Pustaka Taratsa

Baca teks (PDF): Bara Buat Penerus

17 halaman · 17 halaman diproses dengan OCR · 3.0 detik

Versi OCR mungkin terdapat kesalahan eja, ketik, tata letak, atau hal terkait tipografi. Untuk ketepatan hasil, silakan merujuk pada dokumen asli.

Daftar isi
  1. Daftar Isi
  2. Memecah Malam Maulid
  3. Angkasa
  4. Bara Buat Penerus
  5. Setia
  6. Hidup & Mati
  7. Dikau Yang Ku Damba
  8. Matahari
  9. Tujuan Hidup
  10. Rembulan Malam
  11. Menyulam Pelangi
  12. Lombok
  13. Damai Yang Hilang
  14. Anarkis Tua

ini adalah versi bocoran dalam talian. buku fizikal cetakan terhad akan terbit clalam masa tak berhujung waktu.

kontek: WWW.INSTAGRAM.CON/DELETED.BOOKS

Daftar Isi

Memecah Malam Maulid Haloba Hidup Membidik Telinga Hari Ini Perjuangan Melawan Lawan Kembali Buat Para Penerus Segelas Pelarian Tak Ada I Untuk Hari Ini Bogela Testikal Bukit Jadi Saksi Angkasa Puncak Damai Waktu *Setan Anarkis Tua Mekar Bersemi Salah Setia Tok Tahu Gapo Nok

Hidup & Mati Alunan Rasa Dikau Yang Ku Damba Puncak Cinta Biarkan Ia Terhapus Diriku Sepi Merinduku Kamu Itulah Aku Pergi (Mampus) Mati Syaitan Dan Malaikat Diriku

Matahari Tujuan Hidup Mati Sang Pencemburu Mati Yang Sepi Matiku Hitam Alif Itu Apa Puisi??? Tanpa Judul

Rembulan Malam Menyulam Pelangi Lombok Bintang Akeno Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo I Purple U Sekalung Budi Kilauan Bakti Senandung Puisi Buat Finalis KIK Tangisan Darah Israel Laknatullah Damai Yang Hilang

Memecah Malam Maulid

Diselimuti gelap malam Berteman bintang di angkasa Mengiringi langkah menuju zawiat Bersama nawaitu buat yang tercinta

Bergema selawat memecah malam Lantoran vokal para jemaah Berkumpul bersama bermunajat Demi Sang Rasul tercinta

Walaupun tak pernah bersua Walaupun beza beribu zaman Namun tak terasa kejauhan Kerana sentiasa dekat dihati

Untuk segala usaha dan derita Untuk segala perih dan luka Akan ku jaga peninggalan mu Akan dipanjangkan ke anak cucu

Angkasa

Di bawah cahaya rembulan bersua Tangan terjalin tak terpisah masa Mata bertaut mamancar cinta Dalam renungan temukan syurga

Bisik bicara mengalun malam Menggetar hati tak keruan Menghenti gerak seluruh alam Berharap sentiasa dalam dakapan

Seperti lagu cinta ke udara Detik bersama bagai di angkasa Yang tak terkacau oleh siapa Yang abadi selamanya

Bara Buat Penerus

Di sini cinta bersemi Bersatu dalam perlawanan panjang Menghambat tirani dari tanah air Memintal cinta dengan keberanian

Tirani menjajah menggari nurani Kita bangkit dengan ambisi Bersama meroboh belenggu pemeras Mengukir warita penuh damba

Tak ada kenangan substansial Berbanding melawan para pemeras Berbekal cinta sebagai senjata Kita serempak meraih kebebasan

Setiap hela nafas Kita rayakan cinta dan perjuangan Mengenang jasa para pahlawan Menyala bara generasi penerus

Setia

Sepoi angin bawa rindu Ombak ganas sarat murka Walau tubuh telah menyatu Tiada jamin cerah sentiasa

Mendepan hidup onak duri Banyak hati perlu ditatang Kadang hingga hancur diri Demi bahagia yang disayang

Manis dirupa gelora jiwa Seribu macam dalam kepala Hingga lupakan sang kuasa Yang setia mendengar pinta

Hidup & Mati

Hidup & Mati
Kau dan aku tiada jarak
Tiada pengantara
Hidup dan mati hanya selapis sutera
Pemisah nya tuan empunya
Rindu dan dendam keduanya
Termatrai lama
Saling berkasih
Perpisahan yang tiada
Hidup atau mati
Tiada petanda sebenarnya
Hanya melangkau garisan masa
Di masa yang tiada
Kalau lah dapat dipertemukan keduanya
Hilang sengketa
Musnah segala hasrat
Yang tertinggal hanyalah sia
Tetapkanlah
Merindukan jiwa
Di situ ada jawapannya
Persoalan pastinya binasa

Dikau Yang Ku Damba

Akan ku singkapkan tabir malam yang kelam Ku jemput cahaya datang bertandang Raut jelitanya Bersinar terangi alam Supaya dapat aku tatap wajah mu sayang

Sesaat tidak senafas tidak terlepas pandang Walau dalam kerlipan pandangan jiwa Alunan irama lagu ku dendang Getarannya menyiksa ku lindung sebalik tawa

Kisah silam asalnya hanya Kita berdua Ku ungkit rasa sirami Susana Agar semerbak haruman cinta Bercambah benih meliputi tujuh benua

Bila gelap cuba mengintai menyapa Ku singkirkan ucapan mantera cinta Kikis halus debu debu yang menggila Biar terserlah lah intan berselindung kaca

Matahari

Apa yang kamu perhatikan? Wahai aku. Cahaya atau matahari. Ataupun benda-benda yang terjadikan.

Adakah cahaya, matahari dan alam ini bersekali? Atau aku yang sebenarnya gila Memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan?

Ketika melihat gunung nun jauh disana Aku keliru Apa yang sebenarnya aku pandangi Adakah gunung Adakah cahaya atau Adakah matahari yang aku teliti Biru. Ah! bukan. Hijau pun bukan. Atau hanya sekadar biasan Yang bukan realiti

Warnya apa matahari?

Tujuan Hidup

Mereka ada bertanya Apa tujuan hidup ku? Jawapanku "Aku hidup adalah untuk mati"

Ya Itulah matlamat hidup aku Garis perjalanan bermula dari kelahiran Misi utamaku adalah menuju kepada kematian

Bukankah itu destinasi terakhir? Mati Biarpun banyak perhentian Aku berdegil Ingin mencapainya lebih awal

Tiada yang mustahil Mati juga aku mampu capai Sebelum ia benar-benar sampai Matikan segalanya keinginan nafsuku

Rembulan Malam

Gelap malam ditemani rembulan Bintang menyinari langit malam Ku terpaku melihat diri ku Masa berlalu saban waktu

Ditemani sang rembulan malam Diri ku masih di situ setia menunggu Tiada yang tahu bila akan berlaku Hanya takdir menjadi penentu

Jiwa bunga musim gugur Hilang seri pudar warna Tiada yang pasti sukar dimengerti Hanya menanti ianya menghampiri

Tiada yang tahu di ujung waktu Kapan masanya dijemput ke sana Gelap malam hilang rembulan Menunggu mati dalam keabadian

Menyulam Pelangi

Panas mentari dibasahi hujan Hilang mendung diwarnai pelangi Burung terbang berkicau riang Raikan hari selepas hujan

Lumrah hidup tak selalu senang Terkadang di atas terkadang di bawah Berat kaki mengorak langkah Mencari penghujung tidak bersudah

Memerhati alam penuh alami Mencari makna dalam hati Hidup ini adakah pasti Atau mati yang akan menanti

Mengorak langkah terus berjalan Mengejar impian dalam mimpi Akan ku sulam bebenang emas Dalam mimpi ku sulam pelangi

Lombok

Putih pantai memikat suasana Biru laut menenang jiwa Bunyian ombak memecah sunyi Mengagumi kebesaranMu llahi

Jiwa berkelana dalam pencarian Melihat pesona keindahan abadi Ketakjuban melihat kekuasaanMu Tuhan Membawa ku kembali alam realiti

Gunung Rinjani memukau pandangan Gili-gili indah memeluk lautan Ku mencari dimanakah kebenaran Hanya dengan melihat ciptaanMu Tuhan

Remang senja bergilir waktu Matahari terbenam di ufuk barat Hilang siang berganti malam Ku peluk memori dalam kenangan

Damai Yang Hilang

Mayat-mayat kaku di lorong-lorong Anak kecik warga uzur sembunyi di kolong Pemuda pemudi laung melolong Meluah sengsara tidak terbendung

Rakyat Palestin diancam dikecam Pelbagai ragam tindakan kejam Regim Zionis tidak henti merejam Penindasan terus berjam-jam

Diperlakukan ibarat binatang sembelihan Dibunuh disakiti tanpa belas kasihan Walau sedunia berikan kutukan Regim Zionis tidak mengendahkan

Tanah suci telah tercemar Dicemari tangan para pendosa Rindu pada keindahan rasa Damai yang hilang tidak dijumpa

Anarkis Tua

Menjadi anarkis itu bagaimana Harus rebel melawan aturan dari muda sampai tua Harus kekal bicara politikal pagi hingga senja Atau harus mandiri kenal diri sepenuhnya Menjadi anarkis yang sebenar itu bagaimana Beraksi langsung di jalanan memandu gerakan massa Atau melempar molotov kepada penguasa Yang sebenar tak ada kiranya masih menurut tanpa ilmu Malatesta Kerana anarkis tak punya ketua maha kuasa Berkolektif membina komuniti bersama Penegak konsensus mendengar segala suara Puaskan semua rasa pengamal idealogi sebaiknya Yang muda di baris depan Yang tua mendokong dengan segala kemampuan Bersama menjadi pemain sesuai peranan Demi mewujud sebuah kebenaran Tak usah cari anarkis tua di perpustakaan Kerana yang tua sudah membina perpustakaan sendiri di kediaman Tak usah cari anarkis tua di jalanan Kerana mereka sedang bercucuk tanam di halaman Hidup anarkis tak cuma di lapangan radikal Itu persepsi skeptikal sinikal Kerana yang sebenarnya praktikal Untuk kehidupan yang lebih logikal