Cawangan Pemakanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.nutrition.moh.gov.my
"Peneraju Jtama Pemakanan Negara"
Berat Badan Berlebihan
Bagaimana Mengatasinya?
Berat Badan Ideal Kunci Kesihatan Berkekalan
"Faedah Berat Badan Ideal"
Risiko rendah untuk mendapat: diabetes, hipertensi, penyakit jantung, kanser, batu karang, sakit sendi 2. Mudah melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal. Tidakcepatpenat Kurang masalah gangguan tidur. 5 Keyakinan diri lebih tinggi. Berat Badan Ideal KunciKesihatan Berkekalan "Peneraju Utama Pemakanan Negara
BERATBADAN
DAN
KESIHATAN
ANDA
Berat Badan Berlebihan·Bagaimana Mengatasinya?
Perlukah saya mengetahui status berat badan saya?
Ya, kerana status berat badan mencerminkan taraf kesihatan anda.
Anda perlu menimbang berat badan secara berkala seperti sebulan sekali untuk memantau status berat badan anda.
Darah tinggi (Hipertensi)
Jika saya mengalami berlebihan berat badan, apa pula risiko yang akan saya hadapi?
Anda lebih berisiko terhadap beberapa masalah kesihatan seperti:
Kencing manis (Diabetes)
Sakit jantung
Batu karang
Sakit sendi
Kesukaran bernafas
Sesetengah jenis kanser
Bagaimana caranya untuk saya mengetahui status berat badan saya sekarang?
Ada 2 cara:
• Mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau "Body Mass Index" (BMI)
• Melalui ukuran lilitan pinggang
Cara mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT)
Caranya mudah sahaja:
1. Timbang berat badan anda dalam unit kilogram dan tinggi anda dalam meter.
2. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mengunakan formula berikut:
Berat (kg) IJT (Indeks Jisim Tubuh) Tinggi (m) x Tinggi (m)
4. Saya tiada masa untuk menyediakan makanan!
Hidangkanlah ulam-ulaman sebagai menggantikan sayuran yang perlu dimasak.
Sediakan bahan-bahan mentah pada waktu lapang seperti pada hujung minggu.
Minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyediakan makanan.
5. Saya sukar untuk menerima perubahan!
Lakukan perubahan secara berperingkat, jangan terlalu memaksa diri.
Selalu ingat, perubahan yang mendatangkan faedah amat menguntungkan.
Tanamkan keyakinan dalam diri yang anda mampu untuk berubah.
Buat perubahan kepada perkara yang mudah dahulu, contohnya kurangkan minuman manis dan lebihkan minum air kosong.
6. Saya tidak yakin untuk berubah!
Jangan mudah berputus asa, kekaikan keazaman untuk membuat perubahan.
Fikirkan tentang ganjaran dari segi kesihatan yang bakal diperolehi apabila berjaya mengurangkan berat badan.
Sasarkan matlamat penggurangan berat badan yang mampu dicapai. Contohnya pengurangan berat badan 1 hingga 2 kg sebulan.
Tanamkan cita-cita untuk membuktikan kepada diri dan orang lain bahawa anda mampu melakukannya.
7. Tiada sesiapa pun yang menyokong saya....
Maklumkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan tentang hasrat anda untuk mengurangkan berat badan. Mereka pasti akan memberi sokongan.
Libatkan ahli keluarga dalam aktiviti yang dilakukan, sama ada pemilihan pemakanan dan amalan aktiviti fizikal.
Abaikan pandangan dan pendapat negatif orang lain terhadap usaha murni ini.
Tanya pakar pemakanan anda.
1. Saya sudah mencuba, tetapi mengapa hanya sedikit sahaja berat badan saya yang turun dalam masa sebulan?
Jika anda aktif mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman, jisim lemak akan ditukar kepada jisim otot, oleh itu perubahan berat badan tidak ketara tetapi anda akan berasa lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
Pengurangan berat badan secara mendadak adalah memudaratkan, anda boleh mengalami kehilangan jisim otot. Anggota tertentu di badan akan kelihatan mengelebeh dan biasanya amalan ini tidak kekal lama.
Penurunan berat badan secara sihat dan selamat disarankan di antara 1/2 hingga 1 kilogram seminggu.
2. Saya tidak dapat menahan nafsu makan?
Elakkan diri dan suasana yang boleh menimbulkan keinginan untuk makan.
Elakkan menyimpan stok makanan ringan di rumah atau tempat kerja.
Kurangkan makan di luar.
3. Bagaimana untuk mengelakkan rasa lapar?
Makanlah mengikut waktu yang tetap dan betul.
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
Pilih snek (makan di antara waktu makan utama) yang berkhasiat contohnya buah-buahan tempatan.
Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat seperti buahbuahan, sayur-sayuran, oat dan roti bijirin penuh.
03 Leue
3. Bandingkan IJT anda dengan nilai di bawah:
| Jika IJT Bermakna anda Risiko anda terhadap (kg/m') anda adalah. penyakit adalah. |
| Bawah 18.5 Kurang berat badan Rendah (tetapi risiko terhadap masalah klinikal lain meningkat) |
| 18.5-24.9 Dalam julat normal Rendah |
| 25.0-29.9 Berlebihan berat badan Meningkat |
| 30,0.ke atas Obes Meningkat hingga sangat teruk |
(Sumber : World Health Organization Technical Report Series: Obesity Preventing and Managing The Global Epidemic, Worid Health Organization, Geneva, 2000)
Ukuran lilitan pinggang
Ukuran lilitan pinggang menggambarkan lemak yang terkumpul dalam organ badan. Lemak yang tinggi meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Cara mengukur lilitan pinggang
1. Gunakan pita pengukur.
2. Jadikan pusat anda sebagai penanda aras bagi pita pengukur tersebut.
3. Ambil bacaan dalam keadaan pita pengukur berada pada kedudukan rmendatar.
Jika UT anda berada dalam julat normal, tetapi ukuran lilit pinggang melebihi 90 cm bagi lelaki dan melebihi 80 cm bagi perempuan anda masih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik.
"Status berat badan saya berlebihan. Apakah yang patut saya lakukan?'
Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan sehingga mencapai berat badan normal.
1. Tetapkan matlamat
Cara mengurangkan berat badan dengan selamat.
Cuba kurangkan 10% dari berat badan anda sekarang dalam masa 6 bulan.
Contohnya:
Berat badan anda sekarang 80 kilogram cuba kurangkan 10% daripada 80 kilogram (8 kilogram) dalam masa 6 bulan.
laitu pengurangan berat badan sebanyak 1.3 kilogram dalam masa sebulan.
2. Lakukan Perubahan Kepada 3 Perkara Berikut:
Pemakanan Anda
Menu Harian Anda
Aktiviti Fizikal Anda
Anggaran Penggunaan Tenaga Bagi Individu Yang Beratnya 68 Kilogram
| A. Aktiviti Sedentari | Penggunaan tenaga (kalori/jam) |
| Berbaring atau tidur | 90 |
| Duduk | 84 |
| Duduk sambil menulis | 114 |
| B. Aktiviti Sederhana Aktif | (150 -350) |
| Berbasikal (8 km/j) | 174 |
| Berkayuh kano (4 km/j) | 174 |
| Menari (dewan tarian) | 210 |
| Bermain golf (menarik'clubs') | 324 |
| Menunggang kuda | 246 |
| Melakukan kerja rumah ringan seperti mengemas rumah | 246 |
| Berenang (18 m/min) | 288 |
| Bermain tenis secara beregu | 312 |
| Bermain bola tampar | 264 |
| Berjalan (3.2 km/j) | 198 |
| C. Aktiviti Aktif | (Lebih daripada 350) |
| Menari aerobik | 546 |
| Bermain bola keranjang | 450 |
| Berbasikal (21 km/j) | 612 |
| Mengangkat berat (gimnasium) | 756 |
| Bermain bola | 498 |
| Bermain'roiler blade' (14.5 km/j) | 384 |
| Berjoging (9.6 km/j) | 654 |
| Memberus lantai | 440 |
| Berenang (40 m/min) | 522 |
| Bermain tenis (perseorangan) | 450 |
(Surnber: William D. McArdle, Frank I. Katch, Victor L. Katch, "Exercise Physiology: Energy, Nutrition and Human Performance" (2nd Edition), Lea & Febiger, Philadelphia, 1986; Melvin H. Williams, "Nutrition for fitness and sport," William C. Brown Company Publishers, Dubuque, 1983)
Tingkatkan aktiviti fizikal anda.
Tips untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian:
i. Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari.
ii. Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki.
iii. Lakukan senaman sederhana aktif seperti berbasikal, 45 hingga 60 minit pada setiap hari.
iv. Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal mengikut kemampuan secara beransur-ansur.
vi. Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti senam robik dan sukan berpasukan.
v. Gunakan tangga di tempat kerja.
vii. Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah dan di pejabat seperti menyapu sampah, mengemop lantai, berkebun bunga, menyusun fail dan seumpamanya.
Penggunaan tenaga (kalori) beberapa aktiviti fizikal yang biasa dilakukan.
Jumlah kalori yang digunakan bagi melakukan aktiviti yang sama berbeza bagi setiap orang.
Untuk aktiviti berjalan sejauh satu kilometer, seorang yang beratnya 100 kilogram menggunakan lebih kalori daripada seorang yang beratnya 70 kilogram. Ini disebabkan ia perlu membawa berat yang lebih.
Ubah Pemakanan Anda
Makan ikut keperluan harian anda. lanya bergantung kepada umur, jantina, status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang.
Keperluan kalori harian yang disarankan bagi seorang yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal sederhana mengikut jantina dan umur adalah seperti berikut:
| Jantina Umur |
| Keperluan Kalori Harian Lelaki 2440 19-29tahun 30-50 tahun 2460 51-59 tahun 2460 2000 Perempuan 19:29 tahun 30-50 tahun 2180 2180 51-59.tahun |
(Sumber: Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005)
Untuk mengurangkan berat badan, pengurangan 500 kalori (250 kalori daripada pengurangan pengambilan makanan dan 250 kalori dari peningkatan aktiviti fizikal harian) boleh mengurangkan berat badan anda sehingga 1/½ ke 1 kilogram seminggu.
Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan yang mengandungi lemak haiwan.
Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buahan. lanya berkalori rendah dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
Ubah Menu Harian Anda
Rancang menu harian yang bersesuaian dengan rancangan pengurangan berat badan anda.
Kurangkán jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur.
Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera anda.
Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit dan memakan masa).
Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap iaitu:
Contohnya :-
Sarapan pagi
Minum pagi
Makan.tengahari
6.30 pagi- 8.00 pagi
10.00 pagi- 10.30 pagi
Minum petang
12.00 tengahari-1.30 petang
Makan malam
4.00 petang-5.00 petang
Minum malam
6.30 petang-8.00 malam
Contoh Menu
10.00 malam-10.30 malam
Menu-menu berikut boleh diikuti. Cuba cipta menu anda sendiri berdasarkan contoh menu-menu berikut:
Sarapan pagi
Menu 1
2 keping sandwich sardin
I cawan susu rendah lemak
gelas air suam
(anggaran kalori: 350 kkal)
Menu 2
1 cawan empingan jagung kosong
t cawan susu rendah lemak
t cawan kopi O
(anggaran kalori: 35okkal)
"Aktifkan Dirimu Agar Anggun Dan Segak"
Berat Badan Ideal Kunci Kesihatan Berkekalan "Penenaju Utama Pemakanan Negara"
Contoh Kandungan Kalori dalam Beberapa Jenis Makanan
| MAKANAN | Contoh Kandungan Kalori dalam Beberapa Jenis Makanan | lanf Beberapa Jenls | mis Makanan |
| MAKANAN | SAIZ HIDANGAN | BERAT (GRAM) 170 | KALORI (KCAL) 660 |
| Mee goreng Nasi briyani dan ayam | 1 pinggan 1 pinggan | 245 | 643 |
| kari 125 gram | n | ||
| Nasi goreng telur | 1 pinggan | 330 | 637 |
| Mee kari | 1 mangkuk | 410 | 529 |
| Nasi minyak kosong | kosong1pin | 1 pinggan 245 | 436 |
| Burger dag | Burger daging lembu | 180 1 biji | 427 |
| Kentang goreng | goreng1p | 1 peket besar 125 | 405 |
| Nasi le | Nasi lemak bersambal | 230 1 pinggan | 389 |
| Satay | Satay ayam | 10 cucuk | 150 365 |
| Roti canai bersama kuah dhal | 1 keping | 95 359 | |
| 21 | Mee Hoon goreng | 1 pinggan | 170 294 |
| EL | Nasi putih kosong | 1 1/2 cawan | 200 260 |
| Ayam goreng | 1 peha | 120 255 | |
| Capati | 1 keping | 60 180 | |
| Roti putih | 2 keping | 156 | |
| Pisang goreng | 1 keping | 65 129 | |
| BKa | Karipap | 1 biji | 40 128 |
| Minun | Minuman berkarbonat | 1 tin | 285 120 |
| Minuman kotak | Minuman kotak | 1 kotak | 105 |
| Susu pekat manis | Susu pekat manis | súdu makan | 63 |
| Pisang berangan | Pisang berangan | 1 biji | 62 |
| Betik | 1 potong | 45 | |
| Kacang panjang | Kacang panjang | cawan | 39 |
| Te | Tembikai | potong | 130 20 |
| Kobis | cawan | 69 15 | |
| Kacang botol | a botol | cawan | 14 |
| Ulam pegaga | cawan | wan25 | 10 |
| Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia (Tee et al., 1997) | |||
Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia (Tee et al., 1997)
Makan tengahari
| Menut cawan nasi putih i keping Tau Hoo kukus cawan kalian goreng 1 potong nenas (anngaran kalori: 450kkal) I'gelas air suam | Menu 2 (cawan nasi putih 1/2 eawan sayur campur chap chai 1 ekor ikan asam manis berkuah gelas jus buah tanggaran kalori: 450kkal) |
Makan malam
| Menut I cawan nasi putih t keping ikan fenggirisambal 1/2:cawan terung goreng pofong betik i gelas air suam (aniggaran kalori: 450kkal) | Menu 2 mangkuk bubur nasi ayam 2 biji pisang emas gelas jus buah gelas air suam (anggaran kalori: 450kkal) |
Untuk minum pagi, minum petang dan minum malam, kombinasi dibawah boleh di gunakan.
1 cawan (150g) Yogurt rendah lemak dan segelas air suam atau,
1 cawan kopi O dan sandwich sardin 1 keping roti (30g) atau,
1 biji epal dan segelas susu rendah lemak atau
1 potong betik dan secawan teh O atau,
1 keping popiah basah dan 1 cawan air suam (anggaran kalori untuk setiap kombinasi menu di atas : 100kkal)
"Gantikan Minuman Manis Dengan Ini"
Kurangkan pengambilan kalori harian anda dengan menggantikan minuman manis dengan air kosong.
| Jenis Minuman | Kandungan Kalori |
| Air kosong | 0 kalori |
| Air kotak (1 kotak) | 114 kalori |
| Air sirap (1 gelas) | 140 kalori |
| Air berkarbonat (1 tin) | 146 kalori |
| Teh Tarik (1 gelas) | 159 kalori |
Cara untuk mengetahui kandungan kalori dalam makanan.
(Sumber: Nutrient Composition of Malaysian Foods 4th Edition, Tee et al, 1997)
"Peneraju Utama Pemakanan Negara"
Melalui label makanan.
Melalui risalah-risalah berkaitan pemakanan.
Pada asasnya makanan yang mengandungi lemak yang tinggi seperti makanan yang digoreng, mengandungi produk tenusu penuh krim, lemak sayuran atau lemak haiwan adalah berkalori tinggi.
Buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan bijirin penuh dalam bentuk semula jadi mengandungi kandungan kalori yang lebih rendah dan kandungan serat yang tinggi.