Bersama-sama dengan anggota-anggota daripada beberapa kolektif lain dalam memperbincangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan kolektif, khususnya dalam perancangan untuk mengadakan satu persidangan untuk kolektif-kolektif di Malaysia, kami telah sampai kepada memperlihatkan keperluan untuk menyediakan sebuah terbitan yang tidak semestinya khas untuk persidangan, tetapi lebih kepada memfokus dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan organisasi dan pengorganisasian secara amnya. Maka di sinilah di mana idea untuk menerbitkan zine ini tercetus.
Bertitik tolak daripada perkara ini, sebuah kumpulan editorial telah dibentuk bagi merealisasikan terbitan tersebut. Bermula dengan perbincangan tentang konsep terbitan, disusuli dengan pengumpulan bahan-bahan rujukan dan sumber-sumber yang sesuai dengan konsep dan objektif asal. Tetapi di dalam proses ini, oleh disebabkan pengumpulan sejumlah artikel yang berguna, kesempatan ini telah digunakan untuk melakukan penterjemahan dan ia telah memberi manfaat dalam mengurangkan masa dan tenaga kami. Walaubagaimanapun perolahan dan kesimpulan tetap juga dilakukan dan dititikberatkan untuk kesesuaian dan pemahaman pembaca di sini.
Seterusnya penyusunan teks-teks dilakukan agar pembacaan lebih teratur dan sistematik mengikut turutan supaya lebih mudah difahami kerana perkara-perkara yang dibangkitkan adalah bersangkut paut antara satu sama lain. Secara dasarnya zine ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama cuba memberikan pemahaman tentang konsep hirarki dan ini termasuklah hirarki dalam masyarakat dan organisasi dan kemudian mempersoalkan sistem ini dan pengaruhnya dalam semua aspek kehidupan. Bahagian yang kedua pula adalah pengenalan kepada bentuk-bentuk organisasi alternatif kepada hirarki. Ini termasuklah pengenalan dan juga cara-cara untuk menubuhkan kumpulan afiniti, kolektif dan federasi. Dan akhirnya, pada bahagian ketiga pula kami telah menyediakan dua artikel berkenaan dengan cara-cara dan pandangan tentang pengorganisasian. Persamaan kedua-dua artikel ini adalah kedua-duanya cuba untuk memberikan kritik ke atas pergerakkan massa dan analisa mendalam ke atas kolektivisme. Walaupun begitu artikel yang pertama adalah lampiran yang bertajuk "Anti Mass Method of Organization for Collective" yang pertama kali diterbitkan di San Francisco pada tahun 1970 dan artikel yang kedua pula yang bertajuk "The End of Arrogance: Decentralization and Anarchist Organizing" diterbitkan baru-baru ini pada Ogos 2002 oleh Curious George Brigade.
Terbitan ini diakhiri dengan artikel bertajuk fungsi analisa yang telah diambil daripada sebahagian artikel "Anti Mass Method of Organization for Collective". Tujuannya adalah untuk menitik beratkan kepentingan mempunyai analisa kepada individu dan kepada organisasi khususnya dalam mencapai sesuatu matlamat dan pemahaman ke atas sesuatu perkara atau isu.
Walaupun terbitan ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai suatu analisa yang mendalam dan komprehensif, diharap ianya boleh dijadikan pemahaman asas kepada membantu membina organisasi tanpa hirarki dan sebagai titik tolak ke arah menyediakan analisa dan penyelidikan yang lebih mendalam dan meluas lagi khususnya kepada pembaca.
Anarkisme adalah bukan tanpa organisasi tetapi organisasi tanpa hirarki!!
Mari menjadi kritikal dalam keperluan untuk federasi, gabungan dan struktur besar yang lain seperti kerajaan, birokrasi dan korporat. Kejayaan kita baru-baru ini telah menentang kepercayaan bahawa kita perlu menjadi sebahagian organisasi gergasi "untuk mencapai sesuatu". Kita perlu mengambil contoh beribu-ribu projek d.i.y. anarkis yang dilakukan di seluruh dunia di luar struktur besar. Mari kita datang ke mesyuarat sebagai sama rata dan bekerja berdasarkan semangat dan ideal dan kemudian mencari yang lain yang mana dikongsi bersama ideal itu. Mari kita melindungi aotunomi kita dan berterusan untuk berjuang untuk kebebasan, kepercayaan dan solidariti sebenar. BERAKHIRNYA KEANGKUHAN: DESENTRALISASI DAN PENGORGANISASIAN ANABSIS
fungsi analisa
Bukan hanya tidak akan ada revolusi tanpa teori revolusioner, malahan juga boleh jadi tidak akan ada strategi tanpa analisa. Strategi adalah mengetahui dengan merangka dahulu apa yang akan dilakukan. Di sini di mana analisa yang akan menjadikannya realiti. Apabila anda memulakan sesuatu, anda mungkin tidak tahu apa-apa. Tujuan analisa adalah bukan untuk mengetahui segala-galanya, tetapi untuk mengetahui apa yang anda tahu dan mengetahuinya dengan lebih bagus, iaitu secara kolektif. Nadi berfikir secra analitikal adalah dengan belajar berulang kali proses tersebut iaitu adalah sama penting dengan hasilnya. Mengembangkan analisa memerlukan cara pemikiran yang baru. Tanpanya kita akan masih - mengikut cara lama untuk bertindak.
Persoalan tentang apa yang kita akan lakukan adalah yang paling sukar untuk dijawap dan ini yang akan menentukan samada kolektif akan terus wujud. Kesukaran. mengenai persoalan itu membuatkan analisa menjadi lebih penting dan perlu. Kita tidak lagi mampu. untuk didorongkan oleh bentuk pengiklanan yang remeh, slogan dan retorik. Fungsi analisa adalah . untuk. mendedahkan rancangan bertindak.
Mengapa terdapat sedikit sahaja analisa praktikal tentang apa yang berlaku kini? Sesetengah orang menolak untuk menganalisa apa-apa pun yang mereka tidak. dapat fahami dengan segera. Pada dasarnya, mereka berasa tidak berkemampuan. Ini adalah sebahagiannya kerana mereka tidak pemah mempunyai peluang untuk melakukannya sebelum ini dan oleh itu, tidak tahu bahawa mereka berkebolehan melakukannya. Selain daripada itu, kebanyakkan para aktivis menganggap analisa sebagai 'intelektual', di mana ia lebih mengkritik pemikiran mereka sendiri daripada perkara lain. Akhirnya mereka ini yang berasa tidak perlunya untuk berfikir dan menjadi sangat tidak selesa apabila seseorang mahu melakukannya. Ini sering mencerminkan susunan kelas mereka. Pengosongan bahagian dalam secara amnya dalam pergerakkan adalah hasil daripada semua unsur ini.
Salah satu sebab keadaan yang menyedihkan ini adalah analisa memberi terlalu sedikit kepuasan. Ini adalah cara lain untuk mengatakan bahawa ia adalah tidak praktikal. Apa yang telah terjadi kepada semua pemikiran paling baik dilihat di dalam kemerosotan analisa kelas kepada stereotaip suatu definasi yang tidak baik. Terdapat sedikit perbezaan di antara kegilaan teori dari abstrak yang tinggi dan orang yang berslogan dari abstrak yang masih mentah. Teori telah menjadi dialek kaku dan menjadi slogan
produksi besar-besaran minda. Tetapi hanya kerana idea-idea telah menjadi terlalu mekanikal tidak semestinyabermakna kita patut meninggalkan pemikiran.
Kebanyakkan orang sanggup untuk menghadapi fakta bahawa mereka hidup di dalam masyarakat yang masih belum jelas. Sebarang percubaan untuk menyelidiki kawasan yang tidak diketahui akan dihadapi dengan kebiasaan perasaan takut yang membahayakan. Orang tampaknya takut untuk melihat diri mereka sendiri secara analitikal. Sebahagian daripada masalah tidak tahu apa yang perlu dilakukan mendedahkan dengan sendirinya bahawa kita tidak mengetahui siapa kita. Motivasi untuk melihat diri kita secara kritikal dan untuk menerangkan kepada masyarakat datang daripada keinginan untuk merubah kedua-duanya. Pokok permasalahannya adalah kita tidak secara konkritnya membayangkan kemenangan, kecuali, barangkali secara kebetulan.
Analisa adalah memperlengkapi minda kita. Kita menjadi lemas dari mereka yang memberitahu bahawa analisa adalah intelektual apabila di dalam realitinya ia adalah alat imaginasi. Sama seperti anda tidak boleh bertolak ansur dengan intelektualisme, jadi anda tidak boleh bertindak daripada kemarahan yang kosong, tidak jika anda mahukan kemenangan. Anda perlu mengajar perut anda bagaimana untuk berfikir dan minda anda bagaimana untuk merasa. Analisa sepatutnya membantu kita untuk meluahkan kemarahan secara bijak. Belajar bagaimana untuk berfikir iaitu menganalisa, adalah langkah pertama ke arah aktiviti kesedaran.
Tiada keraguan yang anda merasa diri anda tertekan disebabkan anda fikir bahawa ia adalah suatu subjek yang berat. Benar, masalahnya ialah anda berfikir lebih besar dari anda bertindak. Jadilah bersederhana. Mulakan dengan apa yang anda sudah sedia tahu dan mahu tahu. Analisa bermula dengan apa yang anda minat. Berfikir secara politikal sepatutnya menjadi sebahagian daripada kehidupan: seharian, bukan keistimewaan kelas. Untuk menjadi praktikal, analisa harus memberi anda pemahaman tentang apa yang perlu dilakukan dan melakukannya.
Berfikir sepatutnya membantu untuk membezakan di antara apa yang penting dan apa yang tidak. Ia sepatutnya memecahkan unsur-unsur yang kompleks supaya kita boleh memahaminya. Pecahkan segalanya. Di dalam proses menganalisa sesuatu, anda akan mendapati bahawa terdapat pelbagai cara untuk bertindak yang tidak jelas sebelum ini. Inilah kebaikan analisa. Untuk menyiasat suatu masalah adalah dengan bermula untuk menyelesaikannya.
bahagian pertama - hirarki
bahagian kedua - kumpulan afiniti - kolektif -federasi dan rangkaian
bahagian ketiga - anti kaedah engorganisasian massa untuk kolektif
- berakhirnya keangkuhan: desentralisasi dan pengorganisasian anarkis
penutup - fungsi analisa hirarki hirarki Airarki Fair aAaH IC
Apa itu hirarki
Semasa di alam persekolahan anda mungkin berminat untuk belajar. Dari sini anda mungkin akan rasa minat anda telah lebih dibentuk oleh displin sekolah yang ketat. Penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal ditimpakan ke atas anda oleh guru-guru dan guru besar di sekolah anda. Gangguan dan cemuhan yang dihadapi dari rakan-rakan sekelas anda tidak hanya berakhir semasa hari anda menerima ijazah. Apabila anda habis pembelajaran, anda mungkin akan melepaskan diri daripada kongkongan yang anda hadapi sebelum ini, tetapi antara sedar dan tidak sedar anda telahpun melangkah ke dalam kongkongan yang lebih ketat lagi. Jika anda rasa yang anda kekurangan kebebasan sebelum ini, tunggu sahaja sehingga anda perlu menuruti ketua syif, pengarah, tuan tanah, pengutip cukai, pemberi hutang, dewan bandaran, polis, mahkamah undang-undang. Adakah anda seronok dikawal oleh orang lain yang tidak memahami atau peduli dengan kehendak dan keperluan anda? Adakah anda mendapat apa-apa daripada menuruti arahan majikan, peraturan-peraturan tuan tanah, undang-undang majistret, mereka yang memiliki kuasa ke atas anda yang anda tidak pernah rela memberi kuasa tersebut kepada mereka? Dan bagaimana caranya mereka mendapat kuasa-kuasa ini? Jawapannya adalah hirarki. E
9O Hirarki adalah sistem nilai di - mana nilai anda diukur oleh jumlah orang dan benda yang dn anda kawal dan sebaik mana DOanda menuruti mereka yang — berada di atas anda. Beban sakan ditolak ke bawah melalui O Cc struktur kuasa: semua oran g *- dipaksa menerima dan menuruti *m sistem ini dari sesiapa sahaja. - Anda berasa khuatir untuk - melawan mereka yang berada di
atas anda kerana mereka boleh membawa untuk menentang anda kuasa semua orang dan segala-galanya di bawah mereka. Anda berasa takut untuk melepaskan kuasa di tangan kepada mereka yang berada di bawah anda kerana mereka berkemungkinan akan berada pula di atas anda. Di dalam sistem hirarki, kita semua terlalu sibuk cuba melindungi diri kita daripada satu sama lain sehinggakan kita tiada peluang untuk berhenti dan memikirkan bahawa adakah ini sahaja dan betul betul cara-caranya masyarakat kita boleh diorganisasikan. Jika kita boleh memikirkan tentangnya kita berkemungkinan akan bersetuju bahawa ianya bukan, kerana kita semua tahu kebahagiaan datang daripada kawalan ke atas diri kita sendiri, bukannya ke atas hidup orang lain. Dan selagi kita sibuk bersaing untuk mengawali orang lain, kita secara sedar atau tidak sedar telah menjadi mangsa oleh kawalan itu sendiri. Sedangkan mereka yang berada di dalam kedudukan yang paling atas sekali pun, dikawal oleh kedudukan mereka sendiri: mereka perlu bekerja siang dan malam untuk mengawasinya. Satu kesilapan kecil, dan mereka akan berakhir di bawah.
Sistem hirarkilah yang mengajar kita sejak dari kecil lagi untuk menerima kuasa dari manamana imej otoriti, tanpa menghiraukan samada ia adalah dalam kepentingan kita atau tidak. Kita belajar untuk tunduk terhadap sesiapa sahaja yang mengaku bahawa mereka adalah lebih penting daripada kita. Hirarkilah yang membuat homofobia diterima oleh kebanyakkan orang kerana masyarakat heteroseksual adalah dirasa yang paling betul. Bukan itu sahaja, nilai-nilai hirarkilah yang bertanggungjawab ke atas sikap rasis (Melayu adalah lebih baik daripada bangsa lain), seksis (lelaki adalah lebih baik daripada perempuan), kelasis (orang kaya adalah lebih baik daripada orang miskin) dan beribu-ribu lagi prejudis yang telah berakar umbi di dalam
| membuat orang kaya memandang orang miskin seolah-olah mereka bukanlah |
| lain, terpisah sebegini mereka tidak dapat apa-apa manfaat daripada idea, kemahiran dan kebolehan orang lain, tetapi hanya terus hidup dengan sikap cemburu dan takut antara mereka. Adalah hirarki di dalam praktik; apabila majikan anda menghina anda atau membuat gangguan seks ke atas anda dan anda berasa bahawa tiada apa yang dapat anda lakukan, sama juga apa yang berlaku sistem hirarki mengambil |
| apabila polis: menggunakan kuasa mereka ke atas anda. Kerana sememangnya kuasa membuat orang menjadi kejam dan tidak berhati perut dan hanya menurutnya sahaja membuat orang menjadi penakut dan bodoh: dan kebanyakkan orang di dalam |
| bahagian di dalam keduaduanya sekali. Nilai-nilai hirarki bertanggungjawab ke atas kemusnahan yang kita lakukan |
| haiwan. Spesis kita mencari dominasi ke atas apa-apa sahaja yang dapat kita cengkami, dalam pelbagai cara ke atas diri kita ataupun yang lain. Dan nilai-nilai hirarkilah yang menghantarkan kita ke |
Benarkah kita betul-betul perlukan sesiapa untuk mengarah dan mengawal kita?
Di timur dan di seluruh dunia secara keseluruhan untuk sekian lamanya, kita telah diajar tunduk ditipu oleh pemusatan kuasa kerajaan dan hirarki. Kita
nasionalisme dan patriotisme. Di sebalik bekerja dan membina inisiatif dan kumpulan yang kita sendiri tubuhkan dan adalah berdasarkan komuniti kita, kita bekerja untuk organisasi besar yang mempunyai matlamat yang tidak kukuh, dengan harapan untuk meyakinkan orang lain menyertai kita. Inilah perangkap Parti, kumpulan yang didahulukan dan gabungan besar.
Di dalam kumpulan besar, kuasa adalah berpusat, dikawal oleh pegawai-pegawai (atau beberapa. kumpulan yang bertugas) dan diagih-agihkan, yang akan diuruskan oleh mana-mana organisasi birokratik. Malahan sejumlah besar tenaganya adalah diabadikan untuk mengawal kuasa ini daripada yang lain di dalam gabungan. Di dalam kumpulan yang cuba menarik anarkis (seperti gabungan anti globalisasi) pemusatan kuasa ini telah dialihkan kepada beberapa kumpulan bertugas yang profilnya tinggi seperti 'media' dan 'taktikal'. Tanpa mengambil kira tentang bagaimana ia tampak di luar, struktur besar mengalakkan suasana di mana minoriti kecil mempunyai pengaruh yang tidak sepadan ke atas yang lain di dalam organisasi.
Sebagai anarkis, kita perlu menolak semua penerimaan pemusatan dan pengumpulan kuasa. Kita sepatutnya menjadi kritikal ke atas apa sahaja yang menuntut penyusunan kembali afiniti dan semangat kita untuk kebaikkan sesuatu organisasi atau prinsip yang abstrak. Kita patut menjaga autonomi kita dengan kebengisan yang sama di mana struktur besar berharap untuk menariknya daripada kita.
Bantuan erat telah lama menjadi prinsip dasar yang digunakan oleh anarkis untuk bekerja bersama. Paradoks bantuan erat adalah kita hanya boleh melindungi autonomi kita sendiri dengan mempercayai yang lain menjadi kumpulan autonomi juga. Struktur besar melakukan yang sebaliknya dan mencari untuk menahadkan
| autonomi dan bekerja berdasarkan afiniti dalam pertukaran untuk bermain dengan fantasi angkuh kita dan membahagikan kuasa. Desentralisasi adalah asas untuk tidak hanya autonomi (iaitu tanda kebebasan), tetapi | juga kepercayaan. Untuk mempunyai kebebasan yang |
Kita patut berterusan mengalakkan yang lain untuk membuat kerja mereka di dalam koordinasi dengan kita. Di dalam kerja anarkis kita, kita perlu datang bersama sebagai sama rata: menentukan untuk kita sendiri dengan siapa kita mahu untuk. membentuk kumpulan afiniti atau kolektif. Dalam berkenaan dengan prinsip tersebut, setiap kumpulan afiniti akan boleh untuk bekerja secara individu dengan kumpulan lain. Persekutuan ini mungkin akan berterusan untuk berminggu ataupun untuk bertahun, untuk satu aksi atau untuk kempen yang lama, dengan dua kumpulan atau dua ratus kumpulan. Kejatuhan kita adalah apabila organisasi besar menjadi fokus kita, bukan kerja di mana ia ditubuhkan. Kita perlu bekerja bersama-sama, tetapi hanya dengan status yang sama rata dan tanpa kuasa luar, bukan kerajaan ataupun sesuatu gabungan, menentukan hala tuju atau bentuk kerja yang dilakukan. Kepercayaan erat membenarkan kita untuk meniadi murah hati denaan
bantuan erat. Kepercayaan menggalakkan perhubungan di mana birokrasi, prosedur formal dan mesyuarat besar menggalakkan alienansi dan atomisasi. Kita mampu untuk menjadi murah hati dengan tenaga dan sumber terhad kita semasa bekerja dengan orang lain kerana perhubungan ini adalah secara sukarela dan berdasarkan prinsip kesamarataan. Tiada kumpulan yang patut mengorbankan afiniti, autonomi atau semangat mereka untuk keistimewaan untuk bekerja dengan yang lain. Sama seperti kita menjadi lebih berhati-hati dengan siapa kita patut bekerja di dalam kumpulan afiniti, kita juga tidak harus menawarkan untuk menyertai gabungan dengan kumpulan lain yang mana kita tidak berkongsi kepercayaan yang erat.
Kita boleh dan patut bekerja dengan kumpulan dan kolektif lain, tetapi hanya atas dasar autonomi dan kepercayaan. Ia adalah tidak bijak untuk menuntut sesuatu kumpulan khusus harus bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh setiap kumpulan lain. Semasa demonstrasi, prinsip ini adalah dasar falsafah “kepelbagaian taktik". Ia adalah sesuatu yang buruk apabila anarkis menuntut kepelbagaian taktik di jalanan tetapi dipaksa oleh panggilan untuk “bersatu” di dalam gabungan besar ini.
Desentralisasi radikal: satu permulaan
Jadi, mari kita memulakan kerja kita bukan di dalam gabungan dan struktur besar tetapi di dalam kumpulan afiniti yang kecil. Di dalam konteks komuniti kita, desentralisasi radikal dalam kerja, projek dan tanggungjawab memperkuatkan kebolehan kumpulan anarkis untuk maju dan melakukan kerja yang paling sesuai untuk mereka. Kita perlu m:znolak pemungkiran ketidakberkesanan, penindasan struktur besar sebagai hanya satu cara sahaja untuk menyiapkan kerja dan perlu memperkuatkan dan menyokong kumpulan afiniti dan balabtif van cdi ada
Kita semua tahu bahawa gabungan dan struktur besar mempunyai mesyuarat yang sangat lama. Di sini terdapat latihan yang berguna: Di masa yang lain anda mendapati diri anda menjadi bosan dengan mesyuarat yang terlalu panjang, kira jumlah mereka yang hadir. Kemudian darabkan jumlah tersebut dengan berapa lama mesyuarat itu berlangsung: ini akan memberi anda jumlah seorang-waktu yang diperlukan untuk mengekalkan organisasi tersebut. Faktor di dalam masa perjalanan, masa rangkaian dan propaganda yang terbabit dalam mengumumkan mesyuarat tersebut dan ia akan memberi anda anggaran kasar jumlah waktu aktivis yang digunakan oleh ketamakkan struktur besar. Setelah visi mimpi ngeri tersebut, berhenti dan cuba bayangkan berapa banyak kerja sebenar yang boleh dicapai jika jumlah waktu dan tenaga yang besar ini digunakan untuk projek yang dirancang daripada apa yang selalunya dirujuk sebagai tidak bersalah iaitu pengorganisasian.
Afiniti atau kegagalan
Bukan hanya struktur besar membazir dan tidak berkesan, tetapi ia juga memerlukan kita menggadaikan ideal dan afiniti. Dalam definasi, gabungan mencari dan mendesak agenda-agenda. Ini bukan hanya agenda untuk mesyuarat khusus tetapi keutamaan yang lebih meluas untuk jenis kerja apa yang penting. Di dalam kumpulan yang bukan anarkis, keutamaan ini sering membawa kepada pengorganisasian hirarki untuk memastikan kesemua ahli kumpulan mempromosikan agenda menyeluruh.
Contoh yang biasa adalah peranan 'jurucakap' (dan ia selalunya seorang lelaki) yang komennya diterima sebagai pendapat berdozen, beratus atau kadang-kadang beribu orang. Di dalam kumpulan yang tidak mempunyai garisan parti atau landasan, kita sememangnya tidak patut menerima orang lain untuk bercakap bagi pihak kita-sebagai individu, kumpulan afiniti atau kolektif. Sementara kerenah bintang media dan jurucakap hanyalah membosankan, struktur besar boleh membawa kepada senario yang lebih membahayakan. Di dalam mobilasi massa atau mobilasi khusus barubaru ini boleh disalahkan kepada pemusatan informasi dan keputusan taktikal dari kader dari individu-individu di dalam gabungan atau organisasi besar (di mana mungkin melibatkan berdozen kolektif dan kumpulan afiniti). Untuk anarkis, penumpuan pengaruh kuasa seperti itu di dalam tangan beberapa orang adalah sangat tidak boleh diterima.
Ia telah sekian lama menjadi prinsip falsafah anarkis bahawa orang perlu melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti berdasarkan kerapatan mereka dan bahawa kerja kita sepatutnya bermakna, produktif dan menyeronokkan. Ini adalah kebaikan persekutuan sukarela yang tersembunyi. Ia adalah suatu yang angkuh untuk untuk mempercayai bahawa ahli di dalam struktur besar, di mana sekali lagi boleh berjumlah di dalam ratusan atau ribuan orang, yang semuanya harus
mempunyai hubungan rapat dan ideal yang serupa. Ia adalah suatu yang angkuh untuk mempercayai bahawa melalui perbincangan dan perdebatan, kumpulan sesiapa sahaja harus meyakinkan semua yang lain bahawa agenda khusus mereka akan menjadi bermakna, produktif dan menyeronokkan untuk semua. Oleh kerana situasi yang hampir mustahil ini, organisasiorganisasi bergantung kepada penindasan untuk membolehkan agenda mereka diterima dengan keahlian mereka. Penindasan tidak semestinya berbentuk fizikal (seperti kerajaan) atau berdasarkan ke atas perlucutan (seperti kapitalisme) tetapi berdasarkan ke atas beberapa sifat kesetiaan atau solidariti atau bersatu. Jenis penindasan ini adalah stok dan pertukaran pelopor.
Organisasi meluangkan jumlah waktu yang banyak di mesyuarat cuba untuk meyakinkan anda bahawa afiniti anda adalah tidak setia kepada organisasi yang lebih besar dan bahawa keinginan dan penumpuan anda menghalang atau mengalihkan anda daripada solidariti dengan beberapa kumpulan atau yang lain. Apabila perkara ini gagal, organisasi tersebut akan melabel kelainan anda sebagai penghalang atau memecahkan 'persatuan'- iaitu pelesit kepada keberkesanan. Bersatu adalah ideal yang angkuh yang seringnya digunakan menentang kumpulan yang menolak untuk menyerahkan autonomi mereka kepada struktur yang lebih besar.
Ramai anarkis yang keutamaan kerjanya dilakukan di dalam organisasi besar sering tidak membangunkan afiniti atau skil mereka sendiri dan sebaliknya, melakukan kerja berdasarkan keperluan struktur besar. Tanpa kerja kumpulan afiniti atau kolektif mereka sendiri, aktivis menjadi terikat kepada matlamat politikal abstrak organisasi massa, yang mana membawa kepada ketidakberkesanan yang lebih teruk dan kehilangan minat yang acapkali berlaku yang menjadi seperti penyakit di dalam gabungan dan struktur besar.
Kebebasan, kepercayaan dan solidariti sebenar
"Semua kebebasan adalah berdasarkan kepercayaan bersama"-Sam Adams
Jika kita inginkan sebuah masyarakat yang bebas di mana untuk berkembang, kita perlu membina masyarakat yang boleh dipercayai. Polis, askar, undang-undang, kerajaan, pakar agama dan semua bentuk hirarki lain adalah sebenarnya berdasarkan ketidakpercayaan. Struktur dan gabungan besar meniru asas ketidakpercayaan ini yang sangat berleluasa dan berbahaya di dalam masyarakat yang besar. Di dalam tradisi utama sayap kiri, organisasi besar dewasa ini merasa bahawa oleh kerana saiz dan misi mereka, mereka mempunyai hak untuk mengurus setiap keputusan dan aksi kesemua ahli-ahlinya, Untuk kebanyakkan aktivis, perasaan ini dalam menjadi sesuatu yang besar yang mereka sendiri galakkan kepatuhan kepada organisasi lebih dari segala-galanya. Ini adalah prinsip yang sama yang mengalakkan
semua telah diajar bahawa tanpa polis, kita semua akan menjadi liar dan membunuh antara satu sama lain; tanpa majikan, tidak ada kerja yang akan siap dan tanpa kerajaan, tamadun akan musnah. Adakah ini semua benar?
Sememangnya adalah benar hari ini hanya sedikit kerja yang dapat disiapkan apabila majikan tidak mengawasi anda, huruhara berlaku apabila kerajaan tumbang, dan keganasan terkadang berlaku apabila tiada polis di sekeliling. Tetapi adakah ini menunjukkan bahawa tiada cara lain lagi kita boleh mengorganisasikan masyarakat?
Bukankah berkemungkinan bahawa pekerja-pekerja tidak akan dapat menyiapkan apa-apa kecuali mereka di bawah pengawasan kerana mereka telah terbiasa tidak melakukan apa-apa tanpa dipaksa, kerana mereka tidak suka diawasi, diarah, dihina oleh pengurus atau majikan yang tidak mahu melakukan apa-apa untuk mereka yang mereka tidak perlu? Mungkin jika mereka bekerja bersama untuk tujuan yang sama, daripada dibayar untuk menerima arahan, bekerja ke arah mencapai objektif yang tidak mengambil kira sangat suara dan kepentingan mereka, mereka akan menjadi lebih pro-aktif. Bukan semestinya semua orang bersedia atau boleh melakukan sedemikian sekarang: tetapi kemalasan kita telah dikondisikan daripada semulajadi, dan di dalam persekitaran yang berbeza, kita mungkin akan dapati bahawa manusia tidak memerlukan majikan untuk menyiapkan kerja.
Dan untuk polis sebagai perlu menjaga keamanan: tidak perlu kita mengatakan cara-cara di mana peranan polis sebagai penjaga undang-undang membawa aspek manusia yang paling ganas dan bagaimana polis tidak langsung membantu dalam menjaga keamanan. Sudah cukup mempersoalkan bagaimana kesannya terhadap masyarakat yang
kebanyakkannya tinggal di dalam persekitaran yang dilindungi polis. Apabila perkhidmatan polis bukan lagi menjadi manifestasi secara langsung kepada kehendak komuniti (dan ini sering berlaku dengan pantas, setiap kali kuasa polis ditubuhkan, mereka menjadi kuasa luar kepada seluruh masyarakat, sebagai suatu otoriti luar), mereka adalah kuasa yang bertindak secara paksa ke atas semua orang di dalam masyarakat. Konsep keganasan bukan hanya terhad kepada perlakuan ganas secara fizikal: sebarang perhubungan yang diasaskan secara paksaan, seperti perhubungan polis dan masyarakat biasa, adalah hubungan yang bersifat keganasan. Apabila anda berhadapan dengan tindakan ganas, anda belajar untuk bertindak ganas kembali. Bukankah berkemungkinan kelak, ancaman oleh polis yang tidak dapat dilihat di setiap sudut di jalan raya, yang hampir hadir di mana-mana sahaja oleh pegawai berpakaian seragam, wakil kuasa kerajaan yang tidak berperasaan-mengakibatkan ketidakpuasan hati dan keganasan, daripada hanya menghamburkan perasaan takut terhadap mereka? Jika ia tidak terjadi selalunya kepada anda, dan anda adalah orang kelas pertengahan ataupun orang Melayu, tanyakanlah orang Indonesia atau orang yang miskin bagaimana mereka rasa apabila ada kehadiran polis.
Apabila bentuk taraf interaksi manusia semuanya berputar di sekeliling kuasa hirarki, apabila pergaulan manusia terlalu sangat berakhir dengan memberi atau menerima arahan-arahan (di tempat kerja, di sekolah, di dalam keluarga, di dalam mahkamah), bagaimana mungkin kita dapat mengharap tidak akan ada keganasan di dalam sistem ini? Orang-orang telah terbiasa menggunakan kuasa terhadap satu sama lain di dalam kehidupan seharian mereka, adalah suatu unsur kuasa otoriti, sudah tentunya menggunakan paksaan fizikal tidak boleh ditinggalkan di
dalam sistem seperti ini. Mungkin jika kita lebih terbiasa menganggap antara satu sama lain sebagai sama rata, untuk membina perhubungan berdasarkan kepedulian yang sama adil terhadap keperluan masing-masing, kita tidak akan melihat kebanyakkan orang berakhir dengan menggunakan keganasan fizikal terhadap satu sama lain.
Dan bagaimana pula dengan cengkaman kerajaan? Tanpanya adakah masyarakat kita akan musnah dan bersamanya kehidupan kita? Sememangnya keadaan akan menjadi tersangat. berbeza tanpa kerajaan daripada yang ada sekarang-tetapi adakah semestinya ia adalai? suatu perkara yang buruk? Adakah masyarakat moden ini benarbenar pilihan yang terbaik daripada semua dunia yang mungkin? Adakah ia berbaloi untuk memberikan hak kepada tuan dan pemerintah untuk mengendalikan hidup kita hanya kerana kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru?
Selain itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa kita perlukan kawalan kerajaan untuk mengelakkan pembunuhan berleluasa kerana kerajaanlah yang telah melakukan banyak penyembelihan yang paling kejam antara semua, di dalam perang-perang, di dalam pemusnahan yang besar, di dalam perhambaan dan penghapusan keseluruhan manusia dan budaya secara teratur dan sistematik. Dan ia mungkin bahawa apabila kerajaan tumbang, ramai orang yang akan hilang nyawa mereka di dalam huru-hara dan pergaduhan. Tetapi permusuhan ini berlaku hampir selalunya antara kumpulan hirarki yang tamakkan kuasa. Jikalau kita hendak menolak hirarki sepenuhnya dan menolak untuk berkhidmat kepada apa-apa kuasa lain yang lebih dari diri kita sendiri, tidak akan ada lagi perang dan kemusnahan yang besar. Ini adalah akan menjadi tanggungjawab setiap daripada kita yang perlu diambil secara saksama, untuk secara kolektif menolak untuk mengenali apa sahaja kuasa sebagai suatu yang berbaloi diberikan khidmat, untuk bersumpah ketaatan bukan untuk yang lain selain diri kita sendiri dan rakan-rakan. Tetapi jika kita semua akan melakukannya, kita tidak akan melihat satu perang dunia lagi.
Sudah tentu, sekalipun satu dunia sepenuhnya tanpa hirarki adalah menjadi tidak mustahil, kita tidak sepatutnya mempunyai apa-apa ilusi bahawa kita semua akan hidup untuk melihatnya menjadi kenyataan. Itu bahkan tidak patut mejadi kebimbangan kita kerana ia adalah sesuatu yang tidak bijak untuk mengatur hidup kita supaya ia akan bersekitar sesuatu yang tidak akan kita alami. Daripada itu sepatutnya kita patut mengenali bentuk perhambaan dan penguasaan di dalam hidup kita, dan dengan kemampuan kita yang terbaik membebaskan diri daripadanya. Kita patut meletakkan ideal anarkis (tiada tuan, tiada hamba) di dalam pengaruh dalam kehidupan seharian kita sebaik mungkin. Setiap kali salah seorang daripada kita mengingati untuk tidak menerima otoriti dari yang berkuasa, setiap kali itulah setiap dari kita berjaya melepaskan diri dari sistem dominasi untuk seketika (samada ianya dengan mengelakkan diri dari sesuatu yang mengongkong dari guru atau majikan, mengaitkan ahli daripada strata masyarakat yang berbeza sebagai samarata dan lain-lain), inilah satu kejayaan untuk individu dan satu tiupan ke atas hirarki.
izine Sena AAA AN koleks
hirarki hirarki hirarki hirarki .blogspot.com hirarki Lirarki
Apa itu kumpulan afiniti
Kumpulan afiniti adalah kumpulan kecil terdiri daripada 5 hingga 20 orang yang bekerja bersama secara autonomi dalam aksi langsung atau projekprojek lain. Anda boleh menubuhkan kumpulan afiniti bersama-sama rakan-rakan, orang lain di dalam komuniti anda, tempat kerja atau organisasi.
Kumpulan afiniti menentang cara membuat keputusan dan pengorganisasian dari atas ke bawah, dan menggalakkan mereka yang terbabit mengambil aksi langsung secara kreatif. Kumpulan afiniti membolehkan orang 'menjadi' aksi yang mereka mahukan dengan memberi kebebasan dan kuasa membuat keputusan sepenuhnya kepada kumpulan afiniti. Kumpulan afiniti secara semulajadi adalah tidak berpusat dan tanpa hirarki, 2 prinsip penting dalam aksi dan pengorganisasian anarkis. Model kumpulan afiniti yang pertama sekali digunakan oleh anarkis di Sepanyol pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 dan memperkenalkan kembali kepada aksi langsung radikal oleh aktivis anti nuklear semasa tahun 1970an, yang menggunakan aksi langsung tanpa keganasan yang tidak berpusat untuk menghadang jalan-jalan raya, mengambil-alih kawasan dan menganggu pengeluaran untuk pencetus perang dan nuklear iaitu Amerika. Kumpulan afiniti mempunyai sejarah yang panjang dan menarik, banyak disebabkan oleh anarkis dan pekerjapekerja di Sepanyol dan anarkis dan radikalis hari ini yang menggunakan kumpulan afiniti, struktur tanpa hirarki dan membuat keputusan secara konsensus dalam pengorganisasian dan aksi langsung.
Peranan kumpulan afiniti (di dalam protes)
Terdapat banyak peranan yang boleh diambil. Peranan-peranan ini termasuk: Perubatan: Sebuah kumpulan afiniti mungkin memerlukan seseorang yang terlatih dalam perubatan terutamanya dalam keadaan di jalanan yang boleh menghadapi dengan apa-apa isu perubatan dan kesihatan semasa aksi. Pemerhati legal: Jika tiada pemerhati legal untuk aksi, ia mungkin penting untuk mempunyai orang yang tidak terbabit dengan aksi, mengambil nota ke atas kelakuan polis dan kemungkinan pencabulan hak-hak aktivis.
Media: Jika anda merancang aksi di mana dapat menarik media, seseorang di dalam kumpulan afiniti boleh digalakkan untuk bercakap dengan media dan bertindak sebagai jurucakap. Pembantu aksi elf/vibes: Ini adalah untuk seseorang yang mungkin akan membantu dalam menjaga kebajikan kumpulan. Dalam menyediakan air, mengurut dan galakan melalui sorakan dan lagu. Peranan ini bukanlah sesuatu yang penting, tetapi mungkin boleh membantu khususnya dalam tempoh aksi yang memakan masa yang lama di mana orang lain telah menjadi letih dan tegang. Trafik: Jika ia adalah kumpulan afiniti yang bergerak, ia mungkin perlu mempunyai orang yang
kolektif secara diam-diam. Panggilan untuk bersatu tidak lagi boleh dijawap secara automatik. Masanya sudah tiba untuk mempersoalkan motif dan keberkesanan tindakan tersebut, dan merasa betul dalam berbuat sedemikian. Bahasa khas sesuatu golongan adalah percakapan yang membuatkan kita berasa bodoh dan tidak berkuasa. Kerana aksi kolektif tidak diorganisasikan sebagai massa, ia tidak perlu untuk bergantung kepada panggilan untuk bersatu untuk bertindak.
"Adakah 'satu dibahagikan kepada dua' atau 'dua bercantum menjadi satu'? Soalan ini menjadi subjek perdebatan di Cina dan di Amerika. Perdebatan ini adalah perjuangan di antara dua konsep di dunia. Yang satu percaya kepada perjuangan dan yang lain kepada bersatu. Kedua-dua pihak telah mengariskan perbezaan jelas di antara mereka dan perbalahan mereka secara samanya ditentang. Oleh itu, anda boleh tahu kenapa satu dibahagikan kepada dua." (Terjemahan bebas daripada Red Flag, Peking, September 21, 1964)
LANTIKAEDAH PENGORGANISASIAN MASSA UNTUK KOLEKTIF
BERAKHIRNYA KEANGKUHAN: DESENTRALISASI DAN PENGORGANISASIAN ANABRKIS
Setelah sekian lama projek-projek para anarkis telah disalah-praktikan oleh keangkuhan fantasi massa. Kita secara tidak sedar, telah mengadaptasikan kepercayaan statis, kapitalis dan otoritar bahawa "lebih besar bermakna lebih bagus" dan kita perlu menyesuaikan aksi dan kumpulan ke arah matlamat tersebut. Walaupun dengan pemahaman kita bahawa organisasi besar jarang sekali mencapai lebih daripada kumpulan kecil dan rapat yang bekerja bersama, keinginan kepada massa masih jua menebal. Kita perlu menyelidiki kembali bagaimana kita mengorganisasikan projek-projek untuk bangun dari mimpi ngeri struktur besar yang secara semulajadinya akan mewujudkan birokrasi, pemusatan dan kerja anarkis yang tidak efektif. Artikel ini mencadangkan beberapa idea tentang bagaimana anarkis boleh menolak perangkap massa dan memperbaharui diri, kumpulan dan kerja kita: dari aktiviti-aktiviti komuniti tempatan kepada mobilasi revolusioner besar. Penolakkan organisasi massa sebagai segala-galanya dalam pengorganisasian adalah penting kepada penciptaan dan mencari kembali kemungkinan-kemungkinan untuk semangat dan kerja anarkis yang efektif.
Keburukan struktur
Kebanyakkan struktur massa adalah disebabkan oleh tabiat, ketidakmampuan bergerak, dan kekurangan kritik yang kreatif. Keinginan untuk massa diterima sama sebagai pemahaman am di dalam cara yang sama iaitu 'pemahaman am' bahawa suatu pertubuhan perlu mempunyai pemimpin atau mereka perlu membuat keputusan dengan mengundi. Sehinggakan anarkis telah terpedaya untuk menerima keperluan struktur dan organisasi besar kerana kepentingan keberkesanan, massa atau bersatu. Struktur-struktur besar ini telah menjadi suatu lambang yang sah dan ia sering menjadi hanya saluran di mana pihak luar, samada media, polis atau puak kiri lain boleh memahami kita. Hasilnya adalah satu sup abjad kumpulan-kumpulan besar yang meluasnya wujud untuk mempropagandakan pihak mereka sendiri dan yang sedihnya hanya melakukan sedikit sahaja. Sayangnya, kita masih belum diperdaya untuk menerima struktur besar sebagai tempat kita bekerja yang ditolak: kebanyakkan kita telah dengan relanya menyertainya, kerana janji yang diberikan oleh massa adalah satu godaan.
Gabungan dan struktur besar telah menjadi sebahagian dari pergerakkan bukan sahaja untuk kumpulan-kumpulan sayap kiri pada amnya malahan juga untuk para anarkis. Ianya tampak menarik kepada keangkuhan fantasi aktivis-aktivis untuk massa: desakan otoritar untuk memimpin (atau sekurang-kurangnya menjadi sebahagian daripadanya) suatu kumpulan besar orang yang meneguhkan dan mengesahkan ideologi dan kepercayaan kita yang dipegang secara mendalam. Sehinggakan niat kita yang paling baik dan impian yang paling tinggi sering disempitkan dengan gambaran samseng berpakaian hitam menyerang Bastille ataupun ibu pejabat IMF.
Nilai mimpi keangkuhan massa adalah sangat menarik dan janji pulangan tidak pernah datang. Struktur besar termasuk federasi, rangkaian berpusat dan organisasi massa, menuntut tenaga dan sumber-sumber untuk terus hidup. Ia bukanlah mesin bergerak yang abadi yang mengeluarkan lebih tenaga dari apa yang dituang ke dalamnya. Di dalam satu komuniti dengan sumber-sumber dan tenaga yang terhad seperti komuniti kita, sebuah struktur besar boleh menghabiskan sumbersumber dan tenaga yang ada ini, menyebabkan kumpulan tersebut menjadi tidak efektif. Pertubuhan tanpa keuntungan dari arus perdana telah baru-baru ini menunjukkan kecenderungan ini. Organisasi besar seperti Salvation Army biasanya menghabiskan 2/3 wang mereka (dan juga jumlah besar tenaga kerjanya) ke atas hanya untuk mengekalkan kewujudannya: seperti pegawai-pegawai, rangkaian, mesyuarat dan kemunculan di khalayak ramai. Yang terbaik, hanya 1/3 jumlah tenaga yang dihasilkan pergi kepada matlamat yang diperkatakan. Trend yang sama telah direplikasikan oleh organisasi politikal kita.
mencipta situasi dengan menjadikan perjuangan anda tempatan.
Bagaimana kita dapat menghindari aksi tempatan daripada menjadi bersifat kedaerahan? Samada ya atau tidak ia bergantung kepada strategi keseluruhan kita. Sifat kedaerahan adalah hasil akibat daripada tidak mengetahui apa yang berlaku. Sebuah commune, sebagai contoh adalah bersifat kedaerahan kerana strateginya berlandaskan pertanian dan penternakan dan kebanggaan kepada mendefinasikan kembali struktur keluarga secara komuniti. Apa yang terjadi di sini adalah astrologi bukan strategi.
Aksi tempatan sepatutnya berlandaskan struktur global masyarakat moden. Tidak akan ada aksi kolektif tanpa kolektifkolektif. Tetapi penubuhan kolektif tidak sepatutnya disalah ertikan sebagai suatu kemenangan mahupun pengakhiran. Bahaya yang paling besar yang dihadapi oleh kolektif di dalam sejarah adalah diputuskan hubungan (atau memutuskan hubungan) dengan dunia luar. Isunya adalah aksi apa untuk diambil dan bila. Samada kolektif menjadi kekuatan sosial bergantung pada analisanya tentang sejarah dan haluan aksi.
Hakikatnya, 'daerah' kini sedang bergerak ke arah pusat kesedaran politik dan motivasi. Daripada Minnesota hingga ke Delta Mekong, pemberontakkannya telah memperolehi perpaduan. Pusat yang ada telah cuba untuk mentafsirkan apa yang sedang berlaku, untuk mengikuti dan menguasainya. Untuk tujuan ini mereka perlu menubuhkan bentuk organisasi yang berpusat ataupun 'koordinasi' sepeti yang dipanggil oleh ahli moden.
Prinsip utama aksi tempatan adalah dengan membuang sifat nasionalis dari pemikiran. Menjadi sedar tentang
bagaimana hidup anda diuruskan oleh pusat-pusat nasional. Cara hidup adalah suatu peranan direka untuk memberi anda ilusi pergerakkan sementara ia menyimpan anda di tempat yang ditetapkan. "stail adalah massa mengejar kelas dan kelas mengelak dari massa" (W.Rausschenbush, "The Idiot God Fashion," Woman's Coming of Age, eds. Schmalhausen and Calvert, 1931).
Aksi tempatan memberi anda inisiatif dengan membolehkan anda mendefinasikan situasi. Ia adalah praktis untuk mengetahui bahawa andalah subjeknya. Marat pernah berkata: "Perkara paling penting ialah menarik diri anda ke atas oleh rambut sendiri, menerbalikkan diri anda dan melihat dunia yang luas
Khayalan untuk bersatu
Prinsip bersatu adalah berlandaskan pendapat bahawa semua orang sebagai unit (pecahan). Bersatu bermaksud satu berganda dengan sendirinya. Tidak perlu untuk bercakap tentangnya secara terus, sejauh mana bersatu telah mencegah perbezaan politik sebenar seperti kelas, kaum, jantina, ia adalah satu bentuk penindasan. Khayalan untuk bersatu di dalam realiti adalah mimpi ngeri dalam kompromi dan keinginan yang dicegah. Kita bukanlah sama rata dan bersatu mengekalkan ketidaksamarataan.
Kolektif akan menjadi subjek tekanan daripada kumpulan luar, mendesak sokongan di dalam satu bentuk atau yang lain. Semua orang akan sentiasa di dalam krisis. Perihal seperti Ini, membuatkan kumpulan tersebut mempunyai ilusi selamanya dimobilasikan dan aktif tanpa mempunyai politiknya sendiri. Panggilan untuk bersatu, menyalurkan tenaga politk kolektif kepada politik sokongan. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kolektif perlu mengambil masa untuk menghasilkan politiknya sendiri dan merancang tindakan. Terutama sekali, ia patut cuba
untuk melihat terlebih dahulu situasi-situasi krisis dan militansi "peminjaman orang" mereka.
Anda akan dituduh sebagai golongan yang mementingkan golongannya sendiri (factionalism). Jangan menghabiskan masa memikirkan tentang masalah yang sudah lapuk ini. Sebuah kolektif bukanlah satu kumpulan kecil di dalam satu kumpulan yang besar (faction). Takan ada pengakhiran kepada permasalahan anda selagi siapa diri anda adalah ditentukan oleh orang lain.
Anda juga akan dituduh sebagai golongan elit (elitism). Ini adalah suatu perkara yang berisiko tinggi dan tidak boleh diambil mudah. Sebuah kolektif harus pertama tahu apa yang dimaksudkan dengan elitisme. Daripada tertanya-tanya samada ia merujuk kepada kepimpinan atau personaliti, yang penting, anda patut mengaitkan isu tersebut dengan konteks kelas. Tahu dari mana idea-idea datang dan apa kaitannya dengan ideologi dominan. Anda patut tanya soalan-soalan yang sama tentang mereka yang membuat tuduhan tersebut. Apa latar belakang dan tumpuan kelas mereka? Selalunya, kebanyakkan orang lebih bersifat mempertahankan diri dalam reaksi kepada tuduhan elitisme dan oleh itu telah mengelakkan diri untuk menghadapi dengan isu tersebut secara berdepan. Itu adalah dengan sendirinya adalah reaksi kelas.
Bahagian dalaman adalah cermin kepada luaran. Cara yang paling baik untuk mengelak berkelakuan seperti elit adalah dengan menghindari formasi elitisme di dalam kolektif itu sendiri. Selalunya apabila tuduhan-tuduhan elitisme adalah benar, ia menunjukkan hubungan kelas yang sama dari dalam.
Terdapat banyak cara yang tersembunyi tetapi berbahaya untuk melemahkan autonomi
berupaya menghentikan kenderaan dipersimpangan dan dalam menjaga keselamatan orang lain di jalan raya daripada kereta dan kenderaan lain.
Ahli yang boleh ditahan: Ini bergantung ke atas jenis aksi langsung dan apa yang anda lakukan. Sesetengah aksi mungkin memerlukan beberapa jumlah orang yang sanggup ditahan atau sebahagian aksi yang memerlukan jumlah yang minima. Apa-apa cara pun, adalah penting untuk mengetahui siapa yang melakukan aksi tersebut dan merancang untuk ditahan.
Sokongan tahanan: Sekali lagi, ini hanya jika anda mempunyai kumpulan afiniti yang mempunyai orang yang sedang ditahan. Mereka ini mempunyai semua informasi kontek tahanan dan akan pergi ke penjara, berbincang dengan peguam-peguam, terus mengikuti berita tentang siapa yang ditahan dan lain-lain.
(kumpulan afiniti bukan hanya berguna di dalam protes atau aksi langsung, bentuk organisasi ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang meluas seperti yang diilustrasikan oleh sejarah kumpulan afiniti di bawah)
Sejarah kumpulan afiniti
Idea untuk mewujudkan kumpulan afiniti tercetus dari pergerakkan anarkis dan pekerja yang ditubuhkan pada akhir kurun ke-19 dalam menentang fasisme di Sepanyol semasa perang saudara Sepanyol. Pergerakkan anarkis Sepanyol menyediakan contoh pergerakkan yang mengkagumkan dan kemungkinan masyarakat sebenar berdasarkan ke atas organisasi tidak berpusat, demokrasi secara langsung dan prinsip-prinsip yang didukungnya.
Lingkungan kecil oleh rakan-rakan rapat yang dipanggil "tertulias" akan berjumpa di kedai kopi untuk membincangkan idea dan merancang aksi. Dalam tahun 1888, satu tempoh pertelagahan kelas yang hebat di Eropah dan pemberontakan dan perjuangan tempatan di Sepanyol, organisasi anarkis wilayah Sepanyol, telah menjadikan bentuk tradisi ini (tertulias) sebagai dasar organisasinya.
Beberapa dekad selepas itu, Iberian Anarchist Federation yang terdiri dari 50 000 orang aktivis telah diorganisasikan di dalam kumpulan afiniti dan dikonfederasikan di dalam kounsil tempatan, daerah dan nasional. Di mana-mana beberapa kumpulan afiniti FAI wujud, mereka telah membentuk federasi setempat. Federasi setempat telah dikoordinasikan oleh komiti-komiti yang dibentuk dari satu delegasi yang dimandatkan dari setiap kumpulan afiniti. Delegasi yang dimandatkan telah dihantar
dari federasi setempat kepada komiti daerah dan akhirnya komiti semenanjung.
Kumpulan afiniti telah kekal bebas kerana mereka menjalankan pendidikan dan mengorganisasikan dan menyokong pergerakkan tempatan. Pertalian erat di dalam kumpulan terbabit telah menyebabkan kesukaran untuk penyusupan polis.
Idea untuk kumpulan afiniti berskala besar telah dirancang di Amerika pada 30 April 1970 di mana 2500 orang telah diorganisasikan di dalam kumpulan afiniti, mengambil-alih kawasan kuasa nuklear di New Hempshire, Seabrook. Pergerakkan anti nuklear dan perlucutan senjata yang berkembang telah mengadaptasikan cara ini dan menggunakannya dalam banyak aksi yang berjaya dalam akhir tahun 1970an dan 1980an.
Sejak itu ia terus digunakan oleh pergerakkan solidariti di pusat Amerika, pergerakkan pembebasan oleh lesbian/gay, Earth First dan Earth Liberation Movement dan banyak lagi.
Yang paling baharu adalah penggunaan kumpulan afiniti dalam aksi massa di Seattle untuk WTO dan Washington D.C. untuk IMF dan Bank Dunia, juga di Philadelphia dan Los Angeles untuk konvensyen nasional untuk Republican dan Democratic.
Apa itu gugusan dan kounsil jurucakap
Gugusan adalah kumpulan afiniti yang berkumpul bersama untuk menyelesaikan sesuatu tugas atau sebahagian daripada aksi yang lebih besar. Maka satu gugusan mungkin bertanggungjawab untuk membuat hadangan di sesuatu kawasan, mengorganisasikan satu hari yang mempunyai pelbagai aksi atau menyelenggarakan dan membuat persembahan untuk teater jalanan. Gugusan boleh diorganisasikan dari di mana kumpulan afiniti itu datang (contoh: gugusan Melaka), satu isu atau identiti (contoh: gugusan pelajar), atau aksi yang dipilih (contoh: teater jalanan atau black bloc)
Kounsil jurucakap adalah struktur pengorganisasian yang lebih besar digunakan dalam model kumpulan afiniti untuk mengkoordinasikan aksi massa. Setiap kumpulan afiniti (atau gugusan) menggalakkan seorang jurucakap (wakil) untuk pergi ke mesyuarat kounsil jurucakap untuk menentukan tentang isu penting berkenaan aksi yang akan diambil. Sebagai contoh, kumpulan afiniti perlu untuk menentukan strategi undang-undang dan tahanan, isu taktikal yang berkemungkinan, tempat bermesyuarat dan banyak lagi logistik lain. Sebuah kounsil jurucakap tidak mengambil autonomi sebuah kumpulan afiniti di dalam aksi; kumpulan afiniti membuat keputusan mereka sendiri tentang apa yang mereka mahu lakukan di jalan raya.
Bagaimana untuk memulakan kumpulan afiniti
Sebuah kumpulan afiniti boleh terjadi dari mereka yang sudah rapat antara satu sama lain dan mempunyai perhubungan yang sudah bertahun-tahun di kalangan rakan-rakan dan aktivis-aktivis, atau ia boleh terjadi dari perhubungan yang hanya terjalin dalam masa seminggu berdasarkan sekitar satu aksi bersama-sama. Tidak kira cara yang macam mana, tetapi ia penting untuk menyertai sebuah kumpulan afiniti yang anda rasa paling sesuai untuk anda dan minat anda.
Jika anda membentuk sebuah kumpulan afiniti di tempat anda tinggal, cuba cari kawan-kawan anda atau rakan-rakan aktivis yang mempunyai minat di dalam isu yang sama dan oleh itu akan pergi ke sesuatu aksi yang sama. Juga, cari orang yang sanggup untuk menggunakan taktik yang sama jika anda mahu melakukan aksi yang tinggi risikonya, sesiapa yang tidak mahu terlibat di dalam situasi tersebut mungkin tidak mahu terlibat di dalam kumpulan afiniti tersebut. Orang itu boleh melakukan media atau kerja perubatan, tetapi ia mungkin sesuatu yang agak tidak bagus jika mereka berasa sungguh tidak selesa terhadap sesuatu taktik atau aksi langsung.
Apa yang boleh dilakukan oleh kumpulan afiniti
Jika anda mencari untuk menyertai kumpulan afiniti di dalam aksi massa, pertamanya cari kumpulan afiniti mana yang terbuka untuk anggota baru dan yang mana tidak untuk ramai orang, kumpulan afiniti adalah berdasarkan perhubungan yang dipercayai terjalin untuk beberapa tahun di sekitar persahabatan dan kerja, oleh itu mereka mungkin tidak mahu mempunyai orang yang mereka tidak kenali di dalam kumpulan afiniti mereka. Sekali anda terjumpa mana-mana kumpulan afiniti yang terbuka, cari yang mana mempunyai isu berkenaan atau taktik aksi yang anda pilih.
Apa sahaja!! Mereka boleh digunakan untuk aksi massa atau yang berskala kecil. Kumpulan afiniti boleh digunakan untuk menggantung sepanduk, menghadang jalan, menyediakan sokongan untuk kumpulan afiniti yang lain, membuat teater jalanan, menghadang trafik dengan basikal, mengorganisasikan tree sit, berdepan dengan polis, strategi memusnahkan hak milik, menukar mesej di papan iklan, memainkan musik di dalam pancaragam radikal atau menyanyi koir revolusioner dan lain-lain. Terdapat juga kumpulan afiniti yang mengambil tugas di dalam aksi. Sebagai contoh mungkin terdapat kumpulan afiniti yang bergerak dibentuk oleh kumpulan perubatan atau kumpulan afiniti yang membawa makanan dan minuman untuk orang-orang di jalanan. Apa yang membuat kumpulan afiniti sangat efektif untuk aksi adalah ia boleh terus menjadi kreatif dan independen dan merancang aksi mereka tanpa organisasi atau seseorang menjadi diktator ke atas mereka menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Oleh itu, terdapat jumlah yang tiada akhirnya dalam kebarangkalian yan boleh dilakukan oleh kumpulan afiniti. Ik; y.
oku Ha
Apa itu kolektif
Kolektif adalah perkumpulan organisasi kekal yang wujud untuk menyempurnakan pelbagai tugas dan mencapai matlamat atau meneruskan projek yang tetap. Ahli-ahli kolektif selalunya berkongsi pandangan politik yang sama, malahan, mereka sering disatukan sebagai kolektif oleh pandangan politik mereka secara khususnya. Kebanyakkan kolektif juga bersifat tempatan dalam fokus kerana kebanyakkan projek-projek kolektif adalah berdasarkan komuniti tempatan, kebanyakkannya adalah pada skop tempatan dan kolektif itu sendiri adalah terdiri daripada mereka yang tinggal berkait rapat antara satu sama lain.
Kolektif dalam skala yang kecil selalunya tidak berbeza daripada kumpulan afiniti, walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan kecil yang merujuk diri mereka sebagai kolektif selalunya bekerja untuk projek jangka masa panjang seperti menerbitkan majalah ataupun mengendalikan infoshop ataupun menjalankan kooperasi. Secara teorinya, kumpulan afiniti melakukan apa sahaja, tetapi secara tipikalnya ia selalunya lebih memfokus terhadap pelbagai matlamat dan tugas untuk jangka masa pendek. Sebuah kolektif, sebaliknya, memfokus ke atas matlamat jangka masa panjang dan projekprojek yang tetap
izine koleks
.blogspot.com Sebagai contoh, satu kumpulan afiniti mungkin bercadang untuk mengepos risalah politik di seluruh tempat di dalam bandar samada sebagai sebahagian daripada aksi yang besar atau sebagai aksi individu yang diambil kumpulan afiniti. Di mana kolektif yang mengendalikan infoshop akan mengepos risalah di seluruh bandar untuk mempromosikan sesuatu acara yang diadakan di dalam infoshop tersebut. Aksi yang dilakukan oleh kumpulan afiniti tadi adalah satu aksi yang akan berakhir di situ sahaja, tetapi aksi yang dilakukan oleh kolektif infoshop akan hanya menjadi salah satu tugas daripada yang dilakukan oleh
sendiri ke atas partisipasi massa. Kolektif sedar bahawa ia memerlukan masa menubuhkan bentuk organisasi yang baru. Ia dengan ringkasnya berusaha menggesa keruntuhan massa.
Kebanyakkan masalah "komunikasi" dewasa ini adalah, ramai yang fikir bahawa mereka perlu berkomunikasi pada setiap masa. Anda boleh dapati orang menubuhkan pentadbiran yang berfungsi untuk menguruskan aliran informasi sebelum mereka sedar apa yang hendak disampaikan. Kolektif tidak tergila-gila dengan "berkomunikasi" atau "berhubungan" dengan pergerakkan. Apa yang dipentingkannya adalah kadar kebisingan (deringan telefon yang tidak putus-putus, surat isian, pengumuman mesyuarat dan lain-lain) yang disampaikan melalui komunikasi. Telah tiba masanya kita memberi lebih penekanan ke atas apa yang kita kata dan bagaimana kita mengatakannya.
Apa sebenarnya yang kita maksudkan dengan kontek? Kita mahu memulakan dengan mengambil birokrasi keluar daripada komunikasi. Ideanya adalah dengan memulakannya dengan sederhana. Berhubung adalah menyentuh dari segala arah. ' Yang paling penting adalah tentang kelangsungannya dan dapat dipercayai. Iaitu secara bersemuka.
Bentuk-bentuk komunikasi yang lain sepeti telefon, surat, dokumen dan sebagainya, tidak sepatutnya digunakkan sebagai pengganti untuk berhubung secara langsung. Pada hakikatnya, tugas utamanya adalah untuk menyediakan hubungan.
Kenapa ia penting untuk mempunyai hubungan secara langsung? Kerana ia adalah bentuk komunikasi yang paling mudah. Lebih-lebih lagi ia melibatkan fizikal dan semua deria. Kerana inilah ia boleh dipercayai. 1a juga mengambil kira keperluan sebenar di dalam keselamatan. Mereka . yang bercakap tentang penindasan terus menerus mengedarkan helaian kertas meminta untuk nama, alamat dan nombor telefon.
Telah terdapat sejumlah perjumpaan yang membabitkan kontek tapi pada realitinya adalah suatu ikutan yang bukan-bukan. Yang paling teruk adalah ramai orang yang menghadiri persidangan yang besar. Ini adalah hotel di dalam akal yang menukarkannya kepada pelancong dan pemerhati. Bentuk mesyuarat yang paling rendah adalah mesyuarat yang tidak berkesudahan, mesyuarat yang diadakan pada setiap malam. Tidak termasuk komiti yang dibentuk secara mudah untuk mengatur mesyuarat.
Bentuk berhubung yang baru kelak akan tercipta. Kita boleh fikirkan satu contoh. Seorang ahli sebuah kolektif boleh menghadiri mesyuarat kolektif lain atau mungkin kolektif-kolektif bergabung untuk bermesyuarat. Yang pertamanya nampak lebih praktikal, walaubagaimanapun, halangannya ialah tidak semua -yang akan terbabit. Tidak dapat dinafikan terdapat bentuk hubungan yang lain yang berkemungkinan berkembang. Yang paling utama adalah untuk menciptanya.
Prinsip asas hubungan di antara kolektif-kolektif adalah: anda hanya berjumpa apabila anda ada sesuatu untuk dikatakan antara satu sama lain. Ini bermakna 2 perkara: Pertama, bahawa anada mempunyai idea yang konkrit tentang apa yang hendak diperkatakan; Keduanya, anda harus menyediakannya sebelum itu. Prinsip-prinsip ini membantu untuk memastikan komunikasi bukan menjadi satu masalah pengurusan
Keutamaan aksi tempatan Kolektif memberikan keutamaan kepada aksi tempatan. Ia menolak politik massa, nasionalis dengan komiti-komiti nasional dan penganjur mereka. Sudah tentunya kolektif tidak terlibat dengan arus perdana dan apa lagi yang penting adalah ia tidak menyesal. Matlamat kolektif adalah untuk mempunyai pemikiran baru dan, bertindak dengan idea-idea baru, di dalam kata lain adalah untuk mencipta ruangnya sendiri. Dan oleh itu, lebih daripada program lain, adalah yang tidak ditoleransikan oleh kebanyakkan radikalis ikutan yang cuba menghasilkan imej mereka sendiri.
Kolektif adalah penyokong kepada revolusi. Ia tidak membuat apa-apa dalih pun berkenaan dengan . peranan pemimpin-pemimpin pergerakkan. Jangan 'mengharap apa-apa daripada mereka. Mereka bukan pemimpin anda. Biarkan sahaja mereka. Kolektif tahu bahawa ia adalah yang terakhir yang akan memasuki dunia baru jika ia terjadi.
Kesangsian orang lain mengenai aksi tempatan mendedahkan bagaimana mereka bergantung ke atas glamor politik massa. Semua orang mahu menampilkan diri mereka di dalam skrin revolusi. Berada di dalam lingkungan massa, mereka mereka menyoal sendiri persoalan di mana jawapannya tampak logik di dalam konteksnya. Bagaimana kita dapat mencapai sesuatu tanpa aksi massa? Jika kita tidak pergi ke mesyuarat dan demonstrasi, adakah kita akan dilupakan? Siapa yang akan mengambil perhatian pada kita secara serius jika kita tidak menyertai perbarisan organisasi?
Secara perlahan anda sedar bahawa anda telah menjadi penonton, suatu objek. Politik anda: telah mengambil tempat di atas pengas dan revolusi sosial anda hanya terdiri daripada duduk bersama-sama penonton lain atau berarak di dalam khalayak ramai. Pecahan pengalaman seharian anda berbeza dengan keistimewaan bersatu massa.
Sebaliknya, keutamaan aksi tempatan . adalah cubaan untuk menyatukan kehidupan seharian dan memecahkan massa. Tahap kesedaran ini adalah hasil daripada penolakkan hukum tabiat massa berlandaskan Leninisme,dan ideologi T.V. Ia membolehkan satu cecair di dalam otak yang terdesak diperlukan oleh semua orang. Anda
Kecendurangan organisasi kolektif hanyalah bertentangan dengan ini. tindakan ini adalah untuk mewujudkan struktur pengurusan untuk menghadapi masalah-masalah politik.
Kebanyakkan orang tidak boleh berbincang secara bijak tentang subjek saiz. Terdapat perasaan yang tidak terucap samada masalah tersebut tidak sepatutnya wujud ataupun ia tidak mahu diperkatakan. Oleh itu mari kita keluarkannya untuk diperkatakan secara terbuka. Saiz adalah persoalan politik dan hubungan sosial, bukan pengurusan. Pernahkah anda terfikir mengapa subjek tersebut diketepikan di dalam mesyuarat besar? Kerana ia berkecenderungan mencabar penekanan semulajadi organisasiorganisasi besar. Kumpulan-kumpulan kecil yang berfungsi sebagai tambahan kepada badan yang lebih besar tidak akan dapat menjadi kumpulan-kumpulan kecil.
Kolektif tidak sepatutnya besar daripada sebuah kugiran mahupun okestra. Idea dasarnya adalah untuk menghasilkan kolektif bukan untuk mengembangkannya. Kekuatan kolektif bergantung pada organisasi sosialnya, bukannya pada jumlah. Sekali anda berfikir di dalam istilah untuk merekrut, lebih baik anda menyertai askar. Perbezaan antara perluasan dan penubuhan kembali adalah perbezaan antara menambah dan mendarab. Yang awalnya meletakkan kekuatan di atas jumlah dan yang kemudiannya ke atas perhubungan antara orang lain.
Kenapa perlu ada had di dalam saiz? Kerana kita bukanlah orang yang luarbiasa ataupun hamba. Di sebalik sesuatu sudut, kumpulan tersebut menjadi tempat bermesyuarat dan sebelum anda sedar tentang apa yang berlaku, anda mendapati yang anda terpaksa mengangkat tangan untuk mengatakan sesuatu. Kolektif adalah satu pengenalan tentang had-had praktikal perbualan. Fakta yang mudah ini adalah dasar untuk pengalaman sosial yang baru.
Hubungan yang tidak saksama boleh dilihat dengan lebih jelas di dalam koletif dan dihadapi dengan lebih efektif. "Walau apapun sifat semulajadi otoriti di dalam organisasi besar, ia tidak dapat diceraikan daripadanya unit organisasi yang mudah." (Chester Bernard, The Function of Executives, 1938). Kumpulan kecil dengan mempunyai "ketua" adalah teras kepada masyarakat berkelas. Saiz yang kecil membataskan ruang daripada dominasi dari sesiapapun. Ia adalah benar kedua-duanya dari dalam kumpulan mahupun kepada hubungan dengan kumpulan lain.
Pada hari ini, cara perjuangan memerlukan bentuk organisasi yang kukuh dan kuat yang membolehkan kita untuk menempuh pengeseran di dalam kehidupan seharian dan kemungkinan penekanan. Kecuali jika boleh mula menyelesaikan masalah-masalah pada tahap ini secara kolektif, kita sesungguhnya tidak cukup bersedia untuk membentuk suatu masyarakat baru. Jauh berbeza dengan apa yang ramai orang diajar berfikir iaitu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, ia akan menjadi lebih sukar untuk menghancurkan sejumlah besar kolektif-kolektif daripada organisasi besar yang mempunyai kuasa berpusat.
Saiz adalah kunci kepada keselamatan. Tetapi kepentingan sebenarnya terletak di dalam fakta bahawa kolektif menghasilkan hubungan sosial yang baru, peluang yang ada adalah proses tersebut boleh dimulakan sekarang, tanpa ditunggu.
Mengehadkan saiz boleh membangkitkan masalah yang rumit. Apa yang anda akan kata kepada seseorang yang bertanya, "Boleh saya sertai kolektif anda?" Persoalan ini adalah yang paling dasar yang menyebabkan permusuhan (sering tanpa disedari) terhadap bentuk organisasi kolektif. Anda tidak dapat mengasingkan saiz daripada kolektif kerana ia perlu menjadi kecil untuk wujud. Kolektif mempunyai hak untuk menyingkirkan individu-individu kerana ia menawarkan mereka alternatif untuk memulakan kolektif baru, iaitu berkongsi tanggungjawab untuk berorganisasi. Ini adalah jawapan asas kepada persoalan di atas.
Sudah tentu, orang akan mengatakan bahawa kolektif anda sebagai eksklusif. Itu bukan pokok persoalannya. Saiz kolektif adalah penting pada dasarnya menghadkan otoritinya. Sebaliknya, organisasi-organisasi besar, yang mempunyai keahlian yang terbuka, adalah eksklusif dari segi siapa yang membentuk politiknya dan secara aktif terlibat di dalam menstruktur aktiviti-aktiviti. Pilihannya adalah di antara menyertai massa ataupun membentuk kelas. Projek yang revolusioner adalah iaitu anda melakukannya sendiri. Ingat, Alexander Kollontal pernah memberi amaran pada tahun 1920, "Hakikat birokrasi adalah apabila ada pihak ketiga yang menentukan nasib anda."
Kontek antara kolektif
Kolektif tidak berkomunikasi dengan massa. Ia berhubung dengan kolektif-kolektif lain. Bagaimana jika kolektif lain tidak wujud? Jadi, ia perlu bergerak sendiri sehingga kolektif yang lain wujud. Ya, dengan segala cara kolektif juga berkomunikasi dengan orang lain tetapi ia tidak memandang mereka sebagai massa, sebagai pengundi anggota parlimen, atau penonton. Kolektif berkomunikasi dengan indviduindividu untuk menggalakkan pengorganisasian sendiri. Ia menganggap bahawa orang boleh mengorganisasi sendiri dan diberikan alternatif sedemikian, mereka akan memilih pengorganisasian
kolektif infoshop akan hanya menjadi salah satu tugas daripada pelbagai tugas-tugas lain yang diperlukan untuk mengekalkan projek tetap seperti infoshop
Juga, tidak seperti kumpulan afiniti, satu kolektif secara teknikalnya tidak ada had di dalam saiz (ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam artikel anti kaedah pengorganisasian massa untuk kolektif). Sebuah kolektif boleh terdiri daripada 3 orang hingga ke 200 orang. Walaubagaimanapun, apabila sesebuah kolektif mencapai saiz tertentu, adalah lebih baik untuk memecahkan kolektif kepada satu atau kolektif yang lebih kecil ataupun membahagikan kolektif dari dalam kepada kumpulan-kumpulan afiniti tetap. Cara membuat keputusan di dalam kolektif boleh dipilih dari demokrasi langsung, kepada konsensus, kepada kombinasi kedua-duanya sekali.
Tip-tip. untuk menubuhkan dan mengekalkan kolektif
Cuba mengorganisasikan kolektif anda dengan berusaha ke arah mengajak orang yang mempunyai seberapa banyak skil-skil yang menjadi kunci yang relevan untuk mencapai matlamat anda sebanyak mungkin.
Ambil tindakan dengan fokus yang khusus di dalam konteks keprihatinan anda yang luas. Kaedah aktiviti kolektif anda jika "secara tembak" selalunya akan berakhir dengan kehampaan.
Kenali dan hampiri semua sekutu yang berkemungkinan kepada kolektif anda dan matlamatnya.
Ambil diri anda dan kolektif dan isu-isu anda secara serius. Jika anda kurang keyakinan di dalam projek atau punca anda melakukannya ia akan berhasil juga akhirnya.
Kesinambungan, kegigihan dan fokus adalah ramuan utama untuk kejayaan.
Bahagian yang mudah adalah untuk memulakannya. Dan yang sukar adalah untuk meneruskannya. Satu perkara yang paling penting untuk meneruskan kolektif adalah dengan menjadi aktif. Jika anda tidak memajukan projekprojek tetap dan tindakan sebagai sebuah kumpulan yang membolehkan orang terbabit di dalamnya, mereka akan menyedari ketidakberkesanan kumpulan tersebut dan terus meninggalkannya.
Untuk mengelakkan kelemahan atau kegagalan matlamat atau politik kolektif anda (secara sengaja atau tidak), kumpulan tersebut harus diasaskan di atas dasar yang lebih jelas. Pengabungan adalah lebih mudah dipengaruhi oleh manipulasi daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai matlamat dan politik yang jelas.
Untuk memulakan sebuah kolektif Kalau boleh, hubungi mereka-mereka daripada
kolektif yang sedia ada yang anda ketahui dan minta nasihat bagaimana untuk menubuhkan kolektif di kawasan anda.
Hubungi sebanyak mungkin orang di kawasan anda yang anda rasa akan berminat untuk menyertai anda. Jika mereka berminat, cuba minta mereka beritahu kepada sesiapa yang mereka tahu yang mungkin akan turut berminat. Panggil semua yang terbabit untuk bermesyuarat di rumah atau di tempat makan dan berbincang untuk menentukan agenda tentang perkara yang patut dan boleh dilakukan. Galakkan setiap ahli untuk bersuara dan menyatakan perkara yang tidak dipersetujui agar setiap ahli berasa selesa dalam menjadi lebih terbuka.
Jika terdapat kedai buku anarkis atau pusat komuniti di kawasan anda, poskan risalah yang mengumumkan tentang kumpulan anda dan apa yang anda cuba capai. Jika tidak ada kedai buku anarkis atau pusat komuniti, cuba cari di tempat lain di mana anda rasa kumpulan anda akan diterima.
Rancangkan beberapa matlamat jangka pendek dan jalankannya. Ini mungkin sesuatu seperti mengedarkan 500 risalah, hadiri demonstrasi, mengorganisasikan bengkel, mendapatkan risalah anarkis di dalam perpustakaan anda atau menyertai di dalam dan mempelajari dari projek komuniti yang sedia ada. Had kepada perkara ini hanyalah imaginasi anda.
Sekali anda sudah mengukuhkan kolektif anda, anda boleh mengerjakan projek-projek untuk mengekalkan minat di dalam kolektif. Ini adalah matlamat yang memerlukan rancangan yang lebih luas dan sumber yang ada dan sememangnya adalah satu usaha yang berbaloi jika semuanya berjalan lancar. Contoh yang baik adalah menjalankan publikasi. Tetapi ianya banyak bersekitar penulisan dan memerlukan perkara lain seperti kontek dan kewangan. Yang jelas, apa yang boleh dilakukan adalah sekali lagi dihadkan hanya oleh imaginasi anda. Jika anda memilih untuk melakukan sesuatu, buat seberapa banyak rancangan yang terperinci agar jika ada yang gagal, sekurang-kurangnya anda mempunyai beberapa rancangan simpanan lain. Pada dasarnya, gunakan pengetahuan asas dan cuba tentukan apa yang baik untuk komuniti anda.
Apa yang paling penting adalah kumpulan anda dapat melakukan tindakan. Aksi mendefinasikan kewujudan kolektif, orang mahukan kumpulan yang membuahkan hasil. Semua orang menjanjikan hasil, tetapi yang berjaya menunjukkannya adalah mereka yang akan disokong. Ini juga bermakna bahawa anda perlu tahu apa masalah-masalah yang dihadapi oleh orang lain. Berbual dengan orang lain secara terbuka adalah cara yang baik untuk memahami masalah-masalah tersebut; di samping mencari jalan penyelesaian yang bagus dan taktik-taktik yang baru.
“Federasi adalah secara dasarnya kesatuan organisasi bebas dan/atau kumpulan afiniti. Sebuah federasi “@narkis boleh dilihat sebagai badan wilayah; nasional atau antarabangsa yang membuat keputusan “untuk kesatuan (bergantung kepada had geografi kepada federasi) dan kolektif atau kumpulan afiniti yang menganggotai federasi, boleh 'dilihat sebagai kesatuan tempatan yang bebas. Federasi adalah Organisasi formal dengan perlembagaan,; mempunyai peraturan dan panduan ahli yang khusus. Terdapat 3 jenis asas federasi yang telah. ditubuhkan sebelum ini, ia adalah federasi "Specialist", “General Revolutionary" dan: “Synthesist". Istilah-istilah ini bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi ia berguna untuk tujuan memberikan gambaran:
1; “Federasi Specialist": Seperti kumpulan afiniti dan kolektif, federasi boleh ditubuhkan untuk memainkan peranan yang. khusus atau mencapai matlamat tertentu. Contoh “"federasi specialist" adalah Anarchist Black Cross. Federation (ABCF http://www. abcf.net/), yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada tahanan politik.
:.20“Federasi General. Revolutionary": Federasi juga boleh menjadi luas di dalam, skop dan fokus di “dalam pengorganisasian di sekitar pandangan. politik yang khusus, juga di dalam pengorganisasian - “kerja-dan aktivisme yang merangkumi dan memajukan: pandangan. politik; Contoh "Federasi' Genaral Revolutionary!" adalah “North Eastern. Federation of. Anarchist-Communist (NEFAC : “http://www. nefaciorg), siaitu satu. federasi di mana mempunyai skop lebih meluas yang melakukan pelbagai pengorganisasian dan:aktivisme, konsisten dengan prinsip Anarkis-Komunisme.
3; "Federasi Synthesist":: Federasi anarkis yang: bersifat "synthesist" adalah salah satu usaha untuk mengabungkan:semua dasar anarkis dan membawa pelbagai dasar tersebut di dalam satu organisasiSebuah “federasi synthesist" boleh: diariggap' bahagian: lain urituk “federasi general revolutionary". “Contoh yang paling dekat untuk federasi "synthesist" kontemporari adalah Love and Rage Federation “Yang kini telah dibubarkan:
Struktur federasi :
"Bagaimana : federasi diorganisasikan dan bagaimana. ia membuat keputusan adalah sepenuhnya terletak kepada "anggota-anggota federasi' tersebut: Tetapi di dalam istilah membuat keputusan, ia adalah selamat untuk. mengatakan bahawa semua federasi. anarkis yang wujud sendiri kini menggunakan delegasi yang boleh dipanggil balik (recallable delegates) yang telah dihantar oleh kolektif. dan/atau kumpulan afiniti ke perhimpunan federasi secara keseluruhannya. Di dalam istilah apa pun bentuk struktur dalaman yang khusus atau samada konsensus atau demokrasi langsung digunakan oleh federasi untuk membuat keputusan, tidak ada peraturan yang sukar atau mudah selain daripada kaedah struktur dan membuat keputusan digunakan oleh federasi, perlu konsisten dengan prinsip asas anarkisme.
Apa itu rangkaian
Cara yang paling sesuai untuk mendefinasikan rangkaian anarkis adalah dengan membandingkannya dengan federasi anarkis. Rangkaian adalah jauh tidak formal daripada federasi (walaupun sesebuah rangkaian adalah cukup formal di dalam struktur yang tidak berbeza dari rangkaian dan federasi), dan .ia. selalunya hanya memerlukan persetujuan ke atas beberapa prinsip atau perkongsian pandangan politik yang am' sebagai kelayakkan .untuk keanggotaan. Juga, tidak seperti federasi di mana ia menekankan aksi kolektif dan organisasi, rangkaian menekankan autonomi lebih daripada organisasi formal.” Ini” tidak bermakna “untuk mengatakan bahawa rangkaian-rangkaian anarkis tidak diorganisasikan atau bahawa ianya menentang pengorganisasian, Ia bermakna bahawa fokus organisasi mereka adalah ke atasi membenarkan individu di dalam ahli kumpulan untuk terlibat di dalam “aksi-aksi yang sesuai di dalam konteks rangkaian dan menggunakan rangkaian itu sendiri terutama untuk solidariti dan sokongan oleh ahli kumpulan individu seperti yang diperlukan.
Secara amnya, terdapat 2 jenis penting dalam rangkaian: rangkaian formal dan rangkaian tidak formal. ; :
Rangkaian formal: Secara tipikalnya, apa yang membuat sesuatu rangkaian itu menjadi formal ialah ianya mempunyai struktur membuat Keputusan 'yang "Global", bermaksud seperti federasi, terdapat badan delegasi yang bertambah yang membuat keputusan berhubung dengan rangkaian secara Keseluruhan: Di dalam kebanyakkan aspek lain, rangkaian formal kebanyakkannya lebih kurang sama dengan rangkaian yang tidak formal. Contoh rangkaian formal yang paling tepat adalah Direct Action Network (DAN http://www. directactionnetwork. org/)
Rangkaian tidak formal: di dalam 20 tahun kebelakangan ini, struktur rangkaian tidak formal telah berjaya dengan mudah dan kaedah yang paling efektif oleh organisasi anarkis, telah dibuktikan oleh kejayaan yang banyak oleh pelbagai jenis organisasi rangkaian yang tidak formal. Kegunaan rangkaian dni di dalam pergerakkan anarakis telah menjadi sangat berkembang dan berjaya sehingga beberapa jumlah kumpulan dan ahli bentuk organisasi sebegini kini membentuk saiz yang besar untuk anarkis di *seluruh dunia. Contoh untuk rangkaian anarkis yang tidak formal ini ialah: Food Not Bombs, Earth First!, Reclaim The Streets, Anti Racist Action, Homes Not Jails dan lain-lain. ANTIKAEDAH MASSA PENGORGANSASIAN UNTUK KOLEKTIF
Dasar utama kolektif dg
Sebuah kumpulan kecil adalah beberapa orang yang berkumpul bersama yang merasa perlunya untuk berkolektiviti. Fungsinya adalah kerap. kali, untuk memecah keluar. daripada massa, secara spesifiknya daripada 'alienansi di dalam kehidupan seharian dan pergerakkan struktur massa. Permasalahan yang sering dihadapi “adalah kerana satu kumpulan -itu' tidak dapat membina kewujudan yang bebas dan identitinya sendiri apabila berada di dalam pergerakkan massa (berterusan mendefinasikan identitinya sendiri secara negatif iaitu, secara berlawanan). Asal sahaja titik rujukan terletak diluar daripada sesebuah kumpulan itu, politiknya akan lebih cenderung diletakkan atau diutamakan melebihi segalanya ke atas titik tersebut oleh peristiwa dan krisis.
Kumpulan kecil boleh menjadi peringkat di dalam perkembangan sesebuah kolektif, jika ia mula membina kritik ke atas frustasi yang berpunca daripada orientasi luarannya. Formasi kolektif bermula apabila orang tidak hanya mempunyai politik yang sama, tapi juga bersetuju di dalam kaedah perjuangan.
Mengapa perlunya kolektif menjadi fokus utama organisasi? Kolektif adalah. satu alternatif kepada struktur masyarakat yang ada. Merubah hubungan sosial adalah satu proses daripada produk revolusi. Di dalam kata lain, anda sebenarnya mencipta. revolusi dengan .merubah hubungan sosial. Anda perlu secara sedar mencipta kontradiksi di dalam sejarah.
Secara konkritnya, ini bermakna: organisasikan diri anda, bukan orang lain. Kolektif adalah teras kepada “organisasi masyarakat tanpa kelas. Sebagai organisasi rasmi, ia menolak segala bentuk hirarki. Jawapan untuk alienansi adalah dengan membuat diri. anda, sebagai subjek; bukannya objek di dalam sejarah. : :
Salah satu daripada kemelut halangan kepada formasi kolektif adalah tempoh' peralihan, iaitu apabila kolektif harus terus hidup bersama-sama dengan pergerakkan yang berpecah dan masyarakat massa. Perpecahan daripada pergerakkan. bukanlah. satu fenomena pemencilan tetapi menunjukkan kelemahan institusi besar masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alienansi kita. Kebanyakkan orang menjadi patah semangat oleh proses ini dan mendapati bahawa ia membingungkan kerana mereka secara sedar atau tidak, sebenarnya bergantung di dalam, penerusan kewujudan institusi-institusi. ini. Kita sedang menyaksikan perpecahan dan transformasi institusi yang melengkapkan masyarakat-pasaran massa. Pasaran massa adalah struktur korporat di mana hanya beberapa orang sahaja yang sedar secukupnya tentang menyedari bagaimana ia. mempengaruhi kehidupan. politik. kita. Pemahaman. kita terhadap “organisasi. berbentuk. kolektif adalah berdasarkan kritik terhadap massa dan kediktatoran oleh produk.
Kontradiksi-kontradiksi ini. mendesak sesiapa yang memilih untuk: menubuhkan kolektif, tahu siapa sebenarnya mereka... lakukan. , Inilah. sebabnya mengapa. anda anda harus mempertimbangkan kolektif anda sebagai dasar utama. Kerana, jika anda tidak. percaya di dalam keabsahan bentuk organisasi ini, anda tidak boleh mempunyai analisa yang praktikal tentang apa yang berlaku, Jangan tipu diri anda. Perjuangan. untuk mewujudkan. dan keupayaan hidup sesebuah kolektif pada masa kini di, dalam sejarah akan menjadi sangat sukar.
Isu yang paling utama adalah bagaimana kolektif boleh menjadi sebahagian daripada sejarah, bagaimana ianya boleh menjadi kekuatan sosial. Tiada jaminan yang boleh diberi dan tiada janji untuk kemenangan mudah. Keunikan membangunkan kolektif adalah pemecahan mutlak daripada segala bentuk organisasi berhirarki dan membina masyarakat tanpa kelas.
Pemikiran pengatur yang radikal menjadi beku.di dalam konsep pergerakkan massa. Bentuk perjuangan yang seperti ini, tidak kira. bagaimana radikal permintaanya, tidak pernah mengancam struktur dasar yang ada-massa itu sendiri.
Di bawah perihal-perihal ini, ia memerlukan usaha yang banyak untuk membayangkan bentuk kewujudan yang baru. Ruang perlu diwujudkan sebelum kita boleh memikirkan tentang perkara ini dan dapat mengasaskan pengabsahan untuk bertindak ke atasnya.
Bentuk sesebuah kolektif adalah praktisnya. Kolektif adalah bertentangan dengan massa. Ia berbeza dengan struktur massa. Kolektif adalah anti-massa.
Saiz kolektif
Matlamat organisasi adalah untuk membuatnya se-sederhana yang boleh, atau seperti Marshal MeLuhan pernah mengatakan, "tinggi dalam penglibatan, ::eea7 dai dsfiazs.".