Baca PDF (OCR): Manusia, Agama, dan Kekuasaan

82 halaman · teks PDF berhasil diekstrak tanpa OCR· 132 ms

Daftar isi
  1. OCHA VOZVYSHENNYY
  2. MANUSIA, AGAMA, DAN KEKUASAAN
  3. Kandungan
  4. Pengenalan
  5. OCHA VOZVYSHENNYY
  6. Bab 1 Doktrin Suatu Penindasan
  7. OCHA VOZVYSHENNYY
  8. MANUSIA, AGAMA, & KEKUASAAN
  9. Perbezaan Doktrin dan Pengajaran
  10. OCHA VOZVYSHENNYY
  11. OCHA VOZVYSHENNYY
  12. Propaganda
  13. OCHA VOZVYSHENNYY
  14. Penjenisan
  15. Sistem
  16. Metode
  17. OCHA VOZVYSHENNYY
  18. Doktrin Agama
  19. Bab 2 Adakah Agama itu Kesyaitanan?
  20. OCHA VOZVYSHENNYY
  21. OCHA VOZVYSHENNYY
  22. Alam Yang Berkehendak
  23. OCHA VOZVYSHENNYY
  24. Prasejarah Yang Musnah
  25. OCHA VOZVYSHENNYY
  26. OCHA VOZVYSHENNYY
  27. Alam Kenal Kehidupan
  28. OCHA VOZVYSHENNYY
  29. Candu
  30. OCHA VOZVYSHENNYY
  31. Pembodohan
  32. OCHA VOZVYSHENNYY
  33. Bukan Kebenaran Mutlak
  34. OCHA VOZVYSHENNYY
  35. dalam hal sedemikian.
  36. Bab 3 Tiada Kebenaran
  37. OCHA VOZVYSHENNYY
  38. Kebenaran Yang Dijanjikan
  39. OCHA VOZVYSHENNYY
  40. Perbezaan Percaya dan Berfikir
  41. OCHA VOZVYSHENNYY
  42. Bab 4 Bagaimana Manusia Perlu Berfikir
  43. OCHA VOZVYSHENNYY
  44. Hala Tuju
  45. OCHA VOZVYSHENNYY
  46. OCHA VOZVYSHENNYY
  47. Kemenangan dengan Pemikiran
  48. Anti-Teologi
  49. OCHA VOZVYSHENNYY
  50. Bab 5 Kebebasan & Kemanusiaan
  51. OCHA VOZVYSHENNYY
  52. Kebebasan sepenuhnya
  53. OCHA VOZVYSHENNYY
  54. OCHA VOZVYSHENNYY
  55. OCHA VOZVYSHENNYY
  56. Kebebasan Yang Terkemudian
  57. Bab 6 Pengaruh yang Membina Budaya
  58. OCHA VOZVYSHENNYY
  59. Pengaruh Utama
  60. OCHA VOZVYSHENNYY
  61. Pengaruh Manusia Moden
  62. OCHA VOZVYSHENNYY
  63. Penyesuaian Evolusi Budaya
  64. OCHA VOZVYSHENNYY
  65. Rasisme/Fasisme
  66. OCHA VOZVYSHENNYY
  67. Zaman Rom dan Yunani
  68. Perhambaan Bangsa Afrika Abad ke-16
  69. Pembantaian Bangsa Armenia
  70. OCHA VOZVYSHENNYY
  71. Nazi dan Anti-Yahudi
  72. Diskriminasi Puak Indian di Benua Amerika
  73. Diskriminasi bangsa Aboriginal dan bangsa lain di Australia
  74. OCHA VOZVYSHENNYY
  75. Apartheid di Afrika Selatan
  76. Penaklukan Dalam Ras
  77. Alam Yang Marah
  78. OCHA VOZVYSHENNYY
  79. Bab 7 Penjara Kebebasan
  80. OCHA VOZVYSHENNYY
  81. Tentang Penulis
  82. OCHA VOZVYSHENNYY

OCHA VOZVYSHENNYY

MANUSIA, AGAMA, DAN KEKUASAAN

Manusia, Agama, & Kekuasaan Ocha Vozvyshennyy Pemeriksa Aksara: Nasna Sophia Perancang Sampul: Tim Unknown People Penata Isi: Solarpunk Cats Cetakan Pertama, Juli 2022 iv + 78 hlm, 13 x 19 cm COPYLEFT Penerbit Ramu Surel: [email protected] Situs: penerbitramu.noblogs.org Instagram/Twitter: penerbitramu Buku ini diterbitkan di Indonesia tanpa hak cipta yang bekerja sama dengan Cukong Press (Kuala Lumpur, Malaysia), jadi silakan lakukan sesuka kalian. Dukung Penerbit Ramu dengan membeli buku fisiknya.

Kandungan

Kandungan iii
1. Pengenalan 1
2. Doktrin Suatu Penindasan 3
3. Adakah Agama itu Kesyaitanan? 13
4. Tiada Kebenaran 31
5. Bagaimana Manusia Perlu Berfikir 37
6. Kebebasan & Kemanusiaan 47
7. Pengaruh Yang Membina Budaya 57
8. Penjara Kebebasan 75
Tentang Penulis 77

Pengenalan

MENJADI seorang manusia dalam dunia hari ini adalah perkara biasa apabila seseorang manusia itu didoktrin dengan keagamaan baik dari segi cara hidup dan kepercayaan, sehingga apabila seseorang manusia itu mula meningkat dewasa dan terkait dengan keseim- bangan perkembangan otak dan pemikiran, seseorang individu itu akan mula berfikir, bertanya, menyoal dan mencari jawapan. Hal ini bukanlah sesuatu perkara pelik dan perlu disalahkan kerana ia adalah norma kehidupan bagi seseorang manusia yang mahu mengenal diri dan keberadaan mereka di dunia ini. Manusia itu adalah kejadian yang berfikir, tinggal hanya yang difikirkan itu sesuatu yang bernilai ataupun tidak (menilai pemikiran adalah kesempurnaan dan keuntungan kebaikan terhadap sekelilingnya tanpa penindasan), namun tetap tiada siapa yang paling layak menentukan dan menetapkan hal-hal kebenaran kerana tiada siapa yang memegang kunci kebenaran di dalam dunia ini. Ketidakpuasan dan ketamakan hati manusia adalah faktor kepada evolusi fizikal dan rohani manusia.

OCHA VOZVYSHENNYY

Bagaimana agama, kepercayaan atau hal-hal metafizik ini bergaul dalam cara hidup manusia terutama kepada budaya yang telahpun dikelas-kelaskan terhadap warna kulit manusia hari ini. Kelas-kelas perkauman ini juga merentas fasa-fasa evolusi manusia hingga menyerap ke dalam sifat dan diri hidup manusia dan alam, menyebabkan rangka ekonomi bagi manusia ini disesuai-sesuaikan dan berbagai-bagai. Rencam dan jenis, padahal asal manusia itu sendiri adalah satu kewujudan yang mandiri atau bahasa mu- dahnya berdikari; bebas untuk menentukan jalan mereka sendiri, namun dihakis sifat kemanusiaan itu dengan pelbagai hal-hal yang dibimbang-bimbangkan hingga manusia melantik manusia lain untuk memimpin dan memilihkan jalan untuk mereka.

Bab 1 Doktrin Suatu Penindasan

“Bagi mereka yang gigih mencari kebebasan, tak ada kerja yang lebih penting daripada memahami mekanisme dan praktik indoktrinasi. Semuanya ini mudah dilihat dalam masyarakat keseluruhan, namun lebih sulit dalam sistem ‘cuci otak di dalam kebebasan’ yang menguasai kita semua dan sering kali kita digunakan sebagai alat sama ada secara sukarela atau tidak menye- darinya.” -Noam Chomsky (Propaganda, American Style, 29 Jun

2007) SEBUAH proses yang dilakukan berdasarkan satu sistem nilai untuk menanamkan gagasan, sikap, sistem berfikir, perilaku dan kepercayaan tertentu. Praktik ini sering kali dibezakan dari pendidikan kerana dalam tindakan ini, orang yang diindoktrinasi diharapkan untuk tidak bertanya atau secara kritis menguji doktrin yang mereka pelajari. Struktur yang berdasarkan prinsip ilmu pengetahuan, khususnya tidak dapat disebut indoktrinasi kerana prinsip dasar ilmu pengetahuan menuntut evalusi

OCHA VOZVYSHENNYY

diri yang kritis dan sikap bertanya yang skeptis terhadap fikiran sendiri. Doktrinasi merujuk kepada serangkaian kegia- tan yang berbeza-beza sehingga upaya mencari defini- si yang tunggal menjadi sulit. Dalam bidang psikologi, sosiologi dan penelitian pendidikan, istilah yang lebih tepat sering kali dipilih termasuk-namun tidak terbatas pada, sosialisasi, propaganda, manipulasi dan cuci otak. Dalam pendidikan, perbezaan antara ‘doktrinasi’ (istilah yang tidak disukai) dengan “pengajaran nilai-nilai” (yang dapat diterima) khususnya menjadi sulit. Manakala doktrin agama merujuk kepada ritual tradisional untuk mengindoktrinasi seseorang ke dalam agama tertentu dan komunitinya. Kebanyakan kelompok agama mengajar ahli baharu tentang prinsip agama tersebut. Hal ini biasanya tidak disebut sebagai indoktrinasi kerana konotasi negatif perkataan tersebut. Agama memerlukan masa indoktrinasi sebelum seseorang memperoleh akses kepada pengetahuan esoterik. Ketenteraan pula adalah persiapan psikologi awal untuk askar dan pada masa sama, pendidikannya juga disebut sebagai doktrinasi. Dalam bidang informasi, doktrin adalah penerangan awal yang diberi sebelum

MANUSIA, AGAMA, & KEKUASAAN

seseorang dibenar untuk akses kepada informasi rahsia. Apa jua pemikiran yang dicabul dengan paksaan itu adalah sebuah pembunuhan pemikiran yang disenga- ja; setiap kata dari pembunuhan adalah kekejaman yang tidak boleh dimaafkan sewenang-wenangnya.

Perbezaan Doktrin dan Pengajaran

Lebih jelas menerangkan bahawa doktrin itu adalah sebuah paksaan terhadap pemikiran seseorang dalam mempengaruhi pemikiran orang lain. Paksaan yang dimaksudkan bukanlah sebuah pemaksaan fizikal tetapi ia sebuah paksaan emosi dan rohani melalui pelbagai cara, antaranya meliputi pancaindera, pendengaran, simbol, gerak tubuh, perkataan dan banyak lagi. Doktrin adalah satu sifat iaitu si pendoktrin tidak akan membiarkan orang yang mahu didoktrin berfikir lebih jauh ataupun melawan segala doktrin yang diusul- kan kerana si pendoktrin memang berniat untuk men- jadikan seseorang yang didoktrin itu seperti robot yang tidak akan melawan tuannya. Yang cuba disampaikan adalah sebuah komunikasi satu hala iaitu penerima hujah tidak boleh menyata dan menegakkan kebenaran yang difahaminya.

OCHA VOZVYSHENNYY

Ini sangat berbeza dengan hal yang difahami dalam proses pembelajaran-pengajaran. Seperti umum tahu, pembelajaran dan pengajaran adalah suatu kaedah perkong- sian ilmu dua hala, guru dan murid saling mempunyai hak dalam menyatakan pendapat masing-masing; guru juga tidak boleh memaksa muridnya menerima secara mutlak perkara yang diajar. Jika perkara ini berlaku, maka ia menjadi doktrin terhadap muridnya dan ia juga melanggar etika pembelajaran itu kerana guru tidak menghormati muridnya dalam menyampaikan ilmu. Perkara seperti ini tidak menjejaskan hal yang difahami oleh orang kebanyakan bahawa seseorang murid perlu menghormati guru. Menghormati guru perlu mempunyai disiplinnya sendiri iaitu menghormati orang yang sedang memberi ilmu atau orang yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu hal yang murid perlukan. Apabila seorang murid mencari seorang guru, maka wajib untuk murid tersebut memberi penghormatan kepada guru berkenaan atas dasar ilmunya; ini bersesuaian dengan fitrah dan naluri manusia itu sendiri iaitu manusia adalah makhluk yang memiliki budi pekertinya sendiri secara total di dalam diri mereka secara lahiriah. Manusia ada sifat ingin tahu dalam semua hal pada

diri. Jika seseorang melarang manusia lain dalam berfikir dan mempersoalkan sesuatu perkara, itu sebuah jenayah besar terhadap alam dan kehidupan. Manusia berhak ke atas diri mereka untuk melakukan apa jua selagi tidak mengganggu gugat persekitaran mereka. Mengubah pemikiran dan perilaku adalah suatu hal yang jarang kita lihat kekasarannya kerana ia tidak dilakukan secara pemaksaan fizikal, namun ada sesetengah hal mengubah perilaku ini bukan sebuah perkara yang boleh kita anggap penindasan dan pembunuhan mental, seperti mengubah perilaku dan reaksi seseorang terhadap suatu stimulus melalui penguatan perilaku adaptif atau penghilangan perilaku maladatif melalui hukuman. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Edward Thorndike pada tahun 1911 dalam artikel bertajuk Provisional Laws of Acquired Behaviour or Learning. Eksperimen psikologi yang menggunakan istilah ‘modifikasi perilaku’ untuk merujuk pada teknik psikotera- pi, khususnya untuk meningkatkan perilaku adaptif dan menghilangkan yang maladatif. Dua istilah lain yang berhubungan adalah terapi perilaku dan analisis perilaku. Dalam hal ini, beberapa penulis menganggap bahawa modofikasi perilaku itu luas untuk dibahas.

OCHA VOZVYSHENNYY

Propaganda

Manipulasi adalah sebuah proses rekaan dengan melakukan penambahan persembunyian atau pengkabu- ran terhadap sebahagian atau keseluruhan sebuah realiti, kenyataan, fakta atau sejarah yang dibuat berdasarkan perancangan sesebuah system. Manipulasi sebenarnya bahagian penting dalam penghasilan sebuah propaganda. Mengikut Wikipedia: “Propaganda (dari bahasa Latin moden: propagare yang bererti mengembangkan atau memekarkan) adalah rangkaian pesan yang bertujuan mempengaruhi pendapat dan kelakuan masyarakat atau sekelompok orang. Propaganda tidak menyampaikan informasi secara objektif tetapi memberi informasi yang dirancang untuk mempengaruhi pihak yang mendengar atau melihatnya.” Propaganda menyampaikan pesanan yang benar, namun sering kali menyesatkan apabila isi propaganda umumnya hanya menyampaikan fakta-fakta pilihan bagi menghasilkan pengaruh tertentu atau lebih menghasilkan reaksi emosional daripada reaksional. Tujuannya ialah mengubah fikiran orang lain dalam kelompok sasaran untuk kepentingan tertentu. Propaganda adalah sebuah

upaya sengaja dan sistematik untuk membentuk persep- si, memanipulasi fikiran atau kognisi dan mempengaruhi perilaku agar memberi respon sesuai yang dikehenda- ki pelaku propaganda. Sebagai komunikasi satu kepada banyak orang (one-to-many), propaganda memisahkan komunikasi dari realitinya. Namun menurut Ellul, komunikator dalam propaganda sebenarnya wakil dari organisasi yang berusaha melakukan pengontrolan terhadap masyarakat realitinya. Sehingga dapat disimpulkan, komunikator dalam propaganda adalah seorang yang ahli dalam teknik pe- nguasaan atau kontrol sosial. Dengan berbagai-bagai macam teknik, setiap penguasa negara atau yang bercita-cita menjadi penguasa negara harus mempergunakan propaganda sebagai suatu mekanisme alat kontrol sosial. Propagandis cuba untuk mengarahkan masyarakat untuk mengubah tindakan dan harapan. Yang membezakan propaganda dari bentuk-bentuk lain adalah kemahuan propagandis untuk membentuk pengetahuan manusia dengan cara apapun pengalihan atau kebingungan. Propaganda adalah senjata ampuh untuk merendah-rendahkan musuh dan menghasut kebencian terhadap kelompok tertentu, mengendalikan representasi

OCHA VOZVYSHENNYY

bahawa ia adalah pendapat yang dimanipulasi. Metode propaganda termasuk kegagalan untuk tuduhan palsu. Propaganda dapat digolongkan mengikut sumber- nya:

a) Propaganda Putih berasal dari sumber yang dapat diidentifikasi secara terbuka.
b) Propaganda Hitam berasal dari sumber yang dianggap ramah tetapi sebenar-benarnya bermusuhan.
c) Propaganda Abu-abu berasal dari sumber yang dianggap neutral tapi sebenarnya bermusuhan. Propaganda berkembang dalam perang psikologi
iaitu propaganda menemukan ekstensinya. Propaganda politik melibatkan usaha pemerintah, parti atau golongan untuk pencapaian tujuan strategi dan taktik manakala propaganda sosiologi melakukan perembesan budaya kemudian masuk ke dalam lembaga ekonomi, sosial dan politik.

Penjenisan

  1. Propaganda agitasi bertujuan agar komunikasi ber- sedia memberi pengorbanan besar bagi tujuan yang langsung, mengorbankan jiwa mereka dalam usaha

mewujudkan cita-cita.

  1. Propaganda vertikal dibuat melalui media massa.
  2. Propaganda horizontal dibuat melalui komunikasi in- terpersonal dan komunikasi organisasi berbanding komunikasi massa.
  3. Propaganda integrasi dengan penanaman doktrin.

    Sistem

  4. Penggunaan simbol-simbol agar penerima propaganda tidak sedar arah dan tujuan dari keinginan komunikator propaganda

  5. Penggunakan fakta sebagai alat pemaksa agar penerima propaganda menerima input dan melakukan tindakan seperti yang diharap-harapkan oleh komunitor propaganda

    Metode

  6. Metode Koersif, sebuah komunikasi dengan cara menimbulkan rasa ketakutan kepada pendengar agar secara tidak sedar bertindak sesuai keinginan komunikator.

  7. Metode Persuasif, sebuah komunikasi dengan cara menimbulkan rasa kemahuan secara sukarela kepada

OCHA VOZVYSHENNYY

pendengar agar secara tidak sedar dengan seketika dapat bertindak sesuai dengan keinginan komunikator.

  1. Metode pervasif, sebuah komunikasi dengan cara menyebar luas pesanan serta dilakukan secara terus menerus/berulang-ulang kepada pendengar sehingga melakukan atau menjadi sebahagian dari yang diingini oleh komunikator.

    Doktrin Agama

Politik agama adalah politik manipulasi mengenai pemahaman dan pengetahuan keagamaan/ kepercayaan dengan menggunakan cara propaganda, indoktrinasi, disebar luas, sosialisasi dalam masyarakat dilapor atau diinterpretasi agar terjadi perpindahan pemahaman, per- masalahan dan menjadikannya seolah-olah pengetahuan keagamaan/kepercayaan. Kemudian, tekanan dilakukan bagi mempengaruhi hal keagamaan/kepercayaan dengan memasuk- kan kepentingan sesuatu ke dalam sebuah agenda politik pemanipulasian masyarakat atau kebijakan masyarakat. Doktrin agama adalah antara pengaruh yang paling ampuh untuk sesebuah kekuasaan.

Bab 2 Adakah Agama itu Kesyaitanan?

AGAMA adalah sebuah perkara atau kepercayaan yang sering diguna pakai oleh kebanyakan manusia, sama ada untuk diri mereka sendiri ataupun untuk menguasai orang lain. Agama sering mengajarkan manusia tentang ketuhanan (kekuatan tunggal yang perlu di- hormati dan ditakuti), rohani, moral, pengharapan dan berserah. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan agama mengajar dan membayangi manusia tentang kehidupan selepas kematian dan sering menghujahkan perkara metafizik tentang hala yang akan berlaku setelah manusia mati di dunia. Sayangnya, semua agama seperti itu tidak dapat mendatangkan sebarang fakta mengenai hal-hal kehidupan selepas mati tetapi hanyalah teori yang di- bayang-bayangkan oleh manusia biasa. Sesiapa juga mampu membayangkan kehidupan selepas mati; begitu juga setiap manusia itu mampu menganggapi apakah yang bakal berlaku kepadanya pada kemudian hari tanpa perlu membawa sebarang bukti berfakta tetapi ha-

OCHA VOZVYSHENNYY

nya perlu membawa ‘logik’ ketika manusia mampu fikir yang berkemungkinan. Contoh membina teori kepercayaan selepas mati: Oleh sebab setiap kehidupan itu ada permulaan dan tiada pengakhiran seperti bulatan yang bermula dengan satu titik dan melingkar tanpa menemui jalan akhir, maka saat matahari telah mati dan semua yang ada hari ini di bumi hancur, semua kejadian akan terlerai dan mula menjarah kepada kehidupan di tempat lain; seperti ter- bentuknya bumi ini suatu ketika dulu yang berasal dari luar angkasa. Begitulah kehidupan akan mencari kehidupan lain di luar sebagai persinggahan tanpa ‘kematian.’ Oleh sebab, manusia mempunyai soul (jiwa), berkemungkinan manusia secara sendirinya berdasarkan alam akan dibahagikan tempat mereka mengikut amalan mereka ketika di dunia. Manusia yang mempunyai amalan baik dan dipenuhi cas positif dalam jiwa, maka jiwa- nya akan ditarik oleh cas positif dalam planet yang baik; begitu juga sebaliknya kepada mereka yang melakukan kerosakan dan kejahatan di dunia ini. Sesiapa sahaja mampu membina teori-teori long- gar seperti ini. Justeru, untuk apakah perlunya cereka seumpama ini perlu dihebah? Tidak lain ialah menuntut

manusia lain agar mendengar hal yang mahu kita sam- paikan iaitu melalui kaedah menakut-nakutkan. Jika kita lihat hari ini, terdapat ratusan kepelbagaian agama yang sejumlah besarnya menganjurkan keamanan, keamanan rohani manusia kerana manusia itu lahiriahnya adalah mereka yang mahukan keamanan; itu fitrah yang tidak disanggah. Namun, ketamakan men- jadikan manusia hidup huru-hara. Persoalannya, adakah agama itu suatu kesyaitanan atau suatu kejahatan? Agama lahir dari fitrah pemikiran manusia. Ia tidak lahir jika manusia itu sendiri tidak berfikir tentang falsafah kehidupan, tentang asal usul kejadian (sehingga menemukan kekuasaan tunggal menurut agama), moral dan kebaikan untuk menjadi seorang manusia yang tidak merosakkan. Agama menganjurkan perkara-perkara baik sesuai dengan fitrah manusia. Jika diteliti sejak bermulanya manusia dan hidup bersama agama ialah kerana manusia itu sudah mula melakukan kerosakan di muka bumi sejak dari agama tertentu hingga agama-agama baharu yang ada pada hari ini. Bermula dari satu kepercayaan agama, maka lahir kepercayaan yang kedua setelah bumi ini kekal dirosakkan oleh manusia. Dan begitulah setiap agama itu muncul dan mem-

OCHA VOZVYSHENNYY

benarkan diri masing-masing sebagai agama yang paling benar kerana kononnya agama terdahulu telah dirosakkan oleh manusia itu sendiri hingga tidak dapat mem- bendung kejahatan. Persoalannya, percayakah anda bahawa agama yang paling terkini adalah agama yang paling benar sedangkan bumi masih kekal dihancurkan oleh kejahatan manusia. Adakah agama atau manusia itu sendiri yang bersalah dalam hal ini? Kehadiran lambakan agama yang manusia anuti juga mendatangkan kepelbagaian lagi kerosakan apabila mereka mula bergaduh tentang agama masing-masing. Semua mereka mengakui bahawa agama mereka- lah yang paling benar sedangkan tiada makhluk yang memegang kebenaran mutlak. Pertelingkahan agama pada hari ini amat sukar dibendung kerana manusia itu telah sebati dengan kepercayaan beragama. Untuk menjadi anti-agama itu sendiri sudah menjadi kesalahan kerana ia telah melalui proses evolusi manusia dan berakar umbi dalam diri manusia. Sekalipun terhadap orang-orang yang mengaku tidak mempunyai agama sekalipun, sudah pasti dalam diri mereka penuh pengharapan terhadap perkara tertentu yang nampak lebih berkuasa yakni simbolik tuhan sep-

erti awan, matahari, wang, perempuan dan sebagainya. Manusia tidak lagi dapat lari dari membebas- kan diri dari pengharapan kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak nampak tetapi hanya kepada kepercayaan dalam diri semata-mata. “Indera boleh saja menipu, Yang Maha Kuasa dalam bayangan kita juga boleh saja menipu, sebab kita yang membayangkan” – Descartes

Alam Yang Berkehendak

Bercakap soal pergerakan alam, kita tidak dapat menyangkal bahawa alam inilah yang sebenar-benar berkuasa (alam itu termasuk diri kita sendiri). Segala kejadian alam itu mempunyai fungsi dan kuasa masing-masing dalam menentukan proses masa depan ala mini sendiri, baik dari manusia, binatang, tumbuhan, udara, air, atau apa sahaja di luar semesta. Kita semua memiliki kewujudan dan kuasa yang setaraf dalam proses pergerakan alam ini. Sering kita dengar bahawa manusia itu adalah kewujudan yang merosakkan, penghancur dan sebagainya kerana di dunia ini, kita tahu manusia adalah kewujudan yang melangkah ke hadapan dalam berevolusi untuk menakluk ke-

OCHA VOZVYSHENNYY

hidupan. Manusia berevolusi dengan baik sehingga hari ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sebagai peranan berfungsi kepada alam. Semua kewujudan itu sama rata dan ada peranan tersendiri dalam mengge- rakkan alam ini untuk terus ‘melahirkan.’

Prasejarah Yang Musnah

Jika kita perhatikan, sebelum lahirnya bangsa manusia, dunia ini dipenuhi dengan kehidupan ‘gergasi’ yang kita panggil dinasour. Dinasour merupakan haiwan reptilia yang mendi- ami bumi kira-kira 230 juta tahun dahulu, disebut zaman Mesozoik atau zaman Dinasour. Perkataan dinasour bermaksud ‘cicak yang dahsyat’ dalam bahasa Greek dan pertama kali digunakan oleh Dr Richard Owen, seorang biologis English untuk meng- gelarkan haiwan-haiwan itu pada tahun 1842. Namun, bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinasour. Terdapat sekurang-kurangnya tiga hipotesis tentang kepupusan bangsa dinasour. Dalam hipotesis pertama, kepupusan dinasour disebabkan oleh perubahan

cuaca yang mendadak di planet bumi. Bumi pada suatu ketika dahulu diselaputi oleh lapisan ais yang tebal. Kepanasan global secara berterusan akibat aktiviti semula jadi bumi menyebabkan lapisan air ini mencair. Tum- buh-tumbuhan yang hidup subur dan menjadi sumber makanan utama kepada dinasour turut menerima kesan perubahan cuaca itu. Kelangsungan hidup dinasour banyak bergantung kepada alam sekitarnya. Sebarang perubahan terhadap persekitarannya akan mengganggu pola dan corak ke- hidupannya. Kesan keadaan cuaca yang tidak menentu ini akhirnya menyebabkan dinasour mengalami keku- rangan makanan dan berlaku pembunuhan secara besar-besaran antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mati kerana kebuluran. Dalam dunia dinasour, tidak ada perasaan belas kasihan dan sikap toleransi. Apabila simbiosis yang menjadi asas kehidupan tidak dapat dipertahan lagi, maka akhirnya dinasour mengalami kepupusan yang maha dahsyat. Hipotesis kedua pula menyatakan bahawa kepupusan dinasour ada kaitan dengan malapetaka dan bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi, ribut, banjir dan kepanasan yang melampau. Pada tahap awal

OCHA VOZVYSHENNYY

pembentukan dunia, bumi merupakan sebuah planet yang tidak stabil. Para saintis percaya bahawa benua yang kita dudu- ki pada asalnya adalah satu. Tetapi, disebabkan pergerakan bumi, tanah yang pada mulanya satu, berpisah dan membentuk beberapa benua. Oleh sebab itulah, binatang yang ditemui oleh sesetengah benua tidak didapati di benua yang lain. Aktiviti dan gerakan ini juga menghasilkan banjaran, gunung-ganang, bukit bukau, lembah, lurah, gaung, dan permukaan bumi yang lain. Kesan daripada gerakan dan aktiviti bumi ini menyebabkan kematian dinasour secara besar-besaran. Hipotesis ini juga secara tidak langsung menjelaskan punca penemuan banyak fosil dinasour yang tertanam jauh ke dalam tanah dan terperangkap di bawah batuan bumi yang membentuk arang batu serta minyak. Mengikut hipotesis ketiga, kepupusan dinasour berpunca daripada pelanggaran komet atau tahi bintang dengan bumi. Pelanggaran secara besar-besaran menyebabkan kematian dinasour secara tragis. Letupan yang dihasilkan daripada pelanggaran ini mengakibatkan ke- bakaran hutan, perubahan cuaca yang besar, debu me- nutupi ruang atmosfera selama berdekad-dekad lamanya dan kesan radioaktif yang membakar.

Namun tidak kira bagaimana sekalipun binatang-binatang ini pupus, ia kerana kehendak alam itu sendiri, ia bukan kerana manusia atau mana-mana pihak yang bertujuan menguasai dan menjadi penyebab kepada kemusnahan zaman tersebut. Maknanya, kepupusan kehidupan tidak semestinya datang dari tangan-tangan manusia (walaupun manusia adalah faktor utama) tetapi ia juga atas faktor kehendak alam itu sendiri yang ingin menyesuaikan keadaan bagi lebih banyak manfaat kepada kehidupan yang lain dan akan datang. Jika kita lihat hari ini, binatang seperti zirafah juga mengalami kepupusan. Zirafah bukanlah binatang yang penting dalam hobi perburuan manusia, namun tetap ada yang memburunya untuk kepentingan tertentu, tetapi faktor lain adalah masalah zirafah itu sendiri yang sukar untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan generasinya. Tempoh bunting Zirafah selama 457 hari atau antara 14 hingga 15 bulan bagi melahirkan seekor anak dan kadang-kala jarang dua semasa musim kemarau. Ibu zirafah beranak secara berdiri dan uri sebenarnya pecah apabila anak zirafah jatuh ke tanah. Anak zirafah yang baru lahir mempunyai keting- gian sekitar 1.8 meter. Anak yang baru dilahirkan mem-

OCHA VOZVYSHENNYY

punyai berat 70 kilogram atau 155 paun selama 10 hingga 30 hari. Dalam tempoh beberapa jam selepas lahir, anak zirafah mampu berlari dan sukar dibezakan dengan yang berusia beberapa minggu. Bagaimanapun, untuk dua minggu pertama, ia menghabiskan banyak masa ber- baring dengan dikawal oleh ibunya. Walaupun zirafah dewasa terlalu besar untuk di- serang oleh kebanyakan pemangsa, anak zirafah menjadi mangsa kepada singa, harimau bintang, dubuk, dan an- jing pemburu Afrika. Hanya 25 hingga 50 peratus anak zirafah mencapai tahap dewasa; mempunyai tempoh hayat antara 20 dan 25 tahun liar dan 28 tahun dalam tahanan. Begitu juga dengan lain-lain binatang yang mungkin belum dikenali di dalam laut, hari ini sedang dian- cam kepupusan oleh faktor perubahan alam itu sendiri.

Alam Kenal Kehidupan

Seperti seorang ibu yang mengenal anaknya, atau seorang penjaga yang mengenal perangai atau sifat sesuatu yang dijaga itu menentukan perkara yang diperlu- kan bagi anak jagaan menempuh masa hadapan (walaupun tidak sepenuhnya). Contoh lebih baik adalah orang

yang menjaga orang cacat penglihatan, akan menye- diakan laluan yang lebih mudah di dalam rumah untuk memudahkan orang yang cacat penglihatan tidak mengalami kesukaran dalam pergerakan; begitu juga alam ini. Alamlah yang mengenal alam; alamlah yang lebih rapat dan penentu kepada masa hadapan sesuatu kehidupan. Oleh sebab itu, kita sering diperingat agar tidak membuat jahat kepada alam (seluruh kehidupan nature) kerana alam ini akan bertindak balas terhadap respon yang kita beri kepada mereka. Contohnya, jika manusia itu rakus menebang pokok, maka banjirlah kawasan tersebut. Ini bukan kerana alam itu mempunyai kuasa tunggal tetapi ia atas faktor satu kuasa yang merosakkan satu eko-sistem yang membuatkan keseluruhan sistem akan menjadi kegagalan, seterusnya mengalami kemusnahan. Dalam hal ini, secara jelas bagaimana seluruh alam bertindak untuk menghapuskan bangsa dinasour demi kebaikan generasi akan dating yakni zaman manusia. Manusia hari ini mendapat kemudahan arang batu dan petroleum atas kemusnahan kewujudan terdahulu. Maka, alam ini bertindak untuk hayat bumi. Bangsa manusia itu sendiri tidak mustahil untuk musnah demi

OCHA VOZVYSHENNYY

kehidupan lain yang akan mengungguli bangsa manusia dalam memacu dunia ini pada masa akan datang.

Candu

Menurut Karl Marx, agama adalah candu masyarakat kerana agama, masyarakat tidak maju dan bersikap rasional. Agama yang dimaksudkan Karl Marx ketika itu ialah Kristian, Athiesme yang diajar Karl Marx adalah Athiesme moden, agama yang mengajarkan tuhan serba boleh, hanya menipu dan menyesatkan masyarakat. Karl Marx turut mengkritik Feuerbach yang hanya menyatakan tuhan adalah khayalan, namun tidak mencari sebabnya. Bagi Karl Marx, sebab manusia lari kepada tuhan akibat penindasan yang mereka terima dari masyarakat kelas atas. Menurutnya, agama hanya menjadi pe- nghalang manusia untuk menyangkal dan memperbaiki hidup mereka yang ditindas. Seandainya agama dan tuhan tidak ada, manusia boleh hidup bebas dan bermarta- bat. Di sinilah Karl Marx menyatakan tuhan tidak diper- lukan. Dan, manusia seharusnya menolak kapitalisme yang sedang menindas mereka. Seluruh pengharapan dan berserah kepada penindasan dengan harapan si penindas akan dibalas tu-

han hanyalah ‘ubat’ yang digunakan oleh kapitalis untuk menyembuhkan sakit masyarakat kelas bawah. Kerana masyarakat tidak melawan penindasan inilah punca agama itu dianggap candu kepada masyarakat. Candu agama sebagai doktrinisasi kukuh adalah perkara yang paling dipromosi oleh mana-mana kapitalis untuk kekal berkuasa tanpa ditentang oleh masyarakat kebanyakan. Agama telahpun dijadikan benteng pertahanan ke- bal bagi para penzalim, dan kerana itu jugalah ahli-ahli agama yang mengaku sebagai ketua dan jurucakap agama masing-masing, akan berpihak kepada pemerintah dan kapitalis semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka sama ada secara sengaja mahupun tidak sedar betapa mereka telah indoktrinasi dalam sebuah sistem yang dibina oleh syaitan-syaitan yang tamak dan memu- suhi fitrah naluri dan lahiriah manusia asalnya. Jika kita lihat sebelum ini, sejarah membuktikan kekuasaan, penindasan dan penjajahan yang dilakukan akan membawa doktrin keagamaan dalam menjayakan usaha menghambakan masyarakat supaya tunduk kepada sebuah sistem kapitalisme. Agama jenis apapun, baik Kristian, Islam, Yahudi, Buddha, Hindu, ia bukan masalah kepada kapitalisme kerana kapitalisme akan menggunakan apa jua untuk memanipulasi kehidupan

OCHA VOZVYSHENNYY

manusia. Kapitalisme juga memanipulasi masyarakat yang menolak agama tetapi penekanan kali ini tertumpu kepada keampuhan benteng agama itu digunakan oleh kapitalisme dalam membina tapak ‘perhambaan moden.’

Pembodohan

Agama apakah yang terbaik dan paling benar yang memang berasal dari ajaran Tuhan? Kristian, Katolik, Islam, Hindu, Buddha, atau Yahudi? Debat antara agama ini takkan pernah ada hujungnya kerana semua akan saling mempertahan hujah dan prinsip keyakinannya masing-masing. Kejahatan agama yang dianggap paling benar, semuanya dilakukan oleh orang-orang fanatik dan ekstremisme berlebihan sebagai virus perosak toleransi beragama. Penyebab awalnya, kerana berasa agama- nya paling benar dan orang yang berbeza keyakinan di matanya semua dianggap salah. Hal seperti inilah yang digemari oleh kapitalisme untuk memperbodohkan masyarakat agar terus taksub dengan agama masing-masing kerana manusia beragama lebih mudah dikontrol kerana mereka mempunyai

sebuah sandaran bernama TUHAN. Segala kehancuran, kebaikan, kesusahan dan kemuliaan akan disandarkan kepada nama tuhan. Baik kehancuran, kebaikan, kesusahan, kemuliaan sesuatu perkara, maka manusia-manusia ini akan me- nyalah/mensucikan tuhan mereka. Contoh: Rumah di sebuah kawasan yang dilanda ribut kuat sehingga meruntuhkan semua struktur binaan rumah menjadi padang jarak padang tekukur. Selepas malapetaka berlaku, pihak insurans tidak membuat sebarang bayaran atas faktor insuran tidak bertanggungjawab atas malapetaka yang berlaku secara natural (alamiah). Kerajaan juga tidak memberi bantuan atau bantuan tidak setaraf dengan kerugian yang mereka alami mengakibatkan mereka menanggung kos kerugian besar selepas peristiwa tersebut. Golongan agama pertama-marah dan tiada arah tujuan melepaskan rasa marah dan mula menyalahkan tuhan atas semua yang berlaku. Golongan agama kedua – menyalahkan kelompok agama/sub-agama lain dalam hal tertentu yang mengakibatkan ‘tuhan marah.’ Golongan agama keempat – meredhai (pasrah) terhadap peristiwa yang berlaku dan menganggap ini

OCHA VOZVYSHENNYY

semua adalah ujian tuhan terhadap iman (kesetiaan) mereka terhadap tuhan. Golongan agama kelima – menganggap terdapat hikmah (petunjuk) yang ingin diberi oleh tuhan kepada mereka, di sebalik kejadian itu. Namun, tiada antara mereka yang mahumengkaji faktor runtuhnya bangunan yang tidak dapat menahan ribut; tiada antara mereka yang mahu menyiasat struktur binaan di tanah yang mereka diami, bagaimana struktur tanah dan binaan yang tidak kukuh mampu dijahanam- kan oleh ribut? Atau faktor sebenar ribut seperti itu wujud yang melanda sehingga menyebab mereka mengalami kerugian dan kemusnahan, tidak kurang juga kematian. Adakah ia disebabkan faktor ketirisan pemaju yang membina projek perumahan? Atau alam yang telah dirosakkan sehingga berlakunya ribut yang tidak dapat dibendung? Mereka tidak akan berfikir sejauh ini apabila sandaran utama manusia adalah TUHAN.

Bukan Kebenaran Mutlak

Mengakui bahawa diri adalah pemegang kebenaran hanya menimbulkan ketamakan dan kemegahan

dalam jiwa manusia itu. Manusia bagaimanapun ia, dia tidak akan dapat lari dari sifat manusia asalnya. Tidak perlu ada istilah makhluk terpilih melainkan mahu mencari pengikut dan mengawal pemikiran manusia lain (tidak kira atas tujuan apa sekalipun). Ia suatu kerja doktrin melalui perkataan yang boleh mengawal pemikiran manusia sedangkan manusia itu bebas memikirkan apa sahaja yang dimahukan, mengajak manusia lain ke arah fitrah asal bukan dengan cara memaksa minda mereka menerima keberadaan si pengajak tetapi proses yang perlu dilakukan ialah keber- samaan mencari solusi yang dimahukan baik dari segi ketuhanan, rohani, fizikal atau kepercayaan. Sama ada mendapat titik persamaan atau tidak, ia bukan satu masalah tetapi soalnya, bagaimana manusia itu perlu menghormati sikap dan pandangan manusia lain selagi tidak berlaku penganiayaan, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan ilmu dan idea baharu. Begitulah dapat kita lihat bagaimana pemikiran manusia itu lebih mudah berkembang dan semakin bijak, bukannya kebijaksanaan itu dikawal oleh sesetengah orang sahaja. Semua manusia mempunyai pemikiran yang setara untuk memikirkan tentang diri mereka sendiri; tiada keperluan bagi manusia lain menentukan pemikiran orang lain

OCHA VOZVYSHENNYY

dalam hal sedemikian.

Bab 3 Tiada Kebenaran

KEBENARAN adalah suatu yang selalu dicari-cari oleh manusia. Manusia adalah satu makhluk yang sangat teruja mencari kebenaran; untuk apakah sebenarnya kebenaran dicari-cari? Tidak lain adalah memuaskan nafsu persoalan personal tetapi adakah ia suatu perkara yang baik buat umat manusia kebanyakan? Kebenaran adalah perkara yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia dan begitulah sifatnya kebenaran; ia tidak berpaut pada mana-mana individu mahupun apa jua sekalipun. Kebenaran adalah sebuah kepercayaan iaitu kepercayaan individu tentang perkara yang dilihat, didengar ataupun bau. Kepercayaan hanyalah bersifat individu semata-mata tanpa layak didoktrin kepada orang lain kerana sifat individualnya kebenaran itu sendiri. Jika ada satu trilion manusia di muka bumi, maka ada satu trilion kepercayaan dan ada satu trilion kebenaran. Ini kerana setiap manusia itu melalui proses hidup masing-masing tanpa pernah berkongsi dengan sesiapapun. Walaupun jika kita mengurung dua kanak-kanak di dalam suatu tempat dengan pemandangan yang

OCHA VOZVYSHENNYY

terbatas, kemudian dilepaskan pada umur 50 tahun, kita akan dapat melihat perbezaan pandangan, pendapat dan nilai peribadi antara kedua-dua mereka. Ini kerana setiap mereka mempunyai sesetengah pendapat dan pandangan berlainan dalam menilai sesuatu perkara. Paling jelas ialah antara mereka sendiri yang berlainan bentuk rupa wajah, sudah tentu penilaian terhadap sesama mereka mempengaruhi cara mereka berfikir. Layaknya untuk manusia itu menilai diri mereka sendiri adalah satu kemestian yang tidak boleh dibendung oleh sesiapapun. Manakala penilaian kepada individu lain pula menjadi kesalahan berat (namun, ia terbatas penilaian rohani sahaja dan tidak merangkumi fizikal). Individu luar tidak pernah menjadi individu yang ada dalam diri kita semua, begitu juga sebaliknya; dalam diri kita yang tidak pernah menjadi individu luar. Di mana kebenaran mampu ditemui? Sebuah kebenaran mutlak? Padahal kita tahu bahawa diri kita berada dalam kebenaran sekalipun tidak mampu meyakinkan manusia lain untuk percaya bahawa kita dalam kebenaran.

Kebenaran Yang Dijanjikan

Mengambil contoh doktrinasi agama, setiap agama menjanjikan kebenaran terhadap keuntungan ak- hirat yakni hidup selepas mati. Sejak dari agama terdahulu hingga kini, semua agama mencanangkan kehidupan yang baik kepada pelaku/penganut yang baik dan tempat yang teruk kepada pelaku/penganut yang berkelakuan jahat. Ini semua terdapat dalam semua kitab keagamaan, dan ia dijanjikan. Namun, antara penganut agama ini kerap kali bercanggah pendapat dan berperang antara satu sama lain untuk menegakkan ‘kebenaran yang dijanjikan’ dalam setiap agama masing-masing. Dalam keseluruhan agama yang wujud ini, agama manakah yang paling benar? Sudah semestinya dengan berfikir panjang dan baik, kita sendiri tidak dapat menentukan kebenaran yang dicanang dan dijanjikan. “Kebebasan manusia terdiri semata-mata dari hal ini: ia mematuhi hukum-hukum alam kerana ia sendiri mengakuinya, dan bukan kerana hukum-hukum itu di- paksakan kepadanya oleh kehendak apapun di luar di- rinya, baik manusiawi mahupun ilahiah, baik kolektif mahupun individual.” – Mikhail Bakunin

OCHA VOZVYSHENNYY

Perbezaan Percaya dan Berfikir

Percaya itu tidak memerlukan pergantungan dan kerahan tenaga kepada akal untuk menentukan sesuatu hal manakala berfikir adalah menjana akal menghasilkan sebuah idea dan metode baru dalam menilai dan menentukan suatu hal. Manusia asalnya adalah kehidupan yang berfikir, hidupnya di muka bumi ini merentas evolusi dalam diri manusia itu sendiri kerana mereka berfikir. Kepercayaan tidak dapat membawa manusia ke arah evolusi yang lebih baik kerana kepercayaan adalah doktrin yang dibacakan turun temurun. Tidak seharusnya bagi kehidupan seperti kita ini mempunyai sifat kepercayaan sepenuhnya; percaya adalah sifat pergantungan yang tidak berdikari kepada manusia. Namun, ia masih boleh duduk dalam sebahagian diri manusia seperti percaya dengan keazaman, percaya dengan sebahagian hal untuk membina keyakinan diri. Ini juga perkara sama seperti yang diterangkan dalam bab sebelum ini tentang manusia itu sebati dengan ‘tuhan/keagamaan’ dan tidak lagi dapat dihakis dalam diri manusia yang berevolusi dari segi rohani dan jiwa mereka. Tetapi, kepercayaan tidak boleh dijadikan sebagai

hujah kental sebelum menemukan bukti; tiada satupun manusia yang bersalah untuk tidak percaya kepada perkara yang manusia lain percaya. Dalam aspek berfikir pula, berfikir adalah suatu kaedah manusia melunaskan nafsu ingin tahu mereka. Manusia itu sentiasa berfikir (kecuali mereka yang gila kerana kemampuan berfikir terbatas, namun tetap kita tidak ketahui apakah sebenarnya yang difikirkan) dan tidak pernah berhenti berfikir; tanpa berfikir, maka tiada kemajuan, tiada agama dan tiada budaya. Sifat berfikir manusia itu juga mempunyai suatu tahap yang hampir sama antara mereka. Contohnya, tentang alatan muzik kuno manusia seperti Jaw Harp di Ti- bet. Alatan muzik itu diperbuat daripada tembaga manakala di Indonesia daripada buluh, di Vietnam juga daripada buluh dan berlainan bentuk manakala sesetengah tempat lain menggunakan pelbagai besi lain. Halnya adalah bagaimana keterbatasan manusia ketika itu mampu mencipta alatan muzik yang cara fungsinya sama hanya bahan asli yang berbeza mengikut kemudahan di tempat masing-masing? Manusia mencipta alat muzik yang menggunakan rahang dan bunyi yang seakan-akan; seperti itu juga

OCHA VOZVYSHENNYY

semua alat muzik gendang, bertali dan banyak lagi hingga berlakunya evolusi dalam alatan muzik itu sendiri. Manusia berlainan, berjauhan mencipta alatan yang boleh kita gelar sama. Kemampuan manusia itu berfikir adalah setara; suatu pembaziran bagi kita memberi kepercayaan kepada manusia kerana manusia itu mampu berdikari dengan rohani mereka sendiri. Kebenaran itu ada tetapi kita tidak akan pernah mengetahui keberadaannya. Ini adalah kepercayaan sendiri, sebuah keazaman mencari kebenaran diri sendiri dan hanya untuk diri sendiri semata-mata. Kebenaran itu saling berkaitan antara semua makhluk yang ada; kebenaran mutlak itu adalah himpunan seluruh makhluk di dunia dan di luar angkasa kerana setiap kehidupan ada kebenarannya sendiri. Mampukah kita menyatakan hanya satu pihak, kalian misalnya mengenal kebenaran?

Bab 4 Bagaimana Manusia Perlu Berfikir

PERINGKAT yang menaikkan taraf seseorang manusia itu adalah berfikir; sejauh dan secerdik mana seseorang itu berfikir. Ia mampu mengangkat nilai men- taliti seseorang manusia. Namun, siapakah yang layak menentukan kemahiran berfikir? Siapakah yang layak menentukan kecerdikan individu lain atau diri sendiri? Tahap apakah kecerdikan itu diukur? Semestinya ia suatu perkara yang mustahil untuk menilai sesuatu yang abstrak tanpa keterbatasan. Sebi- jak-bijak seorang manusia mencipta kapal angkasa, belum tentu dia layak dinobat sebagai manusia yang paling bijak. Dunia hari ini sering menganggap kebijaksanaan itu diukur pada nilai intelektual seperti matematik, sains, sastera dan seumpamanya tetapi bagaimana untuk kita menilai kebijaksanaan? Contohnya, seorang jurugambar membahayakan diri untuk mendapatkan gambar cantik melalui lensa kamera, adakah manusia seperti ini tidak layak dianggap bijak, padahal menentukan penjuru gambar bukanlah se-

OCHA VOZVYSHENNYY

suatu yang mampu dibuat oleh Einstein sekalipun. Pada mata kasar, kita melihat Einstein lebih bermakna daripada seorang jurugambar kerana hasil yang diberi oleh Einstein sangat bermakna kepada dunia. Padahal seorang jurugambar bagi kita hanya sekadar mengambil gambar dan menunjukkannya di pameran, foto album dan sebagainya. Tidakkah sekeping gambar yang dirakam pada hari ini tidak bernilai untuk generasi akan datang? Ya, mungkin pada kebanyakan gambar, memang sudah pasti tidak ada sebarang nilai melainkan tatapan ahli keluarga dan keturunan, contohnya tetapi sekeping gambar yang langka (rare) benar-benar mempunyai nilai yang baik pada masa depan. Gambar itu mungkin dinilai untuk kajian kepada masa lampau (zaman hari ini). Hal ini juga sama seperti Leonardo da Vincci menggambar- kan sebuah UFO dalam lukisannya. Pemikiran dan kebijaksanaan itu terlalu luas maknanya untuk dinilai. Yang pasti, manusia itu mempunyai kebijaksanaan dan cara fikir yang sama dan dibezakan melalui kaedah mereka mencapai kepuasan berfikir pada diri masing-masing.

Hala Tuju

Sejak dari awal manusia mula berfikir, perkara yang manusia itu fikir sudah semestinya tentang cara hidup, bagaimana mahu makan, pakai, selesa, dan apa sahaja asas kehidupan sehingga berlakunya kematian. Sikap ingin tahu manusia akan memastikan mereka mendapat jawapan kepada kematian, ke mana selepas kematian? Inilah pemulanya manusia itu membina teori-teori tentang konsep kematian walhal tidak ada satu manusia- pun yang telah mati kemudian bangkit dan hidup semula (kecuali dongeng semata-mata atau kisah dalam kitab keagamaan) dan mengajar manusia tentang perihal alam kematian. Namun, hari ini kita dapat mendengar kepelbagaian dan versi kisah hidup selepas mati dan semuanya menggerunkan. Contoh situasi: Hey anak! Jangan pergi ke kawasan gelap itu, nanti dimakan oleh hantu! Ayat itu adalah satu ugutan kepada si anak supaya si anaknya kembali ke pangkuan dengan cara menakut-nakutkan. Begitulah fungsi kepada kekuasaan; mereka menakut-nakutkan perkara yang mereka sendiri ti-

OCHA VOZVYSHENNYY

dak pernah nampak. Sampai bilakah manusia masih mahu bercakap soal ketidakpastian yang sama sejak turun temurun mencari-cari perkara yang sama. Setiap kelahiran baru akan didoktrinkan dengan perkara yang sama, padahal perkara lampau adalah sejarah yang hanya perlu dijadikan iktibar dan bukannya menjadi darah daging emosi manakala masa depan pula adalah suatu persediaan yang dimulakan pada hari ini dan bukan sekadar jangkaan yang meleset dengan teori-teori yang tidak sempurna. Apakah keadaan manusia ini telah stabil disebabkan masa lampau? Atau teori konspirasi masa depan orang terdahulu telah menyelamatkan bangsa manusia hari ini? Sudahkah tuhan yang sedang kita semua dan orang terdahulu cari-cari itu sudah menyembuhkan pe- nyakit kemiskinan? Di manakah ajaran dan kepercayaan yang duduk dalam sebuah komuniti mereka sahaja dan tetap aman? Apakah yang sepatutnya manusia hari ini fikirkan? Dalam dunia yang dikawal oleh kapitalisme, tidak akan ada satu perkarapun yang dapat diselamatkan atau lebih penting dari pemulihan ekonomi bersifat kemanusiaan dan fitrah yang alami. Penindasan demi penindasan dibawa oleh manu-

sia, menjana pelbagai kaedah ekonomi untuk membentuk hasil ketamakan masing-masing sehingga manusia benar-benar tenggelam dalam satu sistem (kapitalisme) yang mereka anggap baik dan sempurna. Kapitalisme adalah satu sistem yang benar-benar mempunyai sifat modifikasi dalam menyerap untuk bersatu terhadap evolusi mental manusia. Semua keperluan dan kehendak manusia akan digunakan habis-habisan sebagai benteng ‘tembok kota kapitalisme’. Setiap kali manusia mula sedar bahawa mereka ditindas oleh kaum pemodal, manusia akan berlari menuju ke arah benteng kapitalisme dan gagal kerana kebergantungan dan keperluan mereka telah diumpan di tembok tersebut. Inilah sebuah gambaran tentang begitu payahnya melawan penindasan dan kukuhnya pemodal untuk terus berkuasa dan menindas. Manusia perlu memikirkan satu bentuk cara perlawanan yang lebih baik dalam kuantiti minoriti untuk menentang raksasa pemodal. Kelompok minoriti berhaluan kiri adalah mereka yang sedar dan cuba melawan dengan konsep kiri yang masih lagi pada takuk lama; melawan dengan semua perkara sama sedangkan kapitalisme itu sendiri pernah ha- dapi dan belajar dengan sejarah, adalah perkara bodoh.

OCHA VOZVYSHENNYY

Terdapat satu lagi cara yang kapitalisme masih tidak dapat menyerap sepenuhnya, adalah berfikir. Seperti diterangkan sebelum ini, berfikir itu sangat individu dan terpencil; untuk mengolah sebuah pemikiran itu dengan indoktrinasi sekalipun adalah sesuatu yang amat sukar hingga ‘syaitan-syaitan’ membina pelbagai cara membawa doktrin agar dapat diserap ke minda manusia. Jika ada satu trilion manusia, bermakna wujud satu trilion pemikiran. Begitulah kita pada hari ini perlu mengharap kepada pemikiran. Penghormatan kepada pemikiran orang lain, sama ada setuju atau tidak adalah satu sikap yang sangat dianjurkan bagi perkembangan dunia manusia menuju ke arah dunia yang lebih aman. Setiap pemikiran itu hendaklah boleh ubah kerana kebenaran tidak ada pada satu-satu makhluk dan perlu memastikan segala- nya tanpa penindasan sekeliling. Mengenovasi adalah pemikiran perjuangan yang akan mencapai kemenangan.

Kemenangan dengan Pemikiran

Sebuah pemikiran yang diolah untuk kehidupan yang lebih baik adalah satu kejayaan bagi seseorang individu. Kehidupan yang lebih baik mestilah merang-

kumi aspek diri dan sosial. Bergantung kepada individu lain untuk mengguna pakai perkara yang kita fikirkan adalah hak mereka. Mereka juga tidak boleh menidak- kan pemikiran yang terhasil atas faktor agama dan budaya seperti yang kita fahami kerana tidak akan hadir budaya dan agama tanpa pemikiran. Budaya dan agama adalah faktor sekunder yang lahir dalam diri manusia. Ia rekaan manusia itu sendiri dan ia tidak layak menghalang pemikiran. Fokus pemikiran manusia hari ini sepatutnya ke arah ekonomi yang dirosakkan oleh mereka yang menggunakan faktor sekunder untuk kepuasan dan kejahatan diri masing-masing

Anti-Teologi

“Dibandingkan dengan anarkis setelahnya, Proudhon adalah borjuis kecil moralis yang terus tunduk pada autoriti sang ayah dan prinsip keluarga monogami. Bakunin adalah yang pertama memberikan konsisten- si naturalisme absolut yang lengkap pada perjuangan melawan teologi. Baginya, oleh kerana itu, tidak ada yang negatif dan jahat kecuali doktrin teologis atas Tuhan dan dosa, yang melabel manusia sebagai penjahat

OCHA VOZVYSHENNYY

sebagai pembenaran dominasi dan hasrat akan kekuasaan.” Carl Schmitt (2005). Political Theology. University of Chicago Press. hal 64 Michael Bakunin dalam bukunya Tuhan dan Negara terbitan 1882 berpendapat, “Gagasan tentang Tuhan menyiratkan pelepasan akal manusia dan keadilan, Itu adalah gas utama atas kebebasan manusia dan tentu berakhir dengan perbudakan manusia, dalam teori dan praktik.” Akibatnya, Bakunin menterbalik pepatah ter- kenal Voltaire bahawa, “Jika Tuhan tidak ada, maka perlu untuk menciptakan-Nya” dengan menulis sebaliknya, “Jika Tuhan benar-benar ada, maka perlu untuk menghapuskan-Nya.” Bakunin merupakan pendukung awal istilah ‘teologi politik’ dalam teksnya pada tahun 1871 iaitu Teologi Politik Mazzini dan Internasional (Marshall, Peter (1992). Demanding the impossible. Harper Collins. hal 300–1) yang direspon oleh buku Schmitt. Maier, Henrich (1995). Carl Schmitt and Leo Strauss: The hidden dialogue. University of Chicago Press. hal 75–6 dan Schmitt, Carl (1922). Political theology. University of Chicago Press. hal 64–66. Teologi politik adalah cabang dari filsafat politik dan teologi yang menyelidiki bagaimana konsep atau

cara berpikir teologis mendasari wacana politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Bab 5 Kebebasan & Kemanusiaan

BAKUNIN berpendapat bahawa: “Apakah erti- nya saya patut terus menolak semua autoriti? Kesimpu- lan ini jauh dari pemikiran saya. Dalam hal kasut, saya memilih autoriti pembuat kasut. Soal rumah, saluran, atau kereta api, saya berunding dengan autoriti arkitek atau jurutera. Untuk pengetahuan atau pengetahuan khusus tersebut, saya menerapkannya sesuai autoritinya yang memahami hal tersebut. Tapi ini tidak bererti saya mengizinkan para pembuat kasut mahupun arkitek atau jurutera tersebut memaksakan autoritinya pada saya. Saya mendengarkan mereka dengan bebas dan dengan segala hormat yang layak diberikan kerana kecerdasan, karekter, pengetahuan mereka, namun saya tetap berhak melemparkan kritik dan cercaan. Saya tidak memuaskan diri dengan hanya berunding dengan autoriti tunggal dalam setiap cabang khusus, saya berunding dengan beberapa autoriti, saya membandingkan pendapat mereka, dan memilih yang paling meyakinkan saya. Tapi saya mengakui ketiadaan autoriti mutlak, bahkan dalam persoalan khusus, Akibatnya, rasa hormat apapun yang

OCHA VOZVYSHENNYY

mungkin saya miliki terhadap kejujuran dan ketulusan orang tertentu tidak menyebabkan saya percaya mutlak padanya.” (What is Authority? oleh Mikhail Bakunin) Kebebasan adalah sifat kehendak semula jadi manusia. Setiap daripada kita menginginkan kebebasan yang sempurna untuk diri sendiri; kita mencari pelbagai jalan menuju kebebasan. Pemberontakan dalam jiwa manusia itu berlaku apabila tidak mendapat kebebasan dan dalam pengongkongan itulah akan lahir idea-idea untuk menciptakan sebuah kebebasan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama orang lain. Ini kerana sifat manusia itu sendiri sebenarnya memang mahu hidup dalam keamanan dan keselesaan. Mencari kebebasan juga adalah suatu perkara yang tidak mutlak kerana sifat individu itu sendiri yang menentukan kebebasannya sendiri; apakah itu kebebasan yang sepatutnya? Hari ini, kita sering mendengar perkataan dari ‘pemberi kebebasan’ dengan pelbagai saranan dan cadangan idea kepada manusia. Ada yang menyarankan kebebasan sepenuhnya tanpa sedikitpun diganggu gugat oleh orang lain dan ada yang menyarankan kebebasan berlandasan. Apakah sebenarnya itu kebebasan dan bagaimana?

Kebebasan sepenuhnya

Sebuah saranan yang begitu lunak didengar oleh semua individu, namun ia idea perancangan yang tidak akan melancarkan perjalanan dunia yang aman. Kebebasan tidak patut menjadi sepenuhnya dan diberi kepada semua manusia; ini mustahil. Jika kita teliti bagaimana kehidupan awal fitrah manusia itu yang berkehendak; berkehendak ini akan melahirkan pergaduhan kerana mahu memiliki sesuatu dengan sepenuhnya. Manusia itu yang sepatutnya boleh berkongsi dan saling menghormati hak orang lain, sudah menjadi sebaliknya. Hak sepenuhnya adalah satu fitrah asal, namun ia tidak lagi menjadi relevan pada hari ini setelah berlakunya evolusi rohani manusia itu sendiri. Contoh manusia yang sepatutnya perlu berkongsi pasangannya jika pasangannya itu berkehendak kepada (individu lain) tanpa ada apa-apa perasaan kerana menghormati hak individu lain (walaupun ditipu). Ini kerana manusia tidak memiliki sepenuhnya jiwa manusia lain dan menjadi kezaliman apabila kita menghalang kehendak manusia, namun pada asalnya manusia itu belum mengenal perasaan iri hati. Pada hari ini, manusia ada pelbagai perasaan yang berkongsi da-

OCHA VOZVYSHENNYY

lam satu jiwa bagaimana kebebasan sepenuhnya hendak diberi sekalipun ekonomi manusia telah pulih dari kapitalisme. Perasaan-perasaan yang telah sedia ada dalam diri manusia akan menjadi luka dan berdarah semula; dunia akan kembali menjadi huru-hara apabila kebebasan sepenuhnya diberi. Apakah manusia yang berasa diri mereka tertindas hanya perlu diam atas alasan kebebasan? Kapitalisme kembali berkuasa dan manusia hanya perlu diam atas nama kebebasan? Kebebasan yang dikawal? Apakah layak dipanggil kebebasan apabila ia dikawal? Dikawal oleh siapa? Sudah semestinya akan dikawal oleh satu kuasa yang menggunakan nama kebebasan untuk terus kekal berkuasa. Kebebasan seperti ini hanyalah omong-omong kosong yang digambarkan oleh kuasa-kuasa jahat. Mereka akan memberi gambaran kebebasan manusia seperti hiburan dan pemilihan yang telah mereka tetap- kan, bukannya sebuah hiburan dan pemilihan kehendak individu atau majoriti itu sendiri. Kebebasan apakah seperti ini? Ini konsep kuku besi yang berwajah kebebasan. Kebebasan hendaklah mendapat tempat di dalam diri dan sosial, bukan sahaja untuk diri sendiri kebebasan itu dilaung tetapi juga untuk social; perkara apakah yang

hendak dilakukan, adakah baik atau buruk kepada sosial? Kehidupan tanpa pernah memikirkan sosial hanya mendatangkan kesusahan demi keseusahan kepada dunia hari ini. Kebebasan memilih itu adalah milik individu dan setiap individu pula perlu memikirkan keadaan sosialnya agar tiada siapa yang akan dirosakkan kerana sifat individu itu mementingkan diri sendiri. Kita ambil semula contoh pasangan tadi, seorang lelaki dan seorang wanita yang berpasangan hendaklah saling menghormati hak dan kehendak individu kerana tiada pemilikan pada rohani manusia lain. Jika seorang wanita itu hendak bersetubuh dengan lelaki lain, dia harus memastikan yang perasaan pasangan lelakinya tidak akan terguris, atau dalam mu- dahnya dwanita tersebut tidak boleh berlaku curang (menyorokkan), sebaliknya berterus terang kepada si lelaki bahawa perempuan itu ingin memberi badannya kepada lelaki lain, hak wanita itu untuk terus memberi badannya kepada siapapun yang dimahukan manakala pasangan lelakinya tidak layak melarang kerana si wanita langsung tidak menindas (menipu) perasaan si lelaki. Segala kebebasan perlulah difikirkan kondisi sosial yang bersesuaian mengikut keadaan dan zaman

OCHA VOZVYSHENNYY

masing-masing. Begitu juga dalam perihal zaman hari ini; tentang persekongkolan kaum kiri bersama kapitalisme. Tidak perlu untuk dijelaskankan kepada kaum kiri bahawa kapitalis itu adalah golongan penindas kerana mereka sedia maklum tentang hal tersebut. Paling kurang, secara general pasti ramai yang mengetahui bagaimana kapitalisme menjalankan gerak kerja penindasan mereka dan merampas eksploitasi hak pekerja bawahan untuk menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda demi keuntungan mereka. Dalam hal ini sahaja, begitu banyak pertikaian antara golongan kiri yang menentang kapitalisme sesama sendiri. Bagi saya, hal seperti ini pada zaman ini, tidak lagi perlu dipertikai. Terma ‘membantu kapitalis’ itu sangat terkebelakang dalam melabel golongan sendiri. Mungkin terma itu masih releven hanya kepada golongan yang ignorance sahaja bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap dunia yang sedang mereka pijak hari ini. ‘Bersekongkol’ bersama kapitalisme juga sudah menjadi suatu kebebasan kepada golongan politikal kiri pada zaman ini. Selagi mereka tidak secara terang menyatakan bahawa model kapitalisme yang dianjurkan hari ini adalah sebuah ‘kebenaran dan sesuatu yang

membaikkan’. Apakah kita masih lagi mahu menunding jari kepada buruh kilang yang memasang pintu kereta dan membuatkan keuntungan puluhan ribu kepada syarikat yang mengamal pembahagian kapitalisme, atau kita mahu menuding jahat kepada orang-orang yang masih tunduk bekerja mengkayakan golongan atasan seumur hidup walaupun di belakangnya masih menentang? Atau kita mahu ‘mengkafirkan’ seorang komunis/ anarkis yang mengambil semua dana kerajaan kapitalis demi membangunkan sebuah kolektif masyarakat? Ini semua sesat jika golongan kiri mengambil jalan ortodok dalam penilaian masyarakat yang sama kelas dan seper- juangan dengan mereka. Dunia ini melangkah maju dengan dipacu oleh golongan penindas; mereka mengontrol populasi, ilmu, taraf hidup manusia sejak ratusan tahun lamanya. Per- tentangan kelas akan kekal ke masa hadapan dalam memacu evolusi rohani dan fizikal manusia. Kita tidak dapat menyangkal hal ini dengan melihat perkara yang berlaku dalam dunia hari ini. Tetapi kita tetap tidak boleh membenarkan semua ini berterusan. “Lebih baik kita berkawan (bermuka-muka) dengan musuh dan menikam mereka dari belakang ketika

OCHA VOZVYSHENNYY

mereka tidak sedar daripada bersemuka dengan musuh dalam keadaan mereka sedar dan sudah bersiap dengan perisai.”

Kebebasan Yang Terkemudian

Kebebasan adalah perkara yang hadir setelah manusia itu berfikir, beragama, berbudaya dan akhirnya ditindas. Kebebasan tidak boleh diberi kebebasan mutlak seperti manusia berfikir, mencari dan menyoal. Kebebasan adalah perkara yang boleh dimodifikasi mengikut kesesuaian budaya, agama dan berfikir. Di sinilah, masalah akan kembali bertentangan untuk menghormati budaya dan agama sedangkan pada awalnya diterangkan agama itu adalah hak individu. Hal yang dibincang adalah perkara yang berlaku ketika ini, pada hari ini budaya dan agama menguasai keseluruhan hidup manusia; bagaimana untuk menang melawan benteng ‘tembok kapitalisme’ jika kebebasan diabai. Ya, kebebasan boleh diabai untuk sementara mengikut kondisi. Bagaimana kita hendak makan jika kita tetap melawan kapitalisme secara total? Sedang hutan dan lautanpun sudah dimiliki oleh kapitalis. Meng- hakis setiap secebis demi cebisan ‘tembok kapitalisme’

lebih bermakna dari menyerang dengan cara kuno. Menganjurkan kebebasan ini berpadanlah mengikut keadaan sehingga keadaan yang tidak kondusif pulih dan dimulai dengan metode lain selepas pasca kerosakan yang kita semua tetap menuju ke fitrah asal manusia itu pada asalnya.

Bab 6 Pengaruh yang Membina Budaya

BUDAYA adalah satu payung yang besar kepada pemikiran idea dari rohani dan jasmani manusia terhadap kehendak sebuah komuniti dan kesepakatan, merangkumi pemakaian, hiburan, tingkah laku dan cara hidup yang semuanya bergantung dan berbeza mengikut keadaan dan kawasan setiap komuniti serta bagaimana mereka mengadaptasi sekeliling dalam kehidupan ha- rian. Pengaruh utama yang membina budaya sudah semestinya alam raya yang luas ini; daripada alam ini budaya dikembangkan. Untuk membezakan antara nasionaliti dan etnik (iaitu kebudayaan) dan nasionalisme (terhad pada negara dan kerajaan itu sendiri) sebagai cara yang lebih baik dalam mendefinisi hal yang kita dukung dan lawan. Nasionalisme, pada dasarnya bersifat destruktif dan reak- sioner sementara etnik dan kebudayaan merupakan sebuah sumber komuniti, perbezaan dan berjiwa sosial. Fakta sosial dan semula jadi kerana mengikut The Political Philosophy of Bakunin: “Setiap orang dan kumpulan tempatan terkecil mempunyai watak sendiri,

OCHA VOZVYSHENNYY

gaya tertentu kewujudannya sendiri, cara bercakap, berasa, berfikir dan bertindak; keunikan inilah yang menjadi intipati nasionaliti.”

Pengaruh Utama

Berjuta tahun dahulu, manusia atau proto manusia hidup dalam keadaan sifat asalnya iaitu hidup dalam komuniti dan saling bergantung dalam sebuah kolektif. Yang membuatkan mereka mengenal kehidupan ini sebagai kehidupan yang bermasyarakat tanpa kelas adalah budaya yang dibina berpaksikan alam raya semata-mata. Ketika itu, mereka hanya mengenal kehidupan yang ada di depan mata dan belajar bersama-sama serta berkongsi dalam mencapai sesebuah matlamat sama. Kesepakatan lahir untuk kehidupan terus me- nempuhi kehidupan yang akan dating. Ancaman demi ancaman hanya dapat dibentengkan melalui kesepakatan. Kesepakatan inilah faktor yang membina budaya apabila kehidupan itu sudah berkomuniti. Kesepakatan juga bererti penetapan had kebebasan; ini bukan bermakna had kebebasan itu seperti yang kita tahu pada dunia moden hari ini iaitu penentangan undang-undang (kesepakatan mutlak) akan dihukum. Kesepakatan ma-

nusia seharusnya dinilai menerusi emosi dan kondisi seseorang manusia; kesepakatan dilahirkan untuk membina budaya manusia yang lebih teratur tetapi ia tidak boleh bersifat mutlak di dalam sebuah komuniti. Komuniti sendiri bersifat tidak boleh memutlak- kan kesepakatan kerana ia dibina oleh ahli komuniti itu. Ia seharusnya berubah mengikut keadaan majoriti dalam sebuah budaya komuniti itu, barulah ia dapat melunaskan kebebasan jumlah besar manusia di setiap tempat berlainan budaya. Budaya yang berlainan tempat juga harus dihor- mati oleh kehidupan yang berhijrah, mengadaptasi kesesuaian diri didalam sebuah komuniti baru sangat penting berbanding kebebasan individu kerana budaya yang lahir mengikut keadaan semasa dan tempat ini mempunyai nilai norma dan pengalaman masyarakat setempat. Namun tidak juga untuk mengatakan bahawa masyarakat yang berhijrah tidak boleh lantang bersuara menyatakan pendapat kerana mereka juga mungkin ada pengalaman yang lebih daripada itu. Dalam hal ini, kesepakatan yang baru harus dilaksanakan demi mencapai kepuasan kebebasan sejumlah besar manusia untuk dunia yang lebih aman.

OCHA VOZVYSHENNYY

Pengaruh Manusia Moden

Manusia mula berhijrah ke serata dunia demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Di setiap sejarah penghijrahan, manusia membangunkan kepelbagaian budaya di serata dunia; manusia mula membiak dengan jumlah yang ramai sehingga manusia mula berfikir ke arah penjajahan. Manusia juga menjajah dengan cara pembiakan. Seperti kita dapat lihat bagaimana haiwan seperti singa yang kita tahu sifatnya bukanlah menjajah tetapi berhijrah dan mendapatkan ‘tanah maruah.’ Singa adalah haiwan yang hidup berkelompok yang diwakil oleh seekor singa jantan dan memimpin lima atau enam ekor singa betina; kadangkala ada kelompok singa itu terdapat dua atau tiga ekor jantan. Ini bermakna, dalam kelompok tersebut ketiga-tiga ekor jantan itu mempunyai persamaan kekuatan dan kebijaksanaan. Ketua-ketua singa bukanlah ketua yang tidak boleh digugat; ini bermakna terdapat banyak perkelahian sesama sendiri antara singa jantan dalam memimpin kelompok mereka. Perkelahian ini kerana sifat binatang itu sendiri yang hanya tahu menggunakan cara itu sahaja; tidaklah sehingga berbunuhan (dendam jahat). Ia le-

bih kepada cara mereka sendiri untuk menggugat natural leadership yang sedang memimpin; singa yang menang akan memimpin kelompok. Walaupun kadangkala terdapat singa-singa dari kelompok lain yang menyusup ke dalam ‘tanah maruah’ mereka dan berlaku pertelingkahan; itu bukanlah konsep penjajahan. Singa-singa kelompok lain sebenarnya melakukan penghijrahan dan secara kebetulan melalui kawasan asal kelompok singa. Pergelutan (konfrantasi) akan berlaku dan yang menang akan mendapat kawasan tersebut (ini kerana mereka tidak boleh berfikir untuk tidak berkonfrantasi walaupun di tanah singa lain). Namun ini masih tidak dianggap sebuah penjajahan. Penjajahan adalah peluasan tanah. Singa-singa yang berhijrah dan mendapatkan ‘tanah maruah’ yang baharu tidak mengklaim kawasan lama mereka; mereka juga tidak memperluas kawasan sedia ada. Tetapi, jika kita mele- takkan 10 kelompok singa dalam sebuah tanah beruku- ran satu ekar, ini akan membuatkan singa-singa tersebut mengalami sifat penjajahan dan evolusi rohani mereka akan berubah ke tahap yang tidak lagi dianggap alamiah dengan sifat asal mereka. Singa-singa ini tidak lagi boleh dilepaskan ke kelompok singa di luar tanah satu ekar itu kerana ia akan mengganggu gugat kehidupan

OCHA VOZVYSHENNYY

dan cara asal habitat singa lain. Kerosakan inilah yang berlaku di dunia manusia moden sehingga hari ini, apabila evolusi rohani manusia berjalan semakin jauh dan mempelajari kepelbagaian sifat dan ketamakan. Manusia mula menjajah dan melakukan kerosakan sesama sendiri. Sehingga manusia itu sedar bahawa mereka tidak lagi boleh mengunakan kekerasan semata-mata itu penjajahan dan mereka mula mencipta-cipta idea untuk menakluki pemikiran di dalam setiap pengikut ketua berautoriti. Dari situlah muncul kepelbagaian adat resam untuk menetapkan manusia dalam pelbagai hal; manusia mampu dicengkam dengan ketakutan seperti agama. Perkembangan evolusi manusia membuatkan manusia itu semakin jauh dan ingin kembali mengenal asal usul. Perkara inilah yang diambil kesempatan oleh penakluk tamak yang akan menciptakan kepelbagaian hal yang tidak dapat dibuktikan oleh mata kasar dan bersandarkan kepercayaan semata-mata. Kepercayaan yang diberi kepada komuniti dapat membuatkan komuniti tunduk kepada orang yang bijak mengolah ayat dan slogan. Inilah pemula kekuasaan dan penjajahan yang

membuatkan dunia hari ini bersifat keji dan bodoh. Sedangkan manusia itu bersifat anarkis (alamiah dan aman, cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang).

Penyesuaian Evolusi Budaya

Bagaimanapun, hari ini kita tidak lagi dapat mem- bendung evolusi yang berlaku ke atas diri manusia, melainkan kita menyesuaikan diri ke dalam masyarakat secara fizikal dan membawa mereka kembali me- ngenangkan sifat alamiah manusia yang sebenar. Seperti contoh manusia yang tidak lagi mampu hidup tanpa pe- ngunaan wang dan kekayaan; manusia itu masih di dalam lumrahnya yang menginginkan kehidupan yang selesa. Kita tidak dapat lari dari sistem yang membuatkan manusia berfikir untuk menjadi kaya tetapi kita mempunyai jalan iaitu melawan pemikiran tersebut dengan cara menjadi kaya melalui jalan bukan penindasan (kapitalisme) yakni dengan cara berkongsi kekayaan sehingga manusia tidak lagi ada hasad dan ingin menjajah sesama sendiri. Mencari kekayaan pada hari ini tidak lain adalah keterpaksaan menurut sistem sedia ada demi membina

OCHA VOZVYSHENNYY

kepercayaan manusia lainnya. Ini tidak boleh dianggap doktrin kerana ia membawa manusia itu kepada fitrah- nya semula; suatu jalan yang benar tanpa sebarang penindasan. Kekayaan yang diperoleh melalui sistem jahat hari ini hendaklah diagih setara demi melawan kekuasaan jahat yang berleluasa. Ini akan membuatkan kesepakatan kita semua menjadi utuh untuk melawan dan mengem- balikan kegemilangan kehidupan manusia secara alamiah dan terus maju seiring kemajuan sedia ada. Perlawanan terhadap sistem sedia ada pada dunia hari ini, tidak lain hanyalah dengan wajah yang diberi kepada sistem kapitalisme (kekayaan) tetapi melalui jalan ekonomi yang berbeza, bagi mendapatkan wajah kekayaan itulah, kita hari ini terpaksa menyesuaikan diri ke dalam bentuk masyarakat yang telah terdoktrin.

Rasisme/Fasisme

Rasisme, permusuhan perkauman kuno yang wujud berabad-abad lalu demi kekuasaan. Penguasa mengkelaskan perkauman melalui warna kulit dan ras kelompok tertentu demi meningkatkan kekuasaan dalam pemerintahan. Rasis adalah yang terawal segala bentuk

kelas dalam sejarah penindasan manusia bagi memena- ngi hati kelompok majoriti manusia. Iaitu dengan cara memburuk-burukkan wajah ras minoriti dan kemudian pemerintah akan menjadi ‘hero’ masyarakat majoriti dengan mengusir ras minoriti. Iini yang berlaku sejak berabad-abad lalu dan dendam-dendam ini terus tersang- kut dari generasi ke generasi hingga melahirkan fasisme dalam diri ras pengusir dan diusir. Dendam yang terbina mengakibatkan peperangan yang tiada logika, cuma atas dasar dendam generasi dan kemegahan semata-mata dalam kalangan pengikutnya. Masalah rasisme muncul hampir sama tuanya dengan peradaban manusia dan ia tidaklah bertambah baik seiring kemajuan zaman. Terdapat kitab-kitab suci agama mencatat peristiwa rasis yang terjadi di tanah Mesir ribuan tahun lalu. Ketika bangsa Yahudi diperhamba oleh bangsa Mesir iaitu ketika Nabi Musa memimpin bangsa Yahudi keluar dari tanah Mesir menuju Israel. Ketika ramai orang menganggap masalah rasisme berkurangan pada zaman moden seperti sekarang ini, mata dunia dibuka oleh banyaknya korban jiwa; sehingga baru disedari bahawa masalah rasisme belum selesai. Sehingga hari ini, ketika kita berada pada zaman mile- nium.

OCHA VOZVYSHENNYY

Terdapat beberapa peristiwa rasis yang tercatat dalam sejarah iaitu:

Zaman Rom dan Yunani

Merendah-rendahkan bangsa lain bermula ketika sistem penghisapan ekonomi melalui perhambaan bermula. Perhambaan berlaku saat pemerintah dan beberapa pihak mencari tenaga kerja yang murah. Berbagai-bagai cara ditempuh seperti menakluk bangsa lain lalu men- jadikan mereka sebagai hamba atau membeli daripada pedagang hamba. Bangsa yang kalah perang dianggap sebagai bangsa yang inferior (lebih rendah) dan yang menang dapat melakukan apa saja terhadap mereka termasuk menghantar mereka ke arena Gladiator sebagai hiburan.

Perhambaan Bangsa Afrika Abad ke-16

Konsep rasisme yang ada sekarang, muncul pada abad ke–16 ketika perdagangan hamba mulai berkembang. Hamba-hamba didatangkan dari Afrika menuju Eropah atau Amerika. Walaupun hal ini bertentangan dengan konsep Kristian yang ada dalam masyarakat

Eropah dan Amerika, hal ini tetap berlangsung. Pedagang hamba menyebarkan bahawa masyarakat kulit hitam (ras Afrika) adalah ras yang terkuat tetapi inferior sehingga layak untuk mengerjakan pekerjaan kasar dan harus tunduk pada perintah. Pandangan inferioriti ini sama dengan yang terjadi pada zaman Rom dan Yunani. Lebih kurang 11.8 juta rakyat Afrika diperdagang dan sekitar 10 sampai 20 peratus daripadanya mati dalam perjalanan menye- berangi laut Atlantik. Pada abad ke-19, tercatat bahawa 90 peratus hamba belian adalah kanak-kanak.

Pembantaian Bangsa Armenia

Pembantaian yang terjadi terhadap ras Armenia bermula pada tahun 1915 sampai 1918, saat Perang Dunia Pertama berlangsung. Pembantaian ini dirancang dan dilakukan oleh pemerintahan Turki terhadap seluruh populasi Armenia di negara itu. Ras Armenia menjadi korban pengusiran, penyeksaan, pembantaian dan kelaparan. Jumlah besar populasi Armenia diusir menuju ke Syria dan padang pasir dengan sebahagian mereka menjadi korban kelaparan dan kehausan. Keputusan pembantaian ini muncul dari Parti Ittihad atau popular

OCHA VOZVYSHENNYY

disebut sebagai Parti Pemuda Turki yang memerintah- kan askar untuk melaksanakannya.

Nazi dan Anti-Yahudi

Bahaya rasisme baru disedari oleh dunia saat terjadi pembantaian secara sistematik yang dilakukan oleh Nazi terhadap etnik Yahudi-Eropah. Perang Dunia Kedua mengorbankan bangsa Yahudi dengan jumlah yang sangat besar. Pembantaian secara besar-besaran oleh Hitler dan Nazi dilakukan dengan cara membangun kem tahanan. Kem tahanan tersebut menjadi tempat pembantaian bangsa Yahudi. Kebencian Nazi terhadap keturunan Yahudi muncul kerana keturunan Yahudi dianggap sebagai penyebab kekalahan Jerman pada Perang Dunia Pertama dan sementara ekonomi Jerman mengalami kejatuhan, keturunan Yahudi dilihat tetap memegang peranan ekonomi yang besar di Jerman.

Diskriminasi Puak Indian di Benua Amerika

Kedatangan bangsa kulit putih ke benua Amerika menimbulkan masalah terhadap bangsa asli benua Amerika, puak Indian. Perebutan tanah oleh pendatang

menimbulkan peperangan kecil dengan puak Indian dalam banyak pelosok benua itu. Pada tahun 1830 lahir Indian Removal Act, pera- turan yang memungkinkan pengusiran terhadap puak Indian demi kepentingan pendatang yang didominasi oleh bangsa kulit putih. Akibatnya, lebih 7,000 orang Indian diusir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal dunia.

Diskriminasi bangsa Aboriginal dan bangsa lain di Australia

Sebagai negara jajahan, Australia memiliki sejarah yang diwarisi oleh rasisme yang sangat kental. Baik terhadap bangsa Aboriginal atau kepada imigran (kaum pendatang) ke Australia. Populasi majoriti di Australia berlatar belakang Anglo-Celtic (Inggeris atau Irlandia). Majoriti yang menjadi korbannya adalah masyarakat Aboriginal, Asia, Arab dan Yahudi. Hal ini juga termasuk mereka yang mengamal agama dan kepercayaan tertentu, umpamanya perempuan muslim bertudung dan lelaki Yahudi yang mengenakan yarmulka (topi Yahudi).

OCHA VOZVYSHENNYY

Apartheid di Afrika Selatan

Banyak yang menilai bahawa apartheid adalah reinkarnasi politik diskriminasi rasial Nazi. Politik Apartheid mula diterap di Afrika Selatan pada tahun 1948 ketika sebuah parti ultra nasionalis menang pemil- han. Sejak saat itu, muncul undang-undang yang tidak berpihak kepada kaum kulit hitam. Hal ini memuncak ketika Parti Nasional berkuasa dan kemudian merasmi- kan undang-undang yang sangat kental dengan diskriminasi rasial.

Penaklukan Dalam Ras

Masyarakat yang diusir mahupun pengusir, adalah masyarakat yang tidak lagi berada dalam keadaan diri manusia sebenar kerana minda mereka terjajah dengan kepelbagai doktrin rekaan penguasa/pemerintah untuk terus kekal berkuasa. Hal ini boleh digambarkan um- pama mereka sudah menjadi seumpama zombie/haiwan yang tidak dapat memikirkan sepenuhnya tentang hal diri sendiri tetapi berharap kepada sesuatu kekuasaan atau individu sahaja untuk membuatkan keputusan ke atas diri dan hidup mereka.

Apalah gunanya lagi manusia-manusia yang tidak dapat menggunakan pemikirannya sendiri untuk menentukan kehidupan mereka ini terus hidup? Tidak akan ada gunanya lagi kepada dunia ini untuk kembali ke arah kebaikan melainkan untuk memuaskan kehendak tuan-tuan (pemerintah) mereka semata-mata. Manusia seperti ini manusia yang diperhamba secara tidak langsung dengan kesedaran mereka sendiri; boleh diarah sesuka hati dan kononnya ‘diberi kebebasan’ memilih ‘mahu makan nasi atau berlapar?’ dan bukannya pemilihan ‘makan ayam atau daging?’ sedangkan pemilihan itu sepatutnya untuk keseronokan, bukan semata-mata untuk hidup atau mati.

Alam Yang Marah

“Idea bahawa manusia harus mendominasi alam muncul secara langsung dari dominasi orang terhadap orang. Hanya saja tidak sampai hubungan komuniti or- ganik, yang tidak dapat diselesaikan dalam hubungan pasaran kerana planet ini telah diturunkan menjadi sumber eksploitasi. Kecenderungan abad-abad belaka- ngan ini, mendapati bahawa perkembangan yang semakin buruk di dalam kapitalisme moden. Dengan menerima sifat kompetitifnya yang inhern, masyarakat borjuis

OCHA VOZVYSHENNYY

tidak hanya melaga manusia satu sama lain, melainkan juga melaga manusia dengan alam. Kerana manusia di- ubah menjadi komoditi setiap aspek dari alam juga mengalami demikian, menjadi sumber untuk diproses dalam kilang dan hanya dijadikan barang dagangan.” “Perampasan jiwa manusia oleh pasaran di- hubungkan dengan perampasan alam oleh kapital.” (Murray Bookchin) Atas pengaruh semua yang dibincangkan inilah, terdapat pelbagai ancaman yang diberi oleh alam iaitu bumi yang kita semua menetap hari ini; gempa bumi, puting beliung dan pelbagai lagi bencana yang menimpa makhluk di bumi ini adalah tanda kemarahan alam itu sendiri apabila manusia melukai setiap inci bumi yang dirosakkan. Karma berlaku kerana kehidupan asas manusia itu bulat dan berputar; pohon hutan yang ditebang mengakibatkan banjir, letusan-letusan bom dan senjata api mengakibatkan tanah bergerak strukturnya dan berlaku gempa. Apakah lagi yang tidak dirosakkan manusia-manusia tamak kepada bumi? Manusia-manusia yang mewarisi kejahatan daripada nenek moyang mereka; dendam, kekuasaan, ke-

bencian, hasad dengki dan sebagainya telah bersemayam dalam jiwa-jiwa manusia ini. Manusia terus melakukan kerosakan tanpa memikirkan persekitaran; manusia tidak lagi mencari kebebasan tetapi mencari kepuasan semata-mata hanya untuk diri sendiri.

Bab 7 Penjara Kebebasan

KEBEBASAN sememangnya impian semua manusia, baik dari segi fizikal mahupun rohani namun perkara inilah juga yang paling sukar dicapai oleh manusia kebanyakan hari ini atas faktor wujudnya negara dan kekuasaan. Setiap tindakan kita pada hari ini akan melibatkan kebaikan dan kejatuhan sesebuah kekuasaan; dengan itu kebebasan manusia itu dibahagi dan dipilih, sesuai dengan selera sebuah kerajaan atau kekuasaan. Inilah faktor terbesar kebebasan manusia itu disekat-ambil contoh, hak ‘kebebasan’ di Malaysia. Kebebasan bersuara di Malaysia tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di negara ini. Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan ada peruntukan bagi menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia. Bagaimanapun, hak asasi ini merupakan antara hak yang

OCHA VOZVYSHENNYY

paling berbahaya kerana kebebasan bersuara bermakna kebebasan untuk menyatakan rasa tidak puas hati seseorang dengan keadaan sedia ada dan keinginan untuk mengubahnya. Hal demikian kerana ia menjadi hak yang paling terancam kerana jika tiada sekatan yang sewajarnya, ketenteraman sejahtera mungkin terancam. Perlembagaan Persekutuan yang dimaksudkan ini adalah satu bentuk penjara kebebasan manusia yang dipinda oleh mereka yang berkuasa dan asas kepada semua ini, dengan alasan menjamin keamanan. Padahal keamanan itu sebenarnya sering kali diragut oleh pemerintah itu sendiri; keadaan ekonomi yang teruk sudah semestinya akan membangkitkan suara rakyat demi kelangsungan hidup golongan kelas bawahan namun ia juga sering kali disekat oleh pemerintah demi survival politik mereka. Sekatan kebebasan adalah satu jenayah yang sukar diterima, ditambah lagi dengan doktrin untuk memper- hamba rakyat. Manusia itu adalah makhluk yang baik dan berbahagi kebaikan sesama mereka jika tiada kekuasaan menekan setiap makhluk yang wujud di muka bumi ini. Jadi, penyelesaian kepada semua kehancuran ini adalah jatuhkan sahaja pemimpin kalian.

Tentang Penulis

Ocha Vozvyshennyy, seorang anarkis yang pernah menulis beberapa buah buku puisi, novel dan non-fic- tion. Antara buku beliau sebelum ini seperti “ini dunia Tuhan Maha Sundal” sebuah zine puisi yang diterbitkan secara mandiri sekitar awal 2012. Kemudian mendirikan sebuah kolektif seni dengan nama Rumah Bayang, mengumpulkan rakan-rakan anarkis lain untuk beraktiviti dalam menghasilkan seni jalanan. Ocha juga sebahagian dari kolektif rumah pener- bitan Cukong Press yang sejak dari awal menumpahkan seluruh jiwa dan raga untuk membangun dan menyebar luas bahan-bahan bacaan anarkisme di Malaysia. Pernah menulis dua buah novel yang berunsur penyampaian kolektivisme dan feminisme, masing-masing bertajuk Rock Kapak Not Dead dan Apokaliptik Kaliyuga. Antara manuskrip yang pernah diterbitkan juga adalah Deklarasi Perang. Di mana Ocha menghuraikan panjang lebar tentang sebuah puisi beliau yang bersifat menentang sistem feudal dan monarki di Malaysia.

OCHA VOZVYSHENNYY

Ocha adalah salah seorang anarkis yang bergerak dan menghidupkan demonstrasi jalanan di Malaysia menentang polisi-polisi pemerintah yang bersifat menindas, sehingga aparat pemerintah pernah menuduhnya sebagai “ketua anarkis” dan disebarluas mencari Ocha untuk di- tahan, tetapi tidak berhasil.