedikit pedih dan darah membasahi bulu putihku. Jasadku dilepaskan untuk menggelupur di tanah. "Akhirnya".

Aku kumpulkan seluruh sisa tenaga yang ada dalam diri dan melompat ke atas bumbung reban, dan berkokok sepuas-puasnya. "Akhirnya, MERDEKA!".

Dan semuanya menjadi kelam.

Bumilangit Buku Jalanan Kota Damansara

KAU BACA BUKU TU? HARAM TU, TAU TAK HARAM? TENGOK HARGA PUN DAH TAU MENYESATKAN BUKU-BUKU NI MAMPU BUAT KITA SESAT, JANGAN BACA! NANTI JADI KAFIR, ERRR....HARAM HARAM. ponulisiposland BRO DAH BACA KE?

Suatu usaha kadangkala tidak memerlukan permulaan yang rumit dan penuh romantis. Tidak keterlaluan jika dikatakan begitulah Buku Jalanan TITI (BUKU JALANAN TITI) bermula.

Seringkali permulaan itu mengingatkan kepada pertemuan Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei di dalam San Guo Yan Yi (Kisah Tiga Kerajaan). Tidak saling mengenali, bertembung, saling berkongsi harapan perjuangan, langsung bersumpah setia sebagai saudara dan berjuang bersama-sama.

"Kami tidak harap lahir pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama. Namun harap dapat mati pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama," adalah lagenda sumpah setia mereka di bawah pohon pic dan terus dikenang merentasi zaman.

BUKU JALANAN TITI juga bermula dengan pertemuan dua orang insan yang tidak saling mengenali di Buku Jalanan Shah Alam. Namun keduanya berkongsi hasrat yang sama. Satu hasrat baik juga dikongsi penggerak-penggerak lain yang turut serta kemudiannya.

Matlamat awalnya cukup tawaduk dan harapannya tidaklah menggunung tinggi. Matlamat yang disepakati para penggerak adalah untuk membawa keluar buku dari rak-rak penuh eksklusif dan diletakkan di ruang awam agar dapat dinikmati setiap warga. Hak membaca adalah hak semua.

Maka BUKU JALANAN TITI membawa buku kepada alam dengan harapan membawa manusia kepada buku. Sehingga ke hari ini masih tercatat di laman Facebook BUKU JALANAN TITI, "Tiada dinding, hanya ada pohon-pohon rendang. Tiada permaidani mahal, hanya ada empuk rerumput hijau. Tiada penghawa dingin, hanya ada hembusan angin tasik. Membaca buku bersama alam."

Peribahasa Inggeris ada menyebut, "Kita boleh pimpin kuda ke tasik namun tidak mampu memaksa ia minum." Barangkali usaha BUKU JALANAN TITI cocok dengan perlambangan 'membawa sebaldi air kepada kuda'. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membaca. Akan tetapi buku yang'dihamparkan' boleh mengusik jiwa-jiwa yang dahagakan bacaan.

Sebagaimana kemunculan sekumpulan pencinta buku di Taman Tasik Titiwangsa petang Ahad mungkin menjadi kejutan buat pengunjung, BUKU JALANAN TITI sendiri kadangkala dikejutan apabila

kebebasan tanpa had boleh menyebabkan huru-hara dan kekacauan. Semua ayam harus bersatu di bawah satu pimpinan untuk memastikan wawasan ayam tereapai dalam satu pemikiran, satu matlamat.

Tarian balung di bawah pokok makin raneak. Anggukkan makin kuat dan makin laju sehingga ayam-ayam itu kelihatan seperti mematuk-matuk tanah. Tak. Mereka cuma mengangguk-anggukkan kepala agar nampak seperti mereka paham sungguh-sungguh gagasan ide besar yang dibawa oleh ayam pintar itu, maka anggukkan kepala harus jelas. Angguk angguk, patuk patuk.

Akhirnya, semua kaum ayam di situ bersetuju sebulat suara untuk menyerahkan masa depan mereka kepada ayam pintar. Semua keputusan ayam genius dipatuhi tanpa banyak soal. Ayam-ayam yang membangkang atau meneabar keputusan ayam pintar dihalau keluar dari kelompok. Semua ayam harus satu pemikiran, satu matlamat.

Sampai satu hari mereka tersedar yang mereka semua berada di dalam reban. Ada yang menjerit mahu melepaskan diri. Ada yang meronta mahu menuntut nilai harga diri. Tapi mereka ini lama-lama diam. Para pendokong kuat ayam pintar menasi-

hatkan mereka agar bersyukur kepada pemilik reban. Mereka kata kalau di luar reban, mereka belum tentu dapat keamanan dari musang dan biawak. Di luar reban takkan ada dedak yang datang secara berkala, setiap hari tanpa gagal. Oleh itu kaum ayam haruslah bersyukur dan jangan mengkhianati kaum ayam. Akhirnya semua kaum ayam terima hakikat yang inilah takdir hidup kami dan kami redha dengannya.

Setiap kali sang tua ini habis berhikayat, dia akan melompat naik ke atas reban dan berkokok dengan suara paling keras dan nyaring. Kami dalam reban hanya mampu dengar dengan takjub dan cemburu.

Pagi akhir itu aku berdiri dan rapatkan badan dengan dawai punai reban. Sayup sayup kedengaran suara syahdu dari surau. Awan kosong langit biru, matahari masih malu-malu. Sejuk pagi ini menusuk hati sehingga ia menjadi kebas. Semalaman aku tak dapat tidur memikirkan kenapa bangsa ayam cuma berani mempersoalkan had kebebasan sedangkan tak ada yang berani mempersoalkan tentang had kongkongan yang membelengu? Adakah aman yang aku kecapi ini, aman yang

menenangkan jiwa? Apa erti ketenteraman ini jika ia tak lebih dari amannya

banduan dalam pasung masing-masing? Dengan semua keselesaan dan cukup keperluan ini, aku terikat. Semuanya diberi untuk akhirnya disembelih dan dinilai dengan ringgit per kilo.

Ayam Merdeka

Aku dari bangsa ayam. Tak banyak benda yang aku boleh cerita yang kamu tak tahu. Bila disebut ayam, imej ayam yang muncul dalam minda kamu, dari segi sifat rupa dan tabiat; itulah aku. Sungguh pun kaum ayam ini banyak jenis, aku dari kaum ayam daging yang makan bersuap, badan gemuk, tidur berdiri kerana perut cecah lantai reban empat segi. Cukup masa leherku jumpa belati. Tak banyak yang aku boleh cerita tentang diriku yang kamu tak tahu.

Berbeza dengan ayam kampung jantan yang gagah berkokok seawal pagi, aku biasanya duduk diam diwaktu dinihari. Ketika ayam-ayam lain berjalan mendada, mengepak-ngepakkan sayap, aku duduk diam mengumpul lemak. Itu tugas maha penting untuk aku, seekor ayam daging.

Pernah sang tua bercerita, bukan asal kaum aku pemalas begini, dulu moyang kami bebas di dalam hutan, berkeliaran, terbang semahu hati. Kami tidur atas pokok tinggi, berlari-lari mengacah si pemburu. Sungguh-sungguh manusia cuba menangkap kami dengan jerat segala. Kami makan dari ulat buah-buahan yang baru jatuh. Hidup tak mudah, tapi kami hidup mewah dengan kebebasan. Tiada reban tinggi bertingkat, pam air bersih berterusan, dedak bervitamin dan antibiotik yang diberi mengikut jadual tetap, dan pemeriksaan veterinar mingguan, tapi kami bebas. Itulah kemewahan yang paling besar kami miliki. Itulah segalanya yang penting.

Sang tua cerita, segalanya berubah bila seekor ayam yang dipandang tinggi dari bangsa ayam. Ayam ini banyak berfikir dan memberi pidato yang molek-molek sekadar taraf akal ayam. Satu hari ayam yang bijaksana ini bertenggek tegak di atas podium pokok manggis dan berkumpullah sekalian ayam-ayam yang lain mengel-

ilinginya. Maka berkokoklah ayam pintar yang seekor tadi dengan suara yang lembut sehingga ayam-ayam lain diam untuk dengar sebutir-sebutir kata hikmah ayam pintar.

"Kaum ayam harus berhati-hati dengan kebebasan ini," katanya. "Kebebasan tanpa had boleh membawa huru-hara, kekacauan dan pecah belah. Bangsa ayam harus menolak kebebasan mutlak ini."

Dia berhenti mengambil nafas. Matanya terus bersinar memerhatikan tindakbalas ayam-ayam di bawah. "Ayam-ayam harus dibuat agar lebih tertib dan patuh kepada undang-undang, hanya inilah resepi untuk melonjak ketamadunan ayam di mata dunia".

Balung-balung ayam di bawah pokok bergerak mengangguk seirama. Bukan setuju, Cuma tak tahu bagaimana mahu pangkah. Silap nanti, nampak pula bodohnya. Kata-kata ayam pintar tadi cocok dengan akal ayam-ayam yang sihat akalnya,

usaha baik itu menembusi segenap lapisan masyarakat.

Buku dipinjam kanak-kanak begitu juga yang telah berusia. Daripada Pakcik peniaga warung yang tidak pernah jemu bertanyakan buku tentang pantun, sehinggalah Kakak yang menjual sate ikan. Tiada batas usia, tiada pemisah kelas. Buku untuk semua!

"Baca dan bangkit!" menjadi slogan baru BUKU JALANAN TITI dan bakal memandu langkah-langkah seterusnya. Kata 'bangkit' lazim digunakan untuk menggambarkan satu keadaan keluar dari kedudukan yang tidak giat atau lena. Membaca saja tidak memadai sekiranya pembaca kembali dibuai hingga lena oleh suhu dingin pembodohan yang seringkali lebih enak dan menyenangkan.

Dengan menetapkan slogan ini, BUKU JALANAN TITI mahu menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar. Dari permulaan yang tawaduk kini harus lebih garang dan berani. Ini kerana kebangkitan tidak dapat digerakkan dengan dodoi dan henjut lembut buaian.

Di saat kebanyakkan modus operandi untuk memberdayakan masyarakat semakin klise dan kadangkala terjerumus dalam kancah syok sendiri. Cabaran para penggerak BUKU JALANAN TITI seterusnya adalah adalah untuk mengajukan masalah, menakrifkan masalah, menganalisis masalah dan fikirkan cara segar menyelesaikan masalah.

Hakikatnya, cabaran itu bukanlah cabaran BUKU JALANAN TITI sendirian kerana setiap yang mahu terlibat dalam gerakan memberdayakan masyarakat harus merenungnya. Demi melihat satu kebangkitan!

CATATAN:

Penggerak-Penggerak Buku Jalanan TITI

Selamat Ulang Tahun Ketiga buat BUKU JALANAN SHAH ALAM. Kami sebagai penggerak Buku Jalanan TITI ingin berkongsi pengalaman kami selama menggembleng gerakan ini.

Dimulakan dengan BACA DAN BANGKIT!

Nama saya Norfarhana Karim tinggal di Gombak saya mula tahu pasal Buku Jalanan ini daripada Perewa & Frinjan. Saya mengambil keputusan untuk menyertai gerakan ini adalah kerana tertarik dengan cara dan gaya hidup yang dipenuhi dengan buku dan kopi. Bagi mengekalkan budaya membaca dikalangan masyarakat tidak kira umur, pangkat mahupun jantina..gitu. Harapan saya pada Buku Jalanan adalah semoga kolektif ini makin kreatif dan menjadi satu medium untuk golongan muda mempamerkan bakat mereka dari segi segala bentuk seni yang mereka minat pada masa akan datang. Baca dan bangkit!

Nama saya Zinnera Zaima tinggal di Gombak. Saya mula tahu mengenai Buku Jalanan ini dari Twitter dan mengambil keputusan untuk menyertainya kerana saya amat cintakan buku. Cewah! Dan berharap dapat bertukar-tukar fikiran serta idea dalam kalangan masyarakat, kerana saya percaya sebuah buku mampu membawa seorang itu mengembara dalam imaginasi biarpun untuk seketika. Jadi, harapan saya moga gerakan ini terus maju jaya dalam melahirkan pelapis yang berfikiran kritis dengan bakat luar biasa. Baca dan sentiasa bangkit biarpun jatuh banyak kali!

Nama saya Faezah Zahid tinggal di Jalan Istana. Saya mula tahu tentang Buku Jalanan ini dari akaun twitter Buku Jalanan TITI. Saya mengambil keputusan untuk menyertai gerakan ini adalah kerana saya yakin dengan gerakan yang sebegini, ianya dapat memberi inspirasi kepada masyarakat terutama golongan belia supaya terus berjuang dalam menyebarkan ilmu. Tiada harta yang lebih berharga selain ilmu yang disampaikan! Harapan saya pada Buku Jalanan adalah teruskan perjuangan kerana di setiap perbuatan baik akan ada ganjaran yang hebat walaupun bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kebaikan manusia sejagat.

Nama saya Perewa tinggal di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Saya mula tahu perihal Buku Jalanan ini dari Facebook angkatan-angkatan seni lain. Saya menuju terus ke Buku Jalanan Shah Alam. Saban minggu saya ke sana dan mengetahui gerakan ini sudah tersebar luas ke serata tanah air.

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah Negara yang maju, kemajuan tidak hanya di capai melaui perlaksanaan projek-projek mega sahaja. Prinsip seperti harus di tolak dengan jelas, apa erti tamadun yang nampak gah melalui pemodenan tetapi dalamnya kosong. Penulis berpegang melalui pembaca dan amalan moral yang lain ia mampu membangunkan kejayaan sesebuah Negara. Pembacaan melalui pendikan adalah perlu, ia perlu di jayakan dengan aksi itu sendiri.perlu di ingat juga, ilmu melalui kesedaran dalam kalangan anak muda dalam menzahirkan pembacaan melalui aksi dengan konsep Buku Jalanan yang mula mendapat perhatian dari segenap ruang masyrakat. Konsep ini yang meggunakan jalanan sebagai agen penyebar ilmu, bukan sahaja memberi bahan bacaan secara percuma untuk di baca, tetapi juga sering mengadakan perbincangan,forum, kritikan secara terbuka berkaitan isu semasa, serta menghidupkan semula bacaan puisi,sajak,gurindam dan teater.Malangnya,pogram-pogram yang bergerak secara independent tanpa bantuan daripada badan kerajaan,ahli politik,atau dari pihak bukan kerajaan sering saja diperkosa niat mereka dan sering sahaja disalah ertikan.Contohnya, apabila timbul isu di Buku Jalanan Kuantan dan Port Dickson,inilah yang dikatakan untuk melahirkan masyarakat terpelajar dengan hanya membaca buku berkualiti tinggi. Kesederan dalam memeberi nafas baru dalam falsalfah tidak terhad kepada bilik kuliah sahaja, malah boleh juga di laksanakan di jalanan.

Memetik kata, Francis "Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalamkan ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan". Manakala pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya "Beginilah Zaman Memotivasikan Kita". Antara lain, beliau berkata, "aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan danwawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang,terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat." Tetapi jika konsep membaca itu sendiri tidak dipelihara,dan sentiasa diawasi, maka kita hanya seperti boneka yang digerakan melalui tali yang disuruh bergerak sendiri.

penafian sosial tertentu untuk melahirkan rakyat yang bebas membaca.

Pembacaan Haram

Pada tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah regim Nazi melancarkan "Biblioclasm" bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan "anti-Jerman". Kira-kira 2ooo tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol. Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang.Tesis umum yang dapat disimpulkan daripada peristiwa-peristiwa di atas ialah buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia. Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis dari segi politik, falsafah serta sosio-ekonomi di kalangan kelompok manusia.

Boleh Memudaratkan Ketenteraman Awam

Manakala di Negara kita, tidaklah sampai membakar buku, atau menghapuskan segala bentuk dokumen yang di campakan di Sungai Klang yang menyebapkan kandungan air di Sungai Klang menjadi warna hitam, cuma apabila buku buku yang di maksudkan sebagai "tidak berkualiti" seperti yang diperkatakan di dalam Dasar Membaca itu. Tunasnya, buku-buku yang tidak berkualiti ini harus di haramkan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna akalnya. antara yang sering bermain adalah bahan-bahan bacaan ini boleh memudaratkan kenteteraman awam.

Alasan – alasan seperti adalah satu budaya yang retorik bukan sahaja ia menghalang kebesan dalam penulisan tetapi tanpa sedar roh membaca,menulis turut sama terpadam. Memetik katakata Dr Chandra Muzaffar "Ia adalah kebebasan yang penting untuk kreativiti seni dan kecergasan intelek dalam mana-mana masyarakat. Pengharaman buku di zaman ini adalah satu kerja yang sia-sia". Jika kuasa menentukan membaca itu ditentukan oleh pemerintah,dan penulis itu di rantai tangan dari menulis apa di hajatinya, bagaimana kita ingin tahu akan konsep falalfah pendidikan kita berjaya atau tidak.

Penulis juga berpendapat, adakah pemerintah tidak mempercayai atau meragui akal pemikiran kita semua yang akan menyebapkan kita semua tepengaruh dan mengambil tindakan yang kurang waras? Jika kita di bangunkan di atas modul falsalfah pendikan Negara yang telah dikaji dan diperkembangkan,sebagaimana universiti – universiti tempatan yang memberi peluang kepada pendidik untuk mengajar anak muridnya, adakah mereka telah gagal mendidik yang mana hak dan batil? Atau barangkali mereka tidak mempercayai asuhan dan didikan para ibu-bapa dalam mendidik anak-anak hingga terpaksa mengambil langkah dratistik untuk mengharamkan bahan bacaan?

ke serata tanah air. Terutamanya Sarawak dan Sabah. Saya mengambil keputusan untuk menyertai gerakan ini adalah kerana merasakan keperluan kesedaran ruang awam buat warga kota. Atas titik tolak kenapa bukan kita yang mulakan dahulu, kenapa masih menunggu seseorang yang kita rasa lebih layak dari kita untuk mulakan. Maka bermulalah gerakan Buku Jalanan TITI. Buku Jalanan TITI bagi saya adalah terlalu akrab. Kami sesama penggerak senantiasa berfikiran terbuka. Menerima segala teguran ataupun pendapat. Dan dari Buku Jalanan TITI inilah saya merasa tercabar untuk teruskan gerakan aktivisme, terinspirasi dari teman yang setiap kali Buku Jalanan TITI dianjurkan tetap turun. Meskipun tidak punya kenderaan, ayahnya sanggup hantar dan ambil saat selesai acara Buku Jalanan TITI. Juga seorang teman yang sudah punya dua orang anak, juga masih turun bersama anak beliau. Saya merasakan jika saya tidak turun dengan alasan malas atau apa-apa selain keluarga, maka malulah akan diri pada mereka-mereka ini.Harapan saya pada Buku Jalanan adalah setiap gerakan ada tempoh permulaan, klimaks dan malap. Demi menyegarkan sesebuah gerakan, kita memerlukan idea yang menarik dan segar. Idealah yang menyelamatkan segalanya. Kerana idea tidak akan mati, ia hidup kekal abadi. Dan abadilah Buku Jalanan dalam gerakan budaya tanah air. Saya akhiri catatan ini dengan BACA DAN BANGKIT!

Nama saya Khairiah, tinggal di Gombak. Saya mula sedar kewujudan Buku Jalanan ini dari Saudara Mat Lutfi melalui akaun Facebook-nya and dan saya berterima kasih kepadanya untuk itu kerana selepas beberapa minit membaca statusnya saya terus mengambil keputusan untuk menyertai gerakan ini dengan menerjah peti masuk mesej Facebook Buku Jalanan TITI. Nasib baik mereka sudi layan. Oh jangan salah faham, saya tidak menyertai Buku Jalanan hanya kerana status Mat Lutfi. Pfft! Niat saya adalah semata-mata mahu berkongsi. kongsi buku, kongsi tenaga, kongsi idea, kongsi segalanya lah bukan hanya dengan sesama penggerak tetapi dengan masyarakat umum sekali. Saya tak mahu nanti-nanti saya jadi makhluk yang disalahkan atas belenggu duri jahil masyarakat setempat. Dan satu lagi, awak semua cintakan buku, samalah kita! Saya berharap agar tiada wujudnya kubur yang bernisan Buku Jalanan sampai bila-bila. Marilah kita tua bersama!

Nama saya Edry Faizal Eddy Yusof menetap di Batu Caves. Saya mula tahu mengenai Buku Jalanan ini dari perbualan teman-teman. Saya mengambil keputusan untuk menyertai gerakan ini kerana saya sememangnya sukakan buku dan mahu berkongsi kesukaan itu dengan mereka yang bakal menyukainya. Harapan saya pada Buku Jalanan adalah agar sejarah kelak menceritakan bahawa gerakan ini merupakan antara pemangkin sebuah kesedaran, pemberdayaan dan kebangkitan warga.

Saya Mazni Ayub tinggal di Wangsa Maju mula mengenali kewujudan Buku Jalanan melalui kawan - kawan. Saya mengambil keputusan untuk menyertai Buku Jalanan ini kerana ia adalah satu kerja sukarela yang di tubuhkan untuk menyedarkan masyarakat tentang budaya membaca. Sejujurnya saya bukanlah peminat buku tetapi ini adalah cara terbaik yang saya nampak mampu membantu diri saya menjadi seorang pembaca buku. Di samping itu juga perkongsian ilmu yang diberikan juga sangat menarik. Saya berharap usaha ini akan diteruskan sampai bila-bila, agar kita mampu melahirkan satu masyarakat yang berilmu.

dan hanya berbangga dengan pencapaian oleh sarjana sarjana Islam, tanpa mengambil kira dan mempelajari bagaimana mereka dapat mencipta tamadun yang hebat itu.? Atau masih lagi berbangga dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, menjadikan kita sebagai ultras bangsa, yang masih lagi bermain dengan sifat sebagai tuan tanah? Atau kita masih lagi termakan dengan hasil benih orientalist Barat dengan fahaman dasar pecah perintah? Kita tidak selamanya lupa,tetapi tanpa sedar kita hanya buatbuat lupa dan semakin jauh dengan tamadun yang kita agungkan. Untuk apa bermegah jika sekadar inin Ketika kita masih berbicara tentang kandungan DNA babi dalam makanan, masih berbicara tentang penindasan kapitalisma dalam masyarakat, masih bicara tentang suasana politik negara yang semakin jijik hanyir atau masih berbincang isu jawatan presiden FAM yang seperti tiada kesudahanya, dari kita berbincang di sudut meja atau sekadar menjadi pahlawan papan kekunci di hadapan monitor lebih baik kita beraksi melalui pembacaan. Melawan ide melalui fakta, membolehkan kita secara terus berfikir, untuk apa kita ini semua? Memetik kata Hamka, 'jika hidup sekadar hidup babi di hutan juga hidup, jika kerja sekadar kerja kera di hutan juga bekerja.".

Dasar Galakan Membaca

Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu :

"menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca".

Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu :

"untuk menanam dan menggalakkan minat membaca".

Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2o2o iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi.

Penulis berpendapat, adakah dasar ini disedari oleh pihak kerajaan setelah hampir 27 tahun Akta ini di guna pakai berapakah kejayaan yang di capai dalam menuju Wawasan 2o2o dalam konteks melahirkan masyarakat yang kaya dengan ilmu ? Adakah kita hanya berbangga dengan bangunan moden, gajet yang bermutu tinggi untuk memudahkan aplikasi facebook,twitter,instagram sertaberselfie,untuk melahirkan rakyat celik membaca? Serta apakah yang di maksudkan bahan bacaan yang berkualiti? Adakah ia bermaksud ucapan ucapan yang memuji individu, atau membaca sejarah yang telah di pusing arah kiblatnya? Dan apakah yang di maksudkan dengan buku tidak berkualiti adakah ia akan menggugat kestabilan politik,ekonomi,kelas sosial atau mewujudkan kepincangan dalam pendidikan. Penulis berpendapat, ini adalah satu bentuk penekanan

SUATU KRITIKAN TERHADAP PEMBEBASAN BUDAYA MEMBACA. MOHAMAD EDY IRWAN AB RAHMAN

Pengenalan

Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Hal ini selaras dengan perintah membaca dalam ayat pertama yang diwahyukan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw. Selain itu, membaca juga adalah kunci khazanah ke arah penentuan hidup seseorang, sama ada maju atau mundurnya kehidupan dan pemikirannya.Melalui pembacaan dalam sesebuah negara itu lemah dalam pelbagai aspek, sama ada dalam aspek pelajaran atau kerjaya. Jelas, antara faktor kelemahan pencapaian pelajar Melayu dalam akademik ialah tidak membaca. Tabiat membaca sekadar ingin lulus peperiksaan adalah tidak memadai.Selain pada itu, satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan tamadun sesuatu bangsa ialah budaya mengkaji, menulis dan menterjemah karya-karya agung dari khazanah tamadun-tamadun dunia untuk dikongsi bersama seluruh ahli masyarakat.

Tamadun lahir dari pembacaan.

Ini terbukti melalui kemajuan Tamadun Yunani ,kecemerlangan tamadun yang dicapai oleh tamadun Yunani yang memiliki ahli-ahli falsafah tersohor dan masih dikenali oleh manusia hingga ke hari ini. Sebut saja nama-nama seperti Aristotle, Plato dan Socrates, pasti kebanyakan kita pernah mendengar nama mereka. Walaupun mereka sudah beribu-ribu tahun hidup sebelum kita, namun khazanah peninggalan mereka melalui karya-karya tulisan mereka masih dibaca dan dikaji dari satu generasi ke generasi yang lain.Rangkaian tiga khalifah Abbasiah tersohor, al-Mansur, Harun al-Rashid, dan al-Ma'mun telah memberikan galakan tidak terhingga kepada para ilmuwan dan cerdik pandai melalui penyediaan prasarana kondusif serta imbuhan lumayan yang berjaya menarik minat para sarjana daripada pelbagai bangsa dan agama.

Maka berdiri megah Baitul Hikmah sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan perpustakaan agung Islam yang menghimpunkan karya-karya agung hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh para sarjana dari serata dunia.Usaha penterjemahan karya agung dari tamadun-tamadun terdahulu sekali gus telah meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dunia dan dengan demikian telah memberi peluang kepada umat Islam mendekati karya-karya ini justeru mengharmonikan falsafah-falsafah ilmu yang terdapat dalam tamadun-tamadun ini dengan ajaran agama Islam.

Maka lahirlah para ilmuwan Islam yang bukan sekadar alim dalam ilmu fardu ain malah mereka juga arif tentang ilmu-ilmu fardu kifayah. Nama-nama seperti al-Farabi, al-Biruni, al-Kindi, al-Ghazali, Ibn Sina, Ibn Baitar, Ibn Nafis, Ibn Rushd mewakili ramai lagi ilmuwan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan pakar dalam ilmu profesional masing-masing. Kehebatan mereka tidak sekadar

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...

Ramai orang akan mengatakan, membaca buku bukanlah perkara yang menjadi keutamaan. Apatah lagi apabila buku-buku itu sarat dengan teori dan falsafah yang sukar untuk difahami dengan hanya sekali baca. Bahkan, buku-buku ringkas belum tentu lagi akan disentuh. Kita tidak ada sebab untuk tidak membaca. Membaca bukan sekadar perkaitannya dengan buku, membaca adalah kerana budaya ilmu. Kita maklum tentang mengapa membaca adalah hal yang perlu dipedulikan, lalu mengapa ia harus disuruh-suruh, dipaksa-paksa?

Maka atas inilah Buku Jalanan Kota Kinabalu juga digerakkan. Pada luarannya, dua orang penggerak memang tidak cukup untuk mengusung buku ke hulu hilir tetapi memadai apabila dalam hati tetap menyimpan harapan setinggi Gunung Kinabalu. Ini bukan kerja yang senang kerana hakikatnya sebahagian masyarakat di sini masih lagi bergantung kepada visual dan bukannya teks untuk mengetahui tentang sesuatu. Dalam erti kata yang lain, ada yang tidak tahu membaca, tidak gemar membaca dan juga beberapa sebab yang lain. Lantas, mengubah daripada visual kepada teks itulah kerja yang sulit sekali.

Kalau tidak ada Buku Jalanan Shah Alam, maka tidak akan ada Buku Jalanan yang lain-lain. Perkenalan dan pertemuan dengan teman-teman Buku Jalanan serantau adalah sesuatu yang sangat dihargai dan dikenang. Lebih-lebih lagi apabila cinta yang sama membawa semua orang ini dalam keluarga yang amat besar. Kalaulah Buku Jalanan Shah Alam ini seorang manusia, sudah tentu ia layak digelar sebagai Bapa dan Ibu. Bapa dan Ibu kerana melahirkan ramai anak Buku Jalanan. Mungkin ada yang fidak pernah berjumpa, cuma bertegur sapa di laman sosial, tetapi jarak memangnya bukan pemisah. Kerana Buku Jalanan, kita bagaikan telah terbang ke Machang, Bintulu dan Perth. Kata A.C. Grayling, "To read is to fly: it is to soar to a point of vantage which gives a view over wide terrains of history, human variety, ideas, shared experience and the fruits of many inquiries.

Sungguh, tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi cinta sama buku. Akan tetapi yang teratas, bacalah dunia. la lebih misteri antara semuanya.

Buku Jalanan Kota Kinabalu

Kord Lagu & Lirik

Kord Gitar : Intro : B, E, B, E, B, E,B A, B, A, B

Verse : B, D#m, A, E

Lirik Buku Jalanan :

Ini kisah budak buku jalanan Ada lelaki ada yang perempuan Punya cita-cita, jadi realiti

Mereka ini meluahkan kata Dari jiwa dan raga mereka Sajak yang dilahir dari isi hati

Kami budak buku jalanan Punya cita dan juga impian Kami budak buku jalanan Bersatulah kita bersemangat waja

Ada juga diantara mereka Memupuk minat untuk suka membaca Mereka ulat buku bukan ulat bulu

Lagu ini berkisahkan mereka Sebagai satu tanda penghargaan Darah yang mengalir, darah anak seni

Oleh : Buku Jalanan Waghih

Sudut Berahi

Mereka masih lagi di situ di sudut berahi itu Aksi sama seperti dulu Tidak jemu atau malu Kalau dulu hanya teraba-raba Kini sudah mula dengan aneka gaya dari mula berbisik bisik kini sudah ramai asyik..

sedang mereka dalam dunia mereka yang penuh asyik dengan ghairah mereka tidak lupa mengajak teman lain bersama ada yang bernafsu duduk rapat ada mencemuh dan juga bersyarah ada juga mengintai jauh malu ke hadapan tetapi kesedapan... tidak kurang juga cuba merobohnya tetapi ia masih bertahan..

apa dikisah ini dunia mereka... ini bukan daerah terlarang kita ini sudut berahi aku kau dan dia di sini mula segalanya dari satu menjadi dua dan seterusnya.. oh manisnya..

kini.. sudah 3 tahun memuja.. menjadi penafsu menakluk segalanya sedap dan enak.. terus berahi Buku Jalanan nafsu aku bersamanya..

*salam ulang tahun kelahiran !!!

membebaskan Tanah Melayu dan berani melawan penjajah kolonialis pada ketika itu, walaupun terpaksa mengangkat senjata dan tinggal didalam hutan.

Bagi aku, perjuangan mereka lebih mempunyai "jiwa" dan "roh", kerana objektif dan hala tuju yang jelas. Mereka sanggup menghadapi tekanan daripada penjajah British dan sering kali pula keluar masuk penjara semata-mata mempertahankan tuntutan kemerdekaan tanah air ini, walaupun tahu bahawa tuntutan mereka itu sia-sia sahaja, sementelah mereka ini ialah golongan yang telah disenarai-hitamkan oleh pihak British. Tidak haranlah Ernesto Che Guevera, tokoh revolusi Cuba mengatakan, "Kita tidak boleh memiliki sesuatu dalam hidup ini melainkan kita bersedia untuk mati bagi mendapatkannya". Sejarah telah mencatat bagaimana mahalnya harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Tidak ada 'jalan pintas' untuk memperoleh kemenangan dalam dunia berjuang.

Adat Berjuang

Sebenarnya perlu jelas kepada semua komrad kumpulan BJ, bahawa penglibatan mereka dalam kegiatan ini bukanlah 'kecil anak'. Mereka ini memikul tanggungjawab besar dalam masyarakat! Bukannya seperti zaman sekolah dulu-dulu, menjadi ahli dalam persatuan Pengakap atau Puteri Islam di sekolah, berebut-rebut mengejar jawatan dalam organisasi sekadar untuk memenuhi kriteria dan mendapatkan sijil penyertaan dalam sesuatu kegiatan yang disertai. Ini satu perjuangan yang 'sakral'. Bukannya main-main. Kau berusaha membawa satu budaya yang terlupakan, kerana kau tahu dipundak kau sudah terbebankan oleh suatu rasa tanggungjawab untuk membetulkan ini semua. Bukannya masuk komuniti Kumpulan Buku Jalanan hanya kerana nanti kau akan dapat baju rasmi BJ dan akan mendapat ramai "friend-list" di laman sosial!

Tidak perlu merasa bosan oleh kerana masyarakat sekitar tidak menghargai kehadiran kalian dan tidak pandang sebelah mata pun terhadap usahamu selama ini. Jangan merasakan putus asa jika menghadapi keadaan ini kerana hasil atau berjayanya sebuah perjuangan itu bukanlah terhasil dalam tempoh masa yang singkat. Sedangkan kitab karangan Imam Ghazali yang terkenal iaitu Ihya' Ulumuddin pun menjadi antara rujukan generasi masa kini sesudah kewafatan beliau, inikan usaha 'keeil' kita untuk membawa misi yang aku kira tidak semuanya akan berakhir seperti yang diharapkan. Bukanlah gebu karpet merah yang panjang terbentang untuk kita, tapi sebuah pengorbanan dan perit-getir yang akan menjadi 'teman setia' disepanjang usaha demi merealisasikan sebuah cita. Inilah dia erti sebenar roh dalam berjuang untuk misi B.A.C.A ini. Dan tidak keberatan aku katakan, semangat juang dan idea seseorang dalam mengubah status masyarakat akan terus hidup dan dikenang untuk bergenerasi lamanya walaupun nama dan jasad telah lama ditelan oleh arus zaman.

Penutup

Maka dengan genapnya umur 3 tahun penubuhan induk BJ di Malaysia, diharapkan segala misi kita untuk menyemarakkan lagi semangat baca dan pembebasan akal terus dapat direalisasikan dan semangat kental setiap ahli komrad BJ di seluruh negeri dalam menjunjung panji ini akan terus subur. Ayuh kita semua rapatkan barisan kita demi menjayakan sebuah misi cinta ini!

"We are told to remember the idea and not the man. Because a man can fail. He can be caught; he can be killed and forgotten. But later, an idea can still change the world. – V For Vendetta

Catatan Peristiwa Penting: Buku Jalanan Kota Bharu Oleh: The Dhani

(30 November 2012)

Buku Jalanan Kota Bharu (BJKB) ditubuhkan di Taman Perbendaharaan Tengku Anis, Kota Bharu

(27 Januari 2012)

BJKB telah berjumpa dengan Penolong Pengarah Landskap MPKB-BRI di pejabat beliau untuk berbincang mengenai prosedur supaya BJKB boleh terus menggunakan Taman Perbandaran Tengku Anis secara SAH disisi UNDANG-UNDANG.

(3 Mac 2013)

BJKB dihubungi oleh Pegawai MPKB-BRI, mengatakan bahawa BJKB telah DIBENARKAN beroperasi secara SAH.

Beliau juga meminta BJKB berjumpa dgn Pegawai Landskap yang bertanggungjawab berkenaan Taman Perbandaran TengkuAnis untuk membincangkan secara lanjut mengenai BJKB.

(8 Mac 2013)

BJKB telah menerima kunjungan YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. ("Program yang sangat bagus. saya harap program macam ni dapat diperkembangkan ke tempat-tempat lain juga" - YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan

(7 Mac 2013)

BJKB menghadiri mesyuarat di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan atas jemputan Pustakawan perpustakaan tersebut. Secara ringkasnya, pihak Perpustakaan Awam Negeri Kelantan berminat untuk bekerjasama dengan BJKB dalam memeriahkan acara buku jalanan. Keputusan dicapai pada hari mesyuarat ini adalah, BJKB dan Perpustakaan Kelantan akan mengadakan acara buku jalanan secara selang seli setiap minggu. BJKB akan mengadakan buku jalanan pada minggu pertama dan ketiga, Perpustakaan Kelantan akan mengadakan pada minggu kedua dan keempat. dengan kata lainnya, setiap minggu akan ada buku jalanan di taman tersebut.

Sambungan catatan.

(16 Mac 2013) Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan menjayakan aktiviti buku jalanan bersama BJKB buat kali pertama.

(24 Januari 2014)

Setelah setahun lebih bermukim di Taman Tengku Anis, BJKB bersetuju untuk melebarkan sayap ke lokasi

lain. Mengambil kira Perpustakaan Awam Kelantan tetap beroperasi di Taman Tengku Anis, BJKB mengambil keputusan untuk meninggalkan taman tersebut untuk ke lokasi baru dengan tujuan melebarkan mesej dan idea yang dibawa Buku Jalanan. Beberapa lokasi baru dipilih, akhirnya semua sepakat untuk BJKB beroperasi di Tepi Sungai Tesco, KB. BJKB berpindah ke Tepi Sungai Tesco pada 24 Januari 2014.

(4 April 2014)

BJKB menetap di Tesco tidak lama. cuma sempat hampir tiga bulan di situ. Dengan beberapa keadaan yang tak mengizinkan, masalah kekurangan volunteer terutamanya, kami mencari alternatif lain. Akhirnya, setelah beberapa siri pertemuan dengan teman teman di KB Buskers, mereka bersetuju untuk membenarkan BJKB beroperasi di laman mereka tanpa sebarang syarat ataupun bayaran. Malah, BJKB juga diberikan ruang untuk menyimpan buku buku yang ada. Jadi, tidak timbul lagi masalah pengangkutan untuk mengangkat buku-buku ke lokasi. Sudahnya, BJKB diberi tempat beroperasi, diberi ruang untuk menyimpan buku, malah teman teman di KB Buskers juga saling membantu membuku tikar BJKB untuk orang ramai. Bermula tanggal 4 April 2014 sehingga sekarang, BJKB beroperasi di Menara Tinjau Tambatan D'Raja, Kota Bharu, setiap malam. Ya,setiap malam BJKB beroperasi di situ! Ini kerana, BJKB telah menjadi sebahagian daripada entiti yang menghidupkan malam malam KB Buskers yang tujuannya menghiburkan orang ramai dengan persembahan kugiran secara langsung dan BJKB menjadi pelengkap kepada aktiviti tersebut. Yakni, selain berhibur, pengunjung juga dapat mengutip ilmu dari buku-buku yang BJKB hamparkan.

Daripada tiada, kepada ada. Daripada USM Kubang Kerian dan IPG Kota Bharu, kepada UiTM Kota Bharu daripada ramai, kemudian menjadi sedikit. Dari Taman Tengku Anis, ke tebing sungai Tesco dan kemudian ke menara tinjau Tambatan D'Raja. Daripada beroperasi secara gerila tanpa pengetahuan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), kepada mendapat kebenaran beroperasi secara sah oleh MPKB. Daripada beroperasi siang dua minggu skali sehingga beroperasi setiap malam. Semua ini proses kehidupan. dan penamat kehidupan adalah kematian. Jadi,saya secara peribadi, sangat berbangga dengan proses kehidupan BJKB dan dengan apa yang telah dicapai BJKB. Yang paling membanggakan, apabila BJKB berjaya mempengaruhi dan bekerjasama dengan institusi keilmuan paling utama di negeri kelantan, iaitu Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. Sebuah kumpulan kecil yang telah pun berjaya "menggegarkan" institusi besar. Ini adalah kejayaan utama pada saya. Semua proses yang seharusnya BJKB lakukan telah pun BJKB lalui. Walaupun tidak dalam skala yang besar, setidak tidaknya, untuk tiga lokasi yang telah BJKB bermukim, mesej kewujudan BJKB berjaya disebarkan di situ. Selebihnya pada saya BJKB hanya menunggu saat kematian sahaja. Kerana, kita tidak akan hidup selamanya.

Ini Bukan 'Klise'!

Dengan Nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui Segala Isi Hati makhluk-Nya.

Pendahuluan

Serasa masa begitu cepat berlalu seiring dengan pertambahan jumlah(ahli keluarga) bilangan kumpulan Buku Jalanan(BJ) disetiap ceruk negeri di Malaysia(14 buah negeri semuanya). Aku percaya, bukan sedikit kerahan tenaga, pengorbanan masa dan wang demi menjayakan sebuah komuniti B.A.C.A demi menyahut "loceng pembebasan jiwa dan akal terhadap masyarakat sekitar, yang sebelum ini lena diulit mimpi sebagai akibat pembodohan akal oleh golongan yang memang berkehendakkan sedemikian.

Tapi, dalam menjayakan sebuah tanggungjawab misi cita dan cinta ini, nyatalah bahawa bukan satu kemestian untuk 'melahirkan' banyaknya kuantiti penubuhan komuniti Kumpulan BJ di sesuatu tempat, bahkan , kerana apa yang kita bimbangkan, sebuah kumpulan BJ yang hanya 'berjasad', tapi tidak ketahuan kemana "jiwa" dan '"roh" perjuangan yang dibawa demi kelangsungan perjuangan B.A.C.A yang dibawa sebelum ini.

Ingat Sejarah

Mungkin sedikit teknikal ayat diatas untuk kalian memahaminya. Tidak mengapa. Aku cuba memudahkannya dengan mengaitkan dengan sejarah emas kemerdekaan Negara kita. (yang terlupakan).

Kita sering disuapkan(dibodohkan)dengan sejarah kronologi pembebasan negara daripada cengkaman penjajah ialah melalui rundingan antara Pihak British dengan wakil parti Melayu(UMNO) ketika itu dan mendakwa bahawa tiada langsung pertumpahan darah setitik pun dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Lantas, jutaan terima kasih kepada saudara Fahmi Reza dalam usahanya untuk membongkar kembali kisah sebenar yang(sengaja) disembunyikan oleh golongan ini yang telah menang dalam sejarah, kerana memang golongan ini berkehendakkan sejarah yang sedemikian dicatat "sebegitu" dan diabadikan sebagai sejarah negara.

Pengorbanan yang tiada tara oleh para pejuang berhaluan kiri(anti-British) untuk memastikan Tanah Melayu merdeka secara 'total', sehingga menyebabkan mereka ini ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga, meringkuk dalam penjara dan terpaksa masuk kedalam hutan untuk menyelamatkan diri selepas operasi membasmi besar-besaran yang dibuat oleh pihak British untuk menghapuskan terus golongan pejuang kiri ini. Bayangkan, demi untuk mendapatkan kembali tanah tumpah darah mereka sendiri, mereka ini telah di'cap' sebagai penderhaka oleh bangsa sendiri kerana melawan para penjajah British!(aku cadangkan kamu baca 3 kali untuk perenggan ini).

Nama seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy(PKMM), Shamsiah Fakeh(PKM), Abu Bakar Bakir, Abdullah CD, Ahmad Boestamam ialah antara sosok yang berjuang untuk

"kalau kita jumpa lagi nanti, harapnya tak begini ya?"

"iya, itupun kalau Tuhan murah hati"

Mary lantas beralih dari situ meninggalkan aku dengan pisau kecil di genggaman tangan kanan dan hati yang masih merah dengan darah di telapak tangan kiri. Bersilih aku menoleh di antara kedua nya dan kemudian membuang pandang jauh ke arah lautan yang disenyembunyikan warna malam.

"bodoh, kalau mempertahankan cinta untuk dia selama bertahun tahun itu sia-sia, tidakkah membunuhnya sekarang lebih sia-sia?" maya yang entah muncul dari mana menempelekku.

Tergamam aku buntu. Pandangku mula bersilih diantara susuk maya dan 3 perkara tadi. Maya menghulurkan sebatang rokok ke arahku. Pantas aku campakkan pisau kecil dan hati yang masih merah dengan darah dan menyambut huluran maya yang sudah pun bernyala di hujungnya. Aku sedut perlahan, menghembus ke udara lantas asap kelabu yang terbentuk menarik aku ke dalamnya. Kemudian aku turut lesap bersamanya meninggal kan maya yang membuang pandang ke arah lautan yang disenyembunyi warna malam.

Seakan asap kelabu, Aku juga mahu hilang Lesap dalam invisibiliti, Yang tak siapa peduli.

Kisah Bagaimana Addan Diangkat Ke Langit

Kisah ini bukan sekadar kisah biasa. Ia lebih hebat dari kisah Merong Mahawangsa, lebih ajaib dari kisah Jack Dan Kacang Ajaib, lebih pelik dari kisah hikayat Mahabbrata atau lain-lain hikayat lagi. Tak dapat dipastikan samada ini sebuah cerita yang memberi moral pengajaran atau sebuah cerita yang mempermainkan minda anda. Tak pereaya? Teruskan membaca kisah ini.

Ok begini, kisah ini bermula dengan seorang guru yang bernama Addan. Hidupnya biasa-biasa saja. Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan bersiap ke tempat kerja. Perjalanan hidupnya agak ringkas dan bersahaja tetapi kemudiannya Addan mula berasa bosan, bosan dengan keadaan hidupnya yang biasa-biasa itu. Dia mula mempersoalkan keadaan hidupnya itu, mula mencari sebuah kewujudan hidup yang lain, yang lebih dari biasa-biasa.

Maka, Addan mula membuka kitab-kitab idealisme terdahulu, kitab yang ditinggalkan dari manusia ke manusia lainnya. Bermula dengan kitab komunis yang terawal, kitab Communist Manifesto dan kemudiannya Das Kapital. Dari penelaahan idea komunis itu maka lahirlah seorang Addan yang baharu, Addan yang lebih berani bermain dengan risiko. Seorang Addan yang bersosok komunis, dengan topi bintang tiganya, beraksi di beberapa siri demonstrasi melawan penguasa fasis dan kapitalis, dia puas hati dengan hidupnya kini.

Tetapi kemudiannya dia mulai berasa bosan, bosan dengan kemuakkan idea-idea komunis yang keras seragam berbintang tiga itu. Tambahan pula, fasis juga wujud dalam jubah komunisme itu sendiri memualkan anak tekaknya. Addan kembali mempersoalkan hidupnya dalam seragam komunis itu dan tanpa membuang masa mula membuka kitab-kitab purba. Kemudiannya, dia ditemukan dengan sosok idea sosialis melalui pembacaannya. Dari kisah Guevarra dan Castro tentang perjuangan Bolivian kemudian ke kisah Hugo Chavez yang meludah Amerika Syarikat, maka lahir lagi sosok seorang Addan yang baharu, lebih lembut dari seragam bintang tiga, lebih

prihatin dengan masyarakat marhaen. Dia kini seorang sosialis. Kelembutan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Addan kepada masyarakat rupanya mengundang padah pada dirinya sendiri. Bermula dengan pedadogi bahasa tertindas akhirnya diri dia sendiri yang ditindas oleh strata masyrakat. Addan kecewa dan kembali mempersoalkan hidupnya itu. Dia jauh lebih kecewa kali ini dari sebelumnya. Dia mulai bosan dan berhasrat untuk kembali ke kehidupan lamanya dulu, kehidupan yang biasa-biasa

tetapi dia sudah lupa bagaimana. Jadi, bagaimana sekarang ini?

Addan sudah mula tidak percaya dengan pelbagai sosok idea yang hadir, samada dalam pembacaan buku atau di promosi oleh manusia. Dari komunis ke sosialis dan kemudiannya anarkis, dia tak pereaya. Dia sudah bosan. Ya, bosan. Lalu tanpa disengajakan, Addan terbaca kitab-kitab sanskrit hikayat Buddha dan dia tertarik. Hatinya mulai merasa hidup kembali dan dia semakin terpanggil untuk terus menerus membaca tentang kisah Buddha, tentang perjalanan Buddha Chakra Sakthi dan akhirnya Addan mulai melihat sinar cahaya disebalik awan. Baru lah dia mengerti bahawa hidupnya bukan disini tetapi di sebalik awan sana. Lalu Addan diangkat ke langit, lenyap dari pandangan dan sehingga kini hilang tanpa khabar berita.

Wawancara: Raja Ahmad Aminullah

Hujan malu-malu merintik dan hawa panas siang Sabtu menjadi latar wawancara.Raja Ahmad Aminullah, tergelar intim ditegur teman-teman dengan singkatan Pak Engku disantuni dua teman Pustakawan Buku Jalanan, Saudara Fathi Faruq dan Zikri Rahman dalam merakam lontar ungkap temubual ini.

Wawancara berlangsung melanjut dua jam lebih seputar bahtera pengalaman Pak Engku menongkah arus dinamik politik,sosio-seni kebudayaan dan yang terpinggir dalam pembentukan sebuah Malaysia.

Raja Ahmad Aminullah, bermula sedari gerakan aktivisme mahasiswa tahun 7o dan 8o-an ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) ketika itu, 9o-an dalam pemerintahan "kaku" Tun Mahathir dan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehingga kini dalam lapangan suasana politik yang kian rencam pasca 2oo8, merakam siasah sikap dan pendapat seputar wacana buku, seni, budaya dan gerakan aktivisme yang ditelusurinya.

ZR : Pak Engku, dalam kita memulakan wawancara ini,umum mengetahui tentang penglibatan Pak Engku sebagai sosok seni budaya yang menzahir dalam lapangan seni budaya, khususnya dan umumnya,dalam ruang politik negara ketika itu di mana pergelutan kuasa sedang tegang. Justeru pada apa pengalaman Pak Engku dalam ruang ini ditandai maknanya?

RA : Saya pernah terlibat dengan kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Dan setelah sekian lama berkhidmat, saya diwawancara baru-baru ini dalam akhbar Utusan Malaysia kalau tak salah saya. Mereka tulis "Tinggalkan Politik Untuk Seni". Boleh tahan juga isi wawancara itu, tapi saya rasa tajuk itu kurang tepat. Ada sebab kenapa saya tinggalkan pejabat Dr.

Wan Azizah pada tahun 2oo2. Tapi saya takkan dedahkan sekarang. Pada masa itu saya masih ingat saya menulis surat yang menyatakan matlamat hidup saya adalah politik.

Akan tetapi, hakikat bahawa saya menyertai politik ketika ianya sedang hangat adalah atas sebab saya tersendiri. Saya tak ingin dedahkan... Wahh, sudah 12 tahun rupanya! Apa yang saya rasa ialah politik ini terlalu dimartabatkan, seperti ianya satu-satu jalan untuk menyumbang kepada perubahan. Saya masih ingat dalam satu

"Kenapa senyum begitu?" Aku cuma senyum kecil, membuka mata perlahan dan membalas soalan Mary. "Cuma sedang menikmatinya. Ini kebahagiaan buat aku." "Kau bahagia cuma tika tanganmu di celahan dadaku?" "Kalau kita sedang berdua, itu kebahagiaanku. Tanganku dimana bukan soalnya." "Tapi kau tahu kan? Aku sudah berpunya?" "Jadi kenapa kau di sini?" Soalan Mary aku pulangkan dengan soalan. Malah makin aku sesakkan dengan lebih soalan. "Kau tahu kan, Tuhan punya rencana untuk kita?" "kerana kali ini, kau dihantarkan kepada ku Mary", balasku menutup bicara Mary.

Perlahan-lahan tangan aku yang digenggam Mary diangkat sampai ke belahan dadanya. Lantas dibiar kejap disitu, aku pejam mata menikmati. Tindakan spontan mary seakan memberi aku sedikit momen bahagia yang semakin hari semakin menjauh dari aku. Ahh Mary, kau sering tak pernah gagal membunuh resahku, malah kau juga tak pernah memberi sesal itu semula.

Laju Mary melepaskan genggamannya. Aku juga turut menurut Mary, membiar lepas tangan aku jatuh mengikut hukum. Mary melirik ke arahku, matanya dikecilkan. Rajuk Mary tak dapat aku tafsirkan. Mary cuma membuang pandang ke arah jauh lampias lautan yang ditelan gelap.

"Bukan kau sendiri sering kata, jodoh dan nasib tiada kuasa atas hidupmu. Kau sendiri mengaku Tuhan keatas nasibmu. Jadi mengapa mahu kau persoalkan rencana Tuhan?"

Ahh aku yang dungu, tenggelam dalam kebencian ku tentang soal masa depan dan manusia. Malah terlalu dungu sampai dengan mudah aku membuang Mary semata untuk berkasih dengan sunyi. Ya, mulanya aku senang begitu, menghabiskan hari aku sendiri. Tapi kemudiannya, aku mula mencuri pandang pada Mary. Rindu senyumnya, jeritan namaku di setiap pertemuan, perbualan nakal tentang masa depan atau tika waktu kita cuma berpimpinan tangan dialunan lagu Wouldn't It Be Nice dari The Beach Boy dan aku mencebik bibir tiap kali Mary mahu bicara.

"Aliiii!!" Mary memekik namaku ke arah lautan langsung membunuh sunyi malam dan khayalan ku.

"kita habiskan di sini ya?" Aku angguk kecil. "ini dari aku." Mary hulur sebilah pisau kecil.

"dan ini punya kamu. Tolong tamatkan segera." titis titis merah jatuh dari genggaman Mary. Aku rakus tangannya. Sebiji hatii, pernah jadi milik aku. Yang aku beri pada Mary 4 tahun dulu.

RA: Ya, begitulah, ada satu cerita ni. Berkenaan dengan kawan saya, ceritanya begini,kawan saya berjumpa dengan kertas kerja untuk dibentang depan pegawai untuk buat bisnes. Pegawai itu dengan kopiah dan jambangnya tetapi akhirnya minta rasuah. Beginilah masyarakat kita senang-senang tertipu dengan luaran semata-mata...

ZR: Merumuskan tentang hal ini Pak Engku, mungkin Pak Engku dapat kongsikan pesanan kata-kata buat kami yang akan menyambut Ulangtahun Ke-Tiga Buku Jalanan kelak...

RA: Asasnya, kehidupan adalah kerja yang berlangsung dan satu perjalanan. Apa yang utama adalah untuk punyai harapan dan optimisme tercerah. Segala bentuk halangan dan tantangan adalah sesuatu yang boleh diuruskan dengan kepercayaan pada diri.

Dalam berbuat satu-satu perkara, jangan pernah percaya kepada ketokohan satu-satu ikon tetapi sebaliknya percayalah kepada kesetiaan idea dan jadilah berani untuk berkonfrantasi dengan idea yang berada di luar kotak seperti yang dimanifestasikan oleh teman-teman Buku Jalanan semua.

wawancara tahun 2oo1 dengan satu organisasi, yang mana kata-kata saya diputarbelit. Pada masa itu saya katakan bahawa "Politik ini hanyalah 5% daripada hidup saya." Dan ini adalah pada waktu penglibatan saya sedang berada di puncak. Perlu ingat bahawa pada masa itu, tak seperti sekarang. Ramai dari kalangan rakan-rakan (Dr. Wan Azizah) tidak mahu langsung menolong pun.

Saya gemar sastera, menonton filem... tetapi saya juga sangat menghargai persahabatan. Dan Raja Ahmad tidak akan sesekali belot dan khianat kepada kawan. Tidak kisahlah betapa teruknya dia dianiaya atau diherdik. Kalau orang itu mahu membelakangi saya, itu hak dia. Saya tak akan susah hati. Saya benar-benar percaya dengan nilai-nilai yang dianggap klise pada zaman sekarang, seperti kejujuran dan keikhlasan. Ramai yang kata nilai ini sangat kolot, tetapi ianya tidak. Ia adalah asas. Kalau seseorang itu mahu membawa perubahan kepada masyarakat, dia sendiri perlu diterapkan dengan nilai-nilai... moral fiber.

FF: Kenapa agaknya kawan-kawan Pak Ungku yang kini berjawatan, tidak lagi ada semangat beraktivisme seperti dulu?

RA: Saya takkan kata yang kawan-kawan saya sudah hilang idealisme. Mungkin sebahagian dari mereka mempunyai komitmen yang mengikat, tapi mereka tidak hilang arah. Mereka semua... menua. Bagi saya, saya tak pernah menua. Bagi saya, saya tidak pernah menua dan kemudian semakin muda *melawak*.

Pada tahun 2oo1 saya mengarang surat rayuan untuk seorang tahanan yang terkenal pada waktu itu diberi rawatan perubatan pilihan sendiri. Saya mengumpul tandatangan lebih seratus individu, kebanyakannya (mereka) dari latar belakang seni. Ada yang tua dan ada yang muda. Kemudian saya menghantar surat dan tandatangan-tandatangan itu semua kepada Perdana Menteri pada waktu itu.

Pada pagi saya menghantar petisyen ini, salah seorang rakan saya menghubungi saya, dia seorang wartawan dan orang teater, pada pukul 6 pagi. Beliau minta saya memadam nama beliau dari senarai. Sebabnya ialah editor beliau pada pagi itu sudah keluar masuk pejabat dan mengecam untuk memecat rakan saya ini. Perlu ingat bahawa pada masa ini internet belum lagi popular, tetapi mereka memperoleh maklumat ini begitu cepat.

Semasa surat itu tersebar, Perdana Menteri (Tun Mahathir ketika itu) kecewa dan saya diminta berundur dari Lembaga Utusan Melayu. Sebelum itu saya menganggotai lembaga selama 15 tahun dan baru sahaja dilantik semula pada AGM yang bersidang pada waktu itu untuk berkhidmat sepenggal lagi. Saya yang paling lama kerana dilantik semasa umur saya sangat muda lagi.

Jadi pada masa itu, saya menulis surat terbuka yang dimana sesetengah orang bertanya jika saya mahu menulis buku, kerana ianya agak panjang dalam 15 hingga 2o mukasurat. Isi surat itu kebanyakannya adalah petikan kata-kata. Namun di perenggan akhir surat itu, saya menegaskan jikalau diberi pilihan antara menarik balik kenyataan

(surat rayuan) saya atau berundur, saya tiada pilihan lain selain dari berundur serta-merta.

Hidup saya berubah sejak dari saat itu. Saya kehilangan banyak benda dan anak-anak saya juga melalui kesusahan. Saya bangga mereka semua berjaya akhirnya, tapi tak mudah untuk saya lihat mereka melalui kesusahan. Dalam seratus lebih tandatangan yang dihantar, saya seorang yang diambil tindakan. Saya dihukum untuk menjadi contoh kepada semua. So at that point of time I shot off a letter.

Namun begitu, sebenarnya saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku, tetapi pada masa yang sama saya tidaklah mengharap dike nakan sebegitu. Apabila seseorang individu itu percaya kepada sesuatu, mereka semestinya percaya bahawa mereka dapat memikul beban tanggungjawab. Kalau tidak, mungkin boleh pilih jalan lain atau cara lain. Mungkin itu yang kawan saya pilih.

Saya teringat peristiwa Khalid Ibrahim tidak mahu salam tangan saya pada tahun 2oo1 di Masjid Bukit Damansara. Dua kali. Walaupun saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku keatas beliau sekarang, itu cerita lain. Pada zaman itu, beliau seorang tokoh korporat. Saya beritahu kawan saya, "Awak ingat Mahathir nak tengok ke kalau Khalid Ibrahim nak bersalaman dengan Raja Ahmad ke tak?". Takkanlah salam pun salah? Tapi itu hakikat pada waktu itu. Ada sesetengah kawan saya sanggup melintas jalan untuk mengelak daripada bertembung dengan saya. Dan situasi ini tak membantu anak-anak saya di sekolah langsung. Kami belajar dari semua ini.

Saya gemar membaca novel-novel dari Eropah Timur semasa saya muda dulu. Penulis-penulis kontemporari seperti Milan Kundera. Buku beliau banyak mengajar saya tentang pergelutan di waktu susah. Saya juga membaca (Vaclav) Havel, kebanyakan esei-esei beliau. Saya teringat sebuah petikan dari buku Kundera, "Ketika waktu Negara dalam keadaan yang payah, maka 95% daripada masyarakat menyumbang kepada keadaan itu. Walaupun mereka tidak bersetuju, tetapi hakikatnya merekalah juga penyumbang kepada keadaan itu. Tetapi apabila suasana berubah, sebahagian daripada mereka yang 95% ini akan menjadi pahlawan kesiangan. Dan usaha paling afdal bagi mereka ini ialah menggelapkan usaha yang 5% ini." Saya bernasib baik sebab baca Kundera pada zaman itu, jadi saya boleh ketawa. Tapi zaman sudah berubah. Sekarang lain, setiap generasi punyai semangat zaman tersendiri. Hanya mereka yang akan berupaya menangani masalah mereka sendiri.

Ini apa yang saya selalu katakan pada era 7o-an dahulu memang kami tidak suka kalau ada orang yang jauh lebih dewasa nak mengarah kita. Sebab itu saya rasa tidak betul bila lihat orang tua cuba mengarah orang-orang muda tentang apa yang perlu dibuat. Saya rasa itu tak betul. Tak kisahlah pandai mana pun orang tua itu, kerana keadaan berbeza. Sebab itu saya suka hadiri program bersama anak muda, untuk berkongsi pengalaman saya.

Tetapi saya mahu melihat perkara ini dinyatakan dalam linkungan mereka sendiri dan apa yang kita mampu untuk lakukan sekurang-sekurangnya adalah bagi mereka ahli akademik, mereka perlu menulis tentang hal ini...

ZR : Makanya bagi Pak Engku, menulis itu sendiri adalah saluran aktivisme?

RA : Yang pertama adalah, adakah ramai yang masih berminat untuk menulis berkenaan orang miskin itu lagi? Saya tak boleh, tak berhak barangkali untuk menyatakan ini tetapi saya berhak untuk bertanyakan soalan ini, kadang-kadang saya lihat kita seperti fokus kepada golongan korban semata-mata dan bukan mereka yang terpinggir.

RA : Ya, salah satu caranya adalah untuk menulis dan paling sedikit yang boleh kita lakukan. Malahan bagi mereka yang berkelapangan untuk melakukan lebih dari itu, silakan. Sekurang-kurangnya jika anda menulis tentang perkara kemiskinan, ramai yang akan terbuka contohnya.

Terdapat kebijakan dari pihak pemerintah hampir 3o tahun yang lalu oleh Tun Razak ketika itu, menjemput Haron Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu untuk menjemput masuk peneroka bandar untuk menetap di Kuala Lumpur.

Tetapi apa yang terjadi sehingga hari ini adalah mereka masih tidak diberikan hak mereka sendiri. Apakah yang terjadi? Jadi di mana fungsi ahli akademik, NGO malahan universiti itu sendiri yang gagal menangkap permasalahan (zamannya) ketika itu. Kita sedang berbicara tentang mereka yang berada dalam linkungan kuasa dan mampu untuk mengubahnya,malangnya tidak.

Fikirkan tentang hal ini, ketika awal-awal gerakan mahasiswa tahun 7o-an, kami yang dibuang dari universiti, rakan seperti Hishamudin (Rais) dengan kecenderungan kiri dengan membaca Fanon, Freire, Mao dan lain-lain, kami terjebak ke dalam aktivisme dengan kepedulian perihal masyarakat yang tinggi tetapi bagaimana pada hari ini akhirnya (aktivisme) kita di peringkat mahasiswa lebih peduli tentang pakai tudung tak pakai tudung,semacam ada satu tanggapan yang berlebihan pada bukan perkara yang penting...

FF : Mungkin sekarang khalayak tidak lagi berupaya untuk "reads between the lines"? Apa yang abstrak itulah yang dipedulikan,ya?

Dalam bukunya Guerilla Warfare itu sendiri, ada dinyatakan bahawa bahawa Revolusi, atau kesedaran pada tanggapan saya,kan tercapai dalam tiga asas, iaitu,

i) Daya popular dan didokong rakyat massa...,

ii) Insureksi (insurrection)...,

iii) dan Ruang.

Sebagaimana Pak Engku nyatakan tadi, kedua dua belah pihak tandingan senyap tanpa ada luhur aktivisme yang progresif. Mungkin Pak Engku boleh kongsi pandangan lebih lanjut tentang soal ini?

RA : Antara yang saya baca banyak karya, antara yang terkesan pada saya zaman muda saya adalah Hamka,selain dari syair yang saya nyatakan awal-awal tadi. Edward Said, (Noam) Chomsky, E.P Thompson dan (Eric) Hobsbawm dan lain-lain lagi.

Malahan bagi saya,(Frantz) Fanon,Ivan Illich dan (Paolo) Freire seperti makalahnya "Black Skin,White Mask" dan "Wretched Of The Earth","Deschooling Of Society" dan "Pedagogy Of The Oppressed".

Buku-buku ini waktu zaman tahun 7o-an, terma "conscientization" itu besar dan saya diminta menulis satu kolum oleh Pak Samad (Ismail) dan saya memilih menulis tentang globalisasi. Dan esoknya keluar berita bising ada orang menulis dengan istilah-istilah komunis walhal saya ketika itu ahli parti yang memerintah tetapi masih diberi amaran-amaran!

Dan semestinya, anjuran-anjuran untuk membaca itu sendiri seperti Iqra (membaca) itu satu yang menjadi revolusi dalam pendidikan itu sendiri. Seperti dalam sajak yang saya karang berjudul "Intelektual" dalam bukunya "Menyarung Jiwa", yang saya mempersoalkan adalah bagaimana intelektual tetap sahaja kekal di menara gading.

Dan berkenaan soal ini, ke mana kita pergi? Dan saya merasakan persoalan ini molek ditinggalkan kepada generasi zamannya dan ketika itu kami merasakan kami perlu terlibat dalam kemasyarakatan dalam keupayaan kami untuk mengerti. Ketika menjadi mahasiswa dulu ada program turun ke luar bandar dan sebagainya. Interaksi dengan warga kampung ketika itu dan mengalami pada kaca mata sendiri dan ini semuanya membantu dalam proses mengerti kehidupan masyarakat itu.

ZR : Jadinya bagaimana gagasan aktivisme yang diunjur Pak Engku itu dapat membantu aktivisme itu sendiri?

FF: Pada pendapat Pak Engku, adakah banyak perubahan yang berlaku dalam aktivisme sejak tahun 7o-an sehingga hari ini?

RA : Yang pertama adalah, adakah ramai yang masih berminat untuk menulis berkenaan orang miskin itu lagi? Saya tak boleh, tak berhak barangkali untuk menyatakan ini tetapi saya berhak untuk bertanyakan soalan ini, kadang-kadang saya lihat kita

RA: Ya, banyak. Saya tidak punyai angka atau bukti untuk ditunjukkan tetapi saya rasa dari segi penglibatan, jumlah yang ada sekarang jauh lebih ramai. Saya juga perasan, kalau dulu bila seseorang itu sudah memilih pihak mana yang dia sebelahi, dia akan tetap dengan pihak/parti itu sehingga tua.

Generasi sekarang lain, mereka lebih eksperimental. Mereka mungkin berminat dengan sesebuah parti atau pakataan, tetapi tidak secara menyeluruh. Maksud saya ialah mereka punyai ruang yang tidak memerlukan mereka ini terikat dengan mana-mana pihak atau organisasi. Bagi saya, pendekatan ini lebih bebas dan lebih bijak. Itu yang saya lihat.

ZR : Kalau saya lihat melalui pengalaman Pak Ungku sendiri, Pak Ungku terlibat dengan keseluruhan elemen B.A.C.A (Books, Arts . Culture . Activism) sepanjang penglibatan. Dan itu menjadi tunjang kepada wawancara hari ini. Bagaimana seseorang penulis itu contohnya, adakah penulis itu mempunyai kehidupannya yang tersendiri yang terasing?

RA: Saya bermula dengan gerakan mahasiswa, kemudian bekerja, dan sekembalinya saya ke tanahair saya terlibat dengan politik kepartian. Daripada parti politik pemerintah, kepada parti politik tandingan. Tapi sejak 1o tahun yang lepas, saya tidak lagi terlibat. Saya lebih dikenali sebagai penyajak dan penulis.

Saya rasa bagi penulisan ini, kita (sudah) mempunyai tradisi. Tradisi seperti Hamzah Fansuri dan sebagainya yang berbeda perspektif. Kemudiannya ada ramai lagi tokoh-tokoh agama yang menulis. Kemudian wujudnya majalah yang bernama Al-Imam oleh Syed Sheikh Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin rasa dari segi penglibatan, jumlah yang ada sekarang jauh lebih ramai. Saya juga perasan, kalau dulu bila seseorang itu sudah memilih pihak mana yang dia sebelahi, dia akan tetap dengan pihak/parti itu sehingga tua.

saya ke tanahair saya terlibat dengan politik kepartian. Daripada parti politik pemerintah, kepada parti politik tandingan. Tapi sejak 1o tahun yang lepas, saya tidak lagi terlibat. Saya lebih dikenali sebagai penyajak dan penulis.

Saya rasa bagi penulisan ini, kita (sudah) mempunyai tradisi. Tradisi seperti Hamzah Fansuri dan sebagainya yang berbeda perspektif. Kemudiannya ada ramai lagi tokoh-tokoh agama yang menulis. Kemudian wujudnya majalah yang bernama Al-Imam oleh Syed Sheikh Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin (yang kemudian anaknya menjadi Gabenor Pulau Pinang). Kedua-dua mereka baru kembali dari Mesir, bersentuhan dengan idea-idea (Syeikh Muhammad) Abduh dan (Rashid) Ridha. Juga Amir Syakif Al-Aslan dan (Jalaludin) Afghani. Majalah ini tidak bertahan lama pun, 2 tahun saja. Mereka bertentangan dengan establishment yang sedia ada.

Sebab itu wujudnya istilah 'kaum muda' dan 'kaum tua' pada waktu itu. Saya tidak suka menggunakan istilah konotasi seperti itu kerana ia memberikan gambaran yang terlalu am. Tetapi ini semua fasa perubahan. Di Indonesia juga sama, kalau dilihat organisasi yang dimulakan untuk membawa perubahan atau islah, selepas 6o tahun mereka pula yang menjadi konservatif! Organisasi yang konservatif pada mulanya pula yang kini dilihat inginkan perubahan. Contoh in boleh dilihat pada Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama di Indonesia.

Inilah yang dimaksudkan dengan semangat zaman. Sasterawan tanahair tak terkecuali. Rata-rata semua bermula sebagai golongan bawahan, minum di kedai-kedai kopi kecil, makan roti prata. Hidup dikalangan mereka yang dikelaskan sebagai golongan bawahan.

Saya pernah berkata dengan Pak Samad (Ismail) tentang halatuju hidupnya ini. Saya bertanya soalan padanya sekali, "Pasal apa Pak Samad (Ismail) asyik menulis je?". Dan dia jawab, "Laparrrrr". *gelak* Dia hanya melawak, tetapi ramai penulis yang saya dapat lihat api semangat di mata mereka.

Jadi apa yang saya nak kata ialah, yang menggalakkan mereka ialah membongkarkan isu yang berdekatan dengan masyarakat. Dia mungkin tulis berkenaan daun, bunga,

dan benda lain, tapi kebanyakan masanya mereka menulis tentang isu-isu yang lebih nyata. Rendra pernah dituduh sebagai penyair pamflet. Saya tak ingat sajak yang mana satu tetapi mereka personal kenapa Rendra selalu berbicara tentang isu-isu? Dia menjawab, jika bersajak itu ialah tentang dahan dan pokok sahaja, maka elok aku tak jadi seorang penyajak pun. Begitulah.

Beralih ke era 6o-an dan 7o-an, saya rasa penulis masih lagi menulis tentang perkara yang sama. Tetapi pada 8o-an dan 9o-an, saya lihat bahawa terdapat sebuah vakum dalam masyarakat kita. Saya benarbenar berharap ada orang yang boleh mengkaji perkara ini. Kenapa pada 9o-an dan 8o-an tiada penulisan yang bersifat kemasyarakatan.

Kaji kenapa 8o-an dan 9o-an tiada orang yang nak menulis tentang ini (hal-hal

Saya katakan kepada teman-teman seniman saya, saya katakan, kalau kalian rasa nak mendokong A, B atau C, teruskan tetapi jika kalian mahu bersikap independen, anda punyai pilihan, malahan memilih untuk tidak memilih itu sendiri adalah pilihan. Anda mempunyai kemampuan untuk menjaga jarak seperti Edward Said nyatakan, kita harus punyai jarak dengan kekuasaan. Kalian boleh berkawan, tapi...

ZR : Dan berkenaan dengan polisi kebudayaan kebudayaan negara kita sendiri, ada menggariskan berdasarkan budaya masyarakat dominan di Malaysia, perlu berdasarkan agama Islam itu sendiri,contohnya. Mungkin Pak Engku boleh berkongsi teguran dan kritikan tentang proses pembudayaan yang dari atas ke bawah ini dan bagaimana proses pembudayaan itu perlu berjalan sepatutnya?

RA : Saya tidak permah meneliti polisi kebudayaan ini secara intim, tetapi apa yang saya amati, kebudayaan ini satu wilayah yang bukan boleh diarah-arahkan. Ianya harus bergerak tumbuh secara organik dan secara mandiri dari masyarakat seniman itu sendiri.

Dan seniman iu juga, saya percaya mereka adalah yang turut terinspirasi dalam kalangan mereka sendiri, sebab mungkin tidak semua yang menjadi seniman tetapi seorang seniman perlu mengungkapkan dalam bentuk seni. Jadi mereka harus menyatakan sesuatu yang sesuai dengan pengalaman dan pengetahuan mereka, bukan kerana mereka diminta untuk melukis atau menulis untuk mana-mana pihak contohnya.

Tetapi yang paling penting, yang pertama tadi,kemampuan untuk menjarakkan diri dengan kekuasaan, yang keduanya, untuk mendengar, saya paraphrase W.S Rendra; "Untuk mendengar jerit kalangan-kalangan yang luka...", dia (Rendra) kata haiwan-haiwan yang luka bukan, tapi saya tukar kepada kalangan-kalangan yang terluka khususnya dalam pembangunan masyarakat kita,

Misalannya, kita lihat isu gelandangan tempohari, selain dari kenyataan yang amat tidak munasabah oleh bapak menteri Wilayah dan anggota-anggota pentadbiran yang kemudian dilanjutkan dengan tindakan DBKL yang membina besi-besi palamg atas kerusi itu, dan kemudiannya dari kelompok-kelompok politik tandingan pula, tiba-tiba hadir, keluar gambar.

Jadinya diantara kawanan politik di belah kanan atau kiri hanya ingin menggunakan kesempatan itu sahaja. Saya lebih suka jika mereka benar-benar luhur, selepas ini, kalau Perdana Menteri tak turun, kena turun jugalah. Samalah dengan kawanan politik tandingannya, janganlah berhenti menyantuni. Jika tidak ianya hanyalah sekadar kemunafikan!

ZR : Dan lanjutan dari ulasan Pak Engku tadi, walau isu-isu itu panas atau tidak panas, kita perlu sentiasa terkehadapan. Mungkin dari situ kita dapat menjurus tentang bagaimana ide-ide aktivisme dan aksi langsung, khususnya dari kacamata Che Guevara sendiri, kerana saya difahamkan, Pak Engku sendiri banyak terinspirasi dari idea-ideanya.

Dulu, hah, bukan main lagi, for life, sampai bila-bila bersama seumur hidup!

Satu lagi, yang saya hairan,selepas zaman mahasiswa, barangkali mereka tidak sempat beraktivisme, fast forward, 3o-35 tahun selepas itu,dalam media sosial.Ya Allah, bukan main lagi garang,but where were you ten to 15 years ago? Mungkin waktu itu ada culture of fear, tetapi (kini) era itu sudah lepas.

ZR: Dan bagaimana tentang seni itu, seterusnya kita langsung ke budayalah. Bagaimana Pak Engku ada sebut tentang culture of fear, begitukan, mungkin kalau ikut Stuart Hall, dia ada cakap lebih kurang begini,"Pemaknaan adalah hasil pengeluaran sosial, satu praktis. Dunia harus diberi maknanya...", itu yang kita fikir balik, kita sedang cuba memberi maknanya terhadap budaya itu sendiri dan sepertimana asal perkataan budaya itu sendiri yang mencakupi nilai-nilai bertitik-tolak soal budi (falsafah, sastera, bahasa dan lain-lain) dan daya (fikrah, esensi, psikologi dan lain-lain),melalui apa dan bagaimanakah kita di Malaysia memberi makna kepada gagasan dan proses pembudayaan kita sendiri, mungkin Pak Engku boleh luaskan lagi pemahaman kita tentang itu?

RA: Pertamanya, kita kena juga didik diri kita dan masyarakat kita, peri-penting kebudayaan melalui kegiatan-kegiatan budaya ini. Pasal orang selalu tengok, budaya ditakrifkan sebagai sesuatu yang rendah kerana orang lihat budaya hanya di permukaan, orang tengok tarinya, lakonannya, sekadar itu sahaja dan lupa bahawa bila kita bicara soal budaya ini sebagai asas ketamadunan dan betapa pentingnya dalam merangka dan membina ketamdunan.

Selalu dengar orang bersyarahlah dengan Malik

Bennabi, Ibnu Khaldun dan (Frantz) Fanon apa bagai, tetapi sedikitpun mereka tidak kaitkan dengan aktiviti kebudayaan itu sendiri. Mereka hanya ambil sedikit pada permukaan peringkat kesarjanaan semata-mata dan mereka tidak memahaminya sedikitpun bahawa apa yang digambarkan sebagai tari dan sebagainya itu adalah manifestasi kulit semata-mata tetapi falsafah yang merangka citra seorang pembikin filem dan koreografer tari, contohnya, kita tidak faham.

Kita perlukan satu peringkat pendidikan. Dalam keadaan sekarang, pemimpin pun tak faham. Tanya menteri kebudayaan malahan pembangkang sekalipun...

ZR : Mungkin mereka punya pandangan yang tidak menyeluruh, cetek...

RA : You're being too kind when you said that. They might not understand it at all! I've been to both political divide and talk to both sides. Teman-teman seniman, Dinsman contohnya ada beritahu saya tentang hal ini. (Politisi) yang ada sekarang hanya memanggil seniman-seniman untuk menggalang objektif-objektif mereka semata-mata.

masyarakat). Adakah seperti yang didakwa sesetengah orang bahawa gerakan aktivisme ini terhenti kerana ekonomi berkembang pesat? Saya terdapat kenalan yang berhenti menulis kerana mahu menceburi bidang perniagaan. Kerana peluang ekonomi,kita mungkin tiada semangat untuk menulis tentang masyarakat.

Satu lagi yang saya tak faham ialah kenapa anak muda zaman sekarang terlalu tunduk. Kalau pergi program forum ke apa, hormat melampau-lampau. Zaman saya dulu, kami bertanya soalan sehingga muka panelis merah padam! Salah seorang panelis forum pada waktu itu ialah Ibrahim Ali dan di penghujung program beliau tidak mahu langsung bersalaman dengan saya. Tak lama selepas itu, beliau menjadi rakan sekerja saya di Utusan Melayu, tetapi saya tak sebut kepada dia peristiwa yang lepas (itu). Maksud saya disini ialah, soalan-soalan penting perlu ditanya. Bertanya itu tidak bermaksud menjadi derhaka...

ZR : Saya rasa ini adalah masalah dengan "clicktivism". Menyoal itu menjadi aksesori tambahan sahaja dan "Like" dan "Share" di Facebook sudah mencukupi. Saya petik Borges dan Rendra "Penulis itu sendiri adalah hidup dan abadi". Bagaimana hidup dan abadi itu berbeza? Hidup dalam erti kata ia akan sentiasa berkembang manakala abadi pula sebagai pengekalan. Ada karya yang Pak Engku boleh sama-sama kongsi untuk memaknai karya itu sendiri?

RA: Pada saya, sebahagian daripada proses pemaknaan ini terserah kepada pembaca. Kalau kita menjadi pembaca yang bersifat literal, maka betapa baik pun sebuah karya itu, ia takkan ada dinamika perkembangan. Maka kepada saya, ia terserah kepada pembaca untuk memberi makna.

Saya tiada tajuk spesifik didalam kepala sekarang tetapi antara buku-buku yang saya akan ulang baca setiap tahun ialah Kundera, tulisan Mokhtar Lubis pun ada, Hamka pun ada, dan sajak-sajak Chairil Anwar, Amir Hamzah, (WS) Rendra. Juga Emha Ainun Nadjib. Usman Awang di sini, Mahsuri SN. TS Elliot, (Pablo) Neruda, Federico García Lorca dan (Allen) Ginsberg. Saya banyak baca (Allen) Ginsberg dulu, dan juga kawan dia (Lawrence) Ferlinghetti zaman "Beat Poets".Kemudian Ernesto Cardenal, jadi saya banyak baca karya seperti itu. Kadangkala saya ulangbaca dan saya tidak rasa ianya menjadi muak atau basi.

(Membaca,ianya) Satu pengalaman baru. Ia membuka jendela penglihatan saya kepada dimensi yang baru. And there is no substitute for reading. Kalau mahu menjadi penulis, mesti membaca, membaca dan membaca. Kadangkala saya lihat (dalam) kalangan seniman itu sendiri kurang berminat untuk membaca. Sedangkan karya-karya teman-teman sendiri pun tidak dibaca, itu belum karya yang di luar wilayah kita. Contohnya karya Y.B Mangunwijaya yang bertajuk Burung-burung Rantau, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai The Weaverbirds. Jadi itu menceritakan pengalaman dia. ( Karya penting melewati zamannya)

Saya masih ingat sewaktu di sekolah itu, antara bahan pembacaan yang disuruh kepada kami ialah Atheis karya Achdiat K.Mihardja. Baru-baru ini ada seorang rakan saya yang lebih muda memberitahu saya bahawa dia sedang membaca buku ini senyap-senyap. Saya terkejut. Kenapa perlu begitu? Saya tidak paham.

Mungkin suasana sekarang tidak memungkinkan, suasana yang ingin menutup-nutup. Kita belajar tidak ada apa-apa. Selepas sekolah, saya sambung membaca karya-karya Achdiat yang lain tentang pemikiran, ideologi dan bukan semata tentang soal ateisme. Kemudiannya saya yang menuntut aliran sastera akan berdebat dengan dua orang kawan saya dari aliran sains mengenai buku-buku itu. Salah seorang dari kawan saya itu baru saja bersara sebagai Imam Besar Masjid Negeri Sarawak. Jadi, takkanlah dengan membaca buku itu jadi tidak betul (dari sudut norma masyarakat)?

ZR: Tentang seni pula. Kita lihat seni sebagai sebuah penghayatan. .... Di Buku Jalanan sendiri kita lihat seni dari kerangka "awam", bagaimana penghayatan seni dalam proses belajar dan kritik yang membumi sebenar-benar bagi Pak Engku sendiri? (Seni sebagai kritik dan cerminan realiti sendiri.)

RA: Ini sebenarnya saya tidak ingin meremehkan perkara ini. Ada seorang rakan lama saya pernah kata,"Puisi memang la susah nak faham. Bagi siapa yang faham, fahamlah...".This is from a social perspective which I think has its relevance,but sometimes what happens contributes to this detachment when it is not seen as a statement or reflection of society itself at that time.

Bukan semua karya patut jadi begitu. Kerana kita bukan bercakap soal "agitprop" atau propaganda. Contohnya agitprop poster-poster Mao atau di Cuba. Sekarang ia mempunyai nilai ekonomi sebagai komoditi. Tapi kesannya sudah bukan macam dulu lagi. Kalau tahun 8o-an Eric Clapton jual minuman dia dengan lagu After Midnight, semua orang terkejut.

Kemudian 9o-an, cerut Che Guevara sampai dijual di Malaysia! Tak dapat saya bayangkan ini boleh berlaku pada 2o tahun sebelum itu. Saya ada beli buku dia (Che Guevara) pada zaman tu, saya terpaksa sorok bila bawa masuk negara kerana ianya teks yang dilihat menghasut.

'Idea',tidak ada siapa yang harus bimbang membawa idea. Terutamanya mereka yang ada imperatif kuasa tidak kira siapa pun. Yang paling penting untuk golongan yang punyai imperatif kuasa hanyalah untuk mengekalkan kuasa sendiri.

Kerana itu saya menentang idea minda tertawan ini dengan idea ketaksuban dan sebagainya. Saya rasa kita tidak boleh biarkan diri kita taksub pada figura atau ikon. Tidak kira sehebat mana pun atau rapat mana pun hubungan, idea patut didahulukan. Kesetiaan harus kepada idea.

Kesetiaan kepada idea, bukan kepada mana-mana sosok...

ZR: Tentang ide itu sendiri sebenarnya datang dari pengalaman dan bagi Pak Engku sendiri, bagaimana Pak Engku menenun ide dari pengalaman dan proses berkarya Pak Engku sendiri?

RA: Mungkin dalam 15 tahun saya menulis, secara kerap walaupun tidaklah sekerap yang saya mahu, tapi okay, ia jadi sudah menjadi semacam satu yang sebatilah. Barangkali kerana faktor pendedahan dan ia menjadi sebahagian dari perjalanan kehidupan dan penulisan itu bagi saya harus melbatkan elemen ini dan elemen ini (tangan mengunjuk ke arah kepala dan dada),serebrum dan hati ini.

Ada orang kata, serebrum sahaja, setengah orang kata, hati saja kan, saya percaya pada adunan keduanya. Saya berfikir dan saya berharap agar dalam penulisan saya, saya menggabungkan kedua unsur deria rasa dan juga deria fikir.. Dan saya menulis dengan apa yang saya lihat, saya tak percaya kepada "intellectualizing" sesuatu perkara.

Secara peribadi, apa yang saya lihat dan alami, sama ada secara primer mahupun sekunder, dan yang kedua itu yang mudah tapi masih kita perlu melarut dalam kehidupan masyarakat, tidak cukup untuk hanya untuk membaca, bukan semata-mata soal buku, pengalaman itu penting. Ini (penulisan) perlu dimensi yang lebih luas, misalannya, tidak boleh hanya misalan dengan Telawi-nya sahaja, ataupun dengan Duta Mas sahaja misalannya. Dia perlu ada linkungan yang luas.

Perlu ada usaha dalam sedar untuk melewati teman-teman dan berbincang.

ZR: Bahawa kita adalah makhluk yang tidak sempurna...

RA: Supaya tidak jadi seperti apa yang pernah dikatakan seratus tahun lalu, seperti "professional revolutionaries" yang akhirnya kepentingan kuasa itu terletak pada objektif semata dan berlegar dalam kalangan yang punyai objektif yang sama semata-mata. Idea saya adalah untuk jabarluaskan linkungan kawan, jaringan, hatta dengan orang-orang yang kita tak bersetuju sekalipun.

I still go to friends yang you know vehemently disagree with me they invited me for discourse because.... Im not saying that it should be done by everyone because there might be certain phases of my life that it makes me easy to do that. Saya juga punya kawan lama, duduk dekat-dekat tapi tak melawat satu sama lain pasal sorang sokong ni, sorang sokong ni. Saya jumpa dua dua orang saya cakap, "I ketuk kepala dua-dua orang ni kan, dulu makan satu talam, satu geng, sekarang.... Tinggal kuah je..."

*Terpinga-pinga*

Kuah saja, ukhuwah dah tiada. Its an old generation jokes! hahaha